Sunday, December 23, 2007

Sidang Akhbar PACE tentang Annapolis Conference di lapor dalam Harakah Daily





Kehadiran Malaysia dalam sidang damai Annapolis bagai mengiktiraf Israel - JIM
Roy Rasul Foto Wan Zahari Wan Salleh Fri Nov 30, 07 5:00:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Hrkh) - Kehadiran Malaysia bersama negara-negara Arab dan negara Islam lain dalam konferens Annapolis di Maryland Amerika Syarikat (AS) pada 27 November lalu bagi mencapai perdamaian di antara Israel dan rakyat Pelestin sebagai sesuatu yang amat malang. -->

Menurut Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace), Dr Hafidzi Mohd Noor, ini kerana kehadiran mereka ke persidangan yang ditaja AS itu memberi satu justifikasi dan kemenangan moral dan politik kepada negara zionis itu.
"Saya melihat kehadiran negara-negara Arab dan negara Islam lain termasuk Malaysia seolah-olah memberi pengitirafan kepada Israel.
"Sepatutnya apa yang mereka lakukan ialah mengena dan menghentikan desakan antarabangsa supaya AS dan sekutunya seperti Kesatuan Eropah dan Israel menghentikan semua sekatan ekonomi yang berlaku di Gaza sekarang," katanya dalam satu sidang akhbar Jawatankuasa Perhubungan Antarabangasa berkenaan Konferensi Annapolis di ibu Pejabat Jim, Taman Malawati, dekat sini, hari ini.
Sebaliknya beliau berkata, apa yang mengewakan pendirian negara-negara Islam menyokong konferens tersebut di mana akan mengukuh lagi kedudukan Israel.
Sementara itu, konferens tersebut dihadiri 50 negara yang disertai negara-negara Arab dan Islam dan Malaysia diwakili Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar.
Katanya, keabsahan konferens itu ialah paling tidaknya ia dipersoakan kerana apa yang dikatakan sebagai perwakilan Palestin tidak melambangkan suara dan aspirasi rakyat Palestin.
Malah kehadiran negara-negara Arab dan Islam akan merumitkan lagi kemelut yang dihadapi rakyat Palestin.
"Ini kerana secara tidak langsung mengesahkan pendudukan Israel dan pelanggaran berterusan Israel ke atas hak rakyat palestin," katanya.
Katanya, konferens tersebut bertujuan menguatkan cengakaman Israel ke atas wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur di samping mengenakan kepungan ke atas Gaza.
Sehubungan itu katanya PACE menyeru rakyat Malaysia megikuti hasil konferens tersebut kerana ia berkemungkinan membuka laluan kepada hubungan diplomatik dengan Israel di mana tiada peruntukkan bagi Malaysia.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Naib Presiden Jim, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Timbalan Pengerusi Jim Antarabangsa, Selamat Aliman dan beberapa exco.
Dalam sidang akhbar tersebut Zairulshahfuddin, berkata Visi Pace ditubuhkan oleh Jim Antarabangsa ialah untuk Pusat kecemerlangan dan penyelidikan demi pembebasan Palestin.
Misinya pula ialah menjakankan kajian dan penyelidikan serta penyebaran maklumat, menjalinkan hubungan strategik dengan pelbagai pihak dan menjana, mengumpul dan menyalurkan dana secara berkesan. - mns-->

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc