Thursday, April 17, 2008

Grass Owl di Lahad Datu - rekod pembiakan yang pertama di Sabah

Bergambar di depan mini zoo Felda Sahabat Lahad Datu

Kotak sarang yang dibina menanti untuk dihuni oleh pungguk jelapang dari Semenanjung

Sepasang burung pungguk rumput yang cantik. Maha suci Allah..

Hanya expert aje yang boleh pegang pungguk tanpa digigit


Facial disk pungguk rumput yang cantik


Pungguk helang Bubo sumatranus. Renungan yg menusuk kalbu


Gigitan Bubo sumatranus yang lembut dan manja..

Assalamualaikum

Pada 15 hingga 18 April, kami berdua (abi dan abang Qayyim) ke Lahad Datu atas jemputan FELDA Plantations untuk menyampaikan seminar mengenai projek pemindahan burung pungguk jelapang Tyto alba dari Felda Sungai Tekam, Temerluh, Pahang ke Lahad Datu, Sabah. Kami dimaklumkan oleh En Norhisyam, pegawai FELDA tentang sepang burung pungguk rumput atau Grass owl yang dipelihara di mini zoo Felda sahabat, Lahad Datu sejak lecil. Koleksi ini menarik kerana burung pungguk rumput selama ini dikategorikan sebagai 'vagrant' atau perantau di Pulau Borneo. Rekod yang pertama burung ini di Sabah hanya diterbitkan pada tahun 2006. Sejak tahun 2002 sehingga 2008 pekerja-pekerja FELDA telah menemui beberapa ekor burung yang sama bertelur dan bersarang di kawasan penanaman semula kelapa sawit di celah-celah tumbuhan legume atau kekacang. Setelah gambar-gambar burung tersebut di rujuk kepada saya dan setelah dikongsikan dengan beberapa pakar burung pungguk dari Global Owl project seperti Stephen Debus dari Australia burung ini dikenalpasti sebagai burung pungguk rumput dan ia adalah rekod pertama burung ini membiak di Sabah. Kini taburan burung pungguk ini termasuk sebahagian dari bahagian timur Sabah. Kemungkinan ia adalah individu yang berhijrah dari Mindanao, Sulu, Palawan atau Sulawesi.

Seperti dalam gambar-gambar yang dikongsikan, burung pungguk adalah antara makhluk ciptaan Tuhan yang sangat menarik. Bukan sahaja menarik bahkan tabiatnya memburu tikus kini menjadikan burung pungguk jelapang sebagai agen kawalan biologi tikus yang berkesan di ladang kelapa sawit dan sawah padi. Kehadiran burung pungguk rumput juga adalah satu kelebihan meskipun potensi burung ini sebagai agen kawalan tikus tidak dapat dipastikan kerana sukar untuk dibiakkan secara semulajadi. Tidak seperti burung pungguk jelapang yang menggunakan kotak-kotak sarang artifisial yang disediakan bagi tujuan pembiakan burung pungguk ini.

Mudah-mudahan projek pemindahan burung pungguk jelapang ke Lahad Datu, Sabah sukses. Kehadiran burung pungguk rumput juga boleh menjadi aset kepada FELDA Lahad Datu. Saya mencadangkan agar beberapa kawasan 'buffer' di pelihara supaya habitat burung ini tidak diganggu.

Di zoo mini tersebut juga ada seekor burung pungguk helang Bubo Sumatranus. Pertama kali kami berpeluang untuk melihat dengan dekat dan menyentuh bukunya yang lembut. Gigitannya juga tidak menyakitkan, tidak seperti pungguk jelapang dan pungguk rumput.

Maha Suci Allah yang maha agung. Tiada siapa dapat menandingi kebijaksanaan dan kehebatanNYA. Maka peliharalah kami dari seksaan api neraka.

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc