Wednesday, July 16, 2008

Tuk Janggut syahid keran pertahan khilafah - bukan kerana protes cukai!

Tentera Turki Uthmaniah mempertahankan kedaulatan Palestin di Beersheba

Jenazah Tuk Janggut digantung di depan istana selama seminggu

Assalamualaikum,


Susulan dari kuliah yang lalu di mana saya telah jelaskan peranan yang dimainkan oleh Ust Nur Alam dan Sdr Abu qassim dalam membangkitkan peristiwa Dahagi di Singapura, sentimen dan seruan 'Jihad-e-akbar fardhu ain' yang dikeluarkan oleh Kerajaan Turki Uthmaniah turut disambut oleh ulama-ulama di Kelantan khususnya di Pasir Mas. Tokoh yang tidak asing lagi ketika itu ialah Hj Mat Hassan Panglima Munas atau lebih dikenali dengan gelaran Tuk Janggut. Tuk Janggut yang berguru dengan Syeikh Ahmad Fathani di Makkah memikul tanggungjawab untuk menyemarakkan jihad menentang British yang berusaha untuk menguasai wilayah-wilayah umat Islam dengan menceroboh benteng-benteng Kerajaan Turki Uthmani. British yang merasa tercabar dengan kekalahannya di Gallipoli di tangan tentera khilafah telah mengerahkan seluruh kekuatan di seluruh tanah jajahannya untuk menggempur kedudukan umat Islam di Gaza, Beersheba (gambar di atas), Meggido (Palestin), Baghdad dan Afrika Timur. Di samping itu British telah memaksa agar umat Islam berdoa di masjid-masjid agar British memenangi perang Dunia Pertama khususnya ke atas musuh utama mereka iaitu Turki Uthmani. Mereka juga menyebarkan propoganda jika Turki menang, Mekah akan dikuasai oleh German.

Di samping itu British juga telah mengenakan tekanan kepada Sultan Muhammad IV supaya tunduk kepada kehendak British dan memastikan tidak ada unsur-unsur penentangan dari rakyat. Keadaan ini menyebabkan Tuk Janggut bangkit membakar semangat jihad di kalangan penduduk Pasir Mas dalam jajahan Jeram. Beliau berjaya mengusir pegawai British (berbangsa melayu) dari Singapura. Walaubagaimanapun British telah mengirim sebuah kapal perang dan kontingen tentera dari Singapura untuk memburu dan membanteras kebangkitan rakyat Kelantan. Tuk Janggut dan pengikutnya berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Jenazah Tuk Janggut telah digantung selama seminggu di depan istana, di arak selama sehari di pekan Kota Bahru..

Beberapa persoalan yang wajar kita fikirkan dalam suasana kegawatan politik dan akhlak yang berlaku di negara kita kini. Tuk Janggut memahami tuntutan perjuangan membela al haq dan Islam. Malangnya institusi yang sepatutnya membela dan mempertahankan perjuangan rakyat telah tunduk kepada tekanan British dan mengistiharkan Tuk Janggut sebagai penderhaka. Bahkan jenazah Tuk Janggut digantung di hadapan istana selama seminggu..
Di satu pihak pula di manakah rakyat jelata ketika Tuk Janggut berhadapan dengan imperialis British. Apakah mereka ini merupakan 'the reluctant public' seperti yang kita saksikan pada hari ini. Jika fenomena 'reluctant public' ini berlaku juga pada hari ini, tidak mustahil jenayah politik akan disempurnakan melalui instrumen ugut dan fitnah...

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc