Thursday, August 21, 2008

Pertemuan dengan Ulama Palestin Syeikh Abu Baqr Al Awawidah

Mendengar penjelasan Syeikh Abu Baqr Al Awawidah tentang perkembangan terkini di Palestin khususnya di Gaza

Menerima buah tangan dari Syeikh. Sepatutnya kita yang menghargai beliau, sebaliknya beliau pula yang memberi cenderahati. Ya Allah, hebatnya para pejuang bumi suci al Quds

Assalamualaikum,

Assalamualaikum,

Kebetulan ketika menginap di hotel Sufyan Jakarta sebelum berangkat pulang esoknya, ana sempat berbincang dengan Ust Ferry Noor. Beliau mengatakan ada seorang Syeikh dari palestin Abu Baqr Al Awawida sedang berada di Jakarta dalam perjalanan untuk menuju ke satu destinasi lain. Lantas Ust Ferryu Noor menghubungi ikhwah tentang kesempatan untuk bertemu dengan Syeikh di hotel. Sebaik sahaja Syeikh ini mendengar ada ikhwah ingin berjumpa dia terus menyambutnya.

Syeikh Abu Baqr Al Awawida ditemani oleh Syeikh Ziad Al Qishwani. Syeikh Abu Baqr dipimpin kerana beliau telah kehilangan penglihatan akibat diseksa ketika dalam penjara Israel. Syeikh ini dipenjarakan sebanyak 8 kali dan kini di jatuhkan hukuman penjara sehingga lebih 500 tahun (jika beliau pulang ke Tebing Barat). Kini beliau berada dalam lajnah Ulama Palestin yang berpengkalan di Dimasq (Damsyik). Beliau juga menguruskan pentarbiyyahan rakyat palestin seramai 500,000 orang di kem-kem pelarian di Syria.

Dalam pertemuan yang amat berharga itu Syeikh telah bertanya tentang perkembangan di Malaysia sejak kemenangan Pakatan Rakyat pada Bulan Mei yang lalu. Beliau mahu tahu berapa negerikah yang dipimpin oleh gerakan Islam. Beliau juga bertanya tentang status ekonomi negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat. Perhatikanlah ikhwah-akhawat seorang pejuang Palestin yang telah buta pula matanya sangat mengambil berat tentang urusan kita di Malaysia dan mengikuti pula perkembangannya dengan baik - sedangkan beliau menghabiskan segenap tenaga, pemikiran, masa dan sumber untuk berjuang membebaskan al Aqsa. Bandingkanlah dengan sikap setengah umat Islam yang tidak bersyukur dan tidak tahu diuntung yang tergamak mengatakan 'apa perlunya kita menyibukkan diri dengan isu Palestin? Sedang banyak lagi isu-isu kita yang tidak dapat kita tangani. apakah sudah selesai isu-isu di tempat kita ini sehingga kita sibuk memikirkan 'ISU ORANG LAIN!'

Dalam pertemuan itu kami telah mengambil peluang keemasan untuk mendapatkan maklumat terkini di Gaza. Saya rumuskan perkongsian oleh Syiekh Abu Baqr Al Awawida seperti berikut:

1. Perkembangan tentang 'tahdhiah' atau gencatan senjata. Buat pertama kalinya dalam sejarah perjuangan rakyat Palestin, Israel yang memohon agar diadakan gencatan senjata. Selama ini hanya pejuang Palestin sahaja yang menawarkan gencatan senjata dan seringkali pula pengistiharan gencatan senjata dilakukan secara sehala (unilateral) tanpa dipedulikan oleh Israel. Kini mereka pula yang memohon agar gencatan senjata dilaksanakan antara kedua pihak. Ini adalah satu isyarat jelas bahawa Israel sudah mengakui dan mengiktiraf kekuatan HAMAS. Walaupun dikepung sejak tahun 2006 di Gaza dan dikenakan sekatan ekonomi yang menyeluruh, kerajaan HAMAS bukan sahaja tidak tumbang bahkan semakin mantap dan semakin mencabar kedaulatan wilayah Israel. Natijah dari gencatan senjata yang ditawarkan oleh Israel ini, kini beberapa pintu masuk ke Gaza (6 semuanya) sudah mulai dibuka pada sela-sela waktu tertentu. Meskipun pintu-pintu masuk ini tidak dibuka sepenuhnya, namun kini rakyat Gaza sudah mulai merasa lega kerana ada ketikanya mereka boleh masuk ke perbatasan 'Israel' (wilayah Palestin yang diduduki 1948) untuk mendapat barang keperluan. Yang menyedihkan pula ialah sikap Mesir yang masih menutup laluan di Refah. Ketika Israel melonggarkan sedikit kepungan ke atas Gaza, Mesir terus bersikap lebih biadap dari Israel dengan tidak langsung membuka sempadannya dengan Gaza.

Ini juga memberikan satu lagi isyarat supaya pejuang HAMAS terus berjuang di Tebing Barat. Pengalaman di Gaza menunjukkan jika umat Islam/rakyat Palestin tidak tunduk kepada ugutan Israel/Amerika akhirnya mereka yang terpaksa tunduk kepada kekuatan kita. Cuma situasi di Tebing Barat jauh berbeza. Ini adalah kerana 12,000 pejuang dan aktivis HAMAS (termasuk ahli Parlimen dan Pegawai Daerah HAMAS) diepenjarakan oleh Israel. Dari 12,000 yang ditahan, 3,000 dipenjarakan oleh Fatah (pehak berkuasa Palestin). Jadi kedudukan HAMAS di Tebing Barat lebih getir, ini ditambah lagi dengan keterbatasan bergerak akibat tembok pemisah yang melingkari Tebing Barat pada hari ini.

2. Isu pertukaran tahanan. Ghilad Shalit askar Israel yang ditawan pada tahun 2006 masih lagi selamat didalam tahanan pejuang Palestin. HAMAS telah menawarkan program pertukaran tahanan seramai 1,000 orang pejuang dengan seorang Ghilad Shalit. Dari 1,000 orang tahanan Palestin ini, 300 merupakan pejuang Palestin yang dijatuhkan hukuman seumur hidup bertimpa-timpa sehingga jumlah hukuman mencapai 400 hingga 500 tahun lebih. Terdapat juga 150 orang tahanan wanita dan 300 lagi tahanan bawah umur (<18>

3. Hubungan dengan Fatah. Sebenarnya HAMAS telah mengadakan 4 siri rundingan dengan FATAH termasuklah di Mesir pada tahun 2005, Persetujuan Makkah 2007 dan persetujuan San'a, Yemen 2008. Setiap kali berlaku persefahaman dengan Fatah, Amerika akan menghantar Condoliza Rice untuk memberi amaran kepada Fatah. Kerana itu setiap persetujuan dengan Fatah berakhir dengan kegagalan. Namun HAMAS tidak akan menghentikan usaha bagi merapatkan perpaduan nasional rakyat Palestin bagi menghadapi rejim zionis.

4. Perubahan polisi negara-negara Arab. Kebelangan ini beberapa negara Arab seperti Amiriyah Arab Bersatu dan Jordan mula mengambil pendekatan lebih lembut dengan HAMAS. Bahkan Emiriyah Arab Bersatu menjemput menteri-menteri Hamas untuk berkunjung. Begitu juga Jordan mengambil sikap yang serupa. Perubahan sikap ini boleh dilihat dari beberapa sudut. Pertama ia merupakan 'instruction' dari Amerika sendiri agar negara-negara Arab mengurangkan ketegangan di Timur Tengah. Dengan mengendurkan ketegangan terutama yang melibatkan isu Palestin, negara-negara Asia Barat akan berada dalam 'relative peace and quite' (my own terms). Ini akan memberi lebih ruang kepada Amerika untuk bertindak ke atas Iran. Amerika tidak mahu menyerang Iran dalam keadaan Asia Barat terus bergolak dengan isu Palestin. Satu kemungkinan lagi ialah ia mungkin merupakan satu perangkap di mana pemimpin Palestin yang berada di Damsyik khususnya di pelawa untuk berkunjung ke Jordan dan Emiriyah lalu di sana mereka memasang jerat untuk memberkas dan membunuh pemimpin HAMAS.

Di akhir pertemuan dengan Syeikh Al Awawida ana sempat memohon sedikit nasihat dari beliau. Ini pesan beliau:

1. Anda semua adalah ulama-ulama dalam perjuangan al Aqsa. Maka saya menasihati anda semua supaya bertaqwa kepada Allah.

2. Tetaplah anda semua di atas jalan orang-orang yang ikhlas.

3. Ingatlah kita semua akan bertemu dengan Allah dan akan ditanya apa yang telah anda perbuat untuk al Aqsa...

Pesan-pesan ini lebih mahal dari manikam dan batu permata. Mari kita kelek pesan-pesan ini baik-baik ikhwah dan akhawat.

Juga sebelum berakhir konferens ana berjumpa dengan Imam Muhyiddin Hanafi pimpinan Hisbulmuslimin. Seorang yang sudah menjangkau umur 70 tahun lebih telah memegang tangan ana dan berpesan 'jalan terus ya... jalan terus sehingga syahid...' pesan ini menyebabkan ana tidak dapat menahan sebak setiap kali mengingatkannya..

Semuga Allah memberi kekuatan

Dr Hafidzi Mohd Noor

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc