Tuesday, September 2, 2008

Kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)

Amin dan ahli-ahli Kelab Remaja JIM (KRJ) Hulu Langat dan Sepang
sedang buat persembahan. Eleh Amin, malu lak sembunyi kat belakang tu.......

Kehadiran yang memberangsangkan. Sampai tak cukup kerusi

Assalamualaikum wbt


Walaupun terlewat, umi tetap nak rakam kan pengalaman ini dalam blog keluarga kita.


Pada 8 Ogos 2008 yang lalu, telah berlangsung kempen ABJZ anjuran Wanita JIM Selangor untuk remaja. Dengarnya lebih dari 600 orang remaja sekitar Selangor telah hadir ke kempen ini yang diadakan di Auditorium SIRIM, Shah Alam.


Alhamdulillah, anakanda Amin Husaini telah berkesempatan menghadiri nya dan turut bersama-sama rombongan remaja JIM Hulu Langat dan Sepang membuat persembahan.
Mudah-mudahan semua hadirin terhibur dengan beberapa persembahan yang dihidangkan. Yang penting sekali, semoga kata-kata nasihat dari penceramah jemputan, yang dikasihi Ummi Roses dan lain-lain tersemat di kalbu anak-anak sebagai panduan menjalani kehidupan remaja yang amat mencabar ini.

Thumbs up Amin!

love, Ummi

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc