Saturday, September 6, 2008

Qayyim bersama Remaja Raikan Ramadhan

Satu kumpulan remaja lelaki sedang berkreatif.....
Salah satu kumpulan remaja puteri sedang membuat persembahan
Topik presentation Abg Qayyim
Abg Qayyim sedang menyampaikan topik perbincangan

Assalamualaikum wbt

JIM Daerah Hulu Langat telah menganjurkan program Remaja Raikan Ramadhan di Surau Al Kautsar, Bandar Baru Bangi pada 6 Ramadhan 1429H bersamaan dengan 6 Sep 2008. Seramai kira-kira 35 orang remaja lelaki dan perempuan telah hadir termasuklah anakanda Amin Husaini sendiri (yang kemudian menukar status dirinya drpd peserta kepada cameraman....)

Sesi yang pertama dikendalikan oleh Ummi Da dari JIM Kuala Lumpur, sarat dengan nasihat untuk para remaja yang diselang-selikan dengan pelbagai nasyid dan video presentation. Kemudian Abg Qayyim telah mengisi slot kedua dengan tajuk MASA dan REMAJA. Umi dimaklumkan yang sesi abg Qayyim ini dalam bentuk group dynamics (which he's good at).

Peserta dipecahkan ikut kumpulan. Tugasannya ialah mencipta sebuah pulau di atas kertas mahjong yang dilengkapi dengan bangunan paling canggih di tengah-tengah pulau impian tersebut. Menonggeng-nonggeng para remaja melahirkan kreativiti mereka.

Lesson learnt:

1. Untuk mencapai impian dan cita-cita pasti sibuk dan tiada masa untuk dibazirkan begitu sahaja.
2. Mesti kreatif utk menghasilkan bangunan yang tercanggih tu...
3. Kerja berpasukan supaya dapat hasil yang terbaik

Lepas persembahan kumpulan, peserta diminta mengepal-ngepal bangunan ciptaan mereka dan buang. Begitu lah hakikatnya, impian perlu dibelai, dipupuk dan memakan masa yang lama untuk dicapai, namun untuk memusnahkan impian yang sudah terhasil sekejap shj masa yang diperlukan.

Begitulah sedikit coretan Umi yang hadir pada prog tersebut celup-celup aje kerana perlu hadir di satu lagi majlis ilmu Wanita JIM di Surau An-Najah Taman Univ Bangi. Semoga abg Qayyim makin kreatif dan berwawasan untuk terus menyumbang kepada masyarakat dalam kapasiti yang ada.

Terima kasih buat cameraman yang telah mengabadikan kenangan ini......
Ummu Qayyim.


1 comments:

Tulus ToEL said...

assalaamu'alaykum

saya akhwat daripada UKM. afwan tidak berhubungkait dengan artikel di atas. saya hanya hendak menanyakan letak surau alKautsar ini. apakah surau ini betul alKautsar yang terletak di seksyen 4? saya ada acara minggu hadapan di surau tersebut tetapi tak faham pada masa tengok map. saya hanya dibagi tahu bahawa surau ini terletak dekat dengan petronas tetapi tak tahu lagi pergi mana dari petronas.
Jazakillah khair. Barokallaahu fiik. :)

wassalaamu'alaykum wa rahmatullah wa barokatuh

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc