Thursday, September 4, 2008

Selamat Ulang Tahun Anakanda Mohd Qayyim

Qayyim & Umi, 21 yrs ago.......
Qayyim in real time
Birthday present yang telah dikongsikan semasa program daurah K-DHL 6 Sep 08
Abg Qayyim - 6 minggu
Abg Qayyim - 5 bulan. Very happy and energetic child. No wonder he takes up parkour....
Abg Qayyim dengan Umi, Diane Canright (the midwife) dan Deborah (nurse)



Assalamualaikum wbt

Hari ini genaplah 21 tahun umur anakanda Mohd Qayyim mengikut kalendar masihi. Kalau ikut kalendar hijri tua lagi tau...Tahniah!

Umi kepilkan beberapa gambar semasa anakanda baby untuk mengingati kembali kenangan indah menimang cahayamata pertama. Comel kan!!

Umi dan abi doakan semoga anakanda sihat sejahtera sentiasa, elok budi pekerti, istiqamah dengan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar, cemerlang dalam pelajaran serta beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Umi dan abi juga doakan moga Allah kurniakan anakanda jodoh dari wanita solehah yang dapat bersama-sama menggarap amanah perjuangan ini dan terus berada di atas jalan dakwah hingga Allah menjemput kalian berdua. Moga Allah kurniakan juga zuriat yang soleh dan solehah (with loads of tuchangs eh!!!).

Cuba anakanda tatapi sajak yang abi nukilkan tak lama selepas anakanda lahir. Semoga Allah kurniakan kita kekuatan untuk berusaha mencapai harapan yang belum terlaksana, dan istiqamah dengan apa-apa yang telah terlaksana. Bagi harapan yang mungkin tidak dapat dicapai di dunia ini, moga Allah kurniakan di akhirat nanti.

With lots of love, umi.


Harapan Ayah dan Ibu

Anak-anakku
Aku ayahmu serta ibumu
pernah berjanji
untuk membina sebuah rumahtangga
yang aman dan bahagia

Besarnya biarlah sederhana
cukup sekadar ayah melepaskan
penat lelah bekerja... dan ibu untuk menguruskannya

Di dalamnya tidak ada perabut-perabut mewah.
cuma hamparan murahan
buat tetamu yang datang bertandang
dindingnya akan ayah hiasi
dengan ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis Nabi
sebagai penyejuk mata dan hati

Kemudian rumah yang sunyi itu
akan ayah kumandangkan
dengan ayat-ayat suci
sebagai hiburan kita bersama

di suatu sudut
akan ayah bentangkan sehelai kainputih bersih
untuk kita sekeluarga
menghadap hati kepada ilahi
setiap datang waktu yang lima
setiap datang waktu suka dan duka
...dan apabila datang malam sepertiga...
di hadapannya
di suatu tempat yang ketinggian
akan ayah letakkan di atas para-para
Quran mulia
yang tidak pernah dijemput debu...
kerana sentiasa dibuka

setiap hujung minggu ruang tamu
akan ayah tukar menjadi gelanggang ilmu
dan medan zikir

Anak-anakku
rumah itu adalah markas
darinya akan keluar putera-puteri
yang beriman
yang meneruskan perjuangan ibu dan ayah
yang masih jauh dan panjang... InsyaALLAH

Nukilan
Abu Qayyim
Serdang
Selangor Darul Ehsan
(akhir 1980'an)


 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc