Sunday, August 31, 2008

Pertemuan Keluarga menjelang Ramadhan

Bergambar ramai di depan kedai Che' M

Arul dan anak, Batrisya


Assalamualaikum,
Hari kemerdekaan 31 Ogos 2008 kebetulan jatuh sehari sebelum bulan Ramadhan al Mubaraq. Alhamdulillah kami telah berhimpun dengan keluarga di kedai Che M.
Yang hadir ialah keluarga Che' M, Kak Nazeha, (anak-anak, Ayil dan Yana), Bang Mat dan Kak Yah, Kak Jun, Azwan, aishah dan anak-anak mereka (Bang Long, Dekna dan Syapiq) Kak Nab, Arul, Isma dan anak mereka (Alia dan Batrisya), Kak Endon dan Abg Hassan serta anak mereka Nana, Pak Uteh, Mak Uteh, Azwa dan Baby . (Abg Tah dan Kak Chah telah pulang lebih awal sebelum kami sampai)
Muga-muga pertemuan keluarga ini akan dirahmati Allah menjelang kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Esoknya kak Jun, Azwan dan anak-anak serta kami sempat berziarah ke kubur keluarga di Sri Gading. Kami panjatkan doa mudah-mudahan arwah ibu dan ayah, arwah abang A dan arwah abg Izul dan sanak saudara yang telah mendahului kita berada dalam cucuran rahmat Allah. Semuga ziarah merapatkan silaturrahim dan pahala sadaqah anak-cucu berpanjangan pahalanya kepada arwah semua. Semuga Allah menghimpunkan kita semua pada hari yang tidak ada keraguan tentang itu iaitu hari akhirat di dalam syurga Allah yang kekal abadi.
Pak su dan Mak su

Special Talks di Pusat Komuniti JIM (PKJ) - Jejak Risalah di nusantara I

Serangan Belanda yang kedua pada tahun 1874 di bawah Gen Van Sweiten

Tawanan pahlawan Aceh

Assalamualaikum,

Pada 29 Ogos yang lalu seperti yang telah dijadualkan 'Special Talks' dalam siri Jejak Risalah di nusantara telah diadakan di Pusat Komuniti JIM (PKJ). Program yang pada awalnya 'oversubscribed' - 48 orang hanya dihadiri oleh sekitar 25 orang (yang lain ada aral melintang pada saat akhir).

Siri pertama berjudul -'Scouck Hurgronje @ Abdul Ghaffur al Hulandi' Siapa beliau? Dalam siri pertama ini saya telah menggariskan beberapa noktah penting yang perlu disematkan dalam fikiran peserta kursus tentang sejarah. Lima noktah utama telah digariskan.

1. Sejarah adalah 'sunnatullah' - sesuatu yang tidak akan lari dari ketentuan hukum alam. Sebagaimana alam fizikal tertakluk kepada hukum alam, begitu juga sejarah. Rengkasnya perilaku manusia akan melahirkan natijah yang secocok. Jika manusia berlaku zalim maka hujungnya ialah kemusnahan. Jika manusia berlaku adil maka natijahnya ialah rahmat Allah dan kejayaan dunia dan akhirat.

2. Sejarah berasal dari Bahasa Arab (Istilah Al Quran) 'Syajarah' yang bererti pokok. sebagaimana pokok yang hidup dan terus membesar begitu jugalah sejarah - ia sesuatu yang hidup dan berterusan. Dalam ertikata yang lain sejarah bukan bicara tentang sesuatu yang silam tetapi apakah kesan dan peristiwa silam pada hari ini dan akan datang. Jika ranting sebuah pokok rosak (perumpamaan satu generasi yang bobrok) maka ia adalah hasil dari 'pentarbiyahan bobrok' generasi sebelumnya'

3. Sejarah sifatnya universal atau 'alami'. Ini sangat cocok dengan umat Islam yang tidak pernah melakarkan batas-batas sempadan politik antarabangsa selama mana konsep umat dipertahankan. Hari ini umat Islam tidak lagi melihat sejarah dalam perspektif yang 'alami' ini kerana konsep umat telah diganti dengan konsep negara bangsa (nation states). Implikasi membicarakan sejarah Melaka dalam konteks yang golbal amat jauh bezanya apabila sejarah melaka dibicarakan dalam konteks kebangsaan (negara Malaysia) yang sempit.

4. Sejarah sifatnya 'holistic'. Apabila ada kecenderungan untuk mengenepikan mana-mana pelaku sejarah kerana mendukung aspirasi nasional yang sempit dan artifisial maka nilai sejarah terhadap sesuatu peristiwa penting (contohnya kemerdekaan) akan hilang. Ia ibarat melihat bulan dari dekat berbanding melihat bulan dari jauh. Apabila mana-mana bahagian bulan difokuskan berbanding sebuah bulan dalam perspektif yang menyeluruh yang tampak ialah kawah-kawah yang huduh. Tetapi jika bulan diperhatikan dalam perspektif keseluruhan maka ia tampak cantik dan mempesonakan - sehingga 'pungguk merinduinya...'

5. Tidak 'selective' dalam menilai sejarah. Sejarah Islam menghidangkan semuanya tanpa ada usaha untuk menyembunyikan mana-mana 'episod hitam' secara sedar. Ini adalah kerana tujuan belajar sejarah adalah untuk mengambil 'ibrah' (peringatan) bukan untuk mendewa-dewakan personaliti tertentu atau ide-ide tertentu yang dipaparkan tanpa sebarang cacat-cela.

Saya mengajak untuk merombak kerangka berfikir tentang sejarah. Istilah yang diberikan oleh akh Mohd Kamal Radhi adalah sangat tepat. Kita perlu 'unlearb' dan 'relearn' sejarah.

Dengan 5 noktah penting itu saya mengupas siri yang pertama berjudul 'Snouck Hurgronje' Siapa beliau? Presentasi yang mengandungi 85 slides dan mengambil masa 1 jam 45 minit ini diharapkan dapat memberikan satu kefahaman yang komprehensif tentang pendekatan yang digunakan untuk memporak perandakan umat Islam Islam di Hindia Timur Belanda (nama lama bagi Indonesia sebelum kemerdekaan) khususnya di Aceh. Pendekatan ini turut dilaksanakan oleh penjajah-penjajah lain dalam menangani umat Islam yang dijajahnya termasuk British di Tanah Melayu.

Secara rengkasnya pendekatan Snouck Hurgronje boleh dirumuskan seperti berikut.

1. Dapatkan 'first hand' information dengan hidup di kalangan masyarakat, hatta dengan memeluk Islam dan berkahwin dengan anak tempatan dan hidup sebagai keluarga muslim.

2. Bezakan di antara Islam yang 'ritual' sifatnya dengan Islam yang 'radicle' (istilah yang digunakan oleh Snouck ialah Pan Islamism).

3. Beri laluan kepada penghayatan Islam dalam bentuk ritual (termasuk mengerjakan ibadah haji) tetapi banteras habis-habisan 'Islam Politiek' (yang bicara tentang jihad)

4. Dekati golongan pemimpin bangsawan dan ketepikan golongan kiyai (ulama) sehingga mereka tidak lagi menjadi 'rallying point'

5. Laksanakan operasi ketenteraan untuk menghapuskan ulama yang memimpin masyarakat kampung/pesantren (Massacre dan polisi 'bumi hangus')

6. Melaksanakan program 'politik asosiasi' iaitu mendekati dan menjadikan golongan bangswan dan golongan adat sebagai sekutu, dilantik untuk mengetuai jabatan-jabatan bagi pihak penjajah dan melaga-lagakan mereka dengan pemimpin agama.

7. Menghidupan adat setempat seperti kejawen untuk mengenepikan Islam yang 'universal' sifatnya. apabila adat dan kepercayaan sebelum Islam dihidupkan maka umat Islam tidak lagi bersatu dan menjadi lemah.

8. Tonjolkan aspek kebudayaan dan warisan hindu buddha (sebelum Islam) melalui kerja-kerja arkeologi membaik pulih tapak-tapak candi dan kuil, menggaji golongan akademia untuk membuat kajian dan membentang wacana tentang kebudayaan pra-Islam demi memutuskan umat Islam dari urat nadi warisan mereka yang sebenar.

Demikianlah beberapa garis kasar pendekatan yang digunakan oleh Snouck Hurgronje untuk menangguhkan proses tajdid di nusantara.

Terima kaseh kepada Akh Wan Muhammad dari JIMedia yang menyusun siri 'Special Talks' ini. Mungkin satu module boleh dikemukakan sebagai satu package lengkap untuk public.

Siri special talks nusantara ini melibatkan 5 tajuk.

1. Siapa Snouck Hurgronje?

2. Apa yang diwariskan Islam kepada nusantara?

3. Sejarah Melaka dalam konteks yang global

4. Tuk Janggut dan khilafah Uthmaniyah

5. Ulama nusantara di Tanjung Pengharapan (Afrika Selatan)

Dr Hafidzi Mohd Noor

Sunday, August 24, 2008

Deklarasi Jakarta 21 Ogos 2008

Assalamualaikum,

Sempena Al Aqsa International Conference di Jakarta maka satu resolusi telah diputuskan oleh peserta konferens yang dinamakan Deklarasi Jakarta.

DEKLARASI JAKARTA UNTUK PEMBEBASAN AL AQSHA

Kami peserta Konferensi Internasional Al-Aqsha "Aksi Nyata Mengembalikan Masjid Al-Aqsha Ke Pangkuan Muslimin", yang diselenggarakan di Jakarta tanggal 20 Sya'ban 1429 H. atau 21 Agustus 2008 M., dihadiri lebih dari dua ratus tokoh mewakili para ulama, pemuka organisasi Islam, cendekiawan, para pimpinan politik, dan jurnalis, baik nasional maupun internasional.

Dengan memohon pertolongan dan kekuatan Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyampaikan DEKLARASI JAKARTA UNTUK PEMBEBASAN AL-AQSHA, sebagai berikut :

1. Mendukung seluruh Deklarasi Istanbul 2007, serta bertekad dengan mengharapkan ridho Allah untuk terus menjaga komitmen dan berjuang membebaskan Al-Aqsha dan mengembalikan Al-Aqsha ke pangkuan muslimin.

2. Menyeru segenap pemimpin Negara-negara Islam dan Organisasi Islam Dunia, serta tokoh dan cendikiawan muslim di dunia agar mendesak Israel untuk menghentikan usaha penggalian terowongan di bawah Masjid Al-Aqsha, serta mengembalikan otoritas Masjid Al-Aqsha ke pangkuan kaum muslimin.

3. Menyeru semua pimpinan Dunia Islam agar menekan zionis Yahudi untuk menghentikan aneksasi wilayah-wilayah pemukiman muslimin Palestina, serta upaya jahat Israel untuk menodai kesucian dan merusak bangunan Masjid Al-Aqsha.

4. Mengajak segenap umat Islam di dunia untuk bangkit dan shalat berjama'ah menyatukan langkah dengan segenap dana, jiwa dan seluruh kekuatan untuk membebaskan Al-Aqsha di bawah Pimpinan seorang Khalifah.

5. Mendukung dialog antar pihak-pihak muslim yang masih berbeda pendapat, dalam memperjuangkan hak sipil dan kepimpinanan wilayah Palestina.

6. Menyepakati terbentuknya working group, yang terdiri dari tokoh ulama, cendikiawan, dan perwakilan muslimin, yang berkedudukan di Jakarta. Working Group tersebut akan bertugas :

a. Mensosialisasikan atau menyadarkan kaum muslimin untuk membela dan membebaskan Al-Aqsha dari cengkraman zionis Israel.

b. Mobilisasi seluruh dana dan kekuatan muslimin sedunia untuk pembebasan Al-Aqsha.

c. Membuat roadmap pembebasan Al-Aqsha.

d. Membangun jaringan kerjasama (net working) antar segenap muslimin sedunia.

e. Melakukan usaha-usaha pemberdayaan muslimin Palestina, meliputi pendidikan, keterampilan, dan usaha-usaha lainnya untuk meningkatkan kesejahteraan muslimin Palestina.

f. Memfasilitasi pembentukan kelompok kerja serupa di negara-negara berpenduduk Islam di dunia.

Jakarta, 20 Sya'ban 1429 H. / 21 Agustus 2008 M.

Mohon disebarkan
Dr Hafidzi Mohd Noor

Thursday, August 21, 2008

Pertemuan dengan Ulama Palestin Syeikh Abu Baqr Al Awawidah

Mendengar penjelasan Syeikh Abu Baqr Al Awawidah tentang perkembangan terkini di Palestin khususnya di Gaza

Menerima buah tangan dari Syeikh. Sepatutnya kita yang menghargai beliau, sebaliknya beliau pula yang memberi cenderahati. Ya Allah, hebatnya para pejuang bumi suci al Quds

Assalamualaikum,

Assalamualaikum,

Kebetulan ketika menginap di hotel Sufyan Jakarta sebelum berangkat pulang esoknya, ana sempat berbincang dengan Ust Ferry Noor. Beliau mengatakan ada seorang Syeikh dari palestin Abu Baqr Al Awawida sedang berada di Jakarta dalam perjalanan untuk menuju ke satu destinasi lain. Lantas Ust Ferryu Noor menghubungi ikhwah tentang kesempatan untuk bertemu dengan Syeikh di hotel. Sebaik sahaja Syeikh ini mendengar ada ikhwah ingin berjumpa dia terus menyambutnya.

Syeikh Abu Baqr Al Awawida ditemani oleh Syeikh Ziad Al Qishwani. Syeikh Abu Baqr dipimpin kerana beliau telah kehilangan penglihatan akibat diseksa ketika dalam penjara Israel. Syeikh ini dipenjarakan sebanyak 8 kali dan kini di jatuhkan hukuman penjara sehingga lebih 500 tahun (jika beliau pulang ke Tebing Barat). Kini beliau berada dalam lajnah Ulama Palestin yang berpengkalan di Dimasq (Damsyik). Beliau juga menguruskan pentarbiyyahan rakyat palestin seramai 500,000 orang di kem-kem pelarian di Syria.

Dalam pertemuan yang amat berharga itu Syeikh telah bertanya tentang perkembangan di Malaysia sejak kemenangan Pakatan Rakyat pada Bulan Mei yang lalu. Beliau mahu tahu berapa negerikah yang dipimpin oleh gerakan Islam. Beliau juga bertanya tentang status ekonomi negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat. Perhatikanlah ikhwah-akhawat seorang pejuang Palestin yang telah buta pula matanya sangat mengambil berat tentang urusan kita di Malaysia dan mengikuti pula perkembangannya dengan baik - sedangkan beliau menghabiskan segenap tenaga, pemikiran, masa dan sumber untuk berjuang membebaskan al Aqsa. Bandingkanlah dengan sikap setengah umat Islam yang tidak bersyukur dan tidak tahu diuntung yang tergamak mengatakan 'apa perlunya kita menyibukkan diri dengan isu Palestin? Sedang banyak lagi isu-isu kita yang tidak dapat kita tangani. apakah sudah selesai isu-isu di tempat kita ini sehingga kita sibuk memikirkan 'ISU ORANG LAIN!'

Dalam pertemuan itu kami telah mengambil peluang keemasan untuk mendapatkan maklumat terkini di Gaza. Saya rumuskan perkongsian oleh Syiekh Abu Baqr Al Awawida seperti berikut:

1. Perkembangan tentang 'tahdhiah' atau gencatan senjata. Buat pertama kalinya dalam sejarah perjuangan rakyat Palestin, Israel yang memohon agar diadakan gencatan senjata. Selama ini hanya pejuang Palestin sahaja yang menawarkan gencatan senjata dan seringkali pula pengistiharan gencatan senjata dilakukan secara sehala (unilateral) tanpa dipedulikan oleh Israel. Kini mereka pula yang memohon agar gencatan senjata dilaksanakan antara kedua pihak. Ini adalah satu isyarat jelas bahawa Israel sudah mengakui dan mengiktiraf kekuatan HAMAS. Walaupun dikepung sejak tahun 2006 di Gaza dan dikenakan sekatan ekonomi yang menyeluruh, kerajaan HAMAS bukan sahaja tidak tumbang bahkan semakin mantap dan semakin mencabar kedaulatan wilayah Israel. Natijah dari gencatan senjata yang ditawarkan oleh Israel ini, kini beberapa pintu masuk ke Gaza (6 semuanya) sudah mulai dibuka pada sela-sela waktu tertentu. Meskipun pintu-pintu masuk ini tidak dibuka sepenuhnya, namun kini rakyat Gaza sudah mulai merasa lega kerana ada ketikanya mereka boleh masuk ke perbatasan 'Israel' (wilayah Palestin yang diduduki 1948) untuk mendapat barang keperluan. Yang menyedihkan pula ialah sikap Mesir yang masih menutup laluan di Refah. Ketika Israel melonggarkan sedikit kepungan ke atas Gaza, Mesir terus bersikap lebih biadap dari Israel dengan tidak langsung membuka sempadannya dengan Gaza.

Ini juga memberikan satu lagi isyarat supaya pejuang HAMAS terus berjuang di Tebing Barat. Pengalaman di Gaza menunjukkan jika umat Islam/rakyat Palestin tidak tunduk kepada ugutan Israel/Amerika akhirnya mereka yang terpaksa tunduk kepada kekuatan kita. Cuma situasi di Tebing Barat jauh berbeza. Ini adalah kerana 12,000 pejuang dan aktivis HAMAS (termasuk ahli Parlimen dan Pegawai Daerah HAMAS) diepenjarakan oleh Israel. Dari 12,000 yang ditahan, 3,000 dipenjarakan oleh Fatah (pehak berkuasa Palestin). Jadi kedudukan HAMAS di Tebing Barat lebih getir, ini ditambah lagi dengan keterbatasan bergerak akibat tembok pemisah yang melingkari Tebing Barat pada hari ini.

2. Isu pertukaran tahanan. Ghilad Shalit askar Israel yang ditawan pada tahun 2006 masih lagi selamat didalam tahanan pejuang Palestin. HAMAS telah menawarkan program pertukaran tahanan seramai 1,000 orang pejuang dengan seorang Ghilad Shalit. Dari 1,000 orang tahanan Palestin ini, 300 merupakan pejuang Palestin yang dijatuhkan hukuman seumur hidup bertimpa-timpa sehingga jumlah hukuman mencapai 400 hingga 500 tahun lebih. Terdapat juga 150 orang tahanan wanita dan 300 lagi tahanan bawah umur (<18>

3. Hubungan dengan Fatah. Sebenarnya HAMAS telah mengadakan 4 siri rundingan dengan FATAH termasuklah di Mesir pada tahun 2005, Persetujuan Makkah 2007 dan persetujuan San'a, Yemen 2008. Setiap kali berlaku persefahaman dengan Fatah, Amerika akan menghantar Condoliza Rice untuk memberi amaran kepada Fatah. Kerana itu setiap persetujuan dengan Fatah berakhir dengan kegagalan. Namun HAMAS tidak akan menghentikan usaha bagi merapatkan perpaduan nasional rakyat Palestin bagi menghadapi rejim zionis.

4. Perubahan polisi negara-negara Arab. Kebelangan ini beberapa negara Arab seperti Amiriyah Arab Bersatu dan Jordan mula mengambil pendekatan lebih lembut dengan HAMAS. Bahkan Emiriyah Arab Bersatu menjemput menteri-menteri Hamas untuk berkunjung. Begitu juga Jordan mengambil sikap yang serupa. Perubahan sikap ini boleh dilihat dari beberapa sudut. Pertama ia merupakan 'instruction' dari Amerika sendiri agar negara-negara Arab mengurangkan ketegangan di Timur Tengah. Dengan mengendurkan ketegangan terutama yang melibatkan isu Palestin, negara-negara Asia Barat akan berada dalam 'relative peace and quite' (my own terms). Ini akan memberi lebih ruang kepada Amerika untuk bertindak ke atas Iran. Amerika tidak mahu menyerang Iran dalam keadaan Asia Barat terus bergolak dengan isu Palestin. Satu kemungkinan lagi ialah ia mungkin merupakan satu perangkap di mana pemimpin Palestin yang berada di Damsyik khususnya di pelawa untuk berkunjung ke Jordan dan Emiriyah lalu di sana mereka memasang jerat untuk memberkas dan membunuh pemimpin HAMAS.

Di akhir pertemuan dengan Syeikh Al Awawida ana sempat memohon sedikit nasihat dari beliau. Ini pesan beliau:

1. Anda semua adalah ulama-ulama dalam perjuangan al Aqsa. Maka saya menasihati anda semua supaya bertaqwa kepada Allah.

2. Tetaplah anda semua di atas jalan orang-orang yang ikhlas.

3. Ingatlah kita semua akan bertemu dengan Allah dan akan ditanya apa yang telah anda perbuat untuk al Aqsa...

Pesan-pesan ini lebih mahal dari manikam dan batu permata. Mari kita kelek pesan-pesan ini baik-baik ikhwah dan akhawat.

Juga sebelum berakhir konferens ana berjumpa dengan Imam Muhyiddin Hanafi pimpinan Hisbulmuslimin. Seorang yang sudah menjangkau umur 70 tahun lebih telah memegang tangan ana dan berpesan 'jalan terus ya... jalan terus sehingga syahid...' pesan ini menyebabkan ana tidak dapat menahan sebak setiap kali mengingatkannya..

Semuga Allah memberi kekuatan

Dr Hafidzi Mohd Noor

Al Aqsha International Conference - 21 Ogos Jakarta

Bergambar bersama tetamu jemputan. Ust Ghani Shamsuddin mewakili SHURA - Sekretariat Ulama Asia Tenggara

Berdiri tiga dari kiri adalah Imam Muhyiddin Hamidi, Ketua Hisbulmuslimin Indonesia yang menganjurkan konferens ini bersama badan-badan NGO Islam yang berkaitan isu Palestin khususnya KISPA

Duta Palestin ke Indonesia sedang berucap - Mr Fariz N. Mehdawi

Para peserta yang hadir dari beberapa propinsi di Indonesia

Sidang penalis dalam forum yang kedua

Dr Hafidzi sedang membentang

Menerima cenderahati dari penganjur

Bersama Ust Ferry Nur, Sec Gen KISPA - Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya sempat menghadiri konferens antarabangsa al Quds di Jakarta pada 21 Ogos 2008 mewakili JIM dan juga PACE. Tema konferens ini ialah 'The real action to return al Aqsha to Muslims'. Laporan akan menyusul InsyAllah.

Laporan penuh:

Program ini adalah anjuran hisbulmuslimin indonesia, dan turutdidukung oleh KISPA dan COMES yg merupakan jalur sealiran kita diindonesia. Ust Ferry Nur (Sec. Gen. KISPA) merupakan perunding kpdhisbulmuslimin (lihat catatan hujung) dlm isu Palestin.
Konferens ini dihadiri oleh kurang lebih 200 delegasi dari pelbagaipropinsi dan organisasi. Pembentang antaranya ialah Duta Palestin diIndonesia, Imam Muhyiddin Hanafi (ketua HM), Menteri Negara Pemuda danOlahraga, Dr Adhyaksa Dault, dua pembentang dari IAIN dan satuinstitusi lain (maklumat lengkap i'allah dlm laporan rasmi dan blog).Dua orang pembentang dari Malaysia ialah Ust Abd Ghani Shamsuddinmewakili SHURA dan Dr Hafidzi mewakili JIM/PACE. Pembentangan dibuatdlm dua sessi forum dengan 3 pembahas bagi setiap sessi forum. Ana membentang dlm sessi forum yg kedua.

Apa yg boleh ana simpulkan ialah kesempatan hadir di konferens inimenjadi stimulan dan pembakar semangat untuk memacu perjuanganmembebaskan al aqsa. Ia adalah satu medan yg meningkatkan iman danmemupuk keikhlasan dlm berjihad. Ana petik beberapa noktak penting ygdisampaikan oleh pembentang dan pembahas.

1. Pak menteri Dr adhyaksa - beliau mengingatkan membebaskan al-aqsaadalah satu proses-kerana hasilnya sudah diputuskan;al-aqsa pasti kembali ke pangkuan umat islam. Samada ia berjaya disempurnakan dlm hayat kita atau generasi akan datang bukan soalnya. Soalnya apa sumbangan kita.

2 renungan dari pembahas; perbandingan dengan melihat sebuah gunung everest. Kita tidak akan sampai ke puncak hanya dengan melihat saja.Kita perlu mula melangkah. Bila sudah mula melangkah kita akan sampai ke puncak walaupun dgn segala susah-payah. Contoh kedua ialah dari kesah benar sepasang suami isteri yg memiliki ramai anak. Saat melahirkan anak ke 7, si isteri berkata pada suami, tidak seorangpun anak kita yg dibuat aqiqah. Lalu jawab suami-nak mencukupkan belanja makan sehari-hari tidak cukup inikan pula nak dibuat aqiqah? Lalu dibalas isteri 'gimana Tuhan mahu memakbulkan kalau niatpun tidak..Sisuami akur dan memasang niat dengan ikhlas, ternyata tidak sampai seminggu sudah tersedia rezeki untuk dua ekor kambing bagi melaksanakan aqiqah. Begitulah pentingnya meletakkan azam untuk membebaskan al Aqsa.

3. Seorang lagi pembahas mengaitkan perjuangan al aqsa dan peperangandi antara talut dan jalut. Talut mempunyai angkatan tentera yg amat besar dan mereka diingatkan supaya hanya minum seteguk air apabila ketemu sebuah sungai. Mereka minum semau-maunya kerana rasanya ygmanis (begitulah ibarat dunia). Ternyata mereka tdk mampu meneruskan perjuangan (itulah ibaratnya orang yg terlalu banyak menghirup kenikmatan dunia--meskipun halal; punggungnya terasa berat utkberjihad..). Yg minum seteguk hanya ialah 313 orang dan daripada mereka 13 langsung tdk meminum air walaupun sedikit (mereka ini adalah inti dlm perjuangan). Lalu dilontarkan satu pengharapan bahawa pesertakonferens inilah yg merupakan di antara 13 orang itu yg tdk minum utkmenerajui jihad membebaskan al aqsa.

4. Pembentang Imam Muhyiddin Hanafi menyebut tentang Salahuddin alAyyubi. Sebelum beliau menawan Baitul Maqdis beliau telah berusaha untuk menyatukan umat islam yg bertelagah di mesir, yaman dan iraq.Beliau juga berjaya mengembalikan mesir dari pengaruh fatimiyyah yg menyimpang. Pengajarannya mengembalikan umat yg satu ini dibawah satu kepimpinan adalah ramuan asas kpd perjuangan pembebasan al aqsa.(catatan Ust Ferry Nur semasa sembang-sembang juga mengingatkan pentingnya usaha berterusan dilakukan untuk membawa Hamas dan Fatah berunding bagi memperkukoh kesatuan umat islam di palestin-meskipun iasatu usaha yg sukar kerana bantuan yg diterima Fatah dari Amerika

5. Satu-satunya jalan utk membebaskan al-aqsa ialah kita menjadi hambaAllah sesungguhnya, bukan hamba syahwat, hamba jabatan, hamba seks.Jikalah kekuatan iman itu boleh diukur dengan amal, maka jika solat jamaah subuh sudah seperti solat jumaat bererti umat islam sudah punya cukup kekuatan untuk menggugah yahudi zionis. Beliau menggesa peserta konferens supaya mengubat kemunafikan diri dgn mengerjakan solat subuh berjemaah. Selanjutnya beliau menyenaraikan 5 istilah pokok dlm islamyg telah di'cederai' sehingga ia menjadi kalimah-kalimah yg dijauhioleh umat islam sendiri.

A. Jamaah; B. Tarbiyyah; C. Bai'ah; D. Jihad; E. Khalifah

Walhal kalimah-kalimah inilah yg menjadi asas kepada kelansungan islamitu sendiri. Dengan menjauhkan kalimah-kalimah ini, umat islam menjadi lumpuh dlm menghadapi musuh-musuh mereka.

6. Perbahasan oleh ust amrozy dari COMES (Centre for Middle Eastern studies). Kita semua harus (wajib) mendukong perjuangan agar rakyat Palestin terus bertahan. Kita juga diseru supaya terus memberi bantuan agar rakyat palestin tetap tinggal di baitulmaqdis dan di sekitar masjid

(sedikit latarbelakang ttg HM-sejarahnya bermula dgn Masyumi pimpinanal-marhum Pak Natsir, apabila diharamkan Sukarno, Masyumi hilangmomentum, sebahagian dari pendukungnya menubuhkan HM, pimpinannyabergelar imam dan mendukung perjuangan mengembalikan khilafah)

Dr Hafidzi Mohd Noor

Tuesday, August 12, 2008

Program Memperingati Nakbah Palestin anjuran Jab. Mufti Negeri Perlis dgn kerjasama NGO-NGO Islam



Assalamualaikum,
Berikut ialah laporan yang dikongsikan oleh Sdr Wan Muda Wan Yahya, JIM Negeri Perlis
Assalamu'alaikum wr wb Syukur alhamdulillah, Program Memperingati Nakba Palestin telah selamat diadakan dengan jayanya pada 25 Julai 2008 bermula jam 8:45 malam. Program dianjurkan bersama oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis, PACE, JIM, Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Perlis, Persatuan Al-Islah Perlis, ABIM dan Liga Muslim Perlis. Acara perasmian di Dewan Warisan Kangar yang sepatutnya dilakukan oleh YAB Menteri Besar Perlis telah disempurnakan oleh Exco Agama, YB En Jefperi Othman. Program Nakba Palestin di Perlis menampilkan dua orang penceramah iaitu Sahibus-Samahah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah PACE, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor.
Lebih kurang 650 orang telah menghadiri program ini. Selain ceramah program diselitkan dengan persembahan multimedia. JIM Perlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Hafidzi kerana menjayakan program ini. Kutipan derma pada malam itu ialah RM 2,783.16. Insya Allah kutipan ini akan diserahkan kepada JIM International dalam masa yang terdekat.
Wan Muda Wan Yahaya
 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc