Wednesday, January 21, 2009

Selamat Hari Lahir Abi

Hadiah Hari Lahir untuk Abi




Sudah lama betul tidak update blog keluarga ini. Alhamdulillah baru beli modem broadband celcom untuk mengatasi masalah sreamyx di rumah yang selalu sangat tak dapat access. InsyaAllah kalau murah rezeki, selalu lah ummi update blog ni.

Pada 13 Disember 2008 yang lalu, genap lah usia abi 46 tahun. MasyaAllah begitulah cepatnya masa berlalu. Waktu tu abi sibuk menyiapkan buku Sejarah Nusantara nya yang kedua. Walaupun yang ke dua tapi sebenarnya judul ke empat daripada tujuh yang telah dirancangkan.

Minat abi pada sejarah memang sangat mendalam. Dari awal perkahwinan kami lagi, ummi selalu tengok abi bawa balik buku-buku sejarah dari library UKM. Antara yang umi paling ingat ialah dua volume buku dengan kertas yang dah kuning-kuning tentang pengembaraan Marco Polo. Kemudian abi pun mula berkongsi maklumat terbaru yang dia dapat dari buku tersebut. Begitulah selalu nya kami menghabiskan masa bersama. Paling best jika dalam perjalanan balik kampung atau keluar dari KL, biasanya umi yang memandu dan biar kan abi membaca sambil bercerita. Itu pun setelah anak-anak besar dan boleh behave well semasa dalam kereta. Kalau tak, sibuk dengar depa gaduh aje lah.....

Untuk birthday abi kali ini, umi berniat nak hadiahkan buku-buku yang dapat membantu abi mendalami lagi minatnya. Abi dah lama cakap nak ke Wisma Yakin cari buku. So, umi pun ambil cuti khas untuk bersama-sama abi dan odi melayan minat masing-masing di beberapa kedai buku di Wisma Yakin. Memang suka tengok bagaimana abi khusyuk dan excited dengan lambakan buku-buku yang menarik minat abi. Umi perhatikan aje. Rasanya dah dekat rm200 abi belanja. Akhirnya, ada satu buku tu yang rasanya abi nak sangat tapi dia kata nanti dulu lah....sebab budget dah takde.

Umi pun pasang Odi untuk balik semula ke kedai tu dan belikan buku "Sejarah Indonesia Moden 1200-2004" karya Prof M.C. Ricklefs. Itu lah hadiah istimewa untuk abi sempena hari lahirnya kali ini. Makin banyak buku rujukan baru, makin panjang lah masa yang abi perlukan untuk menyiapkan buku nya tu. Abi memang perfectionist dan umi tahu memang abi perlu menyiapkan bukunya dengan nota-nota rujukan yang authentic dan credible. Malah usaha itu tergendala buat sementara waktu selepas Isreal menyerang Gaza pada 27 Disember 2008. Sudah lama tak nampak abi duduk di meja study nya mengetuk laptop. Saban malam abi keluar untuk memenuhi jemputan masyarakat dalam membicarakan soal Palestin.

Semoga abi terus diberikan Allah kekuatan untuk menulis dan meninggalkan legacy buat anak-cucu dan generasi yang akan datang. InsyaAllah ada rezeki, siap lah buku abi tu nanti.....

love, umi
21 Jan 2009

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc