Wednesday, August 26, 2009

Majlis Pertunangan anak saudara


Assalamualaikum,
Alhamdulillah pada hari Sabtu, 15 Ogos 2009 telah selamat dilangsungkan majlis pertunangan anak saudara di Muar. Pihak keluarga telah memohon saya untuk menjadi wakil keluarga sebagai jurucakap menerima rombongan meminang. Meskipun masih belum begitu sehat, tetapi adalah penting bagi saya memenuhi hajat keluarga ini.
Saya, kak zu dan Qayyim telah turun ke Muar untuk urusan ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Semuga Allah memudahkan urusan apabila dua insan ini disatukan dengan izin Allah apabila sampai janjinya.
Selepas wakil pihak lelaki berucap menyatakan hajat dan mengucapkan terima kaseh di atas sambutan keluarga, saya memberi ucapan balas dengan menyebut perkara-perkara berikut:
1. Majlis pertunangan ini bukan sekadar adat tetapi merupakan satu tuntutan syara'.
2. Saya bacakan ayat dari surah ar-Rum. terjemahannya "Dan di antara ayat-ayat Allah (tanda kebesaranNya) ialah Dia menciptakan kamu dan isteri-isteri kamu dan dijadikan di antara kamu mawaddah (kasih-sayang) dan rahmah. Sesungguhnya pada demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal"
3. Semuga Allah menyampaikan hajat anak-anak kita dan memudahkan urusan penyatuan mereka apabila sampai jodoh mereka.
4. Oleh kerana mendirikan rumahtangga adalah urusan syara' maka urusan untuk menuju kepadanya juga wajib dilakukan dalam batas syara'
5. Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu-bapa dan keluarga agar anak-anak kita tetap menjaga batas-batas agama dalam pergaulan di antara lelaki perempuan. Pertunangan tidak menghalalkan pergaulan di antara mereka. Mereka tetap ajnabi (orang asing). Pertunangan hanyalah satu ikatan janji di antara kedua pihak.
6. Ini tidak pula menghalang mereka untuk bertemu dan berbincang tetapi mestilah dengan kehadiran muhrim atau berteman dengan memerhatikan adab-adab Islam.
Pehak keluarga lelaki, ibu beliau kemudian menyarungkan cincin pada anak saudara kami. Setelah bertukar-tukar hadiah pertunangan, keluarga pihak lelaki dijemput untuk menjamu selera.
Semuga Allah menyampaikan hajat yang baik ini dan memudahkannya, Ameen.
Tahniah pada Abang Hassan dan Kak Hendon.
Hafidzi, Zuraidah, Qayyim, Mawardi dan Amin

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc