Monday, August 24, 2009

Kenali tokoh pejuang kemerdekaan yang sebenar - Prof Zulkifli Muhammad

Al-marhum Ust Prof Dr Zulkifli Muhammad

Assalamualaikum,

Seperti biasa Kerajaan akan memutar kembali kehebatan UMNO dan tokoh-tokohnya sebagai pejuang kemerdekaan sebenar menjelang 31 Ogos. Rakyat akan diminta untuk mengenang budi dan pengorbanan pemimpin UMNO sebagai pejuang bangsa yang tulen. Hakikatnya UMNO adalah wadah politik yang memang disediakan oleh penjajah British untuk mengambil alih pentadbiran negara ini sebaik British mengistiharkan 'kemerdekaan' Tanah Melayu.

Kita perlu menonjolkan pejuang sebenar kemerdekaan. Mereka inilah yang telah melakar sejarah yang membanggakan bagi umat ini. Mereka tidak mengenal erti kompromi dan tidak akan menerima kemerdekaan palsu yg ditawarkan oleh British. Mereka juga merupakan pejuang rakyat yang tulen yang mengangkat tahap pemikiran umat dan membebaskan orang melayu dari segala bentuk takhyul, khurafat dan kejumudan yang membelenggu orang melayu/Islam.

Ana mulakan dengan Al-marhum Prof Zulkifli Muhammad. Beberapa fakta yang wajar kita renungkan.
1. Semasa kecilnya beliau diserang penyakit polio sehingga cacat anggota kaki dan tangan.
2. Kecacatan ini tidak menghalang beliau menjadi pelajar terbaik; beliau memasuki alam persekolahan pd usia 4 setengah tahun.
3. Semasa Ust Abu Bakar al-Baqir berhasrat untuk membuka kelas pengajian tinggi agama di Madrasah Ihya' as-Sharif, Gunung Semanggol, pelawaan dibuka pada semua pelajar aliran agama. Ust Zulkifli Muhammad turut mendaftar dan menduduki peperiksaan kelayakan. Tetapi hanya Ust Zulkifli seorang shj yang lulus sehingga Ust Abu Bakar al-Baqir terpaksa membatalkan kelas tinggi agama tersebut.
4. Semasa Jepun menyerah kalah, MPAJA dan Bintang tiga bermaharajalela di Tanah Melayu selama 14 hari sebelum British tiba kembali untuk melaksanakan pentadbiran tentera BMA. Ust Zulkifli, walaupun cacat anggota tetap bersenjatakan parang panjang untuk melindungi kampungnya di Perak.
5. Ust Zulkifli melanjutkan pelajaran di al-Azhar dan pada masa yg sama mengambil jurusan pendidikan di American University di Kaherah. Ust Zulkifli mengkritik cara pengajaran al-Azhar yg beliau nilai jumud, tdk membangun dan 'mati'. Ust Zulkifli bagaimanapun tdk menghabiskan pengajiannya di American University kerana masalah kesihatan termasuklah sesak nafas dan mengalami masalah buah pinggang.
6. Semasa di Mesir beliau mendapat dokongan seluruh pelajar Asia Tenggara sehingga dilantik mewakili mereka (PERTINDO yg dianggotai oleh pelajar Tanah Melayu, Pattani, Indonesia dan Filipina).
7. Ust Zulkifli kerap mengikuti ceramah As-Syahid Hassan al-Banna dan menyokong pendekatan ikhwan-ul-muslimun. Sewaktu Israel didirikan pada tahun 1948, Ust Zulkifli melalui inisiatifnya telah menubuhkan tabung Egypt fund for Palestine bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin.
8. Semasa masih belajar di Mesir, Ust telah menyampaikan hasratnya kpd salah seorang Sultan negeri melayu yang menziarahi Kaherah tentang keperluan mendirikan sebuah Kolej Islam. Hasrat ini menjadi kenyataan apabila Sultan Selangor menganugerahkan sebidang tanah di Kelang. Inilah permulaan kpd Kolej Islam Kelang yg mana Ust Zulkifli telah dilantik sebagai pengetuanya yang pertama - beliau juga menyediakan kurikulum Kolej Islam Kelang.
9. Beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar di Indonesia sehingga dianugerahkan Doktor Honoris Causa oleh Univ Islam Medan dan diangkat sebagai Professor di sebuah Universiti di Jawa. Hj. Agus Salim (the grand old man of Indonesia) menyifatkan beliau sebagai bakal menjadi pujangga M.Iqbal bagi Tanah Melayu.
10. Sebaik berakhirnya perang dunia beliau menggerakkan PKMM - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya. PKMM adalah pertubuhan yang paling lantang menentang Malayan Union pada tahun 1946. Gerakan Nasional yang digerakkan oleh PKMM bersama API, AWAS, BATAS dan SEDAR untuk menolak gagasan Malayan Union yang dibawa oleh Harold McMichael akhirnya mencetuskan penubuhan PEKEMBAR (UMNO). UMNO tidak boleh mengambil kredit sebagai penentang Malayan Union kerana usaha kempen nasional digerakkan oleh PKMM yang antara lain dipimpin oleh Ust Zulkifli Muhammad.
11. Ust Zulkifli Muhammad menyertai UMNO tetapi kemudian keluar apabila UMNO membina pakatan dgn MIC dan MCA.
12. Jawatankuasa agama dalam UMNO keluar dan membentuk PAS. Ust Zulkifli Muhammad menyertai PAS dan menjadi calun PR pada tahun 1951 dan tewas.
13. Beliau sekali lagi menjadi calon PAS bagi Parlimen Bachok dan menang pada tahun 1959.
14. Prof Zulkifli Muhammad menjadi pembahas di Dewan Rakyat yang turut diakui oleh MP Perikatan.
15. Beliau membidas kerajaan Malaysia kerana mengiktiraf Israel atas dasar Israel wujud kerana pengiktirafan PBB, melalui perbahasan yg tegas dan meyakinkan.
16. Sikap dan pendirian beliau tentang kedudukan Islam baik dari sudut undang-undang, perlembagaan dan pentadbiran dinyatakan tanpa kompromi.
17. Beliau meninggal dunia bersama isterinya dalam kemalangan jalanraya di Kuantan pada tahun 1964 ketika berusia 37 tahun.
18. Dalam usia semuda itu, Prof Ust Zulkifli Muhammad telah meninggalkan sumbangan yang cukup besar baik dari sudut pemikiran, kepimpinan, pembangunan bahasa dan sastera.

Demikianlah sekelumit dari sumbangan dan pencapaian al-marhum ProfZulkifli Muhammad. (insyaAllah akan dikembangkan dlm Jejak Risalah jilid VII)

Dr Hafidzi Mohd Noor

4 comments:

ibnuismail said...

mohon utk sebarkan....

UbaidAkla said...

inilah hasil tarbiyyah PAS

QAYYIM HAFIDZI said...

ini hasil tarbiyah islamiyah..dan semangat untuk memperjuangan pengislahan

al_qari said...

Syukran ust..minta izin utk ana sebarkan di dalam blog ana

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc