Friday, September 25, 2009

Dikunjungi keluarga arwah Wan Abdul Razak Wan Jusuh

Wan Mustafa, anak arwah Wan Razak (paling kanan)
Saling tak tumpah serupa arwah
Along (Wan Ateeqah), umi Zuraidah, Kak As dan Mus
Assalamualaikum,

Hari Raya ini keluarga kami juga dikunjungi oleh keluarga Arwah Wan Abdul Razak. Ziarah isteri arwah (Kak As) dan anak-anak (kaklong Wan Ateeqah, Mustafa, Yusra dan Firas) mengeratkan lagi silaturrahim di atas jalan dakwah ini. Arwah banyak berbudi pada kami. Ketika kami pulang dari US dulu, arwahlah orang yang paling banyak membantu. Kami merasa begitu rapat dengan arwah dan keluarga dan tidak pernah merasa kekok untuk meminta tolong. Termasuklah dua kali pindah rumah, arwah Wan Razaklah yg kami hubungi untuk mengumpulkan sahabat-sahabat untuk tolong kami pindah. Banyak sungguh kenangan yang tidak dapat kami lupakan bersama arwah.

Serdang adalah permulaan kepada sejarah penglibatan dakwah kami di Malaysia (1988). Setiap maghrib, Isya dan juga subuh kami berjemaah di Surau Tmn Seri Serdang Fasa I. Antara sahabat-sahabat yang memenuhi aktiviti surau termasuklah siri kuliah ialah arwah Wan Razak, Hj. Norazmi, Abg Hj. (Fuad Abbas), Dr Burhanuddin (kini Prof.), Dr Fauzi Zakaria, Dr.Ramlan, Dr Zainul Abidin, akh Nusri, Akh Zul Hashim, Dr Ahmad Zainuddin, Dr Mohd Noor (kini Prof), Dr Shahnor (kini Prof), Dr Abd Halim Ghazali, akh Mustafa Kamal (kini ahli Majlis Daerah Kajang), akh Shakor, akh Abdul Halim Sujak, Dr Amin Matsom (kini Prof), Dr Azni Idris (kini Prof), Dr Ahmad Hariza, Dr Megat Hamdan (kini Prof.), Dr Megat Johari, akhi Hamzah, Dr Razali Kader, akh Syukri Mail, akh Wan Yusuf, Dr Ahmad Rodzi, Dr Asbi Ali, akh Azman Mohd Nor, akh Dr Zakaria Che' Muda, akh Bakaruddin, Dr Ainuddin, akh Johari, Akh Rashid dan yang lain-lain (kalau ada nama-nama yang tidak dimasukkan mohon maaf ya...)

Setelah balik dari UK dan menetap di Bandar Baru Bangi, kami masih terlibat dengan usrah di Serdang. Setiap kali selepas big group (usrah gabungan) biasanya kami akan pergi menge'teh' di restoran Maulana di bawah pejabat JIM. Antara yg setia sembang-sembang lepas usrah ini termasuklan arwah wan razak, saya, Ahmad Z, Hj Norazmi, Dr Zainul, Prof Mohd Noor dan Pak Mus.

Semasa zaman Reformasi '98, saya, Wan Razak, Alwi Hasrat, Ahmad Z adalah antara yang kerap turun berdemonstrasi di jalanan. Teringat ketika bersama ke rumah Anwar Ibrahim menjalankan hirasah (berkawal) sebelum Anwar ditangkap. Juga ketika saya dan arwah berlari di jln TAR semasa dikejar-kejar oleh PGA dan FRU.

Teringat juga satu ketika di mana kami dilanda oleh kesedihan. Arwah adalah orangnya yang menenangkan kami..

Semuga ukhuwah yang dibina selama ini menjadi penyelamat di kemudian hari. Semuga kita tergolong bersama kalangan yang bertemu dan berpisah kerana Allah yang layak mendapat perlindungan di padang mahsyar.

Kini anak-anak arwah yang ditinggalkan menjadi contoh yang baik. Along Ateeqah sudah bergraduat dlm bidang Biomedical Science, Mustafa sedang mengikuti kursus Aktuari, Yusra lulusan Darul Quran, kini di UIA dan Firas kini di Darul Quran. Ramadhan yang lepas Firas menjadi imam terawikh di surau kariah mereka. Yang bongsu masih di sekolah

Arwah meninggal setelah lama berjuang melawan leukemia. Antara sms terakhir yang dihantar kepada saya ketika mula-mula sakit buah pinggang dulu berbunyi 'Ana sayang pada anta dan ana harap anta segera sembuh untuk meneruskan kerja-kerja ini.'

semuga Allah menempatkan arwah bersama golongan solihin, mukhlisin, al-anbiya dan mursalin.

Ameen Ya Rabbul Alamin

Dr Hafidzi/Hjh Zuraidah dan anak-ana

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc