Thursday, September 24, 2009

Naik Semangat untuk menyiapkan Jejak Risalah di Nusantara Jilid II

Kepulauan Sulu (dalam poligon) yang
kini sebahagian dari Republik Filipina


Assalamualaikum,

Dengan siapnya Jilid VI, penulis mendapat motivasi yang kuat untuk menyiapkan Jejak Risalah di Nusantara Jilid II. Alhamdulillah 3 bab telahpun disempurnakan iaitu Melaka, Brunei dan Manila. Kini sedang membuat kajian rapi untuk menyiapkan bab 4: kepulauan Sulu - 400 tahun melawan Imperialis Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Di manakah letaknya Kepulauan Sulu? Ia adalah gugusan pulau-pulau (lebih 900 buah) yang terletak di antara Laut Sulu di utara dan Laut Sulawesi di Selatan, Sabah di sebelah barat dan Pulau Mindanao di sebelah timur. Kepulauan Sulu (yang ditandakan dalam poligon pada peta Filipina di atas) terdiri dari 7 kelompok pulau utama iaitu Sibutu, Tawi-tawi, Jolo, Pangutaran, Samales, Tapiantana dan Tapul.

Seorang penulis menyebut 300 tahun melawan penjajah yang ampuh menjadikan pahlawan Sulu paling kental. Jihad yang mereka pelopori menjadi benteng umat Islam di nusantara dari pengkristinan dan gelombang pembaratan.

Di dalam bab ini penulis akan memuatkan antara lain asal-usul suku kaum Bajau dan Samal di samping suku utama iaitu bangsa Tausug yang berdiri teguh melawan Sepanyol tanpa henti. Sesungguhnya menyedari hakikat sejarah umat Islam di rantau ini membakar semangat juang dan menghidupkan kemahuan untuk terus berjihad pertahan Islam. Allahu Akbar!

Dr Hafidzi Mohd Noor

2 comments:

Neldy Jolo said...

Salam Tuan Dr.

Kalau kami boleh membantu tentang kajian Doctor terhadap Sulu kami sedia untuk berkongsi pendapat dan maklumat. Terima Kasih

Tolong lawat blog-blog ini:
www.theislandsofpearls.blogspot.com
www.tausug-global.blogspot.com

Dr Hafidzi Mohd Noor said...

Assalamualaikum,

Terima kaseh sdr Neldy Jolo. Saya merasakan satu kewajipan kita umat Islam di nusantara ini meluruskan salah faham terhadap sejarah kita. Kehebatan para mujahid di zaman yang lalu mesti dihayati oleh generasi hari ini. Semuga faham kebangsaan sempit yang disemai oleh penjajah dan diwarisi oleh golongan nasionalis sekular lebur di tangan generasi akan datang yang menghayati islam dalam ertikata yang sebenar. Ameen

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc