Thursday, October 1, 2009

Penyerahan USD100,000 kepada Rabitah Ulama Palestin di Syria

Dari kiri Dr Ir Selamat, Syeikh Ziad Said, Dr Hafidzi, Akh Zun Arif
dan Syeikh Abu Baqar al Awawida

Syeikh Abu Waeel yang diusir keluar sejak berusia 9 tahun dari Bumi Palestin bersama dengan ikhwah Indonesia yang mengiringi sebagai interpreter

Assalamualaikum,

Pertemuan dengan rombongan dari Rabithah Ulama Palestin dari Syria yang diketuai oleh Syeikh Abu Bakar al Awawida. Dua syeikh yang mengiringi mereka ialah Syeikh Ziad Said dan Syeikh Abu waeel. Tiga orang ulama tersohor yang mengendalikan program tarbiyyah untuk rakyat Palestin di Syria berjumlah 500,000. Syeikh Abu Bakar spt yang sedia maklum hilang penglihatan beliau akibat mendekam dalam penjara Israel sebanyak 13 kali.Beliau telah mengenali PACE/JIM sejak pertemuan dengan kami di Jakarta. Kami juga bertemu dalam konferens al Quds di Istanbul. Pertemuan pada 13 Sept 2009 dihost oleh Haluan di pejabat Haluan yang turut disertai oleh NGO-NGO berkaitan Palestin. Yang hadir mewakili PACE/JIM semalam ialah Pak Selamat, akhi Zun Arif, ukth Norazian, saya dan zauj (kak zu)

Dalam perbincangan rengkas dengan Dr Ir Hj Selamat, setelah mengambil kira projek-projek yang banyak boleh disalurkan bantuan melalui Rabithah Ulama Palestin Damaskus maka kami bersetuju untuk menyalurkan sebanyak USD100,000 dari tabung Palestin sedia ada. Mereka meletakkan sasaran kutipan sebanyak USD100,000 dalam jaulah mereka di Malaysia kali ini. Menurut akh Nor Azman (Haluan) dari kempen seluruh negara anjuran Haluan setakat telah berjaya mengumpul sebanyak USD50 - 60K. Apabila saya mengumumkan kpd majlis bahawa PACE akan menyumbang sebanyak USD 100,000 disambut dengan laungan takbir oleh mereka dan hadirin.

Antara projek yang boleh dibiaya melalui mereka ialah:

1. Pembinaan hospital
2. Bantuan anak-anak yatim
3. Bantuan untuk balu-balu syuhada
4. Pembinaan masjid (Haluan telah membiayai pembinaan Masjid Syeikh Ahmad Yasin yang bernilai USD30,000)
5. dan pelbagai projek lain.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE

(Laporan berikut disediakan oleh Sdr Zun Arif Hakim - Felo kanan PACE)
MENYAMPAIKAN AMANAH RAKYAT: SUMBANGAN USD100K KPD RABITAH ULAMA' PALESTIN, SYRIA

Assalamu'alaikum wbt

14hb Sept 2009 2:45pm, satu upacara ringkas penyerahan sumbangan sebanyak USD100,000 kepada Rabitah Ulama' Palestin telah diadakan di Kompleks JIM, Taman Melawati. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Tn Presiden Hj Zaid Kamaruddin, SUA Tn Hj Nahar Mohd Noor, Bendahari Tn Yacoob, Timb Pengerusi JKPA Pak Selamat, JIMedia Wan Muhammad & Khadijah Azman, Fellow PACE Ukhti Azian Anadin & saya , selaku ko-ordinator.

Pihak Rabitah Ulama' Palestin diiringi rombongan tiga orang sahabat Haluan Palestin. Turut mengiringi Syeikh Abu Bakar adalah Syeikh Ahmad Ziad, Koordinator Bantuan Antarabangsa, Rabitah Ulama' Palestin. Terasa dekat sangat dengan Baitul Maqdis apabila bersama-sama ulama' Palestin yang berada di medan dan mengalami sendiri kezaliman tentera Israel. Kami juga telah menjemput Pengasas DCL Dato Stapa yang diwakili oleh En Azizul dan seorang lagi rakan beliau (tak sempat ta'aruf). Wakil media hanya diwakili oleh JIM Media.

Presiden dalam ucapan alu-aluannya menghargai kerja-kerja yang dilakukan oleh Rabitah Ulama' Palestin. "Kami akan melakukan apa sahaja bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestin atas dasar ukhuwah Islamiah. Disamping harta benda, doa juga mengiringi perjuangan kalian. Namun, kepedihan ini tidak dapat digarap kerana bahu yang memikul sudah tentu lebih berat daripada mata yang memandang."

Pihak DCL pula bersyukur kerana dapat membantu melalui PACE. Untuk makluman, DCL telah membuat kutipan dikalangan ahli perniagaannya sebanyak kira-kira RM430,000 dan telah diserahkan kepada PACE (mock ceknya) dalam satu majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Sumbangan yang diserahkan kepada wakil Rabitah Ulama' Palestin ini sebahagian besarnya daripada sumbangan DCL. Mereka sedang dalam usaha mendapatkan tax exemption dan akan bekerjasama dengan badan korporat lain untuk mengumpul lebih banyak dana lagi.

Syeikh Abu Bakar berasal dari Hebron Al-Khalil. Beliau telah dihalau keluar daripada bumi Palestin sejak tahun 1948 semasa penubuhan negara haram Israel ketika umurnya baru 9 tahun. Kini, berusia 71 tahun dan terpisah dengan keluarganya 61 tahun yang lalu. Buat masa ini Syeikh Abu Bakar mengendalikan 500,000 pelarian Palestin di sebuah kem pelarian di Syria. Beliau juga pernah dipenjarakan di penjara Israel sebanyak 13 kali. Semasa di penjara beliau menjadi orang kanan kepada Syeikh Ahmad Yassin, pengasas pergerakan HAMAS.

"Kepada semua penyumbang saya ucapkan terima kasih. Allah tidak akan mengurangkan harta mereka yang berjihad di jalan Allah. Pernah suatu ketika, seorang hamba Allah menyumbangkan setiap bulan USD1000 kepada Rabitah Ulama' Palestin. Apabila kegawatan ekonomi, beliau telah menambah sumbangan bulanan nya kepada USD2000. Beliau berjaya melepasi krisis kewangan dan kini menjada seorang ahli perniagaan yang berjaya... " ujar beliau dalam ucapan ringkasnya.

Beliau juga menyatakan setiap bulan USD5Juta diperlukan bagi membaiki terowong yang rosak. Terowong yang dalamnya 60m dan panjangnya lebih 1,300km menjadi laluan utama bekalan makanan dan ubat-ubatan diagih-agihkan. Kesemua sumbangan ada rekodnya yang terperinci. Dalam bidang pendidikan pula, mereka telah berjaya melahirkan ramai tahfidz. Pada tahun ini sahaja 15,000 anak-anak Palestin telah menjadi tahfidz dalam tempoh masa 2 bulan.

Hasil dari kekejaman tentera Israel, kedua-dua matanya telah buta. Namun ini tidak sedikitpun mengurangkan semangat beliau untuk terus berjihad. Dalam ucapannya lagi, "Syukur kerana mata saya telah buta. Kedua-dua mata saya sedang menanti saya di syurga. Sekarang saya mesti bekerja kuat untuk menghantar seluruh anggota badan saya ke syurga...Allahu Akbar!!! Begitulah kentalnya semangat dan tingginya keyakinan beliau.

Bagi pihak PACE, saya ucapkan jazakumuLlaha khairan kathira atas usaha-usaha yang dijalankan diperingkat negeri dan daerah dan pusat yang memungkinkan PACE diberi kepercayaan oleh masyarakat.

Semasa menghantar rombongan pulang, Ustadz NorAzman, Pengerusi Haluan Palestin bersalaman dengan saya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada PACE. PACE is the best.....katanya. Saya tersenyum saja dan mengucapkan AlhamduliLlah. Ini berkat kerja amal jamaie. Saya juga ucapkan terima kasih kerana merekalah menjadi asbab PACE bertemu jaringan baru ini.

(Gambar-gambar penyerahan akan dikongsikan kemudian)

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc