Monday, December 21, 2009

Anakanda Mawardi menyertai PRINT 2009 anjuran MUSLEH dan ICEE

Peserta dari rangkaian sekolah JSIT (Jaringan Sekolah Islam Terpadu) Indonesia tiba di KL untuk menyertai PRINT anjuran MUSLEH dan ICEE

Assalamualaikum,


Muhammad Mawardi sedang mengikuti program PRINT anjuran MUSLEH dari 20 hingga 24 Disember i'Allah. Berita lanjut akan dikongsi i'allah. Semuga anakanda Mawardi mendapat sebanyak-banyak manfaat dalam program ini untuk meniti jalan dakwah dan islah. Ameen


Abi dan umi
----------------------------------------------------------------------

Berikut ialah berita dari Hj Fadhil Abdullah


Satu kontigen yang dianggotai oleh 80 orang pramuka (pengakap) dari Jaringan Sekolah Islam Terpadu Indonesia (JSIT) tiba melalui 3 penerbangan dari Jakarta untuk menyertai Perkhemahan Internasional KRS MUSLEH 2009 (PRINT 2009) di Ulu Yam Selangor semalam 20hb Disember 2009. Mereka diiringi oleh 10 PEMBINA dan 10 pegawai. Dianggarkan 1,500 anggota dari pelbagai kontigen sekolah-sekolah di Malaysia akan menyertai PRINT 2009. Satu kontigen dari Thailand turt menyertai perkhemahan ini.


Dilampirkan gambar Pramuka Puteri yang tiba dengan Pesawat Air asia di LCTT tengahari semalam. Dua kumpulan dengan penerbangan GARUDA. Besok 22hb. Disember 2009 PRINT 2009 akan dirasmikan oleh YB Timb Menteri Pelajaran Dato Fuad Zarkasi jam 8.00pagi. JSIT adalah gandingan MUSLEH dalam ICEE (Internasional Centre for Educational Excellence). KRS MUSLEH adalah badan beruniform yang didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan. Pengerusi MUSLEH adalah Colnel in Chief KRS MUSLEH. Pengetua-Pengetua dan Guru Besar adalah Pegawai-Pegawai KRS MUSLEH yang ditauliahkan dalam pelbagai peringkat jawatan.


Fadzil bin Hj Abdullah

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc