Thursday, October 29, 2009

Umrah Cik Aton & Pak Abu Hassan

Kak Endon dan Abang Hassan 

Gambar Kak Endon dan Abang Hassan sekeluarga semasa bertolak dari KLIA untuk mengerjakan umrah pada 22 Julai 2009 yang lalu

"Awak nak hadiah apa ya, jaga saya sepanjang saya dirawat di HKL ni?" Tanya Abang Hassan pada Kak Endon. "Saya nak berikan awak hadiah yang istimewa. Kita ke Mekah untuk umrah ya". 

 
Begitulah yang diceritakan oleh Kak Endon kepada Aku. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kasih sayang Kak Endon merawat Abang Hassan di HKL, Abang Hassan berikan hadiah yang cukup istimewa buat mereka berdua. Selama lebih kurang dua minggu Abang Hassan dirawat di HKL kerana menjalani pembedahan tulang tengkok, kesan kemalangan yang dialaminya bertahun-tahun dahulu. Kecederaan tersebut telah mula mengakibatkan urat sarafnya terganggu dan perlu menjalani pembedahan segera.  
 
Kak Endon adalah kakak Aku yang ke enam daripada sebelas orang adek beradek. Kak Endon dan Abang Hassan baru sahaja mengambil "option" bersara awal dari perkhidmatan dalam bidang rawatan kesihatan. Kak Endon sebagai "staff nurse" di Hospital Besar Muar, dan Abang Hassan pula Pegawai Makmal di Klinik Kesihatan, Bukit Pasir, Muar. Sudah berpuluh tahun mereka mencurahkan khidmat bakti kepada pesakit yang memerlukan rawatan. Banyak juga cerita lawak yang Aku dengar dari Kak Endon tentang gelagat para pesakit. Pernah satu ketika, kak Endon "menangkap" sepasang muda mudi yang bercengkerama di sebalik tabir katil di dalam wad otopedik. Si pemuda patah kaki kemalangan motor, si pemudi datang untuk merawatnya. Kes itu bukanlah kes yang terpencil, banyak juga kes-kes seperti itu. Sehingga misi-misi di situ secara tidak langsung menjadi pegawai pencegah maksiat pula. 
 
Mereka dikurniakan 4 orang cahayamata. Tiga daripadanya telahpun bekerja tinggal yang bongsu sahaja lagi, sedang menuntut di Universiti Malaya. Cucu-cucu Kak Endon semuanya rapat dengan Tok Cu Hafidzi terutamanya K.Long Sumayyah, Talhah dan Fadwa Izzati. 
 
Pada 22 Julai 2009 yang lalu, kami sempat menghantar mereka berdua dari KLIA untuk menunaikan umrah. "Ini sebagai latihan sebelum menunaikan haji", kata Kak Endon. Dalam kesunyian berada di bandar Yiyang sementara menunggu berita dari Abang, sempat Aku nukilkan coretan yang lama tertangguh ini. Aku baru sahaja mendapat mesej dari Kak Endon, yang mereka belum ada rezeki ke Mekah tahun ini, nama mereka tidak tersenarai. Mudah-mudahan Allah berikan mereka peluang menjadi "dhuyuf Ar Rahman" pada tahun yang akan datang pula. Amin.
 
Ummu Qayyim
29 Okt 2009
Yiyang, China

Friday, October 23, 2009

Catatan Permusafiran Perubatan Abi

Assalamualaikum,

setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah, atas kasih dan sayangNya, Dia melimpahkan kami sekeluarga nikmat ukhuwah islamiyah. untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perubatan Dr. Hafidzi (ayahanda kami), para pengunjung bolehlah terus melayari portal Catatan Perubatan Dr Hafidzi.

anda boleh sama ada terus ke link www.lambaian-islah-perubatan.blogspot.com ataupun clik di link yang telah disediakan di atas.

Sekian

Qayyim Hafidzi (013-3266832 / qayyimh@gmail.com)

p/s: untuk berurusan dengan keluarga kami, buat sementara waktu, bolehlah menghubungi saya di nombor dan email di atas. untuk urusan pembelian madu Tualang Dr. Hafidzi pun sama...

Tuesday, October 20, 2009

Mohon Doa dari semua

Bergambar sekeluarga sempena MAN 09

Assalamualaikum,

Saya memaklumkan bahawa saya dan isteri akan bertolak ke Guong chou, China untuk menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang esok hari Khamis 22 Okt. Kami mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada kaum keluarga, jiran-jiran, sahabat handai dan sesiapa juga yang mengenali kami atas sebarang kesilapan. Sudilah kiranya memanjatkan doa agar pembedahan ini berjaya dan saya kembali dengan kesihatan yang lebih baik dari kini. Ilaliqa' (semuga bertemu kembali)

Dr Hafidzi Mohd Noor/Hjh Zuraidah Kornain

-------------------------------------------------

Di bawah ini ialah coretamn penghargaan kepada sahabat-sahabat yang telah banyak berkorban dan menyumbang untuk perbelanjaan perubatan saya.

Assalamualaikum wrt bth.

Ana menulis bagi pehak keluarga kami (kak zu dan anak-anak Mohd Qayyim, Muhammad Mawardi dan Amin Husaini). Pada penghujung Ramadhan ini kami menadah tangan memohon ampun kepada Allah SWT atas segala kelemahan, kebodohan dan kealpaan kami. Kami juga dengan rendah hati mengucapkan jazakumullahu khairan kathira atas budi baik antum semua kepada kami. Budi baik antum itu tidak dapat kami balas melainkan kami titipkan doa dalam sujud-sujud kami, agar Allah memberikan ganjaran yang terbaik kepada antum di dunia sampai akhirat. Dan kami amat bersyukur kerana Allah memberi kami merasai lazatnya ukhuwah di atas jalan dakwah ini. Semuga kami dapat mencontohi antum semua.

Bagaimanalah kami hendak ungkapkan apa yang ada di hati? Saudara-saudara baru bersama akh Cikgu Kamaruzaman menyumbang jumlah yang besar sedang mereka sendiri amat berhajat! Ust Zulfikri dari Aceh menyumbang sebanyak USD 100 sedangkan beliau sendiri memerlukan belanja besar untuk merawat anaknya yang mengidap kanser jauh di negeri orang! Sumbangan dari sahabat-sahabat kami ketika mula melangkah di jalan dakwah ini (antara akhi Amran Sakir, akhi Soofie Mohd Taib, Akhi Wan Johari, akhi Syed Zakaria @ abah1963) menyebabkan air mata ini mengalir deras mengenangkan saat-saat kita muda remaja bertatih mendekati dakwah ini di rantau orang, dalam sejuknya salju ketika kita sama-sama berjemaah di rumah Allah, meredah lebuh raya dalam ribut salji untuk mencari bekal di jalan dakwah... Mengenali antum adalah nikmat yang cukup besar di sisi Allah.

Ana juga amat terharu dengan ikhwah yang datang ziarah. Akh Muhammad adalah antara yang awal bertandang ke rumah kami. Inilah sahabat yang banyak menolong kami ketika pulang ke tanah air di Serdang dahulu. Beliau bersama arwah Wan Abdul Razak adalah antara sahabat yang mula-mula menyantuni kami sehingga kami dapat meneruskan tarbiyyah kami di sini. Sehingga kini ana tak dapat melupakan arwah Wan Razak yang mengirimkan smsnya terakhir kepada ana 'Ana sayang pada anta, dan harap anta sembuh untuk meneruskan kerja-kerja ini' Ungkapan 'sayang' inilah yang ana terima dari ramai sahabat 'Ana sayang pada anta dan ana menulis sms ini dengan linangan air mata..." Ya Allah, Engkau menjadi saksi atas kasih-sayang yang saudara-saudara kami luahkan kepada kami. Ya Allah, Engkau kurniakanlah segala kebaikan dari kurniaMu kepada sahabat-sahabat kami."

Kami juga mengambil peluang ini utk mengucapkan jazakumullahukhairan pd Presiden dan seluruh barisan JKP yang melancarkan Tabung ukhuwwah untuk belanja perubatan ana. Izinkan ana menyebut di sini JK yang dibentuk oleh JKP yang dipengerusi oleh Prof Dr Sahrim dan Ir Dr Hj Selamat dan Dato Mustafa Kamal juga ukhti Roha telah menggerakkan usaha ini dengan kesungguhan yang tidak dapat dihargai hanya dengan kata-kata. Prof Sahrim bertungkus lumus mengatur pertemuan dgn agen yg mengurus rawatan akh Jusri di Cina, menghubungi Dr Latiff untuk pemeriksaan jantung dan mengurus temu janji dgn Dr Azizah di IMR untuk ujian darah. Apabila ana kongsikan dengan Kak zu, dengan linangan air mata dia mengatakan 'ikhwah sayang pada abang..' Sekali lagi kami tidak dapat menafsirkan kesungguhan ini selain dari kerana 'sayang'.

Kasih-sayang anak-anak muda juga tidak dapat kami gambarkan di sini. Mereka mengirim sms dengan kata-kata yang bersulam doa dan pengharapan yang baik kepada Allah SWT. Mereka ungkapkan kasih sayang ini dalam blog-blog mereka, menyebut itu dan ini terhadap seorang insan daif dan kerdil di sisi Allah ini. Dari anak-anak KARISMA, anak-anak sekolah memanjatkan doa kesembuhan dari jauh dan dekat, bertandang dan bertanya khabar sehinggalah kepada anak-anak kecil. Cucunda Wildan, anak kepada seorang akhawat (sebelum ini di dalam usrah kak zu) yang belum sampai usia 5 tahun yang rapat dengan ana apabila dapat tahu 'atok' (panggilan mesranya pada ana) nya sakit, telah membacakan fatihah untuk 'atuk'. Anakanda Nuha dalam darjah 2(anak akhi Dr Norkhair - Johor) yang juga rapat dengan kami menangis teresak-esak dan tak putus-putus berdoa untuk pakcik Hafidzi dalam bulan Ramadhan. Terima kaseh pada anakanda dan cucunda semua, doa kalian yang merupakan rijal-rijal dan serikandi-serikandi di jalan Allah.

Kami juga amat terharu dengan apabila diberitahu oleh Pak Azhar, anak-anak di Dayah Darul Hijrah, Sekolah al-fityan (anak-anak Darul Aitam, Pagar Air), Aceh mengadakan solat hajat dan mendoakan kesembuhan untuk ana. Mereka semua adalah anak-anak yang antum semua santuni sejak dari musibah tsunami 4 tahun lalu. Ia telah membuahkan rasa ukhuwah yang bertaut kekal di dalam jiwa-jiwa kita.

Untuk sahabat-sahabat ana, sumber kekuatan ana dalam menangani qadhiah Palestin. Antum semua adalah mujahid-mujahidah yang berjihad untuk bumi ribat al-Quds. Akhi Pak Selamat, akhi zun arif, akh Dr Roslan Hashim, akh Dr Abdul Rahim Mohd Yusuf, ukthi Norazian dan pasangan anak muda akh Abdullah Mujahid-ukth Nihlah, dan ramai yang lain semuga Allah terus memberikan antum kekuatan berterusan sehingga ke akhirnya - sehingga al-Quds dan umat Islam seluruh dunia dapat solat di dalamnya. Tak dapatlah ana sebut di sini betapa syahdunya apabila diberitahu Syeikh Abu Bakar al-Awawida ulama Palestin dari Syria yang buta matanya kerana keluar-masuk penjara Israel sebanyak 13 kali, sebaik tiba di KLIA bertanya tentang ana dan mengatakan pada Ust Idham (akh dari Indonesia yg mengiringi mereka) adalah wajib untuk menziarahi Dr Hafidzi. Mereka ulang sekali lagi dalam perjumpaan di Pej HALUAN tempoh hari. Hanya air mata yang mampu menyambut kata-kata ini dari seorang yang dimuliakan oleh Allah dalam jihad ini. Kata-kata itu adalah untuk antum semua yang lebih banyak beramal untuk qadhiah Palestin.

Ana juga terpanggil untuk ucap tahniah pada Cikgu Laila, Tn Hj Syed Ibrahim, akhuna Bat Latif dan ukthi Nashita dan semua yang lain. Jihad antum telah membuahkan hasil. Mabruk pada Cikgu Laila, sdr Matsah dan anakanda Suhaib. Maafkan saya kerana tidak dapat bersama di barisan depan. Ketika masih sehat dulu, demonstrasi adalah aktiviti yang dinantikan. Tetapi kini lebih banyak berdoa dan meletakkan pengharapan yang baik pada Allah agar keluarga Mat Sah dan semua tahanan ISA mendapat ganjaran yang besar akibat di zalimi di dunia ini.

Kini sasaran yang antum semua letakkan telah melepasi sasaran rm250k. Langkah berikutnya ialah membuat persediaan untuk menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Doktor pakar yang merawat ana di Serdang menjelaskan bahawa kejayaan pemindahan buah pinggang mencapai 90% dalam tempuh setahun (ini bererti 10% akan mengalami kegagalan dlm tempoh setahun dan kembali menjalani dialysis). Dalam tempoh 3 tahun pula 30% mengalami fungsi kegagalan buah pinggang semula. Inilah realitinya termasuklah berhadapan dengan risiko kematian semasa pembedahan. Jadi kami meminta ikhwah-akhawat menghalalkan semuanya apa jua natijahnya. Seperti yang dipesan oleh akh Jusri dan ukth kak Fauza, mesti mempunyai tawakkal sungguh-sungguh pada Allah dan bersedia berserah kepadaNya untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Ini juga merupakan satu lagi latihan kpd kami untuk bermuraqabah dan membina hubungan yang kuat dengan Allah.

Malam ini selepas berbuka dan solat isya', jika esok di istiharkan Eid, kami akan berkumpul seperti biasa berpesan-pesan anak beranak untuk memohon ampun pada Allah dan berdoa agar Allah terima amalan kita di bulan Ramadhan. Malam ini ana akan titipkan pesanan yang khusus pada anak-anak iaitu berbuat baiklah pada pakcik dan makcik dan sahabat-sahabat yang telah menunjukkan kasih sayang pada kita semua. Muliakan mereka dan berbaktilah kepada mereka. Jika mereka sakit ziarahilah mereka, jika mereka ditimpa musibah bantulah mereka dan bila mereka dijemput pergi, iringilah mereka dan panjatlah keampunan untuk mereka. Sesungguhnya mereka telah berbuat baik dan berbakti kepada abi kamu semua...

Jika ada kelapangan jemputlah datang ke rumah sempena Hari Raya. Kami akan sambut dengan kasih-sayang illallah.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Hjh Zuraidah Kornain
anakanda Mohd Qayyim
anakanda Muhammad Mawardi
anakanda Amin Husaini

29 Ramadhan 1430/19 Sept 2009


Fadwa dan Luqman di rumah tok cu/nenek su

Luqman dan fadwa bergambar bersama ibu (Rodzi), ayah (Izat) dan tokcu

Assalamualaikum,
Pada hari Ahad yang lepas kami dengan inisiatif dari Makngah (Kak Jun) dan keluarga telah mengadakan majlis doa selamat sempena keberangkatan Paksu ke Cina untuk rawatan pembedahan buah pinggang. Terima kaseh di atas kunjungan semua ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat handai yang hadir dan sama mendoakan keselamatan dan kejayaan pembedahan itu nanti. Mohon maaf kepada semua dan ilaliqa (semuga bertemu kembali) . Ameen
Dr Hafidzi Mohd Noor/Kak Zu
anak-anak

Sulaiman - anak angkat kami dari Vietnam

Bergambar dengan anak-anak dari Vietnam. Sulaiman berdiri di kiri Mawardi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semasa MAN 09 kami berpeluang untuk bertemu dengan anakanda Sulaiman, anak angkat kami dari Vietnam. Beliau adalah salah seorang dari 16 pelajar Vietnam yang ditaja oleh JIM dan kini sedang menuntut disebuah maahad Tahfiz di Terengganu. Kami memilih Sulaiman kerana beliau seusia dengan anakanda Mawardi yang juga sebelum ini belajar di Maahad Tahfiz Hira'. Semuga anak-anak dari Vietnam ini membawa cahaya Islam dan meneranginya di Indochina, satu ketika dahulu pernah menjadi salah sebuah dari kerajaan Islam yang iaitu Kerajaan Champa (melayu Cham). Ameen Ya Rabb

Dr Hafidzi/Hjh Zuraidah
dan anak-anak

Bertemu anak bongsu arwah Cikgu Basri


Assalamualaikum,

Saya amat bertuah dan merasa amat terharu apabila berjumpa dengan anakanda Muiz, anak bongsu kepada arwah Cikgu Basri, mentorku. Arwah cikgu Basri amat dekat di kalangan ramai ikhwah dan akhawat. Sentuhan beliau dirasai oleh semua. Kelembutannya pasti dikenang selamanya. Beliau pernah menyebut kata-kata ini kepadaku 'Ana sangat sayang pada anta, akhi..." ungkapan ini tidak akan saya lupakan sehingga akhir hayat.

Pada malam MAN 09 dan pelancaran buku Jejak Risalah di Nusantara V, anakanda Muiz datang membawa senaskhah buku Jejak Risalah V untuk ditanda tangani dan memperkenalkan diri sebagai anak arwah Cikgu Basri. Pada saat itu juga hati ku menjadi sebak dan pipi Muiz ku kucup dengan penuh rasa kasih. Pada buku yang dibeli anakanda Muiz aku catitkan kata-kata ini 'Ikutlah jejak langkah ayahmu yang telah menghabiskan seluruh usianya berjuang di jalan islam...'

Semuga anakanda Muiz menjadi anak soleh, kebanggaan arwah Cikgu Basri dan ibunya. Ameen ya Rabb.

(Terima kaseh kepada sahabatku Ir Dr Hj Selamat Aliman yang mengirim gambar ini)
Dr Hafidzi Mohd Noor

Pelancaran Buku Jejak Risalah di Nusantara Jilid V

Bersama Presiden JIM (Hj Zaid Kamaruddin) dan Sdr Azhar Maluddin (Ketua Nusantara Jaw. Perhubungan Antarabangsa JIM) semasa pelancaran MAN 09 (Malam Amal Nusantara).

Terima kaseh kepada Sdr Wan Zukri (Abu Syamil) pengarah MAN 09 atas kiriman gambar ini.

Dr Hafidzi Mohd Noor


Jatuhnya Manila - Benteng ke 5 belahan Nusantara Timur - Sedutan dari Jejak Risalah di Nusantara 2

Lukisan imaginatif Raja Lapulapu ketika berdepan dengan Magellan.Sumber: Mactan Shrine Painting (Carl Frances Morano Diaman) en.wikipedia.org/wiki/Mactan_isla


Manila adalah benteng ke 5 dari 5 benteng di belahan timur nusantara yang dibicarakan dalam buku Jejak Risalah di Nusantara jilid 2. Benteng ini berjaya diterobos oleh Sepanyol setelah Raja Sulaiman III tewas di tangan Sepanyol. Tetapi sebelum Manila ditakluk oleh Sepanyol pada tahun 1571, Raja Lapu-lapu dari pulau Mactan telah berjaya membunuh Ferdinand Magellan pada tahun 1521, 50 tahun sebelum Manila dikuasai oleh sepanyol. Siapakah Lapulapu? Sila tunggu penerbitan Jejak Risalah di Nusantara jilid 2. Di bawah disertakan sebahagian dari sedutan Bab 'Jatuhnya Manila - Perang Moro yang pertama"


Dr Hafidzi Mohd Noor
----------------------------------------------------------------------------------
Penemuan Filipina oleh Sepanyol sendiri adalah satu accident. Ferdinand Magellan mengetuai satu ekspedisi lima buah kapal dengan 250 orang anak kapal untuk menemui ’Pulau-pulau rempah’ yang dipercayai berada di Lautan Pasifik hampir dengan Amerika.[1] Dibawah restu raja Sepanyol, Charles I (Raja spanyol 1516 – 1556; yang juga merupakan Charles V bagi Empayar Rom 1500 – 1558), Magellan merancang untuk ke ’timur’ dengan belayar ke arah barat.[2] Kapal-kapal Magellan belayar dari San Lucar, Sepanyol pada 20 September, 1519. Setelah menyusuri Benua Afrika sehingga Tanjung Pengharapan, kapal-kapal Magellan belayar ke barat dan mengelilingi Amerika Selatan melalui Selat yang sempit dan merbahaya yang beliau namakan ’Selat Magellan’. Kemudian Magellan merentas Lautan Pasifik selama empat bulan sebelum berjumpa dengan daratan (Pulau Samar) yang beliau namakan Kepulauan St Lazarus, berhenti di Pulau-pulau kecil Homonhon sebelum mendarat di Limasawa, sebuah pulau kecil di selatan Leyte. Di Limasawa, Magellan mengadakan upacara sembahyang Katolik yang pertama di Filipina pada 31 Mac, 1521. Dari Limasawa, Magellan meneruskan usaha penjelajahan dan penyebaran agama Kristian di pulau-pulau sekitar. Magellan sampai di Cebu pada 1 April di mana dia menjalin hubungan yang baik dengan ketua suku, Humabon. Magellan Berjaya membaptis 800 orang suku Cebuanos bersama Humabon, isteri dan anak perempuannya.[3] Dengan mengkristiankan mereka, Magellan telah menjadikan Cebu sebagai vassalage (jajahan takluk Sepanyol). Di masa yang sama Raja Lapulapu di pulau Mactan yang merupakan musuh Humabon, enggan menyerahkan kedaulatannya kepada Sepanyol. Raja Lapulapu memilih untuk mempertahankan kemerdekaan dan negerinya. Lalu berlakulah pertempuran yang pertama dengan penjajah Sepanyol di Kepulauan Filipina. Meskipun tentera Sepanyol bersenjatakan musket (senapang), perisai dan baju besi, mereka ditewaskan oleh penduduk tempatan dalam pertempuran Mactan yang masyhur pada 27 April, 1521. Ferdinand Magellan sendiri terbunuh di tangan raja Lapulapu. Rombongan Magellan kemudian meneruskan pelayaran tanpa Ferdinand Magellan.

Satu persoalan yang menjadi perbahasan ialah tentang Raja Lapulapu. Tiada kepastian tentang identi beliau sebagai muslim. Namun yang menarik ialah Raja Lapulapu adalah satu-satunya pemimpin suku yang tidak mahu tunduk kepada Sepanyol. Penentangan yang dipilih oleh Raja Lapulapu mengundang satu persoalan tentang pegangan beliau. Biasanya ada sesuatu yang mendorong mana-mana pemimpin untuk menentang penguasaan bangsa asing, apatah lagi jika ada unsur-unsur paksaan untuk menganut sesuatu agama dan menuntut ketaatan kepada bangsa asing tersebut. Mengambil kira kebanyakkan ketua suku di Kepulauan Filipina ketika itu beragama pagan (atau yang disebut oleh orang-orang barat sebagai heathen), maka Magellan tidak menghadapi sebarang penentangan ketika membaptis mereka kepada agama Katolik. Namun Raja Lapulapu memilih untuk menolak kedaulatan Spain dan enggan dibaptis kepada agama Kristian.[4] Penentangan Lapulapu disampaikan sendiri oleh seorang ketua suku bernama Zula

” On Friday, April 26, Zula a chief of the Island of Mactan, sent out one of his sons to present two goats to the Captain general and to say that he would send him all that he had promised, but that he had not been able to send it to him because of the other cheif Cilapulapu, who refused to obey the King of Spagnia...The captain sent a message to the effect that if they would obey the king of Spagnia, recognised the Christian king as their soveriegn and pay tribute, he would be their friends, but if they wished otherwise, they should wait to see how our lances wounded.[5] (Pada hari Jumaat, 26 April, Zula, ketua suku di Pulau Mactan mengutus seorang dari dua anaknya untuk mempersembah dua ekor kambing kepada Captain General (Magellan) dan untuk memberitahu bahawa dia akan persembahkan semua yang dijanjikan, tetapi hasratnya terhalang kerana seorang ketua suku Cilapulapu enggan tunduk kepada Raja Sepanyol... Captain (Magellan) menegaskan di dalam perutusannya jika mereka tunduk kepada Raja Sepanyol, mengiktiraf Raja Kristian tersebut sebagai ketua dan menyerahkan hadiah sebagai bukti ketundukan, maka beliau bersedia untuk menjadi sekutu mereka, tetapi jika sebaliknya, maka mereka patut tahu bagaimana pedang kami melukakan.)


Kesah peperangan Mactan dicatat oleh Pigafetta yang menyertai ekspedisi Magellan sebagai jurutulis. Ferdinand Magellan yang cuba untuk menundukkan Raja Lapulapu merancang untuk melancarkan serangan ke atas Pulau Mactan. Kapal Magellan tidak dapat menghampiri pantai kerana batu karang. Kedudukan kapal yang jauh dari pantai menyebabkan meriam tidak dapat digunakan untuk menembak sasaran musuh di darat. Ferdinand Magellan mengambil keputusan menggempur musuh dengan 48 askar Sepanyol dengan menggunakan perahu untuk mendarat. Tanpa diduga Magellan terpaksa berhadapan dengan 1,500 pejuang yang diketuai oleh Raja Lapulapu.[6] Sebelum melancarkan serangan Magellan telah member peluang terakhir kepada Raja Lapulapu untuk tunduk kepada kekuasaan Sepanyol, tetapi dijawab tegas oleh Raja Lapulapu.

“Saya tidak tunduk pada mana-mana raja dan tidak akan membayar ufti kepada mana-mana jua kuasa. Jika musuh kami ada tombak, kami juga mempunyai tombak daripada buluh dan kayu pancang yang disalai hingga keras”[7]

Ketika Magellan meredah air pada paras betis, askar-askar Sepanyol diserang oleh pejuang-pejuang Mactan dengan gagah berani. Meskipun mereka terpaksa berdepan dengan askar Sepanyol yang bersenjatakan musket (senapang) dan lengkap dengan pakaian besi, ia tidak melemahkan semangat pejuang. Mereka menggunakan panah untuk mencederakan askar-askar Sepanyol pada bahagian kaki mereka yang terdedah. Apabila bertarung secara berdepan mereka menggunakan senjata yang dinamakan kampilan, sejenis pedang panjang yang banyak digunakan oleh pejuang-pejuang tempatan. Magellan berjaya menembusi penempatan pejuang dan membakar beberapa puluh rumah di pesisiran pantai. Keadaan ini menimbulkan kemarahan dan menaikkan semangat pejuang untuk menghapuskan askar-askar penceroboh Sepanyol. Mereka terus bertarung dengan gagah berani. Raja Lapulapu sendiri berdepan dengan Ferdinand Magellan dan berjaya mencederakannya. Akhirnya Magellan dibunuh oleh pejuang Mactan dan saki-baki askar Sepanyol berundur ke kapal mereka setelah Kapten-general mereka tewas. Tawaran-tawaran harta kepada Raja Lapulapu untuk ditukar dengan mayat Magellan ditolak. Mayat Magellan gagal untuk ditebus dan sehingga hari ini tidak diketahui di mana kuburnya.[8]

Pertempuran di antara Paja Lapulapu dan Ferdinand Magellan adalah sanggahan pertama bangsa Filipina, samada mereka mewakili Moro (muslim) atau tidak ke atas penjajahan barat yang diterajui oleh Sepanyol. Peristiwa penting ini wajar diingati oleh bangsa Filipina hari ini kerana ia melambangkan keberanian untuk mempertahankan maruah bangsa dari diperbudak oleh sebuah kuasa asing yang angkuh.[9] Lapulapu tidak merasa gentar dengan kehebatan senjata Sepanyol, seperti yang diulas dengan begitu tepat oleh Professor sejarah Filipina, Theodoro A. Agonci dan Oscar M. Alfonso:

Lapulapu’s fight against Magellan was the first successful Filipino armed resistance against Spanish aggression. Lapulapu instinctively felt that the coming of the Spaniards could mean subjugation and the loss of freedom. In resisting the Spaniards, Lapulapu defended the rights of his people to live without interference from others. A lesser man than Lapulapu might have easily been daunted by the superior weapons of the Spaniards. Instead Lapulapu taught the lesson that in dealing with foreigners, Filipinos need not have a feeling of inferiority or awe, and should not be submissive.”[10] (“Perlawanan Lapulapu menentang Magellan adalah penentangan bersenjata orang Filipino yang pertama sekali berjaya melawan agresi Sepanyol. Lapulapu secara naluri dapat merasakan kedatangan orang-orang Sepanyol boleh membawa maksud ketundukan dan kehilangan kemerdekaan. Dalam melawan orang-orang Sepanyol, Lapulapu mempertahankan hak rakyatnya untuk hidup tanpa campurtangan orang lain. Orang lain yang berjiwa kerdil dengan mudah akan merasa takut dengan senjata Sepanyol yang hebat. Sebaliknya Lapulapu memberi satu pengajaran di dalam menghadapi orang asing, orang Filipino tidak seharusnya merasa lemah atau kagum, dan tidak sepatutnya tunduk (kepada kuasa asing”).
--------------------------------------------

Rujukan Nota kaki


[1] Ferdinand Magellan berkhidmat sebagai seorang askar Portugis dan terlibat dalam peperangan di Cinnanore melawan gabungan tentera raja Zamorin dan Mesir di Kalikat pada tahun 1506 di bawah pimpinan Fransisco de Almeida. Pada tahun 1509 dia juga terlibat menyelamatkan rombongan Lopez de Sequeira di Melaka. Dia dilantik sebagai Kapten oleh Afonso de Albuquerque dan terlibat dalam penaklukan Melaka pada tahun 1511. Ruj. Gregorio F. Zaide Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid I: Filipina Semenjak Zaman Sebelum Pemerintahan Sepanyol, diterjemahkan oleh Che Rosnah bte Talib dari bahasa Inggeris, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 144 - 145. Dari catatan Pigafetta, jurutulis Magellan dan surat wasiat Magellan sendiri mengatakan salah seorang dari anak kapal Ferdinand Magellan ialah suku melayu yang bernama Enrique du Malacca atau Henrique (dalam bahasa Portugis). Dia sebenarnya berasal dari Sumatra yang jual di Melaka sebagai hamba. Apabila Portugis menyerang Melaka, Enrique dibawa oleh Magellan ke Portugal, di baptis sebagai penganut agama Katolik dan menjadi hamba peribadi Magellan. Magellan berjanji akan membebaskan Enrique dengan kematiannya, tetapi wasiat ini tidak diendahkan oleh anggota ekspedisi selepas Ferdinand Magellan terbunuh di Mactan. Enrique dikatakan melarikan diri di Cebu. Untuk surat wasiat Magellan dalam bahasa Inggeris boleh dirujuk dalam Stefan Zweig, Conquerer of the Seas, The Story of Magellan, diterjemahkan oleh Eden and Cedar Paul, New York, 1938, hlm. 140 – 143. Dalam sastera Malaysia pada kurun ke 20, Enrique dikenali dengan nama Panglima Awang sebagaimana tulisan Sasterawan Harun Aminurasyid. Ruj. Harun Aminurrashid, Panglima Awang, Pustaka Melayu, 1957, 244 hlm.
[2] Ferdinand Magellan sebenarnya berbangsa Portugis, tetapi berbalah dengan Kerajaan Portugis lalu menawarkan khidmatnya kepada Raja Sepanyol. Pada tahun 1518 Magellan membentangkan rancangannya kepada Raja Charles I. Rancangan Magellan disokong oleh Raja Charles tetapi separuh hati dengan mengurniakan lima buah kapal yang telah uzur iaitu Trinidad, San Antonio, Concepcion, Victoria dan Santiago untuk melaksanakan ekspedisi pelayaran ke Pulau-pulau rempah dari arah barat. Di akhir perjalanan hanya sebuah kapal yang terselamat iaitu Victoria diketuai oleh Sebastian del Cano dengan 35 anak kapal terselamat dari jumlah asal 280 orang.Rujukan John R. Hale & editors of TIME-LIFE Books, Great Ages of Man; A History of World Cultures: Age of Exploration, Time-Life Books Inc., Amsterdam, 1966; Butir-butir lanjut tentang kapal-kapal ekspedisi Magellan dan anak-anak kapalnya boleh dirujuk dalam Gregorio F. Zaide, op. cit., hlm. 151 – 152.
[3] Teodore A Agoncillo and Milagros C. Guerrero. History of the Filipino people, R.P. Garcia Publishing Co. Quezon City, 1970, hlm 77.
[4] Menurut tradisi lisan Sulu, Lapulapu adalah seorang ketua kaum muslim, dan juga dikenali dengan gelaran ’Kaliph Pulaka’. Masyarakat Moro di Selatan Filipina menganggap Lapulapu adalah seorang muslim dari suku etnik Tausag. Carlos Calao, seorang penyair berbangsa China-Sepanyol menulis dalam puisi beliau Que Dios Le Perdone (bahasa Sepanyol ’Semuga Tuhan mengampuni beliau’) sebagai ’Cali Pulacu’. Raja Lapulapu diangkat sebagai pahlawan Nasional pertama Filipina yang menentang penjajah asing. Nama beliau begitu harum sehingga statusnya sebagai National Hero diabadikan dalam bentuk tugu (statue) di Pulau Cebu dan menamakan Bandar Opon di Cebu sebagai Lapu-lapu City. Bahkan Korea Selatan menghadiahkan sebuah tugu Lapulapu pada tahun 2005 dan ditegakkan di Rizal Park di Manila. Imej Lapulapu turut menghiasi logo rasmi Polis Kebangsaan Filipina dan pernah menghiasi duit syiling 1 centavo Filipina yang beredar dari tahun 1967 – 1974. Semasa Sesi pertama persidangan Kongres ke 14 Filipina, Senator Richard Gordon memperkenalkan satu bil mencadangkan supaya 27 April diistiharkan sebagai cuti umum sempena Adlaw ni Lapu-Lapu (Hari memperingati Lapu-Lapu). Dr Camilo Osias, seorang pengarang dan pendidik bangsa Filipina berkata “Kepada orang Filipina batu peringatan itu bukan sahaja patut mengingatkan kepada pemimpin angkatan yang bersejarah itu bahkan juga patut mengingatkan kepada tentangan bersenjata nenek moyang kita menentang penjajahan asing yang pertama kalinya Berjaya. Lihat ‘Philippine History Unwritten’, Philippine Forum, Manila, 1936, dirujuk oleh Gregorio F. Zaide, op. cit., hlm. 172.
[5] H. De la Costa, S. J. Readings in Philippine History: Selected historical texts presented with a commentary, The Bookmark, Inc, Manila, 1965, hlm 16.
[6] Ketika Magellan menyerang Mactan, terdapat bersama-sama sekutunya Raja Humabon dan 1,000 orang-orang Cebu. Namun dengan bongkaknya Magellan menyuruh Humabon dan pahlawan-pahlawannya menunggu di dalam perahu dan melihat sendiri keberanian orang-orang Eropah berperang. Lihat Gregorio F. Zaide, op. cit., hlm. 170.
[7] Ibid., hlm. 170.
[8] Raja Humabon menghantar utusan untuk menebus mayat Magellan, tetapi telah ditolak oleh Raja Lapulapu. Pigafetta menulis, “Mereka menjawab utusan itu dengan memberitahu bahawa mereka tidak akan menyerahkan mayat orang yang seperti Magellan itu, sebagaimana yang kami sangkakan, dan mereka tidak akan menyerahkannya walaupun diberi semua harta kekayaan di dunia, dan bahawa mereka berniat hendak menyimpan jenazahnya sebagai satu kenang-kenangan. Lihat Blair and Robertson, Jilid XXXIII, hlm. 183, juga lihat Gregorio F. Zaide, op. cit., hlm. 172.
[9] Menurut Gregorio F. Zaide, kesah keberanian Magellan seperti yang ditulis oleh Pigafetta perlu dibaca dengan hati-hati, kerana nyata sekali dia menulis dari segi pendapat orang Eropah dan dengan itu akan cuba menutup kekalahan Magellan. Berapa banyak juga huraian atau propaganda yang ditulis oleh penulis-penulis barat tidak dapat menyembunyikan faktor sejarah bahawa penyerangan orang Sepanyol ke atas pulau Mactan itu adalah satu kegagalan dan bahawa Lapulapu, dengan mengalahkan Magellan, patut diberi kemasyuran sebagai seorang perwira. Lihat Gregorio F. Zaide, op. cit., hlm. 170 – 171.
[10] Teodoro A. Agonci and Oscar M. Alfonso, A Short History Of the Filipino People, The University of Philippines, 1961, hlm. 69

Monday, October 19, 2009

Maluku - benteng ke 4 dari 5 (satu lagi bab jejak risalah di nusantara jilid 2)

Peta Maluku Utara (Halmahera) dan Maluku (Ambon)

Anak-anak umat Islam Maluku yang berlindung
di kilang cengkih, Jambula, Ternate, Maluku Utara


Sebuah keluarga yang terjejas akibat perang agama
di antara umat Islam dan penduduk Kristian
di Ternate pada tahun 1999 - 2000

Benteng Santo Pedro Paulo (Sepanyol)

Benteng Oranje (Portugis) dan kemudian Belanda

Benteng Nosra Senora Del Rosario (Sepanyol)

Benteng Kastela yang menyaksi Portugis
di usir keluar oleh umat Islam 1580

Benteng Kalamata (Portugis)
Assalamualaikum,
Kepulauan Maluku atau terkenal dgn panggilan 'pulau-pulau rempah' adalah destinasi rebutan kuasa-kuasa imperialis Sepanyol dan Portugis. Setelah Andalus dikuasai kembali oleh king Ferdinand dan Ratu Isabella pada tahun 1492, mereka telah menanda tangani perjanjian Tordasillas pada tahun 1494. Perjanjian ini membahagikan dunia ini pada dua pembahagian. Garisan sebelah barat merentasi Brazil dan sebelah timur di sekitar kepulauan Maluku. Bermula kurun ke 16 peneroka Sepanyol dan Portugis mula menjelajah dan menjarah kawasan yang dibahagikan menurut perjanjian Tordasillas. Ia membuka tirai jihad umat Islam di seluruh nusantara. Portugis dan Sepanyol yang tidak begitu jelas tentang kedudukan geografi sempadan garisan Tordasillas telah menanda tangani satu lagi perjanjian Zaragossa pada tahun 1526. Berdasarkan perjanjian ini Sepanyol melepaskan haknya ke atas Maluku dengan menjualnya kepada Portugis dengan harga 350,000 Ducats. Sepanyol tidak menyedari bahawa Maluku memang terletak dalam wilayah Portugis. Portugis membeli sesuatu yang memang menjadi haknya!!. Kemudian Sepanyol menuntut pula Filipina yang juga terletak dalam wilayah Portugis. Pertikaian ini menyebabkan konflik di antara mereka. Di masa yang sama mereka berdepan pula dengan umat islam dari Brunei, Sulu, Mindanao, Maluku dan Makassar.
Kesan dari pergelutan dan jihad ini dapat saya saksikan ketika menjayakan misi kemanusiaan JIM International ke Maluku pada tahun 2000. Banyaknya kubu-kubu peninggalan Portugis dan Sepanyol adalah gambaran sengitnya perjuangan yang dihadapi oleh umat Islam di Maluku. (Latarbelakang misi kemanusiaan ini ialah pembunuhan lebih 4000 umat Islam oleh penduduk Kristian pada minggu terakhir ramadhan menjelang Eid fitri di Maluku pada tahun 1999 dan 2000)
InsyAllah, jihad di Maluku adalah salah satu bab yang sedang disiapkan untuk jejak risalah di nusantara jilid 2 - mohon doa dari sahabat dan pengunjung agar jilid 2 dapat disempurnakan dalam waktu yang terdekat.
Dr Hafidzi Mohd Noor

Thursday, October 15, 2009

Mindanao - benteng ke 3 dari 5 (projek penulisan Jejak Risalah di nusantara Jilid 2)

Dr Hafidzi ketika berada di salah sebuah pusat pelarian perang di Mindanao pada tahun 2001

Melawat rumah anak yatim syuhada bersama dato Mustapha Kamal (kini CEO ACT Malaysia - Aksi Cepat Tanggap) yang dikendalikan oleh Ust Ismail Damero dari al-Ikhsan, Mindanao

Dalam perjalanan di Mindanao melalui sungai. Sepanjang sungai kelihatan anak-anak (awal belasan tahun berkawal dengan senjata berat - kelihatan dalam gambar ialah seorang anak remaja mengendalikan machinegun 50 calibre)

Bersama Ust Selamat Hashim (al-Marhum) pemimpin tertinggi MILF (Moro Islamic Liberation Front). Pengalaman bertemu ulama mujahid ini adalah sangat berharga dalam hidup dan pentarbiyahan kami

Seorang mujahid MILF (di ambil dari internet)

Seorang mujahidah MILF (diambil dari internet)
Assalamualaikum,
Mindanao punya tempat yang sangat istimewa dalam sejarah umat Islam di nusantara. Jika seseorang ingin membuat satu apresiasi tentang jihad menentang penjajah barat di nusantara, maka Mindanao adalah kemuncaknya. Sepanyol terpukul oleh Brunei dan Portugis oleh Maluku (juga ada bab yang khusus tentang Maluku dalam Jejak Risalah di nusantara 2), tetapi pukulan paling kuat dan penderitaan paling perit yang diterima oleh Sepanyol datangnya dari Sulu, lebih-lebih lagi Mindanao
Sedikit gambaran dari jihad di Mindanao. Sedutan dari ucapan Capt Estaban Rodriguez de Figueroa yang memimpin serangan ke atas umat Islam Moro di bawah pimpinan Raja Silongan dan Datu Ubal
"Soldiers of Felipe (Spaniards)! We stand upon the newest soil of Spain. To subdue this dark forest and rid the soil of the infidel muslim (astaghfirullah, may Allah smite the enemies of islam) is our aim. They submit as vassals and converts or fall before the Spanish blades. Forward to our duty for King and country..."
Salah Jubair di dalam bukunya 'Bangsamoro: A nation under endless tyranny' menulis - "Moments later the jungle shook with the fierce battle that followed. Leading the Maguindanao (Mindanao muslims) were the brothers Raja Silungan dan Datu Ubal. On the Spanish side was Figueroa, aided by Juan de Lara. Clad in body armour, Figueroa sallied forth and barely had he taken a few steps when his head was cleft in two by a kampilan, a Moro cutlass, wielded by Datu Ubal...'
Jihad melawan Sepanyol di Mindanao berlangsung sehingga kurun ke 19 sebelum beralih melawan Amerika Syarikat pula.
Allah SWT memberi peluang kepada kami untuk menghayati kelansungan jihad yang dipelopori oleh umat Islam di Mindanao ketika melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di sana pada tahun 2001. Mindanao adalah benteng umat ini... dan Membantu umat Islam Mindanao bererti mempertahan benteng terakhir umat ini di bahagian timur nusantara..
Bantulah umat Islam Mindanao dengan menghulurkan bantuan kepada JIM atau ACT. Pengumuman lanjut tentang ini akan menyusul insyaAllah.
Dr Hafidzi Mohd Noor




Brunei adalah benteng umat dalam Sejarah - Sedutan dari Jejak Risalah di Nusantara Jilid 2


Assalamualaikum,
Saya telah menyiapkan satu bab dalam Jejak Risalah di Nusantara Jilid 2 yang berjudul 'Brunei berhadapan dengan Portugis dan Sepanyol'. Jika Melaka dapat ditaklukkan dalam tempoh 2 minggu tetapi Brunei terus bertahan dan tetap merdeka pabila berdepan dengan dua kuasa maritim Eropah iaitu Sepanyol dan Portugis. Semuga legasi ini menempatkan Brunei kembali sebagai benteng umat Islam di nusantara kini.
Saya kongsikan sedutan dari bab tersebut:
......Jika Portugis melihat Brunei lebih dari sudut kepentingan perniagaannya, Sepanyol pula melihat Brunei sebagai satu ancaman kepada jajahan takluknya di Filipina khususnya di Luzon. Ini ditambah lagi dengan hubungan kekeluargaan yang wujud di antara Keluarga di Raja Brunei dan kesultanan Manila. Solidariti ini semakin kukoh atas dasar agama Islam. Oleh kerana Sepanyol yang sudah menguasai Manila dan Pulau Luzon berhasrat untuk menyebarluaskan agama Kristian maka Brunei sebagai pusat dakwah Islam perlu ditundukkan.
Sepanyol mendapat peluang untuk melaksanakan perancangan jahatnya apabila tercetus perselisihan di antara Sultan Saiful Rijal (anak kepada Sultan Abdul Kahar) dengan Pengiran Seri Lela dan Pengiran Seri Ratna. Pangeran Seri Lela dan Pangeran Seri Ratna pernah mengadap gabenor Sepanyol di Manila berjanji untuk memberi pertolongan kepada Sepanyol jika mereka menyerang Brunei. Setelah mendapat pengakuan dan keyakinan dari kedua Pangeran, Dr. Francisco de Sande, Kapten-Jeneral Sepanyol di Manila telah bertolak ke Brunei dengan 40 buah kapal perang.[1] Pada 13 April 1578, setelah sampai di sebuah pulau berhampiran perairan Brunei, de Sande telah menghantar surat melalui dua orang utusan. Di antara lain isi kandungan surat de Sande adalah seperti berikut;
”Telah terdengar khabar-khabar angin mengatakan Duli Tuanku telah dan sedang mencuba untuk mengganggu dan menyerang kami; Duli Tuanku telah cuba memujuk dan menghasut penduduk Luzon dan daerah-daerah lain supaya memberontak dan menderhaka terhadap pihak patik; Duli Tuanku telah menghantar penyuluh (pengintip) ke Cebu dan daerah-daerah lain; Duli Tuanku telah meninggalkan negara Duli Tuanku dengan kapal-kapal perang semata-mata bertujuan memerangi pihak patik. Semua ini Duli Tuanku tidak faham mengapakah Duli Tuanku bertindak demikian, sedangkan hasrat patik untuk berbaik-baik dengan sesiapa sahaja tanpa mengandung maksud jahat. Oleh kerana patik hendak datang membuat perundingan secara ikhlas dan berterus terang dengan Duli Tuanku, patik tegaskan di sini kedatangan patik bukanlah untuk merompak dan menganiaya Duli Tuanku, bahkan adalah untuk berbakti kepada Duli Tuanku; kerana Raja patik memerintahkan berbuat demikian dan oleh itu patik sukacita menyatakan kepada Duli Tuanku bahawa patik akan mengadap Duli Tuanku. Raja patik, Raja Kastila, melalui patik-patik rakyat baginda, telah membelanjakan wangnya menghantar patik-patik ke seluruh bahagian dunia dengan tujuan menyebarkan ajaran-ajaran Tuhan yang sebenar. Dengan tujuan itulah patik datang kemari dan sekarang patik ingin berbicara dengan Duli Tuanku, terutamanya agar Duli Tuanku dapat mengenal Tuhan dan Pencipta, dan untuk mengajar Duli Tuanku ajaran yang sebenar.
Perkara yang seharusnya Duli Tuanku lakukan ialah menerima paderi-paderi Kristian ke negeri Duli Tuanku serta memberi jaminan keselamatan sepenuhnya kepada mereka menyebarkan ajaran Kristian; dan begitu juga sesiapa sahaja di antara rakyat Duli Tuanku hendaklah diberi kebebasan dan kebenaran menghadiri syarahan-syarahan ajaran Kristian, dan sesiapa juga berhasrat memeluk agama Kristian bolehlah berbuat demikian tanpa sebarang gangguan ke atasnya.
Seterusnya patik menghendaki supaya Duli Tuanku jangan menghantar mubaligh-mubaligh ajaran Mahoma (Muhammad) ke mana-mana bahagian kepulauan ini atau kepada orang Tingues (orang bukit), yang masih jahiliah itu, bahkan lebih-lebih lagi tidak juga akan menghantar ke kawasan-kawasan pulau Duli Tuanku sendiri – kerana ajaran Mahoma (Muhammad) itu adalah palsu dan mengandungi ajaran syaitan (astaghfirullah-ul-azim, pen.), sedangkan ugama Kristian sahajalah yang benar, suci dan baik.
Begitu juga Duli Tuanku mestilah melarang rakyat Duli Tuanku memungut ufti di pulau-pulau ini oleh kerana pihak patik sendiri memungut ufti daripada mereka, kerana itu adalah hak Raja patik.. Oleh sebab patik-patik datang melalui jalan laut dan menhendaki bekalan makanan, Duli Tuanku mestilah menghantar makanan untuk patik-patik seperti yang dikehendaki oleh utusan-utusan patik yang akan dibayar dengan wang tunai. Ini akan dibayar kepada Duli Tuanku, mengikut yang Duli Tuanku kehendaki; dan untuk tujuan itu patik-patik ada membawa emas dan perak. Patik dengan sukacita mengharapkan balasan dari Duli Tuanku dan membuat perundingan dengan Duli tuanku. Berilah patik jawapan seberapa segera. Semuga Tuhan memancarkan cahaya kebenaran kepada Duli Tuanku dan sentiasa dalam sihat wal’afiat.”[2]
Surat berbahasa Sepanyol yang dibawa oleh utusan dikoyakkan dan hanya surat yang diterjemahkan ke bahasa melayu yang dipersembahkan. Baginda Sultan Saiful Rijal telah bertitah dengan penuh murka.
... Jadi begini caranya orang-orang kamu menulis kepada beta, seorang Raja; sedangkan orang-orang Kastila (Sepanyol) adalah kafir, ... orang-orang yang tidak mempunyai ruh, yang akan disambar oleh api neraka apabila mereka mati, dan juga kerana mereka memakan daging babi...[3]
Isi kandungan surat yang penuh penghinaan kepada Rasulullah SAW dan kepada agama Islam telah menutup sebarang peluang untuk berunding dengan pihak Sepanyol. Dr de Sande amat angkuh apabila meminta Sultan menghentikan usaha dakwah di pulau-pulau Filipina bahkan di pulau-pulau di dalam jajahan takluk Kerajaan Brunei tetapi membenarkan pula paderi-paderi Kristian berkeliling negeri menyampaikan ajaran Kristian dengan mendapat perlindungan penuh dari Sultan. Di samping itu Sultan juga dilarang memungut ufti (cukai) yang menjadi hak mutlak Sultan. Semua tuntutan yang penuh penghinaan ini tidak membawa maksud lain selain dari mengundang perseturuan.
Surat yang dikirim oleh Dr. de Sande adalah satu lagi contoh provokasi yang sengaja dirancang oleh penjajah yang berniat buruk. Mereka bukan mencari peluang perniagaan dengan menggunakan pendekatan diplomasi. Mereka sengaja mencari titik permusuhan untuk mewajarkan tindakan kekerasan di pihak penjajah Sepanyol. Hasrat mereka bukan untuk membina hubungan dagang tetapi untuk menjarah, merampok dan memaksakan agama dan cara hidup mereka kepada negeri yang menjadi sasaran penjelajahan mereka. Hasrat mereka dinyatakan secara terang-terangan dan bertulis seperti yang terkandung di dalam surat yang diutus oleh Dr de Sande. Cara biadap dan tidak bertamaddun ini amat jauh berbeza dengan pendekatan Admiral Muhammad Cheng Ho @ Zheng He yang menggunakan pendekatan diplomasi bagi mengukuhkan setiakawan dan kemakmuran bersama dengan negara-negara yang diziarahinya.
Pada 14 April, de Sande mengistiharkan perang dan menembak kapal-kapal Brunei.[4] Angkatan laut Brunei terpaksa berundur kerana kekuatan senjata Sepanyol yang lebih hebat. Meriam-meriam angkatan laut Brunei tidak setanding dengan meriam Sepanyol yang dapat menembak sasaran pada jarak yang lebih jauh. Penduduk kampung air dan darat meninggalkan Bandar Brunei dan berlindung di hutan-hutan kecuali pasukan Pengiran Bendahara Sakam berkubu di Pulau Ambok. Sultan Abdul Kahar dan Sultan Saiful Rijal berangkat ke Meragang dan dari sana ke Jerudong. Setelah angkatan laut Brunei menyingkir maka pada 16 April de Sande dan askar-askarnya mendarat dan menggeledah Istana Begawan Sultan Abdul Kahar. Mereka turut menggeledah rumah pembesar serta merampas barang-barang berharga. Pada 20 April de Sande mengistiharkan penaklukan Brunei oleh Sepanyol dan seluruh tanah jajahannya. De Sande mengangkat Pengiran Maharaja Diraja (Pangeran Seri Ratna) sebagai Gabenor Sepanyol di Brunei. De Sande menjadikan istana Sultan sebagai pengkalan dan kubu-kubu pertahanan mula dibina oleh askar Sepanyol.
Pengunduran angkatan Brunei sebenarnya hanyalah satu taktik bagi mengimbangi kekuatan angkatan Sepanyol. Ternyata selama dua bulan iaitu dari 25 April sehingga 25 Jun, pasukan de Sande menghadapi serangan ala gerila yang disusun oleh Pengiran Bendahara Sakam. Mungkin sebagai tindakan balas, de Sande telah mengarahkan askar-askarnya membakar Masjid Jame’ Brunei pada 23 Jun 1578. Masjid terbakar habis sepanjang malam tanpa meninggalkan apa-apa bekas. Kemudian dengan cara yang tergesa-gesa de Sande meninggalkan Brunei setelah diusir oleh Pengiran Bendahara Sakam ke Nausang (Sabah). Kemudian Pengiran Bendahara Sakam menjunjung Sultan Saiful Rijal balik ke Brunei dan mengejar serta membunuh Pengiran Maharaja Diraja (Pangiran Seri Ratna) di Bukit Jambu dan Pangiran Seri Lela di Belait yang telah berkhianat. Sementara itu Sultan Saiful Rijal menitahkan seluruh rakyat membina kubu, mengumpul senjata dan makanan bagi menghadapi kemungkinan di serang Sepanyol lagi.
Ada dua perkara yang perlu diulas mengenai perang Brunei dan Sepanyol yang disebut dalam sejarah sebagai perang Kastela (Castille). Pertama ialah tindakan de Sande membakar masjid Jame’ Brunei. Seperti yang menjadi modus operandi penakluk-penakluk Portugis dan Sepanyol di serata dunia, mereka akan merampok rumah-rumah ibadat samada temple atau masjid serta mencemarinya termasuk membakarnya seperti di Melaka dan Kalikat. Tetapi dalam peristiwa penyerangan di Brunei, de Sande menunggu sehingga dua bulan selepas menduduki Brunei sebelum bertindak membakar masjid Jame’. Tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai strategi sementara untuk membina pakatan dengan Pangiran Maharaja Diraja yang belot dan khianat kepada Sultan.[5] Tetapi serangan ala gerila yang disusun oleh Pangiran Bendahara Sakam berkemungkinan telah menimbulkan kemarahan yang mendalam ke atas angkatah Sepanyol yang telah mengalami penderitaan dan kerugian yang besar. Masjid dibakar sebagai tanda kemarahan kepada umat Islam, apatah lagi tujuan Sepanyol bukan sekadar menakluk Brunei tetapi didasari dengan rasa benci yang meluap-luap terhadap Islam.
Perlu juga diamati, sebaik sahaja masjid dibakar, de Sande meninggalkan Brunei dengan seluruh askarnya. Alasan yang dikemukakan ialah askar-askar Sepanyol ditimpa oleh penyakit sehingga mereka tidak berupaya untuk berperang. Ini dinyatakan oleh de Sande kepada Raja Felipe II dalam laporannya yang bertarikh 20 Julai 1578.
Selepas ini, apabila saya telah menawan lebih kurang 4,000 atau 5,000 orang Moro (Islam) yang menetap di sana – di antara mereka ialah ayah saudara Sultan, dan seorang saudara sepupu yang dilantik menjadi kapten-jeneral perang, Raja Brunei berterusan bersembunyi di kawasan bukit dan lurah di serata pulau tersebut – dan apabila saya mengumpulkan dan memanggil orang-orang saya, Tuhan telah mentakdirkan kesemua askar-askar saya jatuh sakit. Saya terpaksa belayar balik demi menyelamatkan mereka, sebagaimana yang akan Kebawah Duli Yang Maha Mulia terima melalui perhubungan yang saya hantar kepada Majlis Mesyuarat Diraja di Indies.[6]
Apa yang berlaku kepada angkatan Sepanyol? InsyaAllah ini akan diulas sepenuh di dalam buku tersebut. Nantikan penerbitannya....
Dr Hafidzi Mohd Noor
------------------------------------------------------------------------
Nota kaki
[1] Ibid., hlm. 32. Angkatan ini terdiri dari 300 – 400 orang askar Sepanyol, 300 orang muslim dan 1,500 orang Kristian dari Filipina. Menurut D. Leake, Jr., De Sande lebih dahulu menghantar utusan ke Brunei pada tahun 1576 dengan ugutan supaya Sultan Brunei menghentikan aktiviti dakwah Islam di Luzon dan Sulu. Sultan menolak mentah-mentah dan membunuh salah seorang utusan Sepanyol dan memenjarakan yang lain bersama enam orang pengiring muslim bersama mereka. Ibid., hlm. 17. Setelah misi ini gagal, De Sande sendiri mengetuai angkatan perang ke Brunei pada 3 Mac, 1578. Setibanya di Brunei, dua orang berbangsa muslim diutus kepada Sultan Brunei dengan mengulangi tuntutan yang serupa. Kedua utusan ini bernama Martin atau Magat (Megat) dan Magat China dari Balayan, Luzon. Sultan bertindak membunuh Martin dan memenjarakan seorang lagi utusan. Setelah dua hari De Sande tidak menerima berita dari utusan-utusannya, maka serangan ke Muara diatur. Ruj. J. S. Carroll, Francisco De Sande’s Invasion of Brunei in 1578; An Anonymous Spanish Account. In BMJ. 1986, Vol. 6(2): 47 – 71. Juga rujuk D. E. Brown, Spanish Accounts of Their Expeditions Against Brunei in 1578-79, In BMJ, 1974, Vol. 3(2): 180 – 221.
[2] Blair, E. H. & Robertson, J. A. (ed.), The Philippine Islands, Vol. IV, hlm. 152. Surat ini sebenarnya ditujukan kepada Sultan Saiful Rijal tetapi telah dihadapkan kepada Begawan Sultan Abdul Kahar (Raja Tua) menunjukkan orang Sepanyol lebih mengenali Begawan Sultan Abdul Kahar. Dirujuk dari Sanib Said, Perang Kastila T.M. 1578, Suatu Penilitian Semula, hlm. 123 – 138, (dlm.) Brunei di tengah-tengah Nusantara, (Kumpulan Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei) disunting oleh Awang Hj Muhammad Abd. Latif et. al. Jab. Pusat sejarah, Kem. Kebudayaan Belia dan Sukan, Bandar Seri Begawan, 1994; Teks surat ini dalam bahasa Inggeris dan terjemahan boleh dirujuk dalam Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Hj. Awang Mohd Jamil Al-Sufri, Latar Belakang Sejaran Brunei, Pusat Sejarah Brunei, Kem. Kebudayaan, Belia dan Sukan, Bandar Seri Begawan, 2000, hlm. 28 – 30; dan lampiran B, hlm. 75 – 77.
[3] Nicholl, R, op. cit., hlm. 47 – 48; dirujuk oleh Pengiran Dr Karim bin Pengiran Haji Osman, op. cit.,hlm. 42 – 87. (terjemahan dalam bahasa melayu oleh pen.)
[4] Kronologi Perang Kastila ini disusun oleh sanib Said dari pelbagai sumber barat , Ruj. Sanib Said, op. cit., hlm. 135 – 136.
[5] Sebenarnya Pangiran Maharaja Diraja atau Pangiran Seri Lela dan Pangiran Seri Ratna tidak senang dengan perbuatan Pangiran Bendahara Sakam. Pangiran Bendahara Sakam mempunyai tabiat mengambil isteri dan anak gadis pembesar-pembesar untuk dijadikan isteri dan gundiknya. Kemuncaknya ialah apabila dia melarikan anak Pangiran Seri Lela yang sedang bersanding dengan anak Pangiran Seri Ratna. Mereka tidak berpuas hati apabila Sultan memaafkan Pangiran Bendahara Sakam dan sebaliknya Pangiran Seri Lela dihukum buang negeri ke jajahan Kimanis. Oleh kerana ini Pangiran Seri Lela telah belot kepada Sepanyol dan berjanji akan membantu Manila menaklukkan Brunei. Pakatan yang terbentuk di antara Pangiran Seri Lela dan Sepanyol diperkuat apabila anak perempuan Pangiran Seri Lela dikahwinkan dengan Don Augustine, Ketua Sepanyol di Tondo, Manila. Ibid., hlm. 125 – 127. (pen. Sukar untuk menilai tindakan Pangiran Bendahara Sakam yang merampas isteri orang dan di masa yang sama, Pangiran Seri Lela pula mengahwinkan anak perempuannya dengan orang Sepanyol. Tindakan Pangiran Bendahara Sakam jelas merupakan satu kezaliman yang sepatutnya ditentang oleh Sultan. Di satu segi Pangeran Seri Lela berhak merasa marah dan tercabar, tetapi tindakannya memihak kepada Sepanyol, bahkan mengahwinkan anaknya dengan ketua Sepanyol juga adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima)
[6] Teks dalam bahasa Inggeris boleh dirujuk dalam Blair & Robertson (ed.), The Philippine Islands, Vol. IV, op. cit., hlm. 126. Terjemahan bahasa melayu dikutip dari Sanib Said, Perang Kastila, op. cit., hlm. 131.

Tuesday, October 13, 2009

Pelancaran Buku Jejak Risalah di Nusantara Jilid V dan VI dalam Malam Amal Nusantara 2009

Poster Malam Amal Nusantara '09

Kulit depan Buku Jejak Risalah di Nusantara Jilid V

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, buku Jejak Risalah Di Nusantara Jilid V dan VI akan terbit dan dilancarkan pada Malam Amal Nusantara 2009 (MAN '09) anjuran JIM (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia) pada 17 Oktober 2009. Maklumat lanjut mengenai MAN '09 adalah seperti berikut.

Dr Hafidzi Mohd Noor
penulis buku Siri Jejak Risalah di Nusantara
----------------------------------------------------------------------------

Pengenalan

Malam Amal Nusantara 2009 (MAN’09) julung-julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai salah satu usaha untuk mengumpul dana bagi penerusan usaha-usaha bersepadu JIM di Nusantara. Mengambil pendekatan 1UMMAH, 1ASEAN dan 1Malaysia, MAN’09 yang bertemakan “Kepedulian Merentasi Sempadan” ini akan diadakan pada 17 Oktober 2009, 8.30 malam hingga 11.30 malam di PERMATA (Petronas Management Training Centre Sdn Bhd) Bangi.

Sejak awal penubuhan lagi, JIM telah terlibat dalam usaha membantu umat Islam di Nusantara. Di antara program-program yang telah dan sedang dilaksanakan oleh JIM di beberapa negara dan tempat di Nusantara termasuklah:

  1. Kursus Pendidikan guru-guru di Kemboja (1995)
  2. Program Tajaan Berbuka Puasa & Sadaqah di Selatan Thai, Kemboja, Mindanao, Ambon, Maluku, Acheh, Meulaboh, Sulawesi, Kalimantan dan Vietnam (sejak 1996)
  3. Program Qurban dan Aqiqah di Selatan Thai, Kemboja, Mindanao, Ambon, Maluku, Acheh, Meulaboh, Sulawesi, Kalimantan dan Vietnam (sejak 1996)
  4. Misi Kemanusiaan ke Ambon dan Maluku (2000)
  5. Misi Kemanusiaan ke Mindanao (2001)
  6. Misi Peduli Aceh-PKS pasca tsunami (sejak 2005)
  7. Tajaan Pendidikan Anak Yatim dan Miskin Pelajar Acheh serta Pelajar Vietnam
  8. Bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Rohingya di Malaysia

Dalam usaha melaksanakan tanggung jawab membantu umat Islam di Nusantara, JIM mengambilkira beberapa kriteria asas dalam pemilihan negara dan tempat bantuan iaitu di negara atau tempat umat Islam yang faqir dan miskin, yang sedang ditindas, yang ditimpa musibah (contohnya bencana alam) dan yang dilupakan.

Alhamdulillah program-program JIM yang berkaitan Nusantara seperti yang dinyatakan di atas mendapat sambutan dan sokongan yang cukup baik daripada masyarakat Malaysia.

Melalui perlaksanaan program tadi juga, JIM dapat mengukuhkan lagi perhubungan raya (PR) dengan NGO-NGO dan umat Islam yang menjadi saluran sumbangan bantuan di negara-negara bekenaan.

Kepedulian JIM yang berterusan, bersepadu dan berinstitusi dalam konteks jaringan solidariti melalui Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa terhadap isu-isu umat Islam di Nusantara bakal diperkemaskan lagi melalui penubuhan Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE).

Bagi memastikan usaha-usaha di atas dapat dilaksanakan secara berterusan, lebih banyak sokongan kewangan dan sukarelawan diperlukan daripada warga Malaysia.

Objektif

  1. Mengumpul dana untuk penerusan program-program Nusantara JIM.
  2. Berkongsi dengan masyarakat mengenai usaha-usaha JIM di Nusantara melalui multimedia, persembahan nasyid, bahan bercetak dan lain-lain.
  3. Melancarkan beberapa inisiatif JIM terdekat: Rayuan Qurban dan Aqiqah 1430H, buku Jejak Risalah Nusantara dan penubuhan Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE).
  4. Merapatkan hubungan JIM dengan para penyumbang, penerima sumbangan dan media untuk memastikan penerusan sokongan terhadap usaha-usaha di Nusantara.

Penyertaan

  1. Badan-badan korporat
  2. Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO)
  3. Wakil NGO dari negara atau tempat perlaksanaan program Nusantara JIM
  4. Media cetak dan elektronik
  5. Orang perseorangan
  6. Tetamu khas anak-anak yatim Aceh dan Vietnam


Sumbangan & Tajaan

Sumbangan dan tajaan untuk membantu pengumpulan dana bagi penerusan program-program di Nusantara boleh dibuat melalui

1. Belian meja Malam Amal Nusantara 2009

  • MEJA EMAS = RM2000 (RM200/kerusi)
  • MEJA PERAK = RM1000 (RM100/kerusi)

2. Smbangan ikhlas kepada Tabung Nusantara JIM

3. Tajaan pendidikan pelajar Nusantara

Sumbangan boleh dibuat melalui transaksi atau bank in kepada akaun “PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA” di Maybank, no akaun: 5622 0960 8847 atau Bank Muamalat Malaysia Berhad, no akaun: 1403 0004 0537 11. Pembayaran secara online melalui laman web: www.jim.org.my/e-bazaar.

Sila maklumkan kepada Sekretariat MAN’o9 apabila sumbangan dan tajaan dibuat.

SEKRETARIAT MALAM AMAL NUSANTARA 2009
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
Lot 300.3. Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel: 03-4108 9669 / 014-311 0628
Faks: 03-4107 1754
Emel: mnt1964@yahoo.com (Mohd Nasir Tampol)



Thursday, October 8, 2009

Sumbangan PACE/JIM kepada Projek Wanita Gaza melalui Dato' Bandar Beit Lahia

Presiden menyampaikan cenderahati kpd Syeikh Izideen El Dahnoon, dato Bandar Beit Lahia disaksikan oleh Bro Naji, Dr Hafidzi (Pengarah PACE) dan Ir Dr Selamat Aliman (Felo Kanan PACE)

Presiden (Hj Zaid Kamaruddin) bersama Syeikh Izideen El-Dahnoon, Dato Bandar Beit Lahia
Assalamualaikum,
PACE/JIM baru-baru ini diziarahi oleh Dato Bandar Biet Lahia (Sebuah bandar di Jalur Gaza). Beliau ditemani oleh seorang pelajar Palestin - Sdr Naji. Kami telah mendengar taklimat dari beliau mengenai situasi terkini di Gaza. Di dalam pertemuan ini PACE/JIM telah menyerahkan RM100,000 untuk membiayai tiga buah projek untuk memperkasa golongan wanita di Gaza
Projek-projek ini ditawarkan sendiri oleh balu as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Kami juga bertekad untuk terus membantu rakyat Palestin dan hasrat ini kami suarakan kepada Syeikh Izideen M. El Dahnoon, Dato' Bandar Beit Lahia. Semuga Allah merahmati usaha-usaha kita.
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE

Sumbangan PACE/JIM untuk prosthetic (kaki palsu) remaja Palestin - Muhammad

Muhammad al-Hajj Moussa menerima sumbangan
untuk pembedahan kaki palsu (prosthetic) dari PACE/JIM

Muhammad bersama Presiden JIM, Hj Zaid Kamaruddin

Sidang akhbar yang disertai oleh wakil MRA, Muhammad dan pengiring, En Adnan (COMPLETE Malaysia) dan Sdr Zun Arif Hakim (Felo Kanan PACE)

Assalamualaikum,

Pada bulan puasa yang lepas, PACE/JIM melalui MRA (Malaysian Relief Association) telah menyumbang sebanyak RM38,800 untuk menyediakan kaki palsu (prosthetic) kepada seorang remaja Palestin, Muhammad Hj Moussa yang tercedera dalam serangan tentera zionis Israel (laknat) di Gaza baru-baru ini. Atas usaha MRA, MSRI dan COMPLETE Malaysia (Gabungan NGO yang menyokong perjuangan rakyat Palestin) Muhammad berjaya di bawa keluar untuk menjalani rawatan di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, Muhammad kini sudah pulih dan boleh berjalan dengan menggunakan kaki palsu beliau. Beliau telahpun berangkat pulang ke kampung halamannya di Gaza.

Semuga Allah merahmati usaha yang kerdil ini.

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE

Sumbangan PACE/JIM kepada Rabitah Ulama Palestin

Dari kiri Tn Hj Nahar (SUA), Ir Dr Selamat Aliman, Syeikh Ziad, Syeikh Abu Baqar al Awawida, Hj Zaid Kamaruddin (Pres JIM), Sdr Zun Arif (felo kanan PACE) dan wakil-wakil DCL

Presiden JIM menyerahkan cenderahati kepada Syeikh Abu Baqar al Awawida mewakili Rabithah Ulama Palestin di Syria. Ust Norazman dari Haluan yang mengiringi wakil-wakil Rabithah hadir sama meraikan majlis penyerahan tersebut

Alhamdulillah, majlis penyerahan USD 100,000 kepada Syeikh Abu Baqar al Awawida dan rombongan dari Rabithah Ulama Palestin di Syria telah selamat disempurnakan di ibu Pej. JIM di Pusat Bandar Melawati. Presiden JIM sendiri diberi penghormatan untuk menyampaikan sumbangan dari rakyat Malaysia. Wang tersebut adalah hasil dari kutipan dari orang ramai melalui pelbagai program roadshow/penerangan isu Palestin yang dianjurkan di seluruh negara. Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang telah memberi sumbangan. Semuga Allah memberi ganjaran dan kemenangan dunia dan akhirat.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (PACE)

Wednesday, October 7, 2009

PACE - Rencana Ulang Tahun Perang Oktober 1973

Panorama Perang Oktober 1973 (Tentera Mesir)
di muzeum Heliopolis, Kaherah
http://www.simonakam.com/

Rencana Ulang tahun perang Oktober (Perang Ramadhan) 1973

(Beberapa noktah penting dan pengajaran)

Bulan ini genaplah ulang tahun Perang Oktober 1973 yang ke 36. Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah merubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.

Peperangan ini adalah sebahagian dari usaha Mesir dan Syria untuk merebut kembali wilayah mereka yang dijajah oleh Israel dalam Perang enam hari pada tahun 1967 iaitu Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan. Perang 6 hari juga menyebabkan Jalur Gaza, Baitul Makdis timur dan Tebing Barat di kuasai oleh Israel sepenuhnya. Mengambil peluang dari Hari kebesaran orang Yahudi iaitu Yom Kippur, di mana sebahagian besar tentera Israel sedang bercuti, Mesir telah mengatur serangan mengejut. Keupayaan tentera Mesir untuk menembusi garisan Barlev yang dianggap kebal oleh pertahanan Israel benar-benar menjadi kejutan. Di masa yang sama tentera Syria megambil semula sebahagian dari Tanah tinggi Golan yang dikuasai Israel. Kejayaan tentera Mesir dan Syria tidak kekal lama kerana mereka terpaksa berundur ekoran serangan balas oleh Israel. Bahkan ketumbukan tentera ke tiga Mesir terkepung sepenuhnya dan bakal menghadapi kemusnahan. Israel juga mengalami kemusnahan yang besar dengan hampir 3,000 tenteranya terbunuh dan 9,000 mengalami kecederaan. Buat pertama kalinya di dalam sejarah Israel menerima hakikat bahawa ia sedang menghadapi satu peperangan yang sebenar, sedangkan konflik yang berlaku dengan negara-negara Arab sebelumnya hanyalah sebuah pertempuran. Di samping itu hampir 500 kereta kebal dan 200 pesawat udara tentera Israel berjaya dimusnahkan oleh tentera Mesir dan Syria. Mesir dan Syria menerima kemusnahan yang jauh lebih besar, namun kejayaan pada peringkat awal peperangan memberi satu suntikan kepada seluruh dunia Arab dan negara Islam terhadap kemampuan berhadapan dengan regim Zionis di medan peperangan.

Amerika Syarikat telah bersetuju sepenuhnya di dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya resolusi 338 dilaksanakan iaitu gencatan senjata di antara kedua pihak. Ini adalah suatu yang jarang berlaku kerana Amerika telah terbukti sepanjang konflik timur tengah tidak akan memihak kepada keputusan Majlis Keselamatan atau Persidangan Agung PBB jika ia dilihat merugikan Israel. Bahkan acapkali AS akan menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan mana-mana resolusi yang diputuskan jika dianggap tidak memenuhi kepentingan strategik Israel. Dalam Perang Oktober 1973, AS mengambil pendirian yang sebaliknya. Ini ada berdasarkan kepada congakan bahawa Israel mungkin mengalami kekalahan dan terpaksa membuat beberapa konsesi yang menjejas kelangsungan negara zionis tersebut. Gencatan senjata ini bagaimanapun dicabuli oleh Israel yang terus mara sehingga ke Terusan Suez. Ini memaksa Majlis Keselamatan bersidang sehari selepas Resolusi 338 diluluskan. Resolusi 339 diluluskan untuk menguatkuasakan Resolusi 338. Motif sebenar Amerika terbongkar apabila pada 18 Oktober Presiden Nixon meluluskan peruntukan senjata tambahan kepada Israel disamping bantuan kewangan sebanyak USD 2.2 bilion. Keadaan ini telah menyebabkan Arab Saudi melakukan reaksi balas dengan mengurangkan pengeluaran petroluem sebanyak 5% sebulan kepada AS. Embargo ini kemudiannya di lanjutkan ke atas Netherland dan negara-negara lain mencetuskan krisis tenaga pada tahun 1973 yang menyaksikan ekonomi Amerika terjejas teruk. Ini adalah satu contoh bahawa negara-negara Arab mampu untuk menggunakan kuasa petrodollar untuk mencabar hegemoni politik AS di timur tengah.

Di masa yang sama AS telah menggunakan sitiasi perang Oktober untuk menghapuskan ancaman Mesir ke atas Israel. Oleh kerana objektif Mesir ialah untuk mendapatkan semula Semenanjung Sinai yang dikuasai oleh Israel, AS telah menjadikan ia sebagai umpan supaya Mesir bersetuju untuk berdamai dengan Israel. Presiden Sadat telah menyatakan persetujuannya untuk datang ke Baitul Maqdis dan mencari jalan perdamaian. Kehadiran Presiden Sadat ke Baitul Maqdis yang dikuasai Israel adalah satu isyarat pengiktirafan ke atas negara haram Israel. Perdana Menteri Israel, Menachem Begin telah mengambil peluang ini untuk memalukan Sadat dengan menyebut di dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan Sadat ke Baitul Makdis, ibu negara Israel ’yang abadi’. Ucapan ini adalah merupakan satu tamparan kepada perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin. Ia adalah sesuatu yang mencalar maruah dunia Islam seluruhnya. Hasil dari rundingan diplomatik di antara Mesir dan Israel yang di’broker’ oleh AS akhirnya membuahkan Perjanjian Camp David pada tahun 1978. Perjanjian ini telah mengeluarkan Mesir dari persamaan (equation) yang menentukan hala tuju konflik di Timur Tengah khususnya yang berkaitan dengan pembebasan Bumi Palestin. Sehingga hari ini Mesir adalah terikat dengan perjanjian untuk tidak menjejaskan keselamatan Israel. Tindakan Mesir pada hari ini yang menutup sempadan di Rafah dan tidak membenarkan bantuan menyeberang ke Gaza yang dikepung Israel, bahkan menghalang rakyat Gaza masuk ke Mesir untuk mendapat rawatan adalah sebahagian dari memenuhi syarat Perjanjian Camp David tersebut.

6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh untuk menyambut hari kebangsaan kedua negara. Mesir turut memilih 6 Oktober sebagai hari angkatan Tentera Mesir. Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun perang Oktober, Presiden Sadat mati ditembak kerana tindakannya berdamai dengan Israel dan mengiktiraf entiti haram tersebut dianggap suatu pengkhianatan kepada umat Islam dan agamanya.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah

PACE (Palestine Centre of Excellence)







PACE statement - Lessons from the October war of 1973

Israeli troops received a terrible blow in the October war of 1973
(10th Ramadhan)

Assalamualaikum and greetings

6th October – 24th October – Anniversary of the October War and lessons derived.

This year on this date marked the 36th anniversary of the October war of 1973, also known as the Ramadhan war (10TH Ramadhan) to the Arabs/muslims and the Yom Kippur war to Israel.

PACE would like to point out to a number of important lessons from this landmark event in the middle-east conflict. The October war of 1973 has opened a new chapter that redefined the equation in the Arab-Israeli conflict. Arab countries were still reeling from the outcome of the six day war in 1967, where East Jarusalem, Gaza and the West Bank were overran by the Zionist army. Apart from these, Egypt and Syria had also lost the Sinai Peninsular and the Golan Heights respectively in the war. The October war was the consequence of a joint Egyptian-Syrian effort to regain their territorial losses in the 67 war. The attack took Israel by surprise and the ability of the Egyptian army to breach the Bar-lev line, put the Zionist defenses off-guard. The victory scored by the Egyptian and Syrian army on both fronts were however shortlived. Israel counterstrikes as the war progressed have pushed back the Egyptian army to the Suez canal and gained more territories in the Golan heights from Syria. These victories however were achieved at a heavy cost, with close to 3,000 Israeli soldiers dead and estimated 9,000 wounded. Israel lost closed to 500 tanks and 200 aircrafts. The casualties on the Egyptian and the Syrian sides were many folds higher, but the earlier success of breaching Israel defenses was a considerable morale booster to the Arab world. The achievement of 6th October was so significant that both Egypt and Syria adopt the date as their National Day. Egypt also commemorated 6th October as the armed forces day.

The October war has far reaching consequence beyond territorial lost or gain. First it was a classic case of the collusion between Israel and the United States. The United Nations Security Council (UNSC) passed Resolution 338 (14 – 0), largely negotiated by the US and the then USSR (Soviet Russia) that called for a complete ceasefire. Israel as would have been anticipated, violated the ceasefire and continued the push for the Suez canal. This lead to UNSC to convene the very next day (23rd October) and passed Resolution 339 to enforce the earlier resolution. It revealed the true colour of the US, which has established a track record of never agreeing to any resolution deemed not in the interest of Israel. Anticipating Israeli military setback, however the US agreed for a ceasefire to avoid a possible defeat of the Zionist entity. Instead of defusing the situation, President Nixon approved a major allocation of arm supplies and USD 2.2 billion in aid to Israel. This brought a reaction from Saudi Arabia that declared an oil embargo to the United States and other countries leading to the energy crises of 1973. It was a commendable effort by the Saudi King, al-Malik Faisal to challenge the US political hegemony in the Middle east – a move that should be emulated by the present Arab regime.

The stalemate of the October war was exploited by the US as a bargaining chip to remove Egypt as a potential threat to Israel. President Sadat objective of reclaiming Sinai was exploited to lure Egypt to normalize relation with Israel. Sadat’s official visit to Israel was a gesture of recognition of Israel. However, Menachem Begin, Israel Prime Minister seized the opportunity and declared Israel’s position on the status of Jarusalem. In his speech, Begin welcomed Sadat to Jarusalem, the ‘eternal capital’ of Israel, which came as a blow to the Palestinian cause and the Islamic world. The meeting has opened the way for the Camp David accord, first ever peace agreement between Israel and Arab country. The peace arrangement has cost the Palestinians and Egypt dearly. It is the background that explains the Egyptian insistence of closing the crossing at Rafah in the face of Gazans desperately seeking medical aid and food supplies today, as a result of the siege and Israeli attack late last year and early this year.

On the 6th October 1981, President Sadat was assassinated while attending a parade commemorating the 8th anniversary of the war…

Assoc Prof Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE
 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc