Monday, January 4, 2010

Pengumuman Sidang Media PACE - 5 Januari 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adalah dimaklumkan PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin) akan mengadakan sidang media seperti berikut:

Tarikh: 5 Januari 2010 (Selasa)
Masa: 10 pagi
Tempat: Kompleks JIM
No 300.3 Lorong Selangor
Bandar Pusat Melawati
Kuala Lumpur

Sidang Media: PACE desak Kerajaan Mesir supaya menghentikan tindakan menutup terowong kemanusiaan ke Gaza dan memberi laluan kepada konvoi Viva palestina 3.


Sidang media ini bertujuan untuk empat objektif

1. Membidas tindakan kerajaan Mesir menutup laluan terowong kemanusiaan ker Gaza
2. Menggesa Kerajaan Mesir memberi laluan dan kemudahan kepada konvoi Viva Palestina memasuki Gaza.
3. Memperingati setahun serangan ganas Israel ke atas Gaza
4. Melancarkan tabung bagi menampung kos tambahan convoy Viva Palestina natijah dari sekatan kerajaan Mesir dan penyerahan sumbangan kepada VPM (Viva Palestina Malaysia)

PACE mengucapkan terima kaseh kepada Presiden JIM, Tn Hj. Zaid Kamaruddin yang hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada VPM selepas sidang media.

Kenyataan media dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris boleh dirujuk dalam posting yang terdahulu

Kehadiran untuk memberi sokongan kepada usaha ini adalah amat dialu-alukan.

Sila hubungi ibu pejabat JIM di talian 03-41089669 untuk sebarang pertanyaan berkaitan.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc