Sunday, May 30, 2010

Perkembangan misi LL4G - 30 Mei 2010

InsyaAllah Konvoı Akan Meneruskan Pelayaran Ke Gaza Harı Inı

InsyaAllah Konvoı Akan Meneruskan Pelayaran Ke  Gaza Harı Inı

Ahad 30 Mei — Semua kapal-kapal dan peserta kini bersiap sedia untuk berlepas ke Gaza. Kepimpimpinan konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza ini dijangka membuat ketetapan untuk berlepas pada bila-bila masa bersesuaian dengan taktik yang diperlukan bagi menghadapi kemungkinan halangan oleh tentera laut Israel, demikian menurut kenyataan seorang pegawai kanan Insani Yardim Vakfi (IHH), Guldan Sonmez.

“Semua mereka yang berada di sini sudah bersiap-sedia untuk meneruskan pelayaran. InsyaAllah kita akan bergerak hari ini.”

Kenyataan Sonmez ini dikeluarkan setelah kapal Mavi Marmara berada di Laut Mediterranean sejak hari Jumaat lalu kerana terpaksa menunggu ketibaan kapal-kapal lain yang akang bergabung menyertai konvoi ini. Kapal terakhir tiba daripada Cyprus pada jam 1:30 pagi tadi. Kapal ini membawa angota-anggota parlimen Eropah, termasuk daripada Jerman dan Sweden.

Pihak berkuasa Cyprus mengenakan pelbagai kerenah birokrasi bagi menyukarkan pergerakan angota-anggota parlimen tersebut. Mereka terpaksa menukar laluan ke daerah Cyprus yang dikuasai Turki untuk menaiki kapal menuju ke tempat di mana kapal Mavi Marmara sedang menunggu.

Sembilan buah kapal dijadualkan menyertai konvoi ini. Walaubagaimanapun, dua buah kapal terpaksa membatalkan pelayaran, dipercayai akibat sabotaj. Dua buah kapal daripada Greece tersebut telahpun diperiksa dan disahkan layak untuk mengikuti pelayaran.

Dalam perkembangan berkaitan, sebahagian daripada 15 orang penumpang kapal Challenger-II yang menumpang Mavi Marmara semalam telah dipindahkan ke kapal Challenger-I.

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc