Sunday, June 20, 2010

MMajlis Pelancaran IKRAM - 20 Jun 2010

salam,

Dikongsikan. Berita dan rencana akan menyusul insyaAllah.

Dari Utusan Malaysia 21 Jun 2010

KUALA LUMPUR 20 Jun - Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) yang kini mempunyai keahlian seramai 3,500 orang sejak ditubuhkan lapan bulan lalu akan berusaha menegakkan syiar Islam tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Presidennya, Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad berkata, pihaknya turut akan menumpukan usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang cara hidup Islam sebenar sekali gus memberi pemahaman yang tepat mengenai agama itu kepada masyarakat bukan Islam.

Sebahagian ahli mendengar ucapan pada pelancaran Pertubuhan Ikram Malaysia di Seri Kembangan, Selangor, semalam.

Menurutnya, walaupun negara sudah lebih 52 tahun merdeka, namun situasi hari ini masih tidak menepati sasaran hidup masyarakat Islam yang maju dan berjaya.

''Justeru, Ikram muncul pada tahap ini untuk memperluaskan dakwah, melebarkan pengaruh Islam, membangunkan ummah dan memacu pembaharuan serta perubahan masyarakat,'' katanya selepas melancarkan Ikram di sini hari ini.

Seramai 5,000 orang terdiri daripada ahli IKRAM serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tempatan dan luar negara hadir pada majlis itu.

IKRAM merupakan NGO Islam yang ditubuhkan pada 22 Oktober 2009 dan kini mempunyai 69 cawangan di semua negeri.

Menurut Mohd. Parid, Ikram ditubuhkan bagi memperluaskan dakwah memandangkan ramai ahli masyarakat terutama golongan remaja kini hanyut di dalam arus kemodenan dan hidup tanpa pegangan agama yang kukuh.

"Justeru, mereka perlu diajak kembali menghayati Islam dan seterusnya mempraktikkannya di dalam kehidupan seharian.

"Masyarakat yang cetek pengetahuan agama perlu dibantu dan dibimbing agar mereka menuju ke jalan yang benar," katanya.

Majlis Pelancaran IKRAM pada 20 Jun 2010.

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc