Monday, May 31, 2010

Memorandum US Embassy

MEMORANDUM
CONDEMNATION OF ISRAELI RAID ON AID FLOTILLA TO GAZA
Teusday 1st June 2010

We, a coalition of civil society representing the voice of the Malaysian people is utterly shocked and outraged at the blatant disregard of human lives by Israel in the recent murderous raid on the aid flotilla bound for Gaza.

The Lifeline4Gaza (LL4G) flotilla has come under attack by the Israeli armed forces in the early morning hours of 31st Mei. The Israeli aggressors boarded the capital ship Mavi Marmara and opened fire on volunteers on the deck, leaving at least 16 people dead and another 50 seriously injured. Close to 600 volunteers, whose participation is solely humanitarian in nature were on board the ship when the tragedy unfolded.

Such barbaric act was committed by Israel despite of the flotilla's observance of all maritime regulations and in full compliance with Resolution 1860 adopted by the UN Security Council (2009), which includes:

a) An appeal to the international community to provide humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance.
b) Facilitate the ease of passage and unimpeded deliverance of aid.
c) Call for support of these efforts to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza


The volunteer corps included in their ranks parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. They were completely unarmed which reflects their sole intention of delivering aid to the beseiged people of Gaza.

The fact that this raid took place on an unarmed civilians and in international waters is all the more grievous and criminal. There is not a slightest doubt that Israel has violated international laws and her ghastly acts deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term.

We therefore call on the US Government to state her position on the murderous aggression of Israel on a peaceful flotilla whose entire objective is to deliver desperately needed aid to Gaza.These include

a. Condemnation in the strongest possible term the aggression by Israel on the Freedom Flotilla
b. Holding the Israeli government totally responsible for the lives and well being of all volunteers on board the Freedom Flotilla
c. Demanding the immediate release of all the volunteers and urgent medical care be given to the injured
d. Demanding that all the aid destined for Gaza be released with immediate effect.
f. Assuring the safety of all volunteers on board the Freedom Flotilla in their effort to champion the Palestinian cause towards freedom, justice and self determination.

HALUAN
MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY
AQSA SYARIF
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE (PACE)
YAYASAN AMAL
PERTUBUHAN MAWADDAH MALAYSIA
VIVA PALESTINA MALAYSIA
DEWAN PEMUDA MASJID
ANGKATAN BELIA MALAYSIA
GLOBAL PEACE MALAYSIA

Dr Hafidzi Mohd Noor
Crisis Management Team LL4G

Penyerahan memo bantahan ke Kedutaan US esok - 2 Jun 2010


Persiapan banner untuk esok

Pihak CMT (Crisis Management Team) akan menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat spt berikut:

Tarikh: 1 Jun 2010 (Selasa)
Masa: 11 pagi
Tempat: Kedutaan Amerika

Semua diarahkan untuk berkumpul di Surau Tabung Haji pada pukul 10 pagi. Kita akan bergerak ke Kedutaan Amerika dari sana. Sila bawa kain rentang dan sepanduk yang membawa message bantahan dan kutukan ke atas tindakan biadap rezim zionis Israel.

Tindakan dan arahan susulan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Dr Hafidzi Mohd Noor
CMT LL4G

Press Statement by CMT

KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

8. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

9. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malay
-----------------------------------------------------------------------------------------------
PRESS RELEASE
Isnin 31hb Mei 2010

The Government of Malaysia is urged to condemn Israeli raid on the Lifeline4Gaza humanitarian aid flotilla

Latest Development on the Lifeline4Gaza Flotilla

1. As have been widely publicised, the Lifeline4Gaza flotilla has come under attack by the Israeli armed forces. Israeli aggressors have boarded the capital ship Mavi Marmara and open fire resulting in 3 volunteers dead and more than 30 others seriously injured. Mavi Marmara is one of the 7 strong flotilla enroute to Gaza to deliver the much awaited material aids to the besieged people of Gaza.

2. Twelve volunteers including media representatives from Malaysia is on board the capital ship Mavi Marmara. Their participation is purely humanitarian in nature.

3. All the objectives and movement of the flotilla is in compliance with the UN Security Council Resolution 1860 (2009) and all relevant maritime regulations. Resolution 1860 stated among others:

a) Appeal for deliverance of humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance.
b) Urge efforts to ease passage and other mechanisms for the unimpeded deliverance of aids.
c) Call for all nations to support such efforts at the international level to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza
d) condemns acts of agression and attacks on civilians and all forms of acts of terrorism.

Every Malaysian participants in the flotilla are holding fast to the international regulations and laws and vow to uphold the goodname of Malaysia and our national aspirations.

4. The flotilla is laden with 10,000 tonnes of material aid. Over 540 volunteers are on board Mavi Marmara, including Parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. No weapons were brought in this flotilla even for self defense which testifies to the wholly humanitarian nature of the mission.

5. Based on these facts it is very clear indeed that Israel has violated international laws. Whatmore the raid took place in international waters and on an unarmed aid ship on a humanitarian mission. Israeli rash action deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term.

6. We appeal to the Government of Malaysia under the premiership of YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak and Datin Seri Paduka Rosmah Mansor in her capacity as patron for the Palestinian Aid Donations Drive to issue a statement condemning Israel for the murderous aggression on a peaceful flotilla whose objective is to deliver aid to the beseiged people of Gaza.

7. We call for the UN to convene an emergency assembly to pass a strong resolution against Israel and to summon Israeli leaders to the international court of justice for crime against humanity.


8. We call upon the Malaysians from all walks of life to express their utmost concern of the grave situation and to be ready to respond to any need for action and calls for our support in dealing with the incident.


9. We appeal to all political leaders, NGOs and the Malaysia people to join together in coming to the aid of the volunteers.

10. We also call upon every strata of the society to continue to supplicate and pray for the success of this mission and the safety of the volunteers from further untoward incidence.


Zulkifli Mohd Nani
Chairman
Crises Management Team for LL4G Malaysia

Dr Hafidzi Mohd Noor
CMT LL4G

Dari Malaysiakini

12 rakyat M'sia di kapal yang diserang Israel
Joseph Sipalan
Mei 31, 10
12:51pm
Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.

Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Senarai nama yang syahid

Salam

Semuga Allah mengurniakan pahala syahid kepada mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga.

nama beberapa korban cedera sumber IHH: İmdat Avli, Mustafa Batıran, Rabiha Gümrükçü, Cevdet Öçenek, Erkan Baycıdan,

lanjutan, nama korban cedera. sumber IHH. Muhittin Yıldırım, Osman Çalık, Suat Koşmaz, Şahin İbrahim Güleryüz,

lanjut(3), nama korban cedera. Sumber IHH : Şükrü Peker, Mehmet Murat Yıldırım, Canip Tunç, Sadettin Furkan, Tuna Yücel

Sunday, May 30, 2010

Live dari Mavi Marmara

Sila ikuti live di sini

http://www.livestream.com/insaniyardim/

Watch live streaming video from insaniyardim at livestream.com

2 orang syahid 30 cedera parah!

Maklumat dari CMT (Crises Management Centre)

"Salam, info terkini, 2 orang relawan terbunuh dan 30 cedera parah. serangan oleh tentera israel atas kapal mavi marmara. sumber CMT

Dr hafidzi Mohd Noor
Crises Management Team LL4G

Berita dari sumber Israel - Navy Israel sudah mendekati flotilla

JERUSALEM — The Israeli navy made its first contact with a flotillacarrying hundreds of pro-Palestinian activists and thousands of tons of supplies for Gaza shortly before midnight on Sunday, surprising the boats in international waters, according to activists on one vessel.

Israel has vowed not to let the flotilla reach the shores of Gaza, where the Islamic militant group Hamas holds sway, putting the activists and the Israelis on a high-profile public relations collision course. Named the Freedom Flotilla and led by the pro-Palestinian Free Gaza Movement and a Turkish organization, Insani Yardim Vakfi, the convoy of six cargo and passenger boats represents the most ambitious attempt yet to break Israel’s three-year blockade of the Palestinian coastal enclave.

Three Israeli navy missile boats left the Haifa naval base in northern Israel a few minutes after 9 p.m. local time, planning to intercept the flotilla.

After asking the captains of the boats to identify themselves, the navy told them they were approaching a blockaded area and asked them either to proceed to the Israeli port of Ashdod, north of Gaza, or to turn around and go back to their countries of origin.

The activists responded that they would continue toward their destination, Gaza.

Speaking by satellite phone from the Challenger 1 boat, which has foreign legislators and other high-profile figures on board, a Free Gaza Movement leader, Huwaida Arraf, said, “We communicated to them clearly that we are unarmed civilians. “We asked them not to use violence.”

Earlier Sunday, Ms. Arraf said the boats would keep trying to move forward “until they either disable our boats or jump on board.”

Flotilla organizers flotilla had said they expected to confront the Israelis on Monday morning, in an effort to avoid an encounter in the dark.

Israel insists that there is no humanitarian crisis in Gaza, contrary to grim reports of the international organizations operating in the area. It says that the blockade is necessary because Hamas tries to smuggle weapons into the territory, sometimes by sea. But it has offered to transfer the 10,000 tons of aid on the ships from Ashdod to Gaza through official Israeli-controlled land crossings.

“If they were really interested in the well being of the people of Gaza,” said an Israeli government spokesman, Mark Regev, said in a statement, “they would have accepted the offers of Egypt or Israel to transfer humanitarian aid to the people of Gaza, along with the other 15 thousand tons sent every week. Instead they have chosen a cheap political stunt.”

The flotilla organizers dismissed the Israeli offer as “ridiculous and offensive.” In a statement over the weekend they said that the blockade and the “official channels” were “directly causing the humanitarian crisis in the first place.

Ikuti perkembangan Flotilla LL4G Live

Aslm ww,

Sesiapa yang hajat untuk ikuti perkembangan berkaitan misi freedom
flotilla secara 'live', pergi ke
http://twitter.com/#search?q=%23flotilla. Tidak perlu create akaun
twitter.


wsm


Dr Hafidzi Mohd Noor
Crises Management Team Freedom Flotilla LL4G

misi Laut LL4G mula dikepung tentera Israel

Konvoi Freedom Flotilla Mula DiKepung Tentera Laut Israel

May 31, 2010
31 Mei – Mavi Marmara, Laut Tengah(7.30pg waktu Malaysia) —Konvoi Freedom Flotilla dalam keadaan bersedia tatkala menghampiri perairan Gaza setelah dimaklumkan bahawa ada beberapa buah kapal yang dikenalpasti dari armada Angkatan Laut Israel mendekati ke arah Mavi Marmara. Menurut sumber, konvoi Freedom Flotilla kini diekori oleh kapal Israel antaranya sebuah kapal selam, 3 kapal perang dan sebuah helikopter. Namun Mavi Marmara tetap bergerak dengan berhati-hati.
Presiden IHH, menyeru agar semua negara yang prihatin untuk mendesak dan memberi tekanan kepada Israel agar membuka jalan bagi konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza. Terdapat lebih dari 50 buah negara menyertai konvoi terbesar ini. Menurut sumber, di Turki telah diadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Israel mendesak Israel membatalkan hasrat mereka menyekat perjalanan konvoi.
Beberapa saat menjelang Maghrib, staff IHH mengumumkan kepada seluruh peserta konvoi Freedom Flotilla untuk memastikan diri mereka dalam keadaan siapsedia sebelum pukul 7 pagi ini waktu Antalya, Turki atau sekitar pukul 11 WIB.
Semua peserta diarahkan untuk menyimpan passport dan dokumen berharga masing-masing seperti dompet dalam plastik dan membawanya di badan – untuk berjaga-jaga kemungkinan terpaksa berenang.
Konvoi Freedom Flotilla mengharungi laut sepanjang malam menuju Gaza. Dijangkakan bahawa keenam kapal konvoi armada kemanusiaan ini, termasuk Mavi Marmara yang terbesar, akan berhenti sekitar 40 batu dari Pantai Gaza untuk menanti hari siang kembali sebelum berusaha menembus sekatan kapal-kapal Angkatan Laut Israel.
Namun, sebagaimana dilaporkan sebelum ini, Israel telah memperluas zon ketenteraan mereka dari 20 batu kepada 68 batu diperairan laut.
Tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh konvoi Freedom Flotilla adalah melanggar perundangan antarabangsa kerana yang dihadapi Israel saat ini bukanlah situasi perang melainkan sekelompok aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan yang dikenakan.
Dalam beberapa kesempatan sebelumnya, Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH) Fahmi Bulent Yildirim menegaskan bahawa tidak ada satu pun persenjataan yang dibawa dalam kafilah Freedom Flotilla. “Bahkan sebatang paku pun tidak.”
Semalam para peserta menghabiskan waktu mereka dengan berzikir dan memohon pertolongan Allah. Gaza dan seluruh muka bumi ini milik Allah Subhanahu wa Ta’ala – hanya izin Allah saja yang kita minta untuk berjaya memasuki ke Gaza. (saqsa/ihh)
Ditulis Oleh Abu Ridhwan · dalam Kategori Berita
Haluan Palestin

Laluan misi LL4G ke Gaza

Perkembangan misi LL4G - 30 Mei 2010

InsyaAllah Konvoı Akan Meneruskan Pelayaran Ke Gaza Harı Inı

InsyaAllah Konvoı Akan Meneruskan Pelayaran Ke  Gaza Harı Inı

Ahad 30 Mei — Semua kapal-kapal dan peserta kini bersiap sedia untuk berlepas ke Gaza. Kepimpimpinan konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza ini dijangka membuat ketetapan untuk berlepas pada bila-bila masa bersesuaian dengan taktik yang diperlukan bagi menghadapi kemungkinan halangan oleh tentera laut Israel, demikian menurut kenyataan seorang pegawai kanan Insani Yardim Vakfi (IHH), Guldan Sonmez.

“Semua mereka yang berada di sini sudah bersiap-sedia untuk meneruskan pelayaran. InsyaAllah kita akan bergerak hari ini.”

Kenyataan Sonmez ini dikeluarkan setelah kapal Mavi Marmara berada di Laut Mediterranean sejak hari Jumaat lalu kerana terpaksa menunggu ketibaan kapal-kapal lain yang akang bergabung menyertai konvoi ini. Kapal terakhir tiba daripada Cyprus pada jam 1:30 pagi tadi. Kapal ini membawa angota-anggota parlimen Eropah, termasuk daripada Jerman dan Sweden.

Pihak berkuasa Cyprus mengenakan pelbagai kerenah birokrasi bagi menyukarkan pergerakan angota-anggota parlimen tersebut. Mereka terpaksa menukar laluan ke daerah Cyprus yang dikuasai Turki untuk menaiki kapal menuju ke tempat di mana kapal Mavi Marmara sedang menunggu.

Sembilan buah kapal dijadualkan menyertai konvoi ini. Walaubagaimanapun, dua buah kapal terpaksa membatalkan pelayaran, dipercayai akibat sabotaj. Dua buah kapal daripada Greece tersebut telahpun diperiksa dan disahkan layak untuk mengikuti pelayaran.

Dalam perkembangan berkaitan, sebahagian daripada 15 orang penumpang kapal Challenger-II yang menumpang Mavi Marmara semalam telah dipindahkan ke kapal Challenger-I.

Friday, May 28, 2010

Maklumat terkini dari misi LL4G - bermunajat di tengah lautan

shbt&shbh akhukum fillah

semoga antum dankami di sini terus dlm rahmat dan keampunan Allah

sekarang ni jam 2:00pagi di tengah2 lautan mediterranean. ramai yg
berada dlm kapal tidak tidur dan bermunajat kpd Allah. Betapa
keberadaan kami di tengah-tengah lautan luas ini menjelaskan kebenaran
ayat2 Allah yg kita baca saban hari.

bbrp updates:
1) bersama kami skrg ada 4 buah kapal.
2) 3 buah kapal (sebenarnya boat, bukan kapal) tidak dpr sertai
konvoi, semuanya drp Greece. jadi sekarang tinggal 6 kapal akan
teruskan konvoi ini.
3) Kami dijangka sampai di perairan Gaza hari Sabtu (jam Turki).
4) pasal Israel intercept comms pun tak betul juga. Kami berada di

tgh lautan, of course kadang2 ada comms, kadang2 tidak.

Itulah sahaja status terkini dari kami di lautan. Segala maklumat ttg
serangan ke atas konvoi adalah tidak benar.

Sekejap lagi, jam 3 pagi, kami akan buat tahajjud beramai2 di deck
kapal. Alhamdulillah setakat ini majoriti crew amat komited dgn solat
berjamaah, ramai kelihatan terikat dgn al Quran. Dlm perjlnan ana ke
media control room tadi, ramai juga yg bersendirian di sudut2 di
merata tempat dlm kapal ini bermunajat kpd Allah.

InsyaAllah, hari ini:
1) akan kami teruskan live updates on Awani
2) sheikh qaradawi akan buat media stmt on Al Jazeera berkaitan dgn konvoi ini.

Sekian dari Laut Mediterranean. Teruskan doa dan munajat antum.

Liputan LL4G dari Astro Awani - 28 Mei 2010

Assalamualaikum

Thursday, May 27, 2010

Wakil PACE di South Australia - Bagi rakyat Malaysia di sana dipelawa hadir

Assalamualaikum wrt wbt

Semua komuniti Muslim South Australia dijemput hadir ke HOT TALK:

'Al-Aqsa Dalam Bahaya!'
Speaker: Ust Hj. Mohd.Shahool Hameed bin Mohamed Meerah
(Penyelidik Palestine Centre of Excellence PACE & Aqsa Syarif)

30 Mei 2010 I Ahad
Jam 3:00 - 5:00 petang (Solat Asar bersama)
Tempat: Islamic Dawah Centre SA, 5/121 Grange Road, Allenby Gardens

Menarik di dalam:
Tabung Palestin I Jualan I Tayangan Video I Lelongan Amal I Peraduan Mewarna Kanak-Kanak

Semua dijemput hadir! Potluck amat dihargai lagi dialu-alukan. Terima kasih.

Untuk Pertanyaan: Safwan 0405608953

Nota: Bagi email holder Yahoo, klik pada 'show images' untuk menatap poster program.



--
M Safwan Saparudin
1 Beenleigh Avenue KLEMZIG
South Australia 5087
AUSTRALIA
Mobile 0405 6089 53

E-mail safwanlaw@gmail.com

Flotilla akan berlepas - saksikan Sidang akhbar

Watch live streaming video from insaniyardim at livestream.com


Assalamualaikum.

Setelah tertangguh selama 2 hari, insyaAllah konvoi sembilan buah kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza akan berlepas pada jam 5 petang waktu tempatan (jam 10 malam waktu Kuala Lumpur) dari ini, Khamis 27 Mei . Pengumuman ini telah disampaikan oleh penganjur utama, (IHH) kepada semua wakil-wakil NGO yang kini sedang siap-sedia menunggu arahan daripada kepimpinan konvoi.

Sukarelawan-sukarelawan daripada lebih 30 buah negara kini sedang berkampung di Stadium Bolakeranjang Kepez Arena, Antalya sementara menunggu arahan untuk berlepas dengan menaiki kapal Mavi Marmara. Pelayaran mereka yang sepatutnya bermula jam 5 pagi Ahad lalu (25 Mei) tertangguh kerana kapal-kapal dari Greece tidak dapat tiba seperti yang dijadualkan.

Walaupun terpaksa menunggu, peserta dan urusetia konvoi masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti, terutama sekali untuk tugasan media. Bagi peserta-peserta lain, mereka tetap memanfaat masa dengan untuk berkenalan dan bertukar-tukar pengalaman, bersukan dan mengikuti majlis-majlis ilmu. Malam tadi, Dr Akram Saleh iaitu salah seorang pembantu Syeikh Yusuf Qardhawi yang akan bersama-sama mengikuti konvoi ini, memberikan taushiyah sejurus selepas solat maghrib berjamaah.

Semakin ramai peserta memenuhi Kepez Arena kerana kapal-kapal dari Sweden dan Greece kini sudah tiba di sini. Namun sebahagian besar peserta dari kedua negara itu tidur di dalam kapal. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemimpin kapal “Ship to Gaza” daripada Sweeden dan Greece, Mattias Gardell dan Dimitris Plionis, turut bersama-sama makan malam di Kepez Arena.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak empat buah kapal telah berlepas dari pelabuhan di Greece dengan membawa lebih 120 orang peserta konvoi. Mereka dijangka akan bergabung dengan kapal-kapal daripada Turki, Ireland dan England sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.

Keseluruhannya, lebih daripada 10 ribu tan bahan bantuan akan dihantar ke Gaza. Usaha ini melibatkan penyertaan seramai lebih 750 orang sukarelawan dari lebih 50 buah negara, termasuklah tokoh-tokoh politik dan selebriti. [Mohd Nizam/LL4G]

Flotilla akan belayar jam 10 malam ini (27 Mei) waktu Malaysia

Ikhwan/akhowat sekalian,

mesej daripada ketua konvoi LL4G, Tuan Hj. Noorazman Mohd Samsuddin, 27/5/2010 11:17 am:

`Salam, The convoy will sail to Gaza at 10 pm(Malaysian time). Please make do'a as the Israeli navy and the Jewish radical groups will be blocking our convoy from entering Gaza'

w/a

wsm

Solehuddin Shuib

S/U CMT (Crises Management Team)

Pengumuman Tabung LL4G

Wednesday, May 26, 2010

Ceramah Perdana Palestin di TM

Penyerahan sumbangan dari warga TM

Bersama Datuk Bazlan Osman

Sebahagian dari hadirin yang memenuhi dewan


Kelihatan Tn Hj Syed Ibrahim - Timb Pres JIM dan Pengerusi GMI hadir sama

Pn Anfaal Saari - wakil Aqsa Syarif KL

Sdr Nasir Tampol, pegawai JK Perhubungan Antarabangsa JIM
mengendali gerai PACE

Ceramah perdana di TM


Seperti dirancang, majlis ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Menara TM antara jam 12.15- 1.30 ptg ( 25 Mei ). Dr Hafidzi banyak menjuruskan penyampaiannya kepada isu Palestin/AlAqsa sebagai salah satu tanah suci umat Islam dan kewajipan kita untuk mempertahankannya .Beliau mengajak para hadirin untuk sama sama menyumbang tenaga dan harta kearah pembebasan tanah suci ini.

Ceramah yang diselang seli dengan tayangan video clip itu menjadi syahdu dan ramai hadirin menjadi sebak apabila Dr Hafidzi menayangkan dan membacakan wasiat yang diterima dari salah seorang sukarelawan Malaysia yang sedang menuju ke Gaza.

Seramai lebih 500 warga TM telah hadir . Majlis disertai sama oleh pegawai No. 2 TM iaitu Datuk Bazlan Osman ( Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM ) dan Hj Gazali Harun ( Ketua Pegawai Perolehan kumpulan TM) serta pegawai pegawai lain.
Jumlah kutipan yang disumbang oleh hadirin ialah RM 5,708 dan telah diserah sendiri oleh Datuk Bazlan kepada Dr Hafidzi.

Selain itu, jualan buku, kaunter penerangan dan bahan bahan Aqsa Syarif juga mendapat sambutan yang baik. Kami bercadang untuk meletakkan Tabung secara tetap diruang legar Menara TM untuk kemudahan para penyumbang. Sesi soal jawab juga diadakan, dimana salah satu yang disentuh ialah skim penajaan anak yatim Palestin. InsyaAllah, BAKIT TM akan menjadi pengantara untuk warga TM yang berhajat untuk menyumbang.

Aqsa Syarif KL diwakili oleh ukhti Anfaal. Foto-foto yang diambil oleh akhi Nasir & Hazwan boleh dilihat di http://www.flickr.com/photos/abusyamil/
Sekian, wassalam

Hassan Unir,YDP BAKIT K Lumpur
Abu Syamil
Aqsa Syarif Batu

Cdgn Teks khutbah sempena Lifeline 4 Gaza



Teks khutbah sempena Misi Lifeline 4 Gaza untuk menerobos tembok kematian.

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Khatib mengajak semua pada hari Jumaat yang mulia ini untuk mempertingkatkan hubungan dengan Allah SWT., dengan muhasabah diri dan menghisab diri sendiri apakah kita telah memenuhi tuntutan untuk bertaqwa kepada Allah. Takwa itu bukan sekadar kata-kata tetapi tergambar pada perbuatan dan perkataan. Sebagaimana yang digambarkan oleh Umar al-Khattab, ”Takwa itu adalah ibarat engkau berjalan di satu jalan yang penuh dengan onak dan duri.” Bagaimanakah caranya seorang itu berjalan di atas jalan yang penuh dengan ancaman yang boleh mencederakan seseorang? Pastilah beliau akan berjalan dengan penuh hati-hati agar tidak terpijak duri sehingga boleh melukakan dan mencelakakan dirinya. Inilah gambaran orang yang bertaqwa. Sikap hati-hatinya di dalam hidup di dalam menjaga batas-batas halal dan haram apa yang disuruh dan apa yang ditegah oleh Allah menjadikan kehidupannya sejahtera di dunia dan apatah lagi di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Saat ini ratusan manusia dari puluhan negara sedang menggabungkan usaha mereka di dalam satu inisiatif yang dinamakan ’Lifeline 4 Gaza’ dengan objektif untuk menerobos tembok kematian ’Jaridul Maut’ yang dipasang oleh Zionis Israel yang telah mendatangkan penderitaan yang tidak terperikan kepada penduduk Gaza sejak empat tahun yang lalu. Khatib ingin membawa ingatan para jamaah sekelian kepada satu peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya di Mekah yang mirip dengan apa yang berlaku kini di Gaza. Sekiranya kita membandingkan peristiwa sekatan dan kepungan Israel ke atas Gaza dengan peristiwa sekatan ekonomi ke atas Rasulullah SAW dan Bani Hashim di Shi’ib (lembah) Abu Talib maka kita akan dapati sejarah telah berulang. Oleh kerana sejarah adalah satu ’sunnah’ iaitu peristiwa yang berlaku atas hukum sebab dan musababnya, maka kesudahan kepada kepungan di atas Gaza ini juga boleh dijangka. ”Dan kamu tidak akan dapati perubahan pada sunnah Allah’. ”Berjalanlah kamu di atas muka bumi dan saksikanlah apakah kesudahannya orang-orang yang melampaui batas. Demikianlah kami ceritakan kepada manusia, menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu kamu jangan merasa rendah dan merasa sedih kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Imran 137 – 139).


3:137


3:138


3:139


Ketika pemuka-pemuka Quraish menghadapi jalan buntu kerana tidak satupun helah dan makar yang mereka rencanakan untuk menghentikan dakwah Rasulullah SAW berjaya, timbul lah perancangan untuk mengenakan tekanan kepada Rasulullah SAW dan komuniti mukminin yang minoriti dengan menggunakan senjata ekonomi. Fitnah, serangan peribadi, tuduhan liar, adu domba malah penyeksaan fizikal tidak sedikitpun melemahkan jiwa umat Islam. Mereka semakin yakin dan teguh mempertahankan iman mereka. Begitu juga dalam konteks Zionis Israel pada hari ini yang menggunakan pelbagai strategi termasuklah dasar pecah dan perentah, melaga-lagakan kumpulan penentang dari kalangan rakyat Palestin, menggunakan pengaruhnya ke atas Amerika Syarikat, tekanan PBB dan masyarakat antarabangsa ke atas rakyat Palestin bahkan membunuh tokoh-tokoh pejuang Islam seperti Syeikh Ahmad Yassin as-Syahid dan Dr Abdul Aziz Rantisi as-Syahid tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Saf perjuangan rakyat Palestin semakin mantap dan sokongan kepada gerakan Islam semakin padu. Apabila pilihanraya umum diadakan di Palestin buat pertama kalinya untuk memilih ahli-ahli legislatif (parlimen) mereka memberikan kemenangan selesa kepada kelompok pejuang Islam yang tidak akan bertolak ansur sedikitpun dalam soal kedudukan Masjid al-Aqsa, kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin, hak pelarian Palestin untuk pulang ke tanah air dan kampung halaman serta negara Palestin yang dirampas secara tidak sah oleh pendatang Yahudi. Maka kita dapati regim Zionis Israel telah menggunakan pendekatan yang serupa dengan orang-orang Quraish untuk melemahkan umat Islam.

Umat islam pimpinan Rasulullah SAW semakin kuat dari sehari kesehari. Tekanan yang dikenakan tidak berbekas, sebaliknya umat Islam semakin kuat dengan masuk Islamnya Hamzah bin Abdul Mutalib dan Umar al-Khattab. Sebahagian umat Islam yang berhijrah ke Habsyah pula mendapat perlindungan dan simpati dari Raja Najasyi. Ini menyebabkan pemimpin Quraish telah sepakat untuk melaksanakn boikot total ke atas Rasulullah SAW dan keluarganya dari Banu Hashim dan seluruh komuniti muslim. Pengistiharan ini telah ditulis oleh Mansur bin Akromah dan diluluskan oleh Dewan Agung Quraish. Mulai saat itu tidak ada siapapun di kalangan penduduk Mekah yang dibenarkan untuk berurus niaga dan berkahwin dengan Banu Hasyim. Juga musuh-musuh Rasulullah SAW dan umat Islam akan disokong oleh orang-orang Quraish tanpa kecuali. Kita melihat persamaan ini pada tindak balas Israel ketika mereka terpukul dengan kemenangan gerakan Islam HAMAS dalam pilihanraya umum di Palestin meskipun pemimpin-pemimpin umat Islam berjaya mereka bunuh dan puluhan ribu rakyat Palestin dipenjarakan. Dengan memperkuda kuasa dunia, Israel mendesak Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah dan PBB melalui inisiatif yang dinamakan ’Quartet Timur Tengah’ telah mengenakan tekanan ke atas Palestin supaya mengiktiraf Israel, menghentikan penentangan dan bersedia untuk berdamai dengan pihak musuh yang telah merampas hak dan tanah air mereka. Jawapan dari rakyat Palestin sudah dijangka iaitu menolajk semua tuntutan yang menghinakan itu. Maka sama seperti tindakan Quraish, rejim Zionis Israel mengenakan sekatan ekonomi yang komprehensif dan menutup semua laluan dan pintu masuk ke Gaza pada tahun 2007. Sebagaimana Shi’ib Abi Talib pada zaman Rasulullah menjadi penjara begitu jugalah Gaza yang berukuran lebih sedikit dari 400 km persegi bertukar menjadi penjara terbesar di dunia. Bermula dari tahun 2007 sehingga kini, Gaza merupakan penjara terbuka (open air prison) untuk sekitar 1.5 juta rakyat Palestin.

Penderitaan rakyat Gaza tidak mungkin tergambar dengan kata-kata. Bekalan makanan terpaksa dicatu dan bekalan ubat-ubatan terputus sama sekali. Hampir 80% dari kanak-kanak Gaza mengalami malnutrition atau kekurangan zat makanan. Kita dimaklumkan dalam keadaan terputus bekalan makanan ada keluarga yang mengutip rumput dijalanan dan direbus untuk meredakan tangisan anak-anak yang pedih perut kerana kelaparan. Dalam keadaan terkepung dan tidak mendapat perlindungan mereka diserang pula secara bertalu-talu dengan sangat biadap pada awal tahun 2009 sehingga membunuh sekitar 1,500 orang rakyat awam. Rumah-rumah, masjid, pejabat kerajaan, hospital, sekolah, universiti, kilang bahkan pejabat PBB menjadi sasaran bedilan tentera Israel. Walaupun sudah setahun lebih serangan biadap tersebut berlaku namun sehingga kini mereka tidak berdaya untuk membaik pulih dan membina semula bangunan yang runtuh kerana tidak ada bahan binaan yang dibenarkan masuk ke Gaza.

Senario ini menyamai apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW di Shi’ib Abi Talib. Oleh kerana terputus bekalan makanan maka umat Islam hanya memakan sebiji kurma atau separuh biji kurma sehari. Adakalanya mereka tidak punya sebarang makanan untuk mengalas perut yang kelaparan. Seperti yang diceritakan oleh Saad bin Abi Waqash. ”Pada satu hari aku keluar ke lembah dan aku terjumpa kulit unta yang telah kering. Lalu aku bakar dan racik, selepas itu aku rendam dalam air dan itulah makanan aku untuk selama tiga hari.”

Tangisan kanak-kanak yang kelaparan di malam hari telah menimbulkan simpati yang mendalam di kalangan orang-orang Quraish yang masih lembut hatinya. Di kalangan mereka seperti Hakim bin Hizam, Abul Ash bin Rabi’ dan Hisyam bin Umar. Mereka seringkali memunggah unta mereka dengan bekalan makanan dan membawa unta-unta tersebut ke lembah Shi’ib Abi Talib dengan harapan bekalan tersebut sampai ke tangan umat Islam. Namun kawalan ketat yang dibuat oleh peronda Quraish seringkali menggagalkan usaha ini. Sering juga mereka bertembung dengan Abu Jahal sehingga mencetuskan perbalahan di antara mereka. Semakin lama simpati di kalangan orang-orang Quraish semakin mendalam dan akhirnya menjadi gelombang protes yang tidak dapat dibendung oleh orang-orang yang berkeras untuk meneruskan boikot. Mereka bertanya sesama sendiri ”wajarkah tuan makan makanan yang terbaik sementara kerabat tuan dalam kebuluran dan tidak berpakaian.” Sebahagian yang lain pula berkata ’Jika saya bersendirian maka saya tidak berupaya untuk menghadapi Quraish, tetapi jika orang yang bergabung dengan saya maka saya tidak teragak-agak untuk mengoyak penjanjian sekatan di kaabah.”. Bergabunglah beberapa orang Quraish di antara mereka Hisyam bin Umayr, Zuhair bin Abi Umayah, Mut’am bin Adi, Abul Bakhtari dan Zam’ah. Mereka berlima mengistiharkan pembatalan perjanjian sekatan dengan sokongan ramai orang-orang Quraish yang lain sehingga tidak dapat dibantah oleh Abu Jahal. Mereka berhasrat untuk mengoyakkan surat perjanjian tersebut tetapi mendapatinya telahpun dimakan anai-anai kecuali pada ayat yang tertulis ’Dengan Nama Allah”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Hari ini penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sejak sekian lama telah mula membina simpati masyarakat antarabangsa. Sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan mereka merasai apa yang dirasai oleh orang-orang Quraish ketika Rasulullah SAW dan umat Islam dikepung di Shi’ib Abi Talib. Hari ini hampir 700 orang sedang berkampung Antalia, Turki untuk menaiki kapal yang akan membawa mereka masuk menerobos tembok kematian Gaza. Mereka datang dari lebih 40 negara samada muslim atau bukan muslim dengan satu tujuan untuk membuka sekatan kejam yang dideritai oleh rakyat Gaza. Sebagaimana Hakim bin Hizam mereka membawa makanan, ubat-ubatan, alat-alat tulis dan persekolahan, alat-alat sukan dan permainan, gen-set, peralatan perubatan dan bahan-bahan binaan di atas sembilan buah kapal yang akan belayar ataupun sudah berlepas ke Gaza. Sebagaimana Abu Bakhtari dan orang-orang Quraish yang lain mereka datang dengan satu message yang tegas bahawa mereka tidak redha dengan kezaliman yang ditimpakan ke atas sauadar-saudara kita di Gaza dan tidak ada suatupun yang akan menghalang mereka untuk menghentikan sekatan itu. Sebagaimana yang disebut oleh ketua delegasi sukarelawan Malaysia seramai 11 orang yang akan bersama misi kemanusiaan Lifeline 4 Gaza di atas kapal Mavi Marmara iaitu ’Mereka tetap akan sampai ke Gaza meskipun harus berenang ke sana’. Meskipun Israel mengumumkan pelbagai bentuk ancaman termasuklah memaksa kapal-kapal itu mendarat di Israel di mana sebuah penjara besar disediakan di Ashkalon untuk memenjarakan kesemua sukarelawan yang menyertai misi ini, ketua penganjur Lifelne 4 Gaza dari IHH Turki menegaskan bahawa ’Pelan A ialah kami akan memasuki Gaza, Pelan B kami akan memasuki Gaza dan Pelan C kami akan memasuki Gaza’.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah. Yakinlah bahawa perjuangan untuk pembebasan bumi Palestin, Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa akan diterajui sendiri oleh Allah SWT. Allah SWT akan menggerakkan jundi-jundi (tentera-tenteranya) untuk menghadapi musuh-musuh Allah dan umat Islam. Allah SWT akan menggerakkan dhamir umat manusia meskipun mereka dari kalangan bukan muslim untuk bersama mendukong misi yang mulia ini. Bahkan mereka bersama dengan saudara-saudara muslim di dalam misi berbahaya ini tidak gentar untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah diserang secara ketenteraan oleh pihak Israel. Bagi saudara-saudara kita yang menyertai misi ini mereka sudah tekad untuk mewakafkan jiwa mereka untuk memenangkan Islam. Bagi mereka syahid adalah sesuatu yang mereka dambakan. Semuga Allah menguatkan hati mereka dan hati kita semua kepada Islam dan perjuangannya. Semuga Allah memenangkan Islam dan menjayakan misi ini. Bagi kita yang menyaksikan peristiwa penting ini dari jauh marilah kita hayati amanat sahabat-sahabat yang kini sedang berdepan dengan musuh Allah dan Rasulnya di lautan samudera luas terbentang

“Sebagaimana kita sedia maklum terdapat pelbagai kemungkinan pengakhiran misi ini dan Allah jua yang maha mengetahui. Pohon doa pengakhiran yang terbaik bagi misi dan ahli-ahlinya serta semua yang ditinggalkan. Pengakhiran terbaik bagi pejuang tidak syak lagi adalah pengakhiran syahid.”

“Doakan kami, sahabat-sahabatku yang diredhai Allah untuk yang terbaik kepada misi ini dan juga saudara-saudara kita di Palestin. Semoga kita akan bertemu di tempat yang terbaik di akhirat nanti. Kepada Allah kita berserah.”

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

“Jangan biarkan darah yang gugur di bumi Al-Aqsa menjadi hujah menentang kita di hadapan Allah atas kelalaian, kemalasan dan kejumudan amalan-amalan kita.”

“Ya Allah! Bantulah kami”

وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا

4:75 "Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: ""Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!""."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam al quran

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

9:71 "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Sabda Rasulullah SAW:

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah. Tuntutan ukhuwah di Dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorng itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan. Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Atas rasa tanggungjawab dan prihatin yang amat mendalam terhadap kezaliman yang sedang berlaku ke atas umat Islam, khatib mengsyorkan beberapa tindakan praktikal yang boleh dilakukan oleh umat Islam.

Pertama, khatib menyeru umat Islam supaya bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh agar Allah mengeluarkan kita dari keadaan yang lemah ini dan mengampuni kealpaan selama ini. Seterusnya kita memohon kepada Allah agar memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam supaya bangkit dari kelemahan ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Seterusnya secara khusus kita memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan ke atas umat Islam di Palestin ke atas musuh-musuh zionis yahudi.

Kedua, khatib mengsyorkan agar setiap kariah dan kawasan mngadakan solat hajatperdana memohon kepada Allah agar saudara-saudara yang menyertai misi Lifeline 4 gaza dan saudara kita di Palestin diselamatkan dari kejahatan musuh-musuh zionis dan memenangkan mereka dengan ‘karamah’ dari Allah SWT. Kita yakin golongan yang dizalimi dan teraniaya pasti didengari doa mereka dan akan mendapat pertolongan Allah SWT.

Ketiga khatib mengsyorkan agar umat Islam tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada suadara-saudaranya di Palestin. Ini bersesuaian dengan anjuran Allah SWT agar umat Islam berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka. Firman Allah SWT dari surah as Saff

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)

“Wahai orang yang beriman. Sukakah kamu diberitahu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari seksa api neraka iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

Akhirnya khatib ingin mengingatkan umat Islam bahawa kezaliman dan penganiayaan itu menimpa bumi yang diberkati, bumi para Nabi, bumi Isra’ dan mikraj dan bumi di mana terletak masjid al Aqsa yang dimuliakan Allah SWT di samping masjid al Haram dan masjid a-Nabawi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

Disediakan oleh

Dr Hafidzi Mohd Noor

PACE (Palestine Centre of Excellence)

Tuesday, May 25, 2010

pelayaran LL4G tertangguh

Pelayaran Tertangguh

Posted by lifeline4gaza on 25 May 2010

Pelayaran konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza terpaksa ditangguhkan seketika kerana masalah yang dihadapi oleh kapal daripada Greece yang tidak dapat tiba di perairan Cyprus seperti yang dijadualkan. Sebuah kapal penumpang dan 2 buah kapal kargo daripada Turki akan bergabung dengan 6 buah kapal daripada Greece, Sweden, England dan Ireland sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza. Menurut sumber IHH (Insani Yardim Vakfi) iaitu penganjur utama konvoi ini, kapal-kapal akan berlepas dari Pelabuhan Antalya setelah masalah tersebut selesai, mungkin dalam beberapa jam lagi.

Kira-kira 600 orang peserta konvoi daripada 45 buah negara yang akan menyertai konvoi kemanunisaan ke Gaza dengan menaiki kapal Mavi Marmara berkumpul di bandar pelabuhan Antalya di selatan Turki bagi membuat persiapan akhir sebelum bertolak. Sehingga malam tadi, seramai 547 orang telah hadir mendaftar diri dan menandatangani perjanjian setia di stadium bola keranjang Kepez Arena.

Peserta-peserta yang hadir pada malam tadi datang dari pelbagai negara, termasuklah daripada Malaysia, Belgium, Mauritus, Australia, Jerman, Kosovo, Mesir, Greece, Indonesia, Ireland, Itali, Sepanyol, Syria, Lubnan, Oman, Kuwait, Pakistan, Turkmenistan, Palestin, Afrika Selatan, dan negara tuan rumah Turki.

Dalam perhimpunan dan sidang akbhbar yang gemuruh dengan laungan takbir dan selawat serta laungan seruan menyokong Gaza itu, Presiden IHH, Bulent Yildirim mengajak para peserta bersiap sedia menghadapi berbagai ancaman Israel –- termasuklah perancangan mereka untuk memaksa kapal-kapal memasuki Ashkelon di mana Israel telah menyiapkan sebuah penjara besar yang boleh memuatkan 1000 orang tahanan -– terhadap perjalanan ini dengan kesabaran dan ketaatan kepada strategi yang ditetapkan kepimpinan konvoi.

“Dengan pertolongan Allah, dengan sokongan saudara-saudara kita, sudah lebih dari 4 juta orang yang mencintai Gaza… dan setiap hari, setiap bulan terus berkembang,” seru Bulent. “Insya Allah kita akan menyampaikan bantuan ini dan sesudah berjaya, kita akan menghantar bantuan ini setiap bulan.”

“Kita menghantar bantuan untuk kepentingan orang Gaza dan Palestin,” tambah Bulent. “Mungkin mereka akan menuduh kita menyalurkan bantuan kepada Hamas. Kita ingin mengatakan kepada dunia bahawa kita menyalurkan bantuan kepada masyarakat Palestin dan Gaza. Hamas ada perjuangan mereka sendiri.”

“Jadi saya meminta kepada saudara-saudara yang mengikuti konvoi ini, terutama saudara-saudaraku masyarakat Turki, untuk bersabar dan taat kepada kepemimpinan konvoi ini. Tanpa ada ketaatan dan kesabaran ini, misi kita tidak akan efektif,” ujar Bulent.

Menurut salah seorang pegawai kanan IHH, Nalan Dal, setakat ini telah dibentuk sebuah majlis syura yang terdiri daripada enam orang yang mewakili enam organisasi terbesar dalam konvoi. Majlis ini akan berada di atas kapal Mavi Marmara dalam perjalanan ke Gaza ini dan mengambil tampuk kepemimpinan.

Presiden IHH, Bulent juga mengingatkan bahawa di dalam konvoi ini ada peserta bukan Muslim, termasuk Yahudi. “Kami ingin anda semua mengikuti semua strategi kita,” seru Bulent. “Kita berasal daripada lebih 50 buah negara. Israel menginginkan keberagaman latar belakang kita menjadi sumber masalah dan perpecahan, maka penting sekali bagi setiap peserta untuk (taat)…”

Sidang akhbar berlangsung dengan meriah sekali di Kepez Arena. Selembar bendera Palestin berukuran raksasa digantungkan di tengah-tengah gelanggang bola keranjang, sementara berbagai organisasi peserta konvoi memaparkan sepanduk-sepanduk mereka. Wakil-wakil daripada Malaysia turut menggantung sepanduk besar bertulis “Lifeline 4 Gaza. Hapuskan Embargo. End the Siege…”

Selain kapal penumpang Mavi Marmara yang akan membawa sekitar 600 orang aktivis kemanusiaan, wartawan, tokoh politik, dan tokoh masyarakat berbagai negara yang memprotes embargo brutal Israel atas Gaza selama empat tahun ini. Di samping kapal penumpang, IHH juga membawa dua buah kapal kargo. Masing-masing kapal tersebut ditaja oleh NGO daripada Kuwait dan Algeria.

Menurut Bulent, setakat ini sudah dimuatkan lebih dari 2100 tan bahan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Gaza, termasuk bahan makanan, kelengkapan dan peralatan sekolah, ubat-ubatan, bahan binaan bangunan seperti simen dan besi.

Enam buah kapal yang lain juga akan membawa bahan bantuan, termasuk bahan bangunan untuk membina semula bangunan sekolah, hospital dan perumahan yang dihancur-leburkan Israel selama 23 hari serangannya di penghujung 2008 dan awal 2009.

3 buah kapal daripada Turki ini akan belayar daripada pelabuhan Antalya menuju ke Laut Mediterranean di mana mereka akan bergabung dengan 6 buah lagi kapal di perairan Cyprus, sebelum memulai perjalanan menerobos sekatan tentera laut Israel menuju ke Gaza.

Monday, May 24, 2010

Wasiat dari Ir Dr Selamat - anggota misi LL4G

Berikut ialah wasiat dari Dr Selamat utk renungan kita semua. Sebahagian yg ditujukan khusus kpd beberapa sahabat yang berkenaan telah di omit (bukan utk tatapan umum)

Hafidzi
------------------------------
------------------------------------------

Subject: Wasiat
Date: 24 Mei 2010

Message:

1. Hari ini insyaAllah ana bersama ahli misi LL4G Malaysia berjumlah 10 orang akan menaiki kapal Mavi Marmara sebelum tengah malam bagi persiapan untuk belayar ke Gaza. Kapal akan bergerak insyaAllah pada 25 Mei 2010 jam 5.00 am membawa kira-kira 700 peserta misi dalam pelayaran selama 15 jam ke Gaza.

2. Sebagaimana antum sedia maklum terdapat pelbagai kemungkinan pengakhiran misi ini dan Allah jua yang maha mengetahui. Pohon doa pengakhiran yang terbaik bagi misi dan ahli-ahlinya serta semua yang ditinggalkan. Pengakhiran terbaik bagi pejuang tidak syak lagi adalah pengakhiran syahid.

3. Terdapat beberapa pesanan yang ana ingin tinggalkan sekiranya ditakdirkan pemergian ini merupakan perjalanan sehala. Ana mohon antum membantu keluarga ana dalam apa jua perkara yang mungkin melibatkan diri ana.

4 - 9 .......

10. Harap dapat warwarkan kepada semua sahabat dan kenalan yang merasakan ana mempunyai sebarang hutang yang perlu diselesaikan, harap dapat berurusan dengan zaujah-zaujah ana untuk tuntutan. Ini termasuklah bayaran-bayaran wajib yang lain.

11. Ana ingin mewakafkan sekurang-kurangnya 15% daripada peninggalan tunai ana di dalam bank kepada perjuangan Palestin..

12. Harap dapat beri peringatan kepada zaujah-zaujah ana, anak-anak dan semua ahli keluarga untuk istiqamah dan meneruskan hidup dengan berpegang teguh kepada Islam dalam semua perkara.

.......

14. Sila ambil perhatian bahawa wasiat ana yang disediakan oleh ana sebelum berangkat ke Aceh untuk misi kemanusian (post tsunami) pada tahun 2004 adalah masih berkuatkuasa di mana masih relevan.

15. Doakan ana ya akhi, sahabat-sahabatku yang diredhai Allah untuk yang terbaik kepada misi ini dan juga saudara-saudara kita di Palestin. Semoga kita akan bertemu di tempat yang terbaik di akhirat nanti. Kepada Allah kita berserah.

Wassalam.

Selamat Aliman
No. KP. 560510015997
------------------------------------------------------------------------------------------------

Balasan:
From: Hafidzi Mohd Noor
Date: 2010/5/25
Subject: Re: Wasiat



Salam,

Ana terima dan akan laksanakan amanah/wasiat yang anta titipkan dalam e-mail ini.
Sekarang anta jangan menoleh ke belakang lagi. Anta ketepikan apa jua urusan dunia dan tumpu kepada ibadah/misi/jihad yang sedang dalam genggaman. Jannah is just a stone throw away.


Ana di sini akan merindukan anta jika pergi lebih dulu. Adapun kami yang tinggal akan terus meletakkan harapan kepada Allah dan tertunggu-tunggu pula peluang kami. Kami sekali-kali tidak akan merubah janji kami.

Akhukumfillah
Hafidzi Mohd Noor

Sunday, May 23, 2010

Kenyataan Akhbar: Pengerusi Aqsa Syarif - Ust Hassanuddin Mohd Yunus dan wartawan Astro awani berlepas ke Istanbul untuk sertai LL4G

Kenyataan akhbar:

Pemergian Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd Yunus dengan diiringi oleh Wartawan Astro Awani En. Ashwad Ismail dan Shamsulkamal Bin Abdul Latip untuk menyertai Sukarelawan gabungan NGO Malaysia yang diketuai oleh Haluan dalam misi Lifeline 4 gaza

Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd Yunus akan berangkat ke Istanbul pada hari Ahad 23 Mei diiringi oleh dua orang wartawan Astro Awani. Mereka dijadualkan akan berlepas dari KLIA sebelum tengah malam dan dijangka tiba pada awal pagi 24 Mei di lapangan terbang Kamal Attaturk.


Mereka akan bergabung dengan lapan orang sukarelawan Malaysia yang sudah berada di pelabuhan Altanya bagi menyertai misi Lifeline 4 Gaza. Lapan orang sukarelawan tersebut yang diketuai oleh ketua misi Sdr Norazman Shamsuddin dari Haluan turut disertai oleh anggota misi dari Muslimcare, PACE/JIM, Aqsa Syarif dan juga Yayasan Amal.


Aqsa Syarif amat menghargai penyertaan Astro awani yang akan membuat liputan sepanjang perlaksanaan misi ini bermula dari pelayaran keluar flotilla dari pelabuhan Altanya, Turki sehingga tiba ke Gaza. Mereka akan terus membuat liputan sehingga anggota misi selesai memenuhi amanah menyampaikan barangan yang dimuatkan di atas sembilan buah kapal yang menyertai misi tersebut. Sumber berita yang diterima dari ketua misi iaitu Sdr Norazman, sukarelawan gabungan NGO dari Malaysia akan menaiki kapal Turki ‘Mavi Marmara’. Pihak kami juga dimaklumkan lebih dari 7,000 penyokong dan sukarelawan berkumpul di pelabuhan Sarayburno , Istanbul bagi meraikan perlepasan kapal Mavi Marmara. Flotilla dijadualkan berlepas ke Gaza pada 25 Mei , jam 5 petang waktu Turki


Kami memohon doa dari rakyat Malaysia agar semua anggota misi selamat melaksanakan amanah yang besar ini untuk menerobos tembok kematian yang telah mendatangkan penderitaan yang tidak terperi kepada penduduk Gaza. Semuga usaha gabungan dari seluruh dunia yang prihatin ini akan membuktikan bahawa regim Zionis Israel tidaklah sekebal yang diperlihatkan dan mereka akan tunduk juga kepada tekanan dari masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kezaliman dan kebiadapan ke atas rakyat Palestin terutama di Gaza.


PM Dr Hafidzi Mohd Noor

Ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif Bhd

23 Mei 2010

Takbir dan tahmid melepaskan Kapal 'Mavi Marmara'

Ancaman Israel Dibalas Gemuruh Takbir dan Tahlil di Pelabuhan Istanbul

Ancaman Israel Dibalas Gemuruh  Takbir dan Tahlil di Pelabuhan Istanbul

ISTANBUL– Israel mengancam akan mengerahkan 2 atau 3 kapal berisi rakyatnya yang bersenjata dengan tujuan menghalangi masuknya kafilah kapal-kapal kemanusiaan ke Gaza.

Kabar ancaman yang disampaikan oleh Presiden IHH (lembaga kemanusiaan internasional terbesar di Turki) Bulent Yildirim itu dijawab oleh sekitar 5 ribu orang dengan meneriakkan takbir dan tahlil saat melepas kapal utama Konvoi Kemanusiaan “Lifeline for Gaza” meninggalkan dermaga pelabuhan Sarayburnu, Istanbul, siang tadi (22/5).

Kapal Mavi Marmara yang bercat putih dan biru muda dan berbendera Turki itu berlayar menuju selatan tepat jam 2 siang (jam 6 sore WIB), menuju pelabuhan Antalya, dan rencananya pada hari Selasa akan melanjutkan perjalanan menembus kepungan Angkatan Laut Israel ke Gaza bersama dengan 8 kapal lainnya dari Turki, Yunani, dan Inggris.

Kafilah kapal kemanusiaan ini ditumpangi oleh lebih dari 700 orang aktivis kemanusiaan, anggota parlemen, dan wartawan dari 42 negara. Dari Indonesia telah hadir di Istanbul tim dari KISPA (Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina), MER-C (Medical Emergency Rescue Committee) dan Sahabat Al-Aqsha.

Kafilah kapal kemanusiaan ini membawa muatan lebih dari 20 ribu ton bantuan kemanusiaan berupa bahan bangunan seperti semen dan besi, obat-obatan, peralatan rumah sakit, peralatan sekolah dan kebutuhan gizi balita dan bayi-bayi di Gaza.

Bertolaknya Kapal Mavi Marvara diiringi dengan dentuman puluhan mercon berukuran besar yang diledakkan di dekat buritan kapal pesiar berkapasitas 1000 orang itu. Di atas kapal, beberapa peserta konvoi menyalakan asap-asap pengirim sinyal darurat beraneka warna. Di dek belakang kapal ratusan balon berwarna merah-hitam-putih-hijau seperti bendera Palestina dilepas.

Para hadirin yang terdiri dari pemuda, pemudi, orangtua dan anak-anak sudah berkumpul di dermaga sejak jam 9 pagi menyambut diangkatnya jangkar Mavi Marmara dengan pekik yang membahana, “Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar.. Laa ilaaha illa Allahu Allahu Akbar!” Mereka tak henti-hentinya mengibarkan bendera-bendera Palestina, Turki, bendera Tauhid dan bendera negara-negara yang diwakili oleh para peserta konvoi.

Pada saat yang sama lebih dari 20 kapal berukuran kecil yang dipenuhi pemuda-pemudi Turki ikut melepas bertolaknya Mavi Marmara (yang berarti Marmara Biru, diambil dari nama laut Istanbul) menuju Gaza. Mereka ikut meneriakkan yel-yel membela Palestina serta takbir dan tahlil sambil mengibar-kibarkan bendera Palestina dan Turki.

Sudah lebih dari 3 tahun Gaza diembargo secara internasional oleh Israel, Amerika Serikat, dan negara-negara Eropa akibat rakyat Gaza memilih untuk melawan penjajah Israel. Negara Zionis Israel didirikan di atas tanah Palestina sejak 63 tahun yang lalu, dan sejak itu mempertahankan keberadaannya dengan teror, penculikan, penyiksaan, pembunuhan, perampasan rumah dan tanah, serta penghancuran harta benda rakyat Palestina.(Sahabatalaqsha.com/DP,SS,SF)

Sahabat Al-Aqsha & Hidayatullah.com

Kita akan sampai Gaza walau harus berenang - Sdr Norazman ketua misi sukarelawan Malaysia LL4G

“Insya Allah Kita Mencapai Gaza, Walau Harus Berenang!”

“Insya Allah Kita Mencapai Gaza,  Walau Harus Berenang!”

ISTANBUL— Diantara yang memberikan sambutan saat upacara besar melepas keberangkatan kafilah kapal kemanusiaan Lifeline for Gaza di dermaga Sarayburnu, Istanbul, siang tadi (22/5) adalah Syeikh Ra’id Salah, ulama Palestina yang sudah berkali-kali dijebloskan penjara dan disiksa oleh Israel.

Syeikh Ra’id akan ikut serta dalam kafilah kapal kemanusiaan ini. Dalam sambutannya, Syeikh Ra’id meminta izin kepada yang hadir khususnya ribuan warga Turki, untuk menyampaikan kepada para anak yatim, janda-janda, orang cacat, orang sakit, dan seluruh warga Gaza, bahwa mereka tidak sendirian akibat diembargo oleh Israel dan Amerika Serikat.

“Tunggulah wahai saudara-saudaraku warga Gaza, kami akan datang menemani kalian yang sedang tertimpa kezaliman!” teriak pria yang murah senyum ini.

Sementara itu dari kawasan Asia Tenggara, Noorazman Mohd Syamsuddin dari Haluan Malaysia, memberikan sambutan mewakili masyarakat Malaysia dan Indonesia. Di depan ribuan hadirin Noorazman mengatakan, bahwa rakyat Malaysia dan Indonesia telah menyatakan perasaan bencinya kepada embargo ini dengan memberikan infaq, melakukan demonstrasi, serta member dukungan penuh bagi kafilah kemanusiaan ini.
Noorazman mendoakan agar berkah Allah terlimpah kepada harta mereka yang telah mendukung kafilah kemanusiaan ini.

“Saya berdiri di sini mewakili lebih dari 50 organisasi masyarakat besar di Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta jiwa,” katanya dalam bahasa Inggris. Noorazman menegaskan, karena besarnya amanah itu, maka tekad mereka untuk menyampaikan amanah itu pun sangat besar. Meskipun diancam oleh Israel, mereka akan berusaha mencapai Gaza, “Walaupun kami terpaksa harus berenang ke pantai Gaza!”.(Sahabatalaqsha.com/DP,SS,SF)

Sahabat Al-Aqsha & Hidayatullah.com

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc