Wednesday, September 21, 2011

Kompilasi fatwa berkaitan Palestin

Assalamualaikum,

Berikut ialah beberapa kompilasi fatwa berkaitan Palestin untuk panduan umat Islam.

---------------------------------------

Fatwa-fatwa berkaitan Palestin

HUKUM MENJUAL TANAH PALESTIN KEPADA YAHUDI.

1. Pada 26/1/35 satu pertemuan di antara ulama'-ulama' Palsetin telah mengeluarkan satu fatwa secara ijmak bahawa haram hukumnya menjual tanah Palestin atau menjadi orang tengah dalam urusan penjualan tanah tersebut dalam apa bentuk sekalipun. (Untuk teks penuh ucapan yang ditanda tangani oleh Mufti Besar Al-Haj Amin Al-Husaini sila rujuk FATAWA IMAM AMIN HUSAINI ALHAJ : 1)

2. Ulama Di Najd (Saudi hari ini) telah mengeluarkan fatwa pada bulan Julai 1937 yang menyatakan wilayah Yahudi di negara Islam adalah bathil.

3. Ulama di Iraq juga mengeluarkan fatwa pada masa yang sama mengenai kewajipan setiap individu muslim menentang usaha menegakkan megara Yahudi di Palestin.

4. Syeikh Muhammad Rashid Redha juga berfatwa menyatakan sesiapa yang menjual mana-mana tanah Palsetin kepada Yahudi atau Inggeris maka dia seolah-olah menjual Masjidil Aqsa dan watan (tanah air umat Islam) seluruhnya.

HUKUM MENGAMBIL KERAKYATAN ISRAEL

Di dalam akhbar Al Muslimun bertarikh 23/8/96, Mufti Quds dan Palestin, Syeikh Akrimah Sobri berkata bahawa majlis kehakiman tertinggi di Palestin telah mengeluarkan fatwa haram syar'ie untuk rakyat Palestin mengambil kerakyatan Israel walau dalam keadaan apa sekalipun kerana ini mengiktiraf penjajahannya.

HUKUM MELAKUKAN PERJANJIAN DENGAN ISRAEL

Selepas terbinanya negara Yahudi di Palestin pada tahun 1948. Lujnah fatwa Al-Azhar pada tahun 1956 telah mengeluarkan fatwa bahawa haram dari segi syara' mengadakan sebarang perjanjian damai dengan Israel.

HUKUM MENZIARAHI MASJIDIL AQSA.

(bagi umat Islam di luar Palestin)

1. Hukum menziarahi negara yang dijajah oleh Yahudi haram syar'ie kerana memberi keuntungan kepada penjajah dan seolah-olah meredhokan mereka. (Dikeluarkan oleh Fadhilatul Syeikh Saiyyid Askar, Mudir am bagi bahagian da'wah dan penerangan agama di Al Azhar as syarif)

2. Tambahan: selari dengan pandangan As-syeikh Yusof Qardhawi atas larangan umat Islam menziarahi masjidil Aqsa – kerana implikasinya mengiktiraf penjajahan Yahudi.

3. Tambahan 2: Raja Saudi , Al-Malik Faizal pada tahun 70'an dulu pernah mengatakan umat Islam dibolehkan untuk menziarahi masjidil aqsa dengan satu syarat iaitu untuk berjihad (tujuan lain selain darinya adalah tertolak meskipun untuk menziarahi dan bersembahyang di dalam mesjidil Aqsa).

HUKUM JIHAD di PALESTIN

Ulama al-azhar telah mengeluarkan fatwa pada tahun 1947, wajib berjihad untuk melindungi masjid al Aqsa dan menyelamatkan Palestin.

HUKUM AMALIAH ISTISHHADIAH

(syahid bomber) di PALESTIN.

Fatwa telah dikeluarkan oleh ulama' al- azhar bahawa amaliah Istishhadiah di Palestin adalah semulia-mulia syuhada' di sisi Allah. Ulama Azhar berkata "Harus bagi rakyat Palestin meletupkan diri mereka untuk memusnahkan orang-orang Israel atau tempat-tempat Israel.

SEBAB-SEBABNYA:

· Israel adalah negara perang dan seluruh penduduknya adalah ahli yang boleh diperangi dan darah mereka adalah halal.

· Negara Palestin adalah tempat yang suci yang mana adalah lebih berhak nyawa, darah dan harta dikorbankan kerana syahid di bumi Palestin adalah semulia-mulia syuhada' muslimin.

Compilation

Dr Hafidzi Mohd Noor

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc