Saturday, October 4, 2014
Teks Khutbah Eid Adha 1435H (Sumbangan Humanitarian Care Malaysia - MyCARE)
Tuesday, June 11, 2013
Cadangan Teks Khutbah 14 Jun 2013 Sempena Hari untuk Syria
KHUTBAH SEMPENA HARI UNTUK SYRIA
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan dari Rasulullah SAW. Ada sebahagian dari umat ku mereka tidak akan berhenti berjihad di pintu-pintu masuk Damsyik dan di pintu Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya. Pengkhianatan dan pembelotan sesiapa yang membelot tidak akan memudaratkan mereka sedikit jua. Mereka akan tetap menang, istiqamah, sehingga tibanya saat kiamat. – at-Tabarani.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Hadis ini menggambarkan tentang hubungkait di antara jihad di Damsyik dan Baitul Maqdis. Syeikh Raed Solah, pemimpin gerakan Islam Palestin 1948 apabila ditanya di dalam muktamar Bantuan untuk Syria anjuran Rabitah Ulama al-Ittihad al-Alami lil-Ulama al-Muslimin (Persatuan Ulama Muslimin sedunia) dan Rabithah Ulama Suria, apakah kaitan di antara Baitul Maqdis dan Syria, beliau jawab rengkas ‘Hari ini Damsyik, esok Baitul Maqdis’.
Siapakah Syeikh Raed Solah? Beliau adalah pemimpin umat Islam yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan Masjid al-Aqsa dan Kota lama (Madinatul Kadima) di Baitul Maqdis dari pencerobohan dan ancaman Zionis Israel. Beliaulah orang yang membongkar aktiviti penggalian terowong di dasar Masjid al-aqsa dan figure yang paling dikehendaki oleh Israel kerana menggagalkan perancangan jahat mereka untuk mengambil alih masjid al-Aqsa yang ditawan sejak 47 tahun yang lalu iaitu pada bulan Jun 1967. Beliau yang berada di tengah-tengah medan jihad yang utama iaitu menjaga Masjid ketiga paling tinggi darjatnya di dalam Islam dari pencerobohan Israel, berada di dalam muktamar yang membincangkan tentang perjuangan yang sedang berlangsung di bumi Syria. Ini menunjukkan bahawa beliau meletakkan kepentingan yang sangat besar terhadap apa yang berlaku di Syria, meskipun beliau diamanahkan untuk menjaga sisi yang paling penting dalam jihad mempertahan dan membebaskan Masjid al-Aqsa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Hari ini umat islam berhadapan dengan satu persoalan lagi tentang pergolakan di timur tengah. Pembunuhan yang berlaku ke atas rakyat Syria kini mengundang pelbagai reaksi umat Islam. Apa sebenarnya yang berlaku di Syria sehingga pandangan umat islam tak dapat disatukan. Ada yang melihat ini sebagai isu dalaman Syria dan Negara lain termasuk Negara umat Islam tidak perlu campurtangan. Biarlah pihak keselamatan Syria dan Kerajaannya menangani isu yang berlaku. Ada yang menganggap pergolakan ini dicetus oleh tangan-tangan kuasa barat bahkan Israel dan umat Islam jangan terpancing dengan agenda barat yang mahu melihat tumbangnya Regim Basyar Assad. Syria dikatakan satu-satunya Negara Arab yang menjadi ancaman kepada Israel dan dengan itu barat berusaha untuk menggantikan kerajaan Basyar Assad dengan kerajaan tajaan barat yang tidak akan menjadi ancaman kepada Israel. Agenda ini penting terutama apabila sekutu Israel yang bolih diharapkan selama ini iaitu Regim Husni Mubarak di Mesir telah ditumbangkan. Keadaan ini menjadi semakin genting apabila calun dari gerakan Ikhwanul Muslimin iaitu Dr Muhammad Mursi dipilih sebagai Presiden Mesir. Benarkah pandangan ini?
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Pertimbangkan perkembangan ini. Bilangan rakyat Syria yang terbunuh kini sudah mencecah 90,000. Pembunuhan ini turut melibatkan kanak-kanak kecil bahkan bayi sekalipun. Maklumat yang diperolehi menunjukkan di antara 50 sehingga 100 orang terbunuh, dengan purata hampir 10 darinya adalah kanak-kanak setiap hari. Pembunuhan ini pula berlaku dengan cara-cara yang sangat kejam dan melibatkan penggunaan senjata berat termasuklah dengan menggunakan kereta kebal, pengeboman dengan jet pejuang dan tembakan roket. Kanak-kanak dibunuh dengan cara disembelih hidup-hidup, dipukul dan dikeluarkan isi otaknya. Wanita diperkosa dan kemudian dihumban dari atas bumbung bangunan. Rakyat tidak mungkin melakukan kekejaman ini. Sekiranya mereka hendak menumbangkan kerajaan Basyar Assad kenapa mereka mesti pembunuh kanak-kanak dengan cara yang sadis dan penuh kebinatangan. Sekiranya kebangkitan rakyat Syria didalangi oleh kuasa-kuasa barat dan Israel, kenapa tentera kerajaan tidak melindungi rakyat Syria dari serangan ganas ini. Dan satu persoalan yang wajar difikirkan oleh semua, rakyat yang tidak berdosa menjadi sasaran senjata berat seperti kereta kebal dan jet pejuang. Dan kini sudah ada bukti bahawa tentera Syria menggunakan gas sarin yang beracun ke atas sasaran orang awam. Bukankah ini bukti jelas bahawa tentera Basyar Assad digunakan untuk membunuh rakyatnya sendiri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.,
Pada tahun 1982, satu tragedy pembunuhan yang lebih dahsyat telah berlaku berbanding sekarang. Dalam tempoh satu bulan iaitu pada bulan Februari 1982, regim Hafez Assad, bapa kepada Basyar Assad telah membunuh 45,000 rakyatnya di Hamma. Tragedi ini tidak diketahui kerana ketiadaan teknologi maklumat untuk menembusi kawalan berita yang begitu ketat di Syria pada zaman itu. Hari ini maklumat tidak dapat dibendung lagi sehingga Thaurah atau kebangkitan rakyat merebak dari Tunisia sehingga Syria melalui Media Sosial dan internet.
Sebenarnya rakyat Syria sudah terlalu lama hidup di bawah kezaliman yang mencengkam sejak tahun 1970’an lagi. Kezaliman yang menekan rakyat Syria sama seperti kezaliman yang berlaku di Tunisia di bawah pemerintahan diktatar Habib Bourguiba dan pengganti nya Zainal Abidin Ben Ali sejak tahun 1960’an, begitu juga Libya yang diperentah secara kuku besi oleh Muammar Ghadaffi sejak tahun 1961, dan Mesir yang hidup di bawah kezalimn King Farouk, Gamal Abdul Nasser dan Hosni Mubarak yang membunuh dan memenjarakan ulama dan pendukong dakwah terutama ikhwan al muslimin sejak tahun 1940’an lagi. Namun apa yang berlaku di Syria adalah jauh lebih kejam dan zalim lagi. Ini adalah kerana Regim Basyar Assad dikuasai oleh golongan Nusayriah – satu cabang melampau aliran Syiah. Agama Nusayriah adalah disebarkan 200 tahun selepas wafatnya Rasulullah SAW. Mereka sebagaimana golongan Syiah telah mensucikan Ali bahkan dengan menggabungkan dengan ajaran Kristian dan Majusi. Oleh kerana itu kebencian mereka kepada umat Islam Sunni yang merupakan majority rakyat Syria iaitu 78% memuncak apabila rakyat bangkit menentang kezaliman Basyar Assad. Kekufuran mereka amat jelas apabila tentera Assad memaksa rakyat Syria untuk mengucapkan kalimah kufur dengan syahadah ‘As-syahadu alla ila ha illa Basyar’ (Nauzubillah). Kerana itu kita lihat kebencian ini diluahkan dalam bentuk pembunuhan ke atas kanak-kanak tanpa sebarang belas kasihan. Bahkan mereka menembak menara-menara masjid sama sebagaimana yang dilakukan oleh Israel di Gaza, memperolok-olokkan solat umat Islam, membakar al-Quran bahkan mencemarkan masjid.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Rasulullah saw. bersabda : “ Pusat kepimpinan kaum Muslimin pada hari peperangan yg paling besar adalah di sebuah negeri yg bernama Ghuthah, yg mana di negeri itu terdapat sebuah kota yg bernama Damsyik (Damaskus), ia merupakan tempat tinggal yg terbaik bagi kaum Muslimin pada waktu itu”. (Hadis riwayat Iman Ahmad, Abu Daud disahkan oleh Al-Abani dlm soheh Al-Jami’)
Meskipun hadis ini tidak semestinya merujuk kepada apa yang berlaku di Syria pada hari ini, namun ia memberikan dorongan yang cukup kuat bagi rakyat Syria untuk berjihad. Mereka melihat apa yang berlaku saat ini adalah pertentangan di antara al-Haq dan bathil. Ini jugalah yang mendorong Syeikh Raed Solah untuk mengaitkan Damsyik dan Baitul maqdis di dalam jihad untuk membebaskan baitul maqdis dan bumi Palestin. Kezaliman melampau yang digunakan oleh Ragim Basyar Assad mendorong rakyat Syria untuk kembali kepada Allah dan Rasulnya. Begitu banyak pengalaman yang dikongsikan di medan bagaimana rakyat Syria mula kembali kepada Islam yang sebenar dan berlindung dengan kekuasaan Allah yang Maha Kuat dan Maha Perkasa. Sehingga ada seorang pemuda yang sepanjang hayatnya tidak pernah solat apabila dipaksa untuk sujud kepada potret Basyar Assad beliau mengatakan ‘Sepanjang usiaku aku tidak pernah sujud kepada Allah, bagaimana mungkin aku akan sujud kepada seorang manusia.?” Dan ada seorang kanak-kanak yang kehilangan ke dua tangannya dan buta sebelah matanya berkata dengan penuh yakin ‘Aku bersyukur kepada Allah kerana aku mempunyai sebelah mata lagi untuk melihat kejatuhan Basyar Assad”. Dan syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi mengatakan beliau akan turun ke Damsyik dan akan bersolat Jumaat dan berkhutbah di sana apabila rakyat Syria Berjaya di dalam perjuangan mereka yang beliau anggap suatu yang pasti akan berlaku insyaAllah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Beberapa fatwa telah disepakati oleh 400 delegasi ulama sedunia yang berkumpul di Istanbul pada 1 – 3 Julai 2012 yang lepas. Mereka secara rengkasnya memutuskan:
1) Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman. Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam untuk membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.
2) Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan samada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria yang telah berjihad dan berjuang melawan regim Basyar yang zalim.
3) Merupakan kewajipan untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran. Maka, tidak ketinggalan kepada para alim ulama' dan juga pemikir Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan mereka terhadap kebangkitan rakyat Syria. Dan haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman demi kezaliman berlaku di Syria
4) Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada regim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.
Dan terkini Syeikh Dr Yusuf Qardhawi telah mengeluarkan pandangan yang sangat tegas terhadap Iran dan Hizbullah yang mengirimk tentera untuk membantu Regim Basyar Assad membunuh rakyatnya. Dr Yusuf Qardhawi tidak teragak-agak untuk menggelar Hizbullah sebagai Hizbusyaitan. Bahkan beliau telah memuji ulama Saudi yangt lebih tegas dari beliau dalam memberikan pandangan lebih jelas terhadap persekongkolan Syiah Iran dan Nusairi Assad.
• قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ {26}
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ali Imran: 26.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Tuesday, June 4, 2013
GMJ - Perutusan Aqsa Syarif Sempena Ulangtahun an-Naksah ke 46
Perutusan Sempena Ulangtahun an-Naksah ke 46
Assalamualaikum wrt bth
Dengan nama Allah maha pemurah lagi maha pengasihani
Bagi umat Islam khususnya, tarikh 5 – 10 Jun 1967 menandakan tahap yang paling rendah dalam sejarah kerana Masjid al-Aqsa kembali terjajah setelah ianya dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi kira-kira seribu tahun yang silam.
Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya untuk memperingati satu lagi insiden dalam siri tragedi bertimpa yang dilalui oleh rakyat Palestin. Sembilan belas tahun selepas peristiwa Nakbah, rakyat Palestin melalui satu lagi peristiwa pahit yang dikenali sebagai an-Naksah atau ‘hari kekalahan’. Peristiwa an-Naksah merujuk kepada Perang enam hari yang berlangsung dari 5 hingga 10 Jun 1967 di antara Negara-negara Arab dan Israel. Dalam tempoh sesingkat enam hari 3 negara Arab iaitu Mesir, Syria dan Jordan kehilangan wilayah dan mengalami kemusnahan yang besar dari sudut ketenteraan. Bahkan dalam tempoh tersebutlah Masjid al-Aqsa ditawan oleh tentera Israel dan terus terjajah sehingga hari ini.
Pada 8 Jun Mesir kehilangan seluruh Semenanjung Sinai yang merupakan satu kekalahan yang besar dan memberi kelebihan strategik kepada Israel untuk terus menguasai Selat Tiran yang mengawal laluan ke Laut Merah. Jalur Gaza yang dikuasai oleh Mesir sejak tahun 1948 juga jatuh ke tangan musuh.Tentera Israel juga memasuki Kota lama Baitul Maqdis dan menduduki Masjid al-Aqsa pada 7 Jun, seterusnya mara ke Sungai Jordan dan menguasai seluruh Tebing Barat yang ditadbir oleh Jordan. Apabila Mesir dan Jordan bersetuju dengan gencatan senjata yang diputuskan oleh PBB pada 8 Jun, seluruh Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat sudah diduduki oleh tentera Israel. Syria juga memilih untuk patuh dengan gencatan senjata pada 9 Jun, namun Israel terus menceroboh wilayah Syria dan menduduki Tanah Tinggi Golan sehingga kini. Menjelang 10 Jun, Israel menguasai wilayah yang keluasannya ialah dua kali ganda dari Negara haram Israel yang didirikan ke atas wilayah Palestin pada tahun 1948. Wilayah tersebut meliputi Baitul Maqdis timur, Tebing Barat, Jalur Gaza, Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan.
Bagi umat Islam, 7 Jun adalah tarikh yang amat memilukan kerana pada tarikh tersebutlah Masjid al-Aqsa kembali terjajah. Tentera Israel memasuki masjid al-Aqsa yang mulia dan mencemarinya dengan pelbagai perbuatan biadap. Mereka bersorak menghina umat Islam dengan melaungkan Khaibar! Khaibar! Mereka menganggap pada hari tersebut penghinaan yang ditimpakan ke atas mereka oleh umat Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW ditebus dengan jatuhnya Masjid al-Aqsa ditangan Yahudi. Mereka menghina Rasulullah SAW dengan melaungkan ‘Agama Muhammad sudah mati dan hanya meninggalkan wanita-wanita; merujuk kepada Negara-negara Arab yang mengalami kekalahan teruk dalam Perang 6 hari tersebut. Mereka turut memusnahkan laluan (pintu) Maghriba dan merobohkan semua rumah-rumah rakyat Palestin yang mengadap Tembok Buraq (Western Wall) dan menukarnya menjadi satu perkarangan lapang bagi upacara keagamaan Yahudi. Tembokj Buraq mereka kuasai dan menamakannya sebagai ‘Kottel’ atau ‘Wailing wall’, satu tindakan yang jelas merampas hak umat Islam yang diperakui oleh Liga Bangsa-Bangsa sebagai warisan Islam. Israel seterusnya mengistiharkan penggabungan Baitul Maqdis barat (bahagian Baitul Maqdis yang ditawan pada tahun 1948) dan Baitul Maqdis timur (yang mereka tawan dalam Perang 6 hari) dan menamakan Baitul Maqdis (Jerusalem) sebagai ibu Negara abadi Israel yang tidak boleh dirunding buat selama-lamanya pada 26 Jun 1967.
PBB bertindak meluluskan Resolusi 242 pada bulan 2 November 1967 yang memutuskan Israel perlu berundur semula ke sempadan sebelum 1967 dan mengembalikan ‘sebahagian dari wilayah yang ditawannya’. Namun Israel telah menggunakan wilayah yang didudukinya sebagai bahan tawar-menawar (bargaining chip) untuk menciptakan perdamaian palsu melalui apa yang disebut sebagai pertukaran wilayah (land swap). Hakikatnya Israel tidak pernah berniat untuk melepaskan mana-mana wilayah di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur yang ditawannya. Ini adalah berdasarkan tindakan Israel yang terus menerus membina penempatan-penempatan haram di seluruh Tebing Barat bahkan di sekeliling Kota lama yang menempatkan Masjid al-Aqsa. Apabila perjanjian damai Oslo ditanda tangani pada tahun 1993, Israel meningkatkan lagi aktiviti pembinaan penempatan haram tersebut. Keadaan ini berterusan setelah persetujuan dicapai dalam Annapolis Konferens pada tahun 2007 sehingga kini. Israel terus berdolak dalih dan berselindung di sebalik pelbagai istilah perdamaian bermula dari Madrid (1991) sehinggalah Deklarasi Prinsip-prinsip Clinton (DOP – Declaration of Principles – 2001) dan Pelan Damai atau ‘Road Map’ (2003). Mereka turut membina tembok pemisah (Separation or ‘Aparthied’ wall) sepanjang 800 km dari utara ke selatan jauh ke dalam Tebing Barat untuk mengepung rakyat Palestin, membataskan pergerakan mereka dan menafikan pelbagai kemudahan asas termasuklah sumber air bersih untuk minuman dan mengairi ladang, perkhidmatan dan hak rawatan di hospital bahkan untuk mendapatkan pendidikan untuk anak-anak Palestin. Apabila HAMAS memenangi pilihanraya legislatif yang pertama dan membentuk kerajaan pilihan rakyat yang sah, Israel mengenakan sekatan dan akhirnya kepungan menyeluruh ke atas Gaza bermula pada tahun 2007 sehingga kini.
Hari ini kita menyaksikan pelbagai perkembangan positif dengan perubahan lanskap politik di timur tengah khususnya di Mesir. Perkembangan ini merupakan gugatan kepada Israel yang semakin merasa terdesak dengan kehilangan sekutu kuatnya Mesir apabila tumbangnya regim Hosni Mubarak yang merupakan boneka Amerika dan orang suruhan regim Zionis. Bahkan pada hari ini Israel terpaksa mencari rakan-rakan baru setelah sekutu-sekutu tradisinya tumbang ditangan rakyat satu persatu. Turki sudah berubah arah 180 darjah dan sistem sekular berteraskan ideologi fanatisisma Kamal Ataturk semakin tergugat, Israel hanya menunggu masa untuk dipencilkan oleh Turki. Pergolakan di Syria juga akan berakhir dengan pertukaran regim yang pastinya menjadi ancaman yang 'real' kepada Israel. Kedudukannya di tanah tinggi Golan yang tidak pernah tergugat di zaman dinasti Basyar akan goyah. Kemenangan calun Presiden FJP iaitu Muhammad Mursi dari Ikhwan Muslimin akan menjadi mimpi ngeri kepada Israel. Kemenangan ini juga akan menukar lanskap keseimbangan kuasa di Semenanjung Sinai yang dikuasai israel secara proksi yang menjerut dan menutup pintu masuk ke Gaza selama ini. Dalam perkataan lainnya, keputusan pilihanraya presiden Mesir akan memberi harapan baru kepada Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan oleh Israel sejak tahun 2007.
Aqsa Syarif menegaskan bahawa jalan untuk menuju perdamaian di Timur Tengah dan di Palestin hanyalah satu iaitu Israel wajib berundur ke sempadan 1967 dan melepaskan semua wilayah yang didudukinya dalam perang 6 hari, berdirinya sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan 1967 tersebut dengan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara Palestin yang tidak bolih dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan hak rakyat Palestin untuk pulang ke nagara mereka wajib dihormati sepenuhnya tanpa syarat. Aqsa Syarif mengulangi pendirian negara dan rakyat Malaysia yang berdiri teguh bersama rakyat Palestin untuk tidak mengiktiraf negara Israel. Aqsa Syarif akan terus berjuang bagi mengembalikan hak rakyat Palestin, berdirinya sebuah negara Palestin yang merdeka dan pembebasan Masjid al-Aqsa sepenuhnya dari cengkaman Zionis Israel.
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif
Global March to Jerusalem: Forty Six years on - Aqsa Syarif Remembers an Naksah
Aqsa Syarif Remembers an-Naksah (The Setback of June 1967)
As an expression of commitment and continuous solidarity with the Palestinians in their legitimate struggle against the Zionist occupation, Aqsa Syarif would like to call upon each and every Malaysian citizen and the international community to reflect on the event of 5th – 10th June 1967. These dates marked the military and political defeat of the Arab regimes at the hands of the Zionist in what is popularly known as the six-day war or an-Naksah (Setback in Arabic).
The defeat of the Arab countries spearheaded by the United Arab Republic (Egypt), Syria and Jordan, and assisted with men and material by Arab Saudi, Algeria, Iraq, Maghribi and Tunisia did not only resulted in colossal loss of life and military equipments, but also brought about the occupation of the West Bank, the Gaza strip, East Jerusalem, The Golan Heights and The Sinai Peninsula. The status of the occupied territories as it stands today can be traced back to the events of June 1967. Today, The Sinai Peninsula has been returned to Cairo under the Camp David Peace deal between Israel and Egypt in 1978. In return, the Palestinians in Gaza have to pay a heavy price, i.e. the only lifeline into Gaza from Egypt at the Rafah crossing comes under the purview of Israel. Following the siege laid on Gaza since 2007 and the barbaric massacre ofDecember 2008 – January 2009, the crossing has remained effectively closed, up until only recently in the wake of the sweeping political change that has seen the removal of the Egyptian Prime Minister Hosni Mubaraq from office.
The dates will also live in infamy as Zionist army marched into and desecrated the al-Aqsa Mosque, an act which is denounced by all religious faiths and fraternities. Since 1967, Israel has committed a series of sacrilege mosque and churches in the neighbourhood of the old city of Jerusalem and throughout the West Bank. One of these outrageous act was the attack by IDF (Israeli forces) on the Church of Nativity in Bethelhem, the birth place of Jesus (Isa a.s.) in 2002. The Zionist regime also trampled on the declaration made by the League of Nations, the predecessor to the United Nations that accorded the Buraq Wall as a Islamic Heritage by turning it into the Kottel or the Wailing Wall.
In November in the same year the United Nations general assembly has convened and passed the UN Resolution 242 which dictates Israel to withdraw back to the Green line as stipulated by the Rhodes Armistice of 1949. It means, Israel must return to the borders prior to June 1967 and relinquish all occupied territories in the 1967 incursions. Today, after 44 years, the West Bank and East Jerusalem remain under occupation and Gaza remains under debilitating siege. Four decades of occupation has caused the most deplorable living conditions in the occupied territories. The Palestinians in the West Bank are now living in cantonments, their land now criss-crossed by the separation wall which disrupts their daily lives and movements. On top of this, they are subjected to countless roadblocks and military checkpoints which only serve to harass them on a daily basis. They have become ‘displaced’ in their own land, a situation not far off than that endured by 5 million or so Palestinian refugees of the 1948 war in neighbouring Arab countries.
Far from having any respect for international laws and basic human rights as enshrined in the United Nations Charter, the Universal Declaration of Human Rights 1948 and the 4th Geneva Convention of 1949, the Zionist regime has committed appalling abuse on human rights by arbitrary detention, revoking of citizenship, home demolitions and land confiscations. All these were done under the pretext of establishing the Jewish State of Israel. Amidst international protests and scores of the so-called peace negotiations, Israel remain defiant and continue to engage in settlement activities in the West Bank and in the Palestinian neighbourhood of Jerusalem.
In the light of remembrance of an-Naksah, Aqsa Syarif appeals to the Arab and Islamic countries to take stock of the humiliating setback of June 1967. Today after decades of iron fist rules across the Arab hinterlands, the people of the middle east and the Palestinians in particular can heave a sigh in relief. The Egyptian people is now empowered to relief and deliveers their brethren in Gaza from the crippling siege. The interim government of Egypt has announced that the gates at Rafah will be kept open indefinitely and in the true spirit of solidarity, Egypt will set up a consulate in Gaza, despite of the US assurance to Israel that every effort to recognize Palestine as a sovereign state by the UN will be frustrated.
Forty six long years of occupation and denial of the Palestinians of their rights to a homeland and self determination is long enough to set in motion an overwhelming public opinion drive and a strategic political move to end the predicament and the sufferings.
Aqsa Syarif appeals to the international community to join hands and end the occupation of Palestinian land. Aqsa Syarif would like to remind the whole world that the sinister objectives of the Zionist agenda are not only a threat to the Palestinian existence but it is also a threat to the harmony and peace of the whole world.
Dr. Hafidzi Mohd Noor
Chairman
Aqsa Syarif Bhd.
Aqsa Syarif is a charity organization for the Palestinian cause
Thursday, May 30, 2013
Tareqat dan Jihad di Nusantara
10. Tareqat dan jihad di nusantara
Perkembangan
Islam di Nusantara tidak dapat
dipisahkan dari aliran-aliran tasauf atau tarekat.[1]
Pengaruh zaman dan ciri alam Melayu banyak menyumbang kepada proses pengislaman
yang sedemikian. Islam mula bertapak di dunia sebelah sini pada zaman
kemunduran kekuasaan politik di Asia Barat. Tidak seperti tempat lain, Islam di
Nusantara tidak berkembang melalui penaklukan dan ekspedisi ketenteraan, tetapi
di bawa oleh para mubaligh dan peniaga yang berperanan sebagai du’at. Kehidupan
yang mewah dan pembangunan tamadun kebendaan mendorong sebahagian umat Islam
untuk menjalani kehidupan yang sangat sederhana dengan menjalani latihan
kerohanian yang intensif. Natijah darinya lahirlah aliran-aliran tasauf dan
tarekat untuk mengisi kehidupan kerohanian umat Islam.[2]
Adakalanya ia tercemar oleh pemikiran asing seperti falsafah yunani dan anutan
kerohanian yang bertentangan dengan Islam. Kemunculan hujjat-ul-Islam, Imam al-ghazali dan syeikh-ul-Islam Ibnu Taimiyah sedikit sebanyak memurnikan aliran
tasauf dari penyelewengan dan pemalsuan.
Apabila Islam
datang ke Nusantara, agama dan kebudayaan Hindu-Buddha yang bercampur dengan
tradisi lokal telah menjadi anutan
sebahagian besar masyarakat. Teras agama Hindu membentuk kefahaman tentang
ketuhanan. Konsep jelmaan tuhan pada makhluk menjadi asas kepercayaan
masyarakat. Kepercayaan seperti ini mensenyawa dengan aliran tasauf
dan menjadi iktikad sebahagian pengamal tarekat. Kepercayaan yang disebut Pantheism ini diberikan wajah islami
iaitu Wihdat-ul-wujud atau Kesatuan
wujud iaitu menyatu makhluk dengan tuhan.[3]
Di antara pengembang aliran ini yang terawal di Nusantara ialah Syeikh Siti
Jenar, salah seorang dari wali songo yang dihukum bunuh kerana mengatakan ‘ana Allah’ (aku Allah). Namun aliran ini
terus mendapat tempat di sanubari umat kerana ketidak murniaan akidah tauhid.
Di antara tokoh-tokoh terkenal dalam kelompok ini ialah Hamzah Fansuri dan
Shamsuddin as-Sumaterani. Malah pengaruh mereka begitu meluas sehingga ia
pernah menjadi aliran rasmi di Aceh. Walaubagaimanapun kemunculan ulama seperti
Syeikh Nuruddin Ar-Raniri dan Syeikh Abdul Rauf Sinkil mengembalikan akidah
umat di atas landasan tauhid yang sejahtera.[4]
Skop penulisan
ini tidak bertujuan untuk membicarakan dengan mendalam tentang pelbagai aliran
tasauf atau tarekat dan sejarah perkembangannya di Nusantara. Apa yang hendak
disentuh dalam bab penulisan ini ialah peranan tarekat dalam kebangkitan umat
menentang penjajahan.
Berpegang dengan
aliran tarekat tertentu memberikan umat Islam kekuatan rohani atau dalaman
untuk berhadapan dengan musuh yang bergantung kepada kekuatan fizikal dan
kebendaan. Belanda mempunyai kelengkapan persenjataan yang jauh mengatasi umat
Islam. Hakikat ini tidak memberi banyak pilihan kepada umat Islam selain dari
memperkasa aspek kerohanian. Dengan memantapkan hubungan dengan Allah, akan
lahirlah keyakinan, sifat tawakal dan keberanian luar biasa untuk berhadapan
dengan musuh. Realiti ini turut diakui oleh Belanda yang sentiasa
memantau kumpulan-kumpulan tarekat. Malah insiden kebangkitan rakyat atas sebab
apapun seringkali membabitkan pengamal tarekat dan pengikut mereka, sehingga
timbul inisiatif di kalangan pegawai Belanda untuk mengharamkan tarekat. Namun
atas pandangan penasihat terulung, Snouck Hurgronje yang menjelaskan tarekat
sudah menjadi sebahagian dari umat Islam di Nusantara, pengamal tarekat hanya
dipastikan tidak bersikap ‘fanatik’.
Sebagaimana
tarekat mewarnai proses penyebaran Islam, tarekat juga merupakan ciri penting
kepada usaha jihad menentang penjajah. Salah seorang ulama pengamal tarekat
yang paling tegar menentang Belanda dalam sejarah penjajahan Indonesia ialah
Syeikh Yusuf Tajul al-khalawatiyah al-naqsyabandi al-makassari. Ulama yang
berasal dari Gowa, Makassar ini berguru dengan Syeikh Nuruddin ar-Raniri dan
memperoleh ijazah tarekat Qadariah
darinya. Kemudian beliau berangkat ke Yaman dan memperoleh ijazah
tarekat Naqsyabandiah. Beliau
kemudiannya bergabung dengan Sultan Ageng Tirtayarsa untuk mempertahankan
kedaulatan Banten dari penguasaan Belanda. Kerajaan Banten tewas dan Syeikh
Yusuf diasing ke Sri Lanka dan kemudiannya di Afrika Selatan di mana beliau
meninggal di sana. Peristiwa ini berlaku pada kurun ke 17, dan ia memberi
pengajaran yang cukup penting kepada Belanda untuk mengawasi gerakan tarekat
terutamanya Naqsyabandiah.
Pemberontakan di
Cilegon, Banten pada tahun 1888, juga tidak terlepas dari pengaruh tarekat.
Hampir kesemua yang terlibat termasuk anak-anak tempatan yang berkhidmat dengan
pentadbiran Belanda mengamalkan ajaran tarekat. Peristiwa yang berlaku di Garut
pada tahun 1919 juga diperkira melibatkan pengikut tarekat. Insiden ini
melibatkan seorang yang bernama Hj Hassan yang enggan menjual padinya mengikut
jumlah yang ditetapkan oleh pemerintah setelah setahun sebelumnya beliau
dipaksa memusnahkan tanamannya dan digantikan dengan padi. Hj Hassan dan
pengikutnya telah mencabar pemerintah dan berkurung di dalam rumah dengan
berzikir. Pasukan keselamatan Belanda telah melepaskan tembakan sehingga
membunuh Hj Hassan dan beberapa korban yang lain. Isu ini menjadi polemik yang
hebat tentang tindakan pentadbiran Belanda yang dikatakan menggunakan kekerasan
yang tidak perlu. Walaubagaimanapun isu ini akhirnya dikaitkan dengan Afdeeling B iaitu pemberontakan yang
dikaitkan pula dengan Serikat Islam (SI).
SI difitnah dengan komplotan untuk
membunuh orang-orang Belanda, orang-orang Cina, pegawai-pegawai kerajaan dan
Chokrominoto dilantik sebagai raja Jawa. Perancangan licik ini telah berjaya
mengalihkan isu penentangan kumpulan tarekat kerana enggan menjual hasil padi
kepada isu keselamatan Nasional yang membabitkan SI. Ekoran darinya Chokrominoto ditahan dan SI menjadi sasaran pemerintah.
Tarekat telah
mewarnai sejarah perkembangan Islam dan penentangan umat Islam ke atas
penjajahan di Nusantara, malah di seluruh dunia Islam. Tarekat ataupun ajaran
tasauf adalah sesuatu yang murni dan sepatutnya menjadi asas pembinaan rohani
aktivis gerakan Islam. Imam As-Syaheed Hassan al-Banna sendiri melibatkan diri
dengan kumpulan tarekat al-Hasafiyah.
Di sanalah beliau mewariskan al-Wazifatul
Qubra yang diamalkan oleh gerakan Islam seantero dunia yang mengambil model
ikhwan muslimun iaitu al-ma’thurat.
Kekuatan rohani diperlukan untuk memupuk iman dan takwa yang menjadi modal
untuk mendapat nusrah atau pertolongan Allah. Umar al-Khattab mengingatkan
kontingen tentera yang dihantar ke perbatasan supaya menjauhi maksiat kerana
Allah memenangkan Islam di atas maksiat yang dilakukan oleh musuh. Begitu juga
Sallahuddin al-Ayubbi yang telah menyaring tenteranya dari kalangan yang soleh
dan wara’ untuk mengetuai penyerangan ke atas Baitul Maqdis sehingga al-Quds
kembali direbut oleh umat Islam dari cengkaman Salibiyyin. Rasulullah S.A.W.
mengunjurkan kota Konstantin (Istanbul) akan direbut oleh tentera yang solih
dan dipimpin oleh raja yang paling soleh. Ternyata usaha merebut kota
Konstantin hanya terpenuhi 800 tahun selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. oleh
pasukan tentera dan rajanya yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud.
Akhir sekali peperangan Badar adalah kemuncak bukti betapa bilangan yang kecil
dapat mengalahkan bilangan yang jauh lebih besar dan lengkap bersenjata kerana
ditunjang oleh kekuatan keimanan. Tidakkah Rasulullah S.A.W. telah mendidik
para sahabatnya untuk mengasah kekuatan rohani dengan solat malam dan zikir
(membaca dan menghayati Al Quran; sebaik-baik zikir). Fenomena yang ajaib ini
berulang pada setiap zaman. Dalam konteks terkini kita melihat bagaimana
mujahidin Afghanistan yang sangat sederhana dapat mengalahkan gergasi Soviet
dengan segala peralatan canggih dan teknologi peperangannya. Malah kekalahan
Soviet ditangan pasukan mujahidin menjadi titik tolak kepada berakhirnya
kekuasaan Komunis dan bubarnya Soviet Union sehingga terpecah menjadi 17
negara.
Namun Islam
adalah agama manusiawi dan berjalan di atas sunnah manusiawi. Kemenangan akan
dicapai setelah jalan-jalan untuk mendapatkannya dipersiapkan. Justeru itu
kekuatan rohani seperti yang diterap oleh ajaran tasauf atau tarekat (jalan
menuju Allah) perlu jalan seiring dengan kekuatan-kekuatan fizikal dan material. Inilah anjuran al Quran;
‘persiapkanlah segala jenis kekuatan dari kuda-kuda yang ditambat, agar kamu
mendatangkan rasa gerun kepada musuhmu dan kepada Allah dan mereka yang kamu
tidak tahu tetapi Allah mengetahuinya.’. Umar Al-Khattab mengatakan ‘hadapilah
musuh kamu, tombak dengan tombak, pedang dengan pedang’. Lantaran itu persiapan
material perlu dititik beratkan
dengan menjadikan kekuatan rohani sebagai tapak atau asas.
Di manakah
kelemahan tarekat dan aliran tasauf di Nusantara? Pertama sebahagian besar dari
aliran tarekat telah menyeleweng dari ajaran Islam yang murni dan bercampur
aduk dengan pelbagai falsafah dan kepercayaan yang asing dari Islam. Akhirnya
wujudlah pelbagai aliran yang tidak sehaluan dengan syarak. Ini termasuklah
doktrin pantheism di dalam agama
Hindu yang meletakkan kesatuan di antara makhluk dan dewa (Brahman) atau
penjelmaan dewa ke dalam diri makhluk. Kepercayaan seumpama pantheism ini turut mempengaruhi
sebahagian ulama sufi yang berpegang dengan doktrin wihdat-ul-wujud atau ’kesatuan wujud’ iaitu bersatunya zat Allah
dengan insan. Di antara ilmu yang dipelajari dan menjadi amalan sebahagian umat
Islam yang melawan penjajah Belanda ialah ilmu ’Martabat Tujuh’ yang jelas
mengandungi unsur-unsur doktrin Wihdat-ul-wujud.
Pegangan sedemikian yang mirip kepercayaan sinkretisme golongan abangan atau penganut kejawen @ gomo jowo di Pulau Jawa turut bersemarak di kalangan umat Islam di
seluruh nusantara. Sebagai contoh HAMKA menulis di dalam Ayahku, semasa rakyat Sumatera Barat bersiap-siap untuk berperang
melawan Belanda kerana anti cukai atau perang Balasting (1908), guru-guru ilmu
sihir keluar masuk kampung mengajarkan ilmu ’Martabat Tujuh’ kepada
pemuda-pemuda.[5] Mereka yakin ’ilmu’ ini
akan menjadi pendinding dengan cara menjadikan mereka kebal terhadap peluru
Belanda. Ternyata terdapat pelbagai jenis azimat yang ditemui pada tubuh
pejuang yang gugur dalam pertempuran di Kamang, lantaran yakin dengan ilmu
kebal yang diperolehi dari pelajaran ’Martabat Tujuh’. Ketika para guru sihir
ini menyebarkan ajaran sesat dan syirik atas nama jihad, ulama-ulama yang
ikhlas berusaha untuk memurnikan aqidah umat Islam dengan mengadakan
kelas-kelas pengajian ilmu kalam (tauhid). Hj. Abdul Karim Amrullah telah
menggunakan pendekatan ilmu manthiq untuk membanteras ajaran sesat yang
merosakkan keimanan masyarakat.[6]
Kedua,
ketidakseimbangan di antara persiapan rohani dan persiapan material. Namun penjajahan adalah sesuatu yang dipaksakan ke atas
umat Islam. Dalam keadaan sedemikian, umat Islam bangkit dengan kekuatan apa
yang ada untuk berhadapan dengan penjajah yang lengkap bersenjata seperti di
Aceh, Bonjol (Sumatera Barat), Banten, Makasar dan Maluku. Meskipun dari sudut
fizikalnya mereka dikalahkan, tetapi di dalam kekalahan ada kemenangan.
Tidakkah dengan jihad yang ditunjang oleh kekuatan rohani meski daif dari sudut
persenjataan ini berjaya mengepung akidah umat sehingga Islam terus bertahan
meski terjajah ratusan tahun lamanya?
[1] ‘Tasauf’ bermaksud kesedaran murni yang
mengarahkan jiwa secara benar kepada amal dan ibadah yang sungguh-sungguh,
menjauhkan diri dari keduniaan (zuhud) dalam rangka mendekatkan diri kepada
Allah untuk mendapatkan perasaan perhubungan erat denganNya. Ruj. Harun Nasution, Falsafah dan Mistisisme dalam Islam, Bulan
Bintang, Jakarta, 1973, hlm. 56. Dari sudut bahasa perkataan ‘tasauf’ dikatakan
berasal dari ‘shuf’ yang bermasud baju yang diperbuat dari bulu yang kasar,
menjadi pakaian bagi mereka yang memilih kehidupan yang sangat sederhana bagi
kepentingan kerohanian dan kemurnian bathin. Namun ada juga pendapat yang
mengatakan tasauf itu berasal dari perkataan ‘shafw’ (bersih), ‘syuffah’ (satu
kamar di samping masjid nabi di Madinah yang menempatkan sahabat nabi yang
miskin seperti Abu Darda’, Abu Zar dan Abu Hurairah), ‘shaff’ (saf dalam solat)
atau ‘shufanah’ (buah-buahan kecil yang berbulu-bulu). Al-Junaid, seorang tokoh
besar dalam ilmu tasauf merumuskan “Tasauf ialah membersihkan hati daripada apa
yang mengganggu perasaan kebanyakkan makhluk, berjuang meninggalkan pengaruh
budi yang asal (instinct) kita,
memadamkan sifat-sifat kelemahan kita sebagai manusia, menjauhi segala seruan
dari hawa nafsu, mendekati sifat-sifat suci kerohanian, dan bergantung kepada
ilmu-ilmu hakikat, memakai barang yang terlebih penting dan terlebih kekal,
menaburkan nasehat kepada sesame umat, memegang teguh janji dengan Allah dalam
hal hakikat, dan mengikut contoh Rasulullah S.A.W. dalam hal syariat” Ruj. HAMKA, Perkembangan Tasauf Dari Abad ke Abad, Pustaka Melayu Baru, Kuala
Lumpur, 1976, hlm. 84 – 88. ‘Tarekat’ pula ialah jalan yang harus ditempuh oleh
seseorang untuk mencapai hakikat tujuan ibadah. Untuk itu ditetapkan ketentuan
bersifat batiniyah agar perlaksanaan ketentuan lahiriyah itu dapat
menghantarkan seseorang kepada akhir perjalanannya. Ikhtiar untuk menempuh
jalan ini yang memerlukan latihan-latihan bathin yang khusus ini dinamakan
‘suluk’. Untuk kupasan yang lebih
terperinci sila rujuk HAMKA, ibid. hlm,
110 – 114; juga rujuk Musyrifah
Sunanto, Sejarah Peradaban Islam
Indonesia, Fakultas Ushuluddin dan Filsafat UIN Jakarta dan PT RajaGrafindo
Persada, 2005, hlm. 217 – 223.
[2] HAMKA mengutip dari catatan ayahnya
Hj. Abdul Karim Amrullah yang bertarikh 13 Muharram 1326 (15 Februari 1908)
terdapat 41 nama tarekat iaitu 1. Al-Naksyabandiah, 2. Al-Qadiriyah, 3.
Al-Syaziliyah, 4. Al-Rifa’iyah, 5. Al-Ahmadiyah, 6. Al-Dasuqiyah, 7.
Al-Akbariyah, 8. Al-Maulawiyah, 9. Al-Kubrawiyah, 10. Al-Suhrawardiyah, 11.
Al-Khalawatiyah, 12. Al-Jaluiiyah, 13. Al-Baktasiyah, 14. Al-Ghazaliyah, 15.
Al-Rumiyah, 16. Al-Sa’diyah, 17. Al-Jistiyah, 18. Al-Stu’baniyah, 19.
Al-Kasyaniyah, 20. Al-Hamzawiyah, 21. Al-Biramiyah, 22. Al-‘Usaqiyah, 23.
Al-Bakriyah, 24. Al-‘Umariyah, 25. Al-Usmaniyah, 26. Al-‘Alawiyah, 27.
Al-Abbasiyah, 28. Al-Zainabiyah, 29. Al-Isawiyah, 30. Al-Maqhrabiyah, 31.
Al-Buhuriyah, 32. Al-Haddadiyah, 33. Al-Ghaibiyah, 34. Al-Khidriyah, 35.
Al-Syathariyah, 36. Al-Bayumiyah, 37. Al-Mulamiyah, 38. Al-Idrusiyah, 39.
Al-Matbuliyah, 40. Al-Sunbaliyah, 41. Al-Uwisiah. Menurut Catatan beliau lagi,
“Dan banyak lagi lain daripada itu,
daripada tarekat-tarekat yang besar-besar dan aulia, hingga dikata orang
bahawasanya jalan kepada Allah Ta’ala sebilangan hangok (nafas) makhluk… dan
kaifiat tiap-tiapnya bermacam-macam pula, dengan sebanyak nama itu pula. Dan
ini maklum pada sisi ahli masing-masing.” Dikutip dari Hj Abdul Karim Amrullah, Izharu Asathir il Mudhilin, hlm. 44 (tulisan tangan yang belum
pernah dicetak), Ruj. HAMKA, Perkembangan Tasauf Dari Abad ke Abad, op.
cit., hlm. 210 – 211. Menurut Mahayudin hj Yahaya, tareqat berkembang
selepas kejatuhan kerajaan Abbasiyah ditangan Monggol pada tahun 1258. Islam
menghadapi zaman kejatuhan setelah berada di kemuncak peradabannya sehingga
menimbulkan krisis kekosongan jiwa yang mendorong umat Islam untuk melakukan
latihan-latihan kerohanian yang di institusikan atau ‘tarekat’. Sebanyak 177
organisasi tarekat bermunculan yang mana 76 darinya masih kekal sehingga hari
ini. Ruj. Mahayudin Haji Yahaya, Islam di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 2001, hlm. 117.
[3] Asal-usul dari tasawuf yang melampau
ini boleh dikesan sejak dari pemikiran yang dipertahankan oleh seorang ulama
kebatinan yang bernama Al-Hallaj (Husin bin Mansur al-Hallaj yang dilahirkan
pada tahun 244h (858m). Beliau mempopularkan doktrin ‘hulul’ iaitu Ketuhanan
menjelma di dalam diri insan. Menurut ajaran beliau seorang insan akan menempuh
perbersihan ruh dari satu tingkat ke tingkat berikutnya sehingga sampai ke
tingkat ‘muqarrabin’. Di atas dari tingkat ‘muqarrabin’ inilah makhluk bersatu
dengan Khaliq, lalu timbullah istilah ‘ana al-Haq’ (sayalah kebenaran itu) dan
‘Wa ma fil-jubbati il-allah’ (dan tidak ada yang di dalam jubah melainkan
Allah). HAMKA, op. cit. hlm. 121 –
123. Terdapat perselisihan di antara sarjana ilmu kalam, ahli fiqh dan ahli
tasauf dari segi menghukum al-Halaj. Majoriti sarjana ilmu kalam dan sebahagian
ahli fiqh dan ahli tasauf mengkafirkannya. Yang tidak mengkafirkannya
menafsirkan ucapan al-Halaj dengan takwil. Walaubagaimanapun pemerintah
Abbasiyah menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Perkara yang membahayakan
aqidah umat Islam ialah pemikiran al-Halaj turut dimuatkan dalam kitab tasauf
sehingga mengelirukan orang awam yang membaca tanpa kajian yang mendalam dan
teliti. Ruj. Abdul Hadi Awang, Fahaman dan Ideologi Umat Islam, PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd., Selangor, 2008, hlm. 121 – 123.
Pemikiran al-Halaj terus berkembang di kalangan tokoh-tokoh ilmu tasauf
sehingga Ide kesatuan Tuhan dan makhluk atau wihdatul wujud mencapai kemuncaknya pada zaman Muhj’il Din Ibnu
‘Arabiy. Beliau dilahirkan pada tahun 598h (1102m). Ruj. HAMKA, op. cit., hlm.
154 – 158.
[4] Perbincangan tentang pengaruh tasauf wihdatul wujud di nusantar telah
disentuh dalam Jejak Risalah di Nusantara I.
[5] HAMKA, Ayahku, op. cit., hlm.
127. Ilmu Martabat Tujuh ialah ilmu
sesat yang menerangkan tentang asal kejadian manusia dan tingkat-tingkat yang
dilalui oleh manusia dalam penciptaannya sebelum lahir sebagai insan yang
sempurna. Manusia menurut ilmu Martabat Tujuh terdiri dari empat unsur iaitu
api, air, tanah dan angin. Manusia akan melalui tujuh tahap di dalam proses
penciptaannya iaitu alam ahadiah (alam
sejak azali), alam wahdah (alam
kesatuan), alam wahdaniah (alam maha
tunggal iaitu tidak lain dari wujud yang Satu), alam arwah (manusia berada di dalam janin selama empat bulan), alam mithal (bentuk yang masih lunak), alam ajsam (manusia yang lengkap dengan
tulang dan daging tetapi belum terbentuk dengan sempurna) dan alam insan-kamil (bayi yang sempurna lalu
lahir ke dunia). Ilmu ’Martabat Tujuh’ bersandar kepada dua asas iaitu ’alam
tidak memberi bekas’ dan ’manusia menyatu dengan Tuhan’. Oleh kerana manusia
terbentuk dari unsur-unsur alam yang empat, maka tiada suatu apapun boleh
memudaratkan tanpa izin Allah. Ia menuntut kepada keyakinan bahawa api tidak
akan membakar, air tidak akan membasah dan besi tidak akan memotong melainkan
dengan izin Allah. Apabila manusia sudah menyatu dengan Tuhan pada tahap
penciptaannya di alam wahdaniah atau
alam maha tunggal, maka lahirlah satu keyakinan bahawa tiada siapa yang boleh
mengalahkan Aku (Tuhan menyatu dengan manusia). Keyakinan ini adalah
berdasarkan kepada doktrin hulul ajaran
al Hallaj (Husin bin Mansur al hallaj). Hulul membawa maksud Ketuhanan menjelma
ke dalam diri Insan. Lihat H.O.K.
Rahmat S.H. Pencemaran Akidah di
Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 61 – 63, juga lihat nota 255. ’Ilmu Martabat Tujuh’ juga adalah aspek yang
penting dari ngelmu atau ilmu hakikat
yang menjadi pegangan orang Jawa. Ia adalah satu dari lima aspek utama ngelmu iaitu syahadah sejati, solat
sejati, martabat tujuh, tri bahwana dan
mikraj. Ngelmu berasal dari kitab Primbun jawa yang ditulis dengan huruf
Jawa lama atau kawi. Orang Islam
biasa menggelarnya ngelmu enkik atau ngelmu garingan ertinya ilmu kering
sebagai reaksi orang terhadap pengamal ngelmu
sejati yang menuduh muslim biasa sebagai golongan itik kerana sentiasa
mandi dan ambil wudu’. Ibid., hlm. 97
– 99. Ajaran ngelmu sejati atau ngelmu hakikat terdiri dari lima pokok ajaran iaitu
syahadat sejati, solat sejati, martabat tujuh, tri bahwana dan mikraj. Pada
martabat tujuh dapat dilihat unsur Wihdatul wujud atau wujudiah yaini
ketunggalan Tuhan dan alam. Ia memperkatakan tentang zat Allah yang merupakan
asal usul manusia sampai kepada bentuknya sekarang melalui 7 peringkat. Manusia
terjadi dari 4 unsur, tanah, air, api dan angin. Sebelum seorang insan lahir ia
sudah ada di alam ahadiah atau alam azali abadi. Kemudian ia turun ke alam
wahdah atau kesatuan, kemudian alam wahdaniah atau alam maha tunggal. Dari situ
turun ke alam arwah iaitu alam sebagai janin selama empat bulan dalam
kandungan. Selanjutnya turun ke alam mithal dalam bentuk yang masih lunak.
Seterusnya ia turun ke alam ajsam iaitu berupa manusia lengkap dengan tulang
dan daging tetapi belum sempurna. Setelah itu ia turun ke alam insan-kamil iaitu bayi yang sempurna lalu lahir ke dunia. Ibid., hlm. 97 – 99.
[6] Diceritakan seorang guru pengajian
sesat telah singgah ke surau Hj Abdul Karim Amrullah di Muara Pauh. Setelah
diselidiki nyatalah bahawa guru ini tidak lain dari pelopor pengajian ‘alam
tidak memberi bekas’. Hj Abdul Karim mengajak beliau untuk mengaji satu ilmu
yang lebih tinggi dari pengajian mereka. Kesan dari ilmu ini ialah seseorang
itu akan hilang perasaan takut kepada mati dan kalau mati juga pasti tidak akan
mati sesat. Kaedah mengajar Hj Abdul Karim adalah dalam bentuk bersoal jawab.
“Adakah engkau bertuhan?, Siapa Tuhan Engkau? Apakah Tuhan Allah itu? Apakah
erti Zat?” Demikianlah secara bersoal jawab, orang tersebut diterangkan tentang
zat dan sifat Allah, apa yang wajib dan mustahil pada akal sehingga timbul
kepercayaan yang teguh terhadap tauhid. Guru pengajian sesat itu semakin
tenggelam dalam ilmu baru yang dipelajarinya sehingga dijemput pula
kawan-kawannya yang lain turut serta. Sebahagian besar dari mereka buta huruf
namun dapat menghafal pengajian ilmu kalam dan usuluddin yang diajarkan. Yang
pandai menulis mencatatnya dalam sebuah buku kecil yang disalin pula oleh orang
lain. Akhirnya dijadikan sebuah buku yang berjudul Umdatul Anaami, fi ‘Ilmil kalaami (pegangan manusia, dalam hal Ilmu
Kalam). Setelah teguh penguasaan ilmu Tauhid maka diajarkan pula sejumlah
doa-doa ma’thur dan wirid Rasulullah SAW. Akhirnya semangat untuk mempelajari
ilmu kebal bertukar kepada pengajian Islam yang sebenarnya. Setelah yakin
mereka akan ilmu Tauhid dan menyedari bahawa selama ini mereka telah menempah
jalan yang salah, maka pada satu hari sebagai simbol pada peninggalan amalan
syirik dikumpulkan semua tangkal dan azimat yang telah dijampi dan dimantera
berupa tanduk rusa, kuku harimau dan sebagainya, dan dibakar di muka surau
Muara Pauh. Sirnalah ilmu sihir diterangi oleh ilmu Tauhid. Guru-guru ilmu
sihir tadi mengalami transformasi dan membuka pengajian pula mengajarkan sifat
dua puluh. Mereka sendiri menganggap syeikh Abdul Karim Amrullah sebagai wali
Allah yang punya pelbagai ‘karamah’ sehingga orang kampong yang mencelanya
dikatakan ditimpa musibah. Apapun jasa dari Hj Abdul Karim Amrullah telah
menyelamatkan umat Islam di Empat Kota (Maninjau, Sungai Batang, Tanjung Sani
dan Bayur) dari pemberontakan yang sia-sia dan kampong kembali aman untuk
meneruskan perjuangan yang tulen berasaskan ilmu Tauhid yang sejahtera. Ruj. HAMKA, Ayahku, op. cit. hlm. 128 – 131.
Monday, January 21, 2013
Cadangan Khutbah Jumaat sempena bulan Maulid dari Aqsa Syarif
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
SEMPENA Maulid Nabi SAW yang diraikan setiap tahun pada 12 rabiul Awal maka khatib ingin mengingati peristiwa penting ini dan kaitannya dengan perjuangan rakyat Palestin yang semakin mendapat liputan hari ini ekoran dari kepungan dan serangan biadap Israel ke atas Gaza.
Rasulullah SAW adalah Nabi terakhir yang dinanti-nantikan oleh semua terutama dari kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara). Kelahiran Nabi yang bernama Ahmad ini disebut di dalam kitab Injil dan Taurat (termasuk kitab perjanjian Lama dan Baru iaitu kitab-kitab suci yang diselewengkan oleh rahib-rahib dan rabbi-rabbi yahudi). Malangnya apabila Nabi Muhammad SAW ini muncul di Tanah Arab yang kelahirannya dinantikan dengan tanda-tanda yang amat dikenali oleh mereka berdasarkan apa yang terkandung di dalam kitab-kitab Taurat dan Injil, baginda didustakan. Pendustaan ini dirakamkan oleh Al-Quran seperti dalam surah as-saff.
وَإِذۡ قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُم مُّصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَىَّ مِنَ ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَمُبَشِّرَۢا بِرَسُولٍ۬ يَأۡتِى مِنۢ بَعۡدِى ٱسۡمُهُ ۥۤ أَحۡمَدُۖ فَلَمَّا جَآءَهُم بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ قَالُواْ هَـٰذَا سِحۡرٌ۬ مُّبِينٌ۬
As-Saff – 6
'Dan berkata Isa anak Maryam, Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah Rasul yang diutus kepada kamu yang membenarkan apa yang diwahyukan kepada kamu dalam Taurat dan membawa berita gembira tentang kelahiran seorang Rasul yang bernama Ahmad. Apabila Nabi ini diutus mereka mengatakan 'Ini adalah sihir yang nyata'.
Bermula dari saat itu, orang-orang Yahudi menyimpan dendam kesumat yang tidak berkesudahan terhadap Rasulullah SAW dan apa yang dibawa oleh baginda berupa risalah Tauhid. Mereka mengharapkan Nabi akhir zaman yang dijanjikan itu lahir dari jalur keturunan Bani Israel iaitu Nabi Ishaq AS. Tetapi Allah SWT mempunyai perancangannya yang tersendiri lalu memilih Nabi akhir zaman itu dari jalur keturunan Nabi Ismail AS. Sesungguhnya penolakan Bani israel ini tidak mempunyai sebarang rasional kerana Nabi Ismail sebagaimana Nabi Ishaq adalah putera-putera dari ayah yang sama iaitu Nabi Ibrahim AS. Lagipun kedengkian dan kesumat yang ada di dalam jiwa orang-orang Yahudi tidak akan memungkinkan mereka menerima kebenaran hatta jika Nabi akhir zaman itu lahir dari jalur keturunan Banu Israel sekalipun. Telah terbukti bahawa mereka menolak kebenaran yang dibawa oleh Nabi-Nabi dari keturunan Bani Israel seperti Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa as. Bahkan kedua dari Nabi ini dan beberapa Nabi yang lain seperti yang disebut di dalam Surah Yaasin dibunuh oleh orang-orang Yahudi. Jika Allah SWT tidak menyelamatkan Nabi Isa AS maka baginda juga bakal menerima nasib yang sama (Walya’uzubillah) akibat peresekongkolan orang-orang Yahudi dan golongan kafir yang berkuasa di Baitul Maqdis. Pokoknya penolakan orang-orang Yahudi ke atas kerasulan Nabi Muhammad SAW bukan kerana baginda dari jalur keturunan Nabi Ismail AS tetapi kerana kebenaran yang dibawanya.
Pengajaran pertama yang boleh digarap dari peristiwa Maulid ini ialah permusuhan yang sudah tertanam di dalam sanubari orang-orang Yahudi terhadap agama Islam. ia juga memberi satu isyarat yang sangat penting bagi umat Islam supaya menjadikan sikap orang-orang Yahudi sebagai sempadan. Jangan sampai umat Islam ghairah menyambut kedatangan Maulid dan menyambutnya dengan pelbagai acara tetapi menuruti jejak orang-orang Yahudi yang memusuhi dan menolak misi perjuangan Rasulullah SAW. Kenyataannya pada hari ini berapa ramai dari kalangan mat yang membuat sambutan Maulud tetapi penentang perlaksanaan syariat Islam dalam semua lapangan kehidupan, terutama dalam aspek perundangan dan kehakiman. Berapa ramai yang berselawat sempena sambutan Maulud tetapi memperlekeh dan mempersenda cara hidup Islam yang merupakan sunnah Rasulullah SAW baik dari sudut pakaian, penampilan, pergaulan dan akhlak. Berapa ramai yang menghargai kelahiran Nabi Muhammad SAW tetapi menentang para ulama dan pejuang-pejuang Islam yang berusaha untuk meneruskan misi dakwah Rasulullah SAW. Semuga umat Islam membuat semakan dan mengaudit diri masing-masing agar kita tidak terjebak dengan fenomena orang yahudi yang kononnya menanti kelahiran Nabi akhir zaman tetapi kemudiannya menentang secara terbuka apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, maka kita dapati begitu banyak persamaan di antara apa yang dihadapi kini dengan apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW. Bukankah rakyat Palestin pada hari ini menerima pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman zionis Israel samada dalam bentuk sekatan perjalanan, penyingkiran dari tanah-tanah milik mereka, kepungan oleh tembok-tembok pemisah dan terakhir sekatan ekonomi dan penutupan laluan darat, udara dan laut di Gaza. Semua bentuk kezaliman dan penindasan ini pernah ditimpakan oleh orang-orang Quraish kepada Rasulullah SAW dan seluruh Bani Hasyim, samada muslim ataupun sebaliknya. Seluruh penduduk Mekah membuat perjanjian supaya memboikot dan memulau Rasulullah SAW dan Bani Hasyim dengan tidak membuat sebarang hubungan dengan mereka, tidak berjual beli dengan mereka, tidak berkahwin dengan mereka. Selama tiga tahun lamanya Rasulullah SAW dan Bani Hasyim dipinggirkan di Shiib Abi Talib, Lembah Abi Talib. Keadaan menjadi begitu getir sehingga anak-anak menangis kelaparan pada waktu malam sehingga mereka terpaksa mengalas perut dengan kulit-kulit unta dan kulit-kulit kayu. Mereka dikhianati dan di aniaya oleh penduduk Mekah termasuk oleh Bapa saudara Nabi sendiri iaitu Abu Lahab. Apabila kita memerkatikan peristiwa yang berlaku pada hari ini maka kita akan melihat persamaan yang amat ketara. Bukan sahaja rakyat Palestin dikepung dan dipulau oleh masyarakat antarabangsa yang didalangi oleh Amerika Syarikat bahkan mereka dikhianati oleh pemimpin-pemimpin Arab. Dalam keadaan rakyat Gaza diserang bertalu-talu oleh zionis Israel, pemimpin-pemimpin Arab bersekongkol menyokong serangan ini dan menghalang bantuan dari menyeberang masuk ke Gaza. Semua drama yang pahit ini sedang kita saksikan di Gaza. Anak-anak merintih kelaparan pada waktu malam sehingga ibu-ibu mengutip rumput di jalanan untuk direbus dan mengalas perut anak-anak mereka. Ini jugalah yang dialami oleh Rasulullah SAW. Dek kerana tidak tertahan mendengar rintihan anak-anak maka ada di kalangan orang-orang Quraish yang tidak sampai hati dan menyusup pada waktu malam untuk menghantar makanan. Kini rakyat Gaza merintih tetapi tidak ada di kalangan umat Islam yang menghulur bantuan, bahkan emeritkan lagi keadaan dengan mengenakan pelbagai sekatan dan halangan untuk bantuan segera di sampaikan kepada penduduk Gaza. Kita perhatikan juga bagaimana sikap pemimpin-pemimpin Arab yang saling tidak tumpah seperti sikap pemimpin Quraish yang diketuai oleh Abu Lahab yang merupakan kelaurga Rasulullah SAW sendiri. Kita melihat bagaimana sebelumnya Hosni Mubarak menghalang penduduk Gaza memasuki Mesir ketika Israel membedil Gaza. Pelbagai syarat tidak menasabah pula dikenakan sehingga menghalang bantuan untuk menyeberang ke Gaza.
Namun seerah menunjukkan bahawa pemulauan ke atas Rasulullah SAW adalah merupakan siri-siri awal kepada kemenangan yang bakal ditempa oleh umat Islam. Boikot ini berakhir setelah tiga tahun dan diikuti pula dengan pelbagai bentuk penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Rasulullah SAW. Ini termasuklah kematian Abu Talib dan isteri tercinta, Sy Khadijah RA yang merupakan tonggak utama kepada Rasulullah SAW. Ini disusuli dengan peristiwa menyayat hati apabila Rasulullah diusir dari Taif dan dilontar dengan batu. Dalam saat-saat yang amat menekan inilah Rasulullah SAW dikurniakan mukjizat yang amat besar iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj. Dalam peristiwa bersejarah ini Nabi singgah di Masjid Al-Aqsa sebelum meneruskan mikraj ke Sidratul Muntaha. Perjalanan ini punya makna yang sangat simbolik dalam perjuangan Palestin pada hari ini. Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj ini bermulalah pertemuan dengan penduduk Yathrib yang membawa kepada perjanjian Aqbah I dan II yang disusuli dengan hijrah yang mulia dan pemasyuran Yathrib sebagai Kota Madinatul Nabi. Bermula dari saat itu kemenangan demi kemenangan ditempa sehingga cahaya Islam memancar ke seluruh ufuk timur dan barat. Kesemua ini menunjukkan kepada kita bahawa kemanangan bakal datang setelah pelbagai ujian dan mehnah dilalui oleh umat Islam di palestin.
Kini kita melihat tanda-tanda kemenangan semakin hampir. Apa yang berlaku di Mesir adalah petanda bahawa pengkhianatan yang dilakukan ke atas umat Islam tidak dapat membendung usaha untuk merebut kembali bumi Palestin dan tanah suci Baitul Maqdis. Tumbangnya diktator Husni Mubarak adalah berita gembira bagi para pejuang yang ikhlas. Israel kini telah kehilangan sekutu kuatnya yang selama ini menjadi orang suruhan untuk membendung kemaraan umat Islam. Api kebangkitan sedang marak di seluruh dunia Arab dan kita bakal menyaksikan apa yang digambarkan oleh Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu.Perkhabaran tersebut disampaikan oleh Abu Hirairah dari Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani.
"Akan ada di kalangan umatku, mereka yang terus berjihad di pintu-pintu Dimasq (Damsyik) dan akan ada dari kalangan umatku mereka yang berjihad di pintu-pintu al-Quds dan sekitarannya. Mereka ini tidak dapat dilemahkan oleh golongan yang membelot dan berkhianat. Mereka akan terus menjadi golongan yang menang, istiqamah sehingga akhir waktu."
Perjuangan pembebasan Baitul Maqdis dan bumi Palestin adalah tuntutan keimanan. Peperangan yang sedang berlaku sekarang ini dirujuk oleh para mujahiddin HAMAS sebagai al-Furqan. Al-Furqan bermaksud pembeda – pembeda di antara al-Haq dan batil. Sebagaimana al-Quran juga disebut sebagai al-Furqan iaitu neraca untuk membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan. Sy. Umar al-Khattab diberi julukan al-Farouq – Umar pembeda dan pemusnah kebatilan. Maka peperangan yang berlaku di bumi Palestin pada hari ini bukanlah peperangan sekadar merebut wilayah atau percaturan politik bahkan ia adalah peperangan di antara Islam dan kekufuran. Islam berada di satu pihak. Golongan yahudi, kafirun dan al-munafiqun berada di satu pihak yang lain. Umat Islam terus membina kekuatan meski mereka berhadapan dengan sekatan yang paling melumpuhkan pernah disaksikan dunia. Persiapan yang paling penting bagi mereka bukan kewangan atau peralatan ketenteraan. Tetapi persiapan yang sedang mereka bina pada hari ini ialah persiapan iman. Setiap bulan mereka melahirkan para hufaz al-Quran dari kalangan kanak-kanak dan remaja Palestin yang jumlahnya mencecah ribuan orang. Mereka merancang dan Allah juga merancang. Siapakah yang lebih baik dari perancangan Allah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Tahun lepas (2012) penduduk Gaza diserang lagi. Namun serangan ini berakhir dengan kekalahan di pihak Israel yang merayu supaya gencaan senjata dikenakan walaupun dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh HAMAS. Hamas menamakan peperangan ini sebagai Hijaratus Sijjil. Kali ini, Israel ibarat tentera bergajah Abrahah dimusnahkan oleh burung-brung Ababil yang menghunjam mereka dengan hijaaratus sijjil – batu-batu bakar dari api neraka.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif
21 Jan 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)