Friday, November 7, 2008

Kenangan Untuk Keluarga - Hari Raya Aidil Fitri 1428H

Pagi Shawal - bergambar sekeluarga

Abg Qayyim dan Pak Long

Kak Jun, Angah, suami dan cucu-cucu Aiman & Aqilah

Di rumah Angah Saodah, Alur Gajah
(Beliau yang menjaga abi masa kecil dulu di JB)

Arul dan family bertandang ke rumah berhari raya

Arul, Isma, Alya (Alya tok cu) dan Zara Batrisya (juga cucu tuk cu)

Anak bujang bertiga dgn Ayil

Cik Aton, Nana, Sumayyah dan Ukasyah

Rodzi, Fadwa dan Ukasyah

Bergambar ramai depan rumah Kak Jun

Di rumah mertua Abg Ya'ai bersama keluarga

Ust Mahmood dan Talhah

Makan ramai (Cik Min, Abg Paie, Mak Utih, Kak Nazeha, Cik Aton, Nana, Umi dan Abi)

Tidurkan cucu tuk cu - Fadwa (popom deh, cayang cucu tuk cu tuh...butuknya ia)

Abg Qayyim dan Shapiq

Bergambar ramai depan rumah abg Hassan kak hendon

Di rumah Pak long Mak long Air Hitam

Tiga beradik (Mak Long, Cik Aton dan Umi)

Rin dan Yana

Semuga Allah merangkumi kita semua dalam rahmat kasih sayang dan pemeliharaannya. Semuga Allah menetapkan kita semua di atas jalan Islam dan iman serta memperteguh silaturrahim dan mengumpulkan kita semua di dalam syurga Allah yang kekal abadi. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Pak Su, Mak Su dan anak-anak Mphd Qayyim, Muhammad Mawardi dan Amin Husaini

Pandangan Pengarah PACE mengenai pemilihan Obama terhadap masa depan Palestin


Serangan terbaru Israel yang membunuh 7 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, rabu lalu, bakal memberi kesan terhadap rundingan damai Hamas dan Fatah yang dirintis oleh Mesir - AFP


Palestin tidak letak harapan tinggi ke atas AS

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
(WARTAWAN UTUSAN)

SERANGAN terbaru Israel yang membunuh tujuh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, Rabu lalu, bakal memberi kesan terhadap rundingan damai Hamas dan Fatah yang dirintis oleh Mesir.
- AFP

HANYA selepas lima bulan persetujuan gencatan senjata dicapai, Semenanjung Gaza dan selatan Israel kembali dihujani puluhan bedilan roket pejuang Hamas dan tentera Israel dalam kejadian yang mengorbankan tujuh rakyat Palestin, Rabu lalu.

Keganasan terbaru itu tercetus ekoran rondaan tentera Israel sejauh 250 meter ke wilayah Gaza yang kemudiannya dipertahankan oleh Israel sebagai tindakan yang tidak wajar dilihat sebagai satu bentuk pencerobohan.

Insiden itu jelas menunjukkan bahawa Israel tidak akan menghormati gencatan senjata yang dicapai dengan mana-mana pihak yang mewakili rakyat Palestin dan akan menggunakan pelbagai alasan bagi mewajarkan tindakan pencerobohan mereka.

Ia juga membawa kepada persoalan yang lebih besar, adakah Israel berminat untuk mencari jalan penyelesaian dan formula ke arah perdamaian dengan Palestin.

Kejadian terbaru itu juga berlaku beberapa hari sebelum menjelangnya detik penting rundingan damai antara Hamas dan Fatah, yang akan kembali bertemu di meja rundingan, esok.

Rundingan damai yang dirintis oleh Mesir sejak beberapa bulan lalu bertujuan membentuk sebuah kerajaan baru menerusi pilihan raya legislatif memandangkan mandat Presiden Mahmoud Abbas akan berakhir Januari tahun depan.

Tanpa boleh dielak, pertempuran terbaru Hamas-Israel turut melunturkan keyakinan terhadap kejayaan rundingan damai Hamas dan Fatah, yang sudah sedia dilihat tidak mampu membawa banyak perubahan kepada masa depan Palestin.

Apatah lagi intipati rundingan damai Fatah dan Hamas itu juga bakal membincangkan mengenai konflik dengan Israel yang merupakan isu utama dan lebih mendasar.

Seperti yang dijelaskan oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor, Fatah dilihat lebih berlembut dalam hubungan dengan Israel apabila bersedia untuk mengiktiraf negara itu bahkan telah pun berbuat demikian menerusi perjanjian Oslo 1993.

Malah Fatah turut berkompromi berhubung beberapa isu utama seperti status Baitulmaqdis, penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur serta berhubung isu pelarian.

Sebaliknya bagi Hamas, tiga isu pokok iaitu hak kedaulatan Negara Palestin, kedudukan Baitulmaqdis dan hak pelarian Palestin untuk pulang ke tanah air, adalah sesuatu yang tidak boleh dirundingkan.

Penyelesaian

Justeru dalam perbezaan itu, adalah sukar untuk Hamas dan Fatah mencapai titik perdamaian melainkan kedua-dua pihak sanggup berkorban dan bersedia mencari formula penyelesaian yang terbaik.

Apatah lagi perbezaan pendirian kedua- dua pihak sebelum ini juga pernah meruntuhkan kerajaan perpaduan Palestin yang tertubuh hasil Perjanjian Mekah 2007.

Fatah ketika itu menuduh Hamas merampas kuasa di Gaza manakala Hamas pula mengambil pendirian menghapuskan ancaman kelompok bersenjata yang ada kaitan dengan Fatah.

''Berdasarkan kepada kenyataan yang pahit ini kedua-dua belah pihak wajar bertungkus-lumus untuk mencari formula yang menuju ke arah penyatuan yang mantap di antara pelbagai fraksi yang mewakili rakyat Palestin," katanya.

Sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam mengupas mengenai konflik Palestin juga ialah masa depan negara itu terutamanya selepas AS, yang sebelum ini menjadi perencana utama kepada Israel kini berganti Presiden iaitu Barack Obama.

Ketika diajukan mengenai harapan yang boleh disandarkan kepada Obama, Hafidzi menjelaskan, jalan terbaik untuk menjangkakan kemungkinan itu ialah dengan melihat daripada perspektif rakyat Palestin sendiri.

Beliau turut memetik kenyataan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh ketika ditanya tentang pemilihan Presiden AS, yang mengatakan bahawa 'Palestin sebenarnya tersepit di antara dua pilihan yang sukar'.

Kenyataan itu jelas menunjukkan bahawa rakyat Palestin tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada Obama meskipun beliau mempunyai latar belakang minoriti Afrika-Amerika, serta mempunyai darah keturunan Muslim.

Ini kerana sesiapa pun yang menjadi Presiden AS, tidak akan membawa perubahan kepada dasar luar, terutamanya berkaitan kepentingan Israel dan kepentingan negara kuasa besar itu di Asia Barat.

Malah, bukanlah sesuatu yang sukar untuk menjangkakan dasar luar AS yang tidak mengiktiraf dan berunding dengan kumpulan yang dilabel sebagai pengganas - di bawah Obama nanti akan dipertahankan

Dalam konteks ini ujar Hafidzi, Hamas yang telah disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas akan terus dipencilkan oleh AS dalam rundingan damai di antara pihak berkuasa Palestin dan Israel.

''Obama sendiri dalam salah satu pendirian yang dinyatakan ketika kempen pilihan raya Presiden menegaskan bahawa AS akan terus menjunjung persahabatan dengan Israel dan akan memastikan keselamatan Israel sebagai agenda penting dalam pentadbirannya sekiranya beliau dipilih," katanya.

Bagaimanapun, menurut Hafidzi, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang jangkaan tentang apakah kebijakan yang akan diambil oleh Obama dalam menangani isu di Asia Barat khususnya berkenaan Palestin.

Bersandarkan latar belakang beliau sebagai Afrika-Amerika, Obama diharapkan supaya lebih memahami kemelut yang dihadapi oleh pelbagai pihak yang selama ini tertindas akibat dasar berat sebelah yang mengutamakan kepentingan strategik dan politik Barat.

Isu-isu yang mendesak berkaitan hak asasi rakyat Palestin perlu disegerakan oleh Obama termasuk menggunakan pengaruhnya untuk memaksa Israel menghentikan kepungan ke atas Gaza.

Sejak pertengahan Jun 2007, Gaza dinafikan hubungannya dengan masyarakat antarabangsa ekoran pelbagai sekatan oleh Israel sehingga mencetus kepada krisis kemanusiaan apabila penduduk Palestin terputus bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas lain.

Tindakan kemanusiaan itu pasti akan memulihkan kembali kedudukan Amerika sebagai sebuah kuasa dunia yang dilihat berusaha untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat khususnya dan di peringkat global amnya.

Wednesday, November 5, 2008

PACE Statement to President elect Barrack Hussein Obama

PACE plead for Mr Obama to do the right thing for beleaguered Gazans


PACE would like to congratulate President elect Barrack H. Obama for his spectacular election win. Certainly for millions of American citizen, and particularly so for the African-American descent and every other communities consigned to the minority groups, your victory has ushered in a new promising era. For them you are the beacon of hope, longed for by their forefathers.

PACE would also like to commend your remarks on the night of the election results. You have pledged to be impartial to all American citizens despite of every discernible divide in the true spirits of the American democracy. You have asserted that your victory will take America to a higher plane in achieving world peace, tolerance and prosperity.

PACE would therefore called on President Obama on the eve of this historic moment to do the only right thing to many people of different nations who has paid dearly in the name of so-called defending the American ideals. The Palestinians and the Gazans in particular has little reasons to be elated in the wake of your success. For them, whoever leads would not change the status qou. Your election success will not bring bread on their tables and certainly will not bring hope to a nation so worn of despair.

In the name of All Mighty God, the name you invoke in such gratitude, we solemnly called to your attention the untold and unimaginable sufferings of the Palestinians collectively punished for upholding democracy, the very pillars on which America exist to this day. Men, women and children are slowly being liquidated in a territorial enclave called Gaza and this was done under the full advocacy by the United States of America. We plead that you execute one of the most urgent matters on your long list of priorities i.e. to deliver the 1.5 million Gazans from certain death. We plead for you Mr President not to prolong the unbearable conditions imposed on the Palestinians, as the majority of them are simple men on the streets who has no affiliation with any of the political factions, the reason why they have been singled out for the most comprehensive economic sanctions the world has ever seen. We are not asking you to review the official policy on the political aspects of the Palestinian-Israeli conflict. We are only pleading for your good self and office to deliver our fellow human beings from such an inconceivable act of collective persecution. Who would possibly know you could well be treading on a path that will lead to a peaceful settlement for the occupied land, a dream non of your predecessors has achieved.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE Malaysia
(Palestine Centre of Excellence)
November 2008

Tuesday, November 4, 2008

Kembalinya Ustazah Shamsiah Faqeh ke Rahmatullah


Shamsiah Faqeh (1924 - 2008)

Assalamualaikum,

Al-fatihah. Telah berlalu beberapa waktu pulangnya Shamsiah Faqeh ke pangkuan ilahi. Kematian beliau telah menimbulkan minat dan persoalan tentang ideologi komunis yang kini sudah tidak relevant lagi. Faham komunisme mungkin tidak berperanan lagi apabila runtuhnya empire Soviet Union, runtuhnya tembok Berlin yang selama ini membahagikan dunia barat kepada blok kapitalis barat dan blok komunis. Beberapa negara pendukong ideologi komunis di timur seperti Cina dan Vietnam telah melaksanakan dasar terbuka melalui liberalisasi ekonomi sehingga konsep negara Komunis tidak lagi mengandung sebarang erti.

Lalu apa yang menariknya tentang wanita bersemangat waja ini? Jawapan ini hanya boleh dijawab sekiranya sejarah di nilai secara objektif dengan mata hati, bukan dengan semangat patriotik melulu dan taksub terhadap ide-ide nasionalisme palsu yang dipinjam dari penjajah imperialis barat.

Shamsiah Faqeh adalah pejuang kemerdekaan, titik! Itulah kesimpulan jitu yang boleh kita ambil bagi mereka yang melihat sejarah dengan fikiran yang terbuka. Apakah jalan yang diambil oleh Shamsiah Faqeh? Itu persoalan nombor dua. Dan orang tidak akan faham kenapa beliau mengambil jalan tersebut jika sejarah di nilai melalui kacamata yang sempit dan kaku.

Semacam sudah menjadi lumrah alam, pejuang yang sebanar dan tulen akan hilang dalam timbunan sampah sarap sejarah yang dilonggokkan oleh pejuang-pejuang yang menjadi pewaris penjajah. Jika kita kembali ke zaman 40'an dan 50'an maka kita akan mendengar laungan dan seruan agar anak watan bangkit menuntut hak yang telah dirampas dari mereka. Hak itu ialah kemerdekaan tanah air. Melalui wadah-wadah seperti PKMM dan badan-badan yang bergabung dan bersekutu dengannya seperti AWAS (Angkatan Wanita Sedar), API (Angkatan Pemuda Insaf), Hisbul Muslimin dan BATAS, penduduk tanah melayu tidak teragak-agak menuntut penjajah British angkat kaki meninggalkan tanah melayu yang mereka duduki sejak sekian lama. Sudah tentu mereka tidak menerima sebarang kompromi. Bagaimana berkompromi dengan orang yang merampas tanah air dan menafikan hak penduduknya. Satu-satunya pilihan bagi British ialah memberi kemerdekaan tanpa syarat.

Tahun selepas Perang Dunia Kedua menyaksikan kebangkitan ideologi komunis setelah sekian lama membina pengaruh di Asia Tenggara termasuk di Tanah Melayu dan Hindia Belanda (Indonesia). Ideologi Komunis sudah lama mendapat tempat di kalangan pejuang-pejuang bangsa termasuk dari kalangan mereka yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama. Inilah yang digambarkan oleh Almarhum Buya HAMKA dalam buku beliau 'Kenang-Kenangan Hidup' - ajaib! Ulama masuk komunis. Ayah beliau Hj Abdul Karim Amrullah (bergelar Hj Rasul) dikecam oleh anak-anak muridnya sendiri di Sumatera Thawalib kerana dituduh mendukong imperialis Belanda kerana tidak menyokong ideologi komunis. Anak-anak muda termasuk HAMKA sendiri menyanyikan lagu-lagu komunis international seperti lagu 'Mayday' yang didendangkan dengan penuh semangat. Sehingga Pak HAMKA diingatkan oleh ayah beliau 'Wa'ang jangan masuk komunis, Zahirnya membawa-bawa agama, bathinnya merusak agama'. Rupa-rupanya ideologi komunis itu menarik kepada mereka kerana ia bersifat revolusi dan oleh kerana menentang golongan burguoise kapitalis yang menindas ia nampak seiring dengan tujuan-tujuan perjuangan yang ditegakkan oleh Islam. Bukankah mereka menentang imperialis Belanda yang menjajah tanah air umat Islam? Tidak hairanlah tokoh-tokoh ulama komunis seperti Hj Misbakh menafsirkan surah at Taubah dan al Anfal dalam kerangka ideologi komunis dalam ceramah-ceramah beliau!

Bagi mereka aspek radikal dan revolusioner komunis itu yang menarik perhatian dan menjadi wasilah untuk memerdekakan tanah air. Mereka tidak pernah melihat ideologi komunis dari sudut didactisma metarialisma iaitu pertentangan di antara sistem kapitalis barat (free market) dengan komunis. Mereka juga tidak melihatnya dari sudut evolusi sosial yang berkembang dari teori sesat evolusi Charles Darwin, di mana komunisme adalah evolusi masyarakat semulajadi dari sistem kapitalis yang didokong oleh penindas burgoiuse kepada komunis yang didokong oleh golongan proletariat. Mereka juga tidak melihat komunis dari sudut 'agama adalah candu kehidupan' yang diketengahkan oleh Karl Marx dalam bukunya Das Kapital. Apa yang mereka tahu, gerak kerja komunis boleh menggugat kuasa imperialis barat. HAMKA menyebut pendukong-pendukong ideologi komunis dari kalangan ulama seperti Hj Dt. Batuah di Sumatera 'tidak sampai hati meninggalkan Islam'.

Apa pula yang mendorong Shamsiah Faqeh menyertai rejiman ke 10 PKM (Parti Komunis Malaya)? Yang pertama itulah satu-satunya jalan yang masih terbuka untuk meneruskan perjuangan bermaruah menuntut kemerdekaan tatkala British mengharamkan semua pertubuhan dan memenjarakan para pejuang termasuk ulama apabila Darurat di istiharkan. Hanya UMNO yang dibenarkan 'berjuang' di kalangan orang melayu. Sedangkan apakah yang boleh diharapkan kepada UMNO yang menjadi anak peliharaan British? Shamsiah Faqeh sendiri menyebut dia menjadi bahan ejekan dan cemuhan ahli-ahli UMNO kerana melaungkan slogan kemerdekaan! Apakah pilihan yang ada apabila semua pintu-pintu yang sah dari sudut undang-undang tertutup rapat. Hati para pejuang tidak boleh duduk diam dan akan mengambil apa sahaja wasilah yang mungkin untuk menuntut kemerdekaan. Bagi mereka kemerdekaan itu sangat mahal harganya, jauh lebih mahal dari nyawa mereka sendiri. Mereka sanggup mati jika itulah taruhannya untuk mengecap nikmat kemerdekaan tanah air.

Itulah jalan yang telah dipilih oleh Shamsiah Faqeh. Dia samasekali tidak pernah menyesal memilih jalan itu kerana dhamir beliau jelas, beliau berjuang menentang British untuk kemerdekaan tanah air.

Keputusan PRU 12 yang baru lepas memberi sedikit kelegaan kepada beliau. Beliau tidak menyembunyikan kegembiraan hatinya apabila berlaku perubahan yang besar dalam lanskap politik negara. Apa yang beliau perjuangkan selama ini iaitu untuk memerdekakan tanah air sudah mulai menunjukkan hasil. Kekalahan UMNO sebagai pewaris kepada penjajah imperialis British adalah sesuatu yang dinantikan oleh beliau. Maka dengan itu layaklah beliau diletakkan sebaris dengan semua pejuang-pejuang kebenaran dan keadilan yang kini masih terus dengan agenda perjuangan untuk 'kemerdekaan tanah air' buat kali yang kedua (kemerdekaan yang sebenarnya dari sistem feudal UMNO yang dipertahankan oleh penjajah Barat).

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau. Semuga kecekalan srikandi bernama Shamsiah Faqeh ini terus mekar dalam lipatan sejarah umat yang bermaruah.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Bertemu Dato-Dato adat Minangkabau di Jakarta

Menghadiahkan buku Jejak Risalah di Nusantara I kepada Dato Perpataih (yang bersongkok), Ust Ferry Nur yang berkupiah. Pak Selamat berdiri kanan sekali

Bergambar sebelum makanan malam dihidang. 

Dato' Perpataih mengatakan sesuatu


Menunjukkan buku Jejak Risalah di Nusantara I

Turut menghadiahkan beberapa buah buku Palestin

Assalamualaikum,

Kebetulan ketika berada di Jakarta menghadiri IHCAVO (International Humanitarian Convention on Assistantship to Victims of Occupation (Palestine), kami (saya dan Pak Selamat) bertemu dan di hos oleh Ust Ferry Nur (Pengurus KISPA - Komite Insonesia untuk Solidariti Palestina) pada hari ketiga kami di sana. Oleh kerana Ust Ferry Nur dimaklumkan tentang projek penulisan buku jejak risalah nusantara jilid IV beliau telah menjemput kami berdua untuk bertemu ketua-ketua adat Minangkabau yang kebetulan mengadakan rapat (mesyuarat) pada hari Ahad malam isnin (2 Nov.2008). Ust Ferry Nur juga orang Minang dan beliau dipandang sebagai ulama yang menjadi rujukan 'ninik-mamak' - ketua-ketua suku di Minangkabau. Kebetulan Ust Ferry Nur juga dipilih sebagai 'calek' - calun Pemilu 2009 bagi kawasan tersebut.

Saya kongsikan apa yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut kerana ia benar-benar menyedarkan kami tentang keberkesanan institusi adat di tanah Minang dalam menangani isu umat. (Pak Selamat tentu setuju dengan saya). Kami menyangka ia hanyalah rapat biasa dan pertemuan silaturahmi bagi anak-anak minang di perantauan. Rupa-rupanya mereka membincangkan tentang isu-isu nasional yang memberi kesan kepada kesejahteraan umat Islam di Minangkabau. Tiga isu yang dibawakan ialah masalah gejala sosial yang nampaknya tidak diberi perhatian bahkan disokong oleh pula oleh setengah Dato-Dato', nenek mamak dalam luhak (kawasan) masing-masing. Isu kedua berkaitan gejala murtad dan juga khurafat (bernazar dan menziarahi kubur Syeikh Burhanuddin Ulakan - penyebar agama Islam di Minangkabau pada bulan safar - sebuah video dipertontonkan kepada kami betapa jauhnya kesesatan amalan penduduk yang datang dengan pelbagai hajat dan keperluan). Isu Pornografi yang hangat dibahaskan dalam parlimen Indonesia juga dibangkitkan. 

Yang saya hendak sebut di sini ialah institusi adat benar-benar dimanfaatkan untuk memelihara syariat. Meskipun ada aspek-aspek tertentu dari adat perpateh yang bertentangan dengan Islam seperti hak pewarisan kepada perempuan, larangan kahwin sesuku dan sebagainya, namun pada tahun sekarang 2008, adat perpateh masih menjunjung tinggi falsafah Minang iaitu

                 "Adat basandi (bersandi) syarak
                 "Syarak basandi kitabullah"

Dato' ketua yang hadir iaitu bergelar Yus Dato' Perpataih merakamkan kebimbangan beliau terhadap keruntuhan akhlak yang melanda masyarakat minangkabau baik di negeri Minang baik di Perantauan. Mereka ini 'orang awak' (maknanya orang kita). Kita yang selama ini mendidik umat supaya membangunkan kehidupan berbudaya (beragama) sekarang dipaksa untuk melaksanakan hidup tanpa budaya. Beliau juga menegaskan orang Minang adakah orang Minang kerana Islamnya. Jika mereka murtad bererti mereka bukan orang Minang lagi dan tidak lagi boleh mendapat sebarang hak yang termaktub dalam lembaga adat.

Salah satu dari program yang mereka cadangkan hasil dari rumusan perbincangan ialah mengadakan rapat (mesyuarat) yang melibatkan semua ketua-ketua adat dan ninik mamak bersama dengan para ulama. Ust Ferry Nur diminta untuk turun memberikan panduan terhadap isu-isu yang diketengahkan.

Saya sempat juga memberi sepatah dua kata sebagai menghargai pengalaman dapat bersama dalam mesyuarat Dato-dato adat. Saya katakan sebagai anak Negeri Sembilan saya punya hubungan kebudayaan yang sangat dekat dengan Minangkabau. Kami juga menjunjung falsafah yang sama iaitu 

'Syarak mengato, adat memakai'. 

Adapun kata perbilangan 

'Adat basandi hukum, hukum basandi kitabullah' 

itu adalah penambahan yang dibuat oleh Imam Bonjol selepas Perang Padri (1821 - 1835) melawan Belanda untuk meletakkan syariat sebagai pemutus kepada persoalan adat. Saya juga sebut di Radah (jalan Seremban-Rembau) ada pusara salah seorang dari ulama/pejuang 'Harimau nan delapan' iaitu Tuangku Tambusai yang melawan Belanda. Beliau berhijrah di Negeri Sembilan setelah Belanda menguasai Minangkabau - Sumatera Barat. Dengan sedikit kata-kata itu saya mempelawa dato-dato untuk berziarah ke Negeri Sembilan bagi tujuan silaturrahmi. Mereka juga menjemput ke Padang Panjang untuk silaturahim dan di bawa keliling untuk mendapatkan bahan penulisan 'Jejak Risalah di Nusantara III' khususnya berkaitan dengan Perang 'Paderi'  iaitu jihad yang diketuai oleh Tuangku Imam Bonjol. Sebuah buku Jejak Risalah di Nusantara I sebagai tanda ingatan dihadiahkan kepada Dato' Perpataih.

Dr Hafidzi Mohd Noor 

Wednesday, October 8, 2008

Subprime Crises and the Palestinian blockade - 'Chicken coming home to roost?"

Subprime crises and the Palestinian blockade

Salam,

Allah's retribution sometimes work in mysterious ways. The subprimefinancial crises that leads to a meltdown of the free capitalisteconomy may serve as a succint reminder to this.

I have no intention of dismissing it as a sign of the wrath of theAllmighty for the arrogance of what has become of the US. But I cannot help relating this financial horde as the classic case of 'the chicken coming home to roost'.

Since mid 2006 the Palestinians has been collectively punished for the 'wrong' choice in exercising their democratic rights, enshrined even in the US constitution. They were treated like sub-humans and denied access to basic sustainence. With no sign of the economic blockade easing in 2008, they tightened the noose to the already strangulated population of Gaza. All entry points were sealed cutting off fuel, food and medical supplies. I wish there is a more fitting word to describe the zionist inhumane treatment of the Gazans. All this has been made possible by the American endorsement.

Therefore when the subprime crises hit America, I tend to view this as a divine retribution for the wrongs inflicted by the US to the citizens of the world, particularly the Palestinians. In a flinch,they lost trillions and are still reeling from the financial loss that is showing no signs of abatement. It could well be the beginning of the demise of the US as the sole superpower. Like i've said, God's retribution works in mysterious ways and when you least anticipated it. One may recall the downfall of the Soviet. Who would ever imagine the great Soviet empire went under as a result of a miscalculation of attacking a small nation so destitude and backward, I.e. Afghanistan.?But it happened. Sceptics may attribute it to the liberalization of the Russian economy, or the much publicised and celebrated Petroistika by Gorbachev . But nobody can deny that the military misadventure of the Soviet in the Afghan territory forced the former empire to dump her socialist-communist ideology and therefore lost her edge in the race for economic and political supremacy with her nemesis, the US.

Brace yourself for the inevitable. We could be seeing yet another empire crumbling before our own eyes. Indeed we are living through an era of change. Allah swt says in surah Ali-Imran verse 140 'Sungguh kami pergilirkan (kalah dan menang) di antara manusia"

Dr Hafidzi Mohd Noor

Sunday, October 5, 2008

Perutusan Shawal 1429 PACE

Perutusan shawal PACE
Baitul Maqdis-kewajipan setiap muslim


Assalamualaikum wrt bth.

Syukur ke hadrat ilahi kerana telah memberi peluang dan kesempatan kepada kita bersama-sama dengan umat islam di seluruh pelusuk dunia menyahut dan menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan. Kita juga merafaqkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya ke atas kita bersama datangnya 1 shawal sebagai hadiah kemenangan bagi umat Islam yang berjaya menundukkan nafsunya di bulan Ramadhan demi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah.

Ujian kesabaran di bulan Ramadhan dan merayakan kemenangan 1 shawal adalah satu isyarat jelas bahawa hanya dengan berjuang dengan penuh keimanan dan kesabaran akan membuahkan kemenangan kepada umat Islam. Sebagaimana nafsu ditaklukkan dengan mujahadah begitulah juga hak dan muruah umat Islam dipertahan dengan mujahadah.

Bulan Ramadhan tahun ini sebagaimana tahun-tahun yang telah berlalu menyaksikan tanah suci umat Islam iaitu Baitul Maqdis terus dikepung dan dikuasai oleh penjajah zionis. Sejak 60 tahun bumi Palestin dirampas dan 41 tahun Baitul Maqdis diduduki tidak pernah melunturkan semangat dan kemahuan umat Islam untuk mengembalikannya kepada statusnya yang asal sebagaimana yang telah dijamin dalam ' al-ahdu Umar (konvensyen Umar) iaitu sebagai kota suci yang dijamin kesuciannya dan keamanannya terhadap tempat-tempat ibadahnya, syiar-syiar agama sam'iyat, keselamatan terhadap jiwa dan harta. Matlamat ini tidak akan tercapai melainkan dengan membebaskan Baitul Maqdis dari pendudukan zionis Israel. Inilah jaminan kepada keselamatan kepada umat Islam, umat kristian bahkan umat yahudi dari entiti Israel yang berdiri di atas sentimen perkauman yang sempit di atas ras bangsa yahudi semata-mata. Dasar apartheid dan agenda pengyahudian Baitul Maqdis dan Palextin adalah ancaman kepada kemanusiaan sejagat. Justeru seluruh dunia dan setiap negara yang menegakkan kemuliaan insan harus berganding bahu menolak bahaya ancaman Israel.

Semenjak tahun 1977 telah wujud usaha untuk mencipta perdamaian di Palestin dengan mengiktiraf Israel. Sesungguhnya usaha perdamaian ini bertolak dari premis yang pelik dan ganjil. Bagaimana dunia Islam dan negara-negara Arab mengiktiraf negara Israel yang didirikan di atas tanah dan wilayah yang dirampas? Pantaskah kita mengiktiraf sesuatu yang dirampas oleh orang lain dan yang di rampas itu pula hak kita? Ini adalah fenomena paling pelik zaman ini di mana pelbagai resolusi, konvensyen dan persidangan diadakan demi memperakui 'hak' Israel ke atas bumi Palestin yang dirampas. Kini dalam keadaan terdesak oleh kebangkitan umat Islam, mereka menawarkan pula 'land swap for peace' iaitu mengembalikan tanah yang mereka rampas untuk mendapat jaminan keamanan dalam lingkungan sempadan negara Israel yang diiktiraf. Dua persoalan besar berbangkit iaitu apakah tanah yang dirampas merupakan hak Israel sehingga digunakan untuk mengugut dan mengancam negara Arab. Persoalan kedua ialah di manakah batas negara Israel yang dituntut untuk dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan jiran-jiran negara Arabnya? Apakah negara yahudi yang diluluskan oleh Resolusi PBB 181? Atau sempadan yang diluluskan oleh Rhodes armistice 1949? Atau Israel pada tahun 1967, atau Israel selepas perjanjisn Camp David 1981? Atau selepas Israel berundur dari Lubnan pada tahun 2000? Atau Israel selepas perjanjian Oslo 1993? Atau Israel selepas pengunduran dari Gaza? Atau sempadan yang terbentuk dari tembok-tembok pemisah yang menyebabkan hampir 50% dari Tebing Barat berada di dalam 'wilayah' Israel yang diistihar di atas bumi Palestin yang dirampas selepas perang Arab-Israel yang pertama pada tahun 1948?

Malah persoalan yang lebih dasar tidak dijawab setiap kali negara-negara Arab dan Islam dipanggil untuk memeterai persidangan damai. Persoalan itu adalah status al haram as shariff (Masjid al Aqsa) dan kedudukan Baitul Maqdis timur (kota lama), status pelarian Palestin yang diusir dari tanah air mereka, status penempatan yahudi yang dibina di Baitul Maqdis timur dan Tebing barat. Setiap kali inisiatif damai yang ditaja dan di'broker' oleh AS menjadikan resolusi 242 (Israel mesti berundur dari wilayah yang diduduki pada tahun 1967), 338 (penegasan resolusi 242 selepas perang Oktober (Ramadhan) pada tahun 1973) dan 194 (hak pelarian untuk pulang atau mendapat pampasan yang setimpal yang diluluskan pada tahun 1949), namun tidak satupun resolusi ini terlaksana. Rakyat Palestin dan pemimpin yang mewakili mereka pula yang didesak untuk memperakui Israel, menjamin keselamatan dan kelansungannya. Sementara regim zionis meneruskan dasar 'ekspansionisme', embargo dan 'blockade' ke atas rakyat Palestin, mengembangkan pusat-pusat pemukiman yahudi dengan merampas tanah rakyat Palestin, merobohkan rumah mereka dan membatalkan kerakyatan rakyat Palestin!

Dalam pada itu pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam terus tunduk kepada tekanan dan telunjuk egosentrisme Amerika agar melindungi Israel dan menerima syarat-syarat 'perdamaian' yang menghinakan.

Namun kelemahan-kelemahan ini adalah penyakit yang menghinggapi umat Islam. Sebagaimana penyakit yang hinggap di atas batang tubuh umat akan sembuh, begitu juga penyakit kelemahan yang hinggap pada umat ini akan sembuh dan menghilang. Kelemahan akan diganti dengan kekuatan dan kemenangan. Sejarah membuktikan umat ini pernah dilanda kelemahan sehingga tanah suci Baitul Maqdis dijajah oleh tentera salib dan empayar Islam di asak oleh tentera tartar (monggol). Namun umat yang terlena dalam tidur yang panjang kembali membina kekuatan apabila berlaku proses pengislahan iman. Berundurlah tentera salibiah ke tanah asal mereka di Eropah dan berbondong-bondongnya tentera tartar masuk Islam ditangan umat Islam yang mereka kalahkan.

Umat Islam akan kembali membina kekuatan untuk mengalahkan yang batil, yang palsu dan yang tidak asli. Baitul Maqdis akan kembali kepada umat Islam. Petanda-petandanya semakin jelas dengan merudumnya Amerika sebagai kuasa unitunggal, kuasa militer, politik dan ekonomi,
kebangkitan kuasa-kuasa ekonomi baru seperti Cina yang akan membentuk keseimbangan kuasa yang baru, kebangkitan umat Islam sendiri dengan siri-siri kemenangan di Gaza, Selatan Lubnan dan kesepakatan negara-negara Islam yang semakin menyerlah.

Kami menyeru umat Islam agar teruskan azam dan memperhebat kempen kesedaran yang bertemakan 'Baitul Maqdis - kewajipan umat Islam'. Semuga shawal yang merupakan hari kemenangan ke atas umat Islam memperkuat tekad untuk mencipta kemenangan di atas bumi alQuds yang diberkati.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
(Palestine Centre of Excellence)
Kuala Lumpur
4 syawal 1429 H
 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc