Saturday, July 3, 2010

Pelukis @ kartunis abe di Booth 'Freedom for Palestine di PKNS Shah Alam sehingga isnin 5 Julai 2010

Salam,

Antara acara menarik di booth Freedom 4 Palestine PBS'10 Kompleks PKNS Shah Alam ialah melukis potrait bersama kartunis ABE. Potrait bermesejkan kempen F4P ini dilukis dalam masa +-5 minit oleh ABE dengan bayaran RM10 sahaja. Sebahagian daripada bayaran ini disumbangkan kepada tabung Palestin. Kunjungi booth F4P di B23!





Abu Syamil

Video clip Maher Zain - Palestine will be free..

Salam,

Liputan pelancaran buku 'Membongkar Kejahatan Israel' oleh JIMedia

Salam,

Sabtu 3 Jul, 11.00 pagi - 12.00 tgh di pentas utama Pesta Buku Selangor 2010, Kompleks PKNS Selangor, Pra Pelancaran Buku ke-12 dalam Siri Bebaskan Al-Aqsa (SBA) "MEMBONGKAR KEJAHATAN ISRAEL" telah disempurnakan oleh Ir Dr Selamat Aliman. Dr Selamat juga menambil peluang dalam ucapan beliau menceritakan pengalaman bersama kapal Mavi Marmara. Selepas pelancaran diadakan diskusi buku SBA bersama PM Dr Hafidzi Mohd Noor. Acara dimulai dengan tayangan video MAVI MARMARA selama 10 minit dan diakhiri dengan klip video Mahir Zain "Palestine Will Be Free" (http://www.youtube.com/watch?v=lQIL0KfQU2g).

Dapatkan buku MEMBONGKAR KEJAHATAN ISRAEL di Booth Freedom 4 Palestine esok (Isnin 5 Julai).



Abu Syamil

Thursday, July 1, 2010

IKRAM sedia bantu bangunkan sistem pentaksiran pelajar

a

SERI KEMBANGAN - Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), IKRAM atau nama penuhnya Pertubuhan IKRAM Malaysia menawarkan diri untuk membantu kerajaan membangunkan sistem pentaksiran pelajar yang lebih bersepadu dan menyeluruh. Perkara tersebut terkandung dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Presiden pertubuhan itu, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad semalam.

IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan akidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH). MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan 20,000 orang ibu bapa di seluruh negara. Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”.

MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara lebih menyeluruh dan seimbang. Sistem tersebut dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM).

IKRAM mengambil maklum akan cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR dan mengalu-alukan hasrat Kementerian untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak.

IKRAM bersetuju agar semua bentuk penilaian dan pengukuran pencapaian pelajar, sama ada di peringkat pusat mahupun penilaian berasaskan sekolah, termasuk UPSR, PMR dan SPM hendaklah dikaji semula dan diubahsuai, agar semuanya menuju ke arah pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Sehubungan dengan perkara ini, IKRAM menyarankan agar:

1. KPM kembali meneliti dan bertindak dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat murni FPK ke arah: “Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

2. Sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran sedia ada hendaklah dilakukan hanya setelah kajian terperinci dilakukan. Pengalaman yang lalu di mana perubahan-perubahan yang dilakukan secara tergesa-gesa dan tanpa kajian terperinci telah membawa kesan yang amat buruk kepada sistem pendidikan negara.

3. Segala keperluan asas dan infrastruktur hendaklah disiapkan dengan sempurna sebelum sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran dilakukan.

IKRAM bersedia bekerjasama dengan pihak KPM khususnya pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk menggubal satu sistem pentaksiran kebangsaan yang boleh digunapakai untuk mencapai hasrat murni ke arah melahirkan insan seimbang dan harmonis (JERI) seperti yang termaktub dalam FPK.

Menurut Dr Parid lagi, IKRAM juga bersedia untuk:

1. Menjelaskan kepada pihak KPM, khususnya pihak LPM mengenai konsep, falsafah, instrumen dan prosedur SPPM dan membuat kajian untuk mencari suatu mekanisme perlaksanaan yang lebih meluas di sekolah-sekolah kerajaan.

2. Menjalankan penyelidikan lebih mendalam setelah mendapat maklumbalas daripada perbincangan dengan LPM untuk memurnikan lagi SPPM agar ia dapat disesuaikan dengan hasrat dan kehendak KPM untuk pelaksanaan pada skala yang lebih besar di seluruh negara.

IKRAM percaya jika konsep di atas diterima, segala bentuk latihan kepengetuaan dan perguruan, kursus dalam perkhidmatan dan usaha memberi kesedaran awam perlulah dilaksanakan. Dalam hal ini, IKRAM bersedia untuk menyumbang tenaga kepakaran. IKRAM turut berharap agar isu pendidikan tidak dipolitikkan kerana ia melibatkan masa depan anak-anak dan negara.

Tangani perbezaan secara ilmiah, bukan melabel- IKRAM

Tangani perbezaan secara ilmiah, bukan melabel - IKRAM

a

SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya. Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah, demikian menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad.

Kata beliau lagi, IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam. Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan. Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar.

Aktiviti keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana aliran, kerana yang terlibat terdiri daripada pengikut pelbagai aliran. Mereka lahir daripada salah faham terhadap Islam dan perjuangannya. IKRAM menyarankan pihak polis bertindak secara profesional, tidak memihak dan sebaliknya bersikap adil agar kepentingan negara dan setiap orang rakyatnya terjaga.

Umat perlu kembali kepada prinsip perbezaan pendapat, sesuatu yang mengayakan kita, selagi kita mengamalkannya dengan baik. Semua pihak hendaklah bergerak ke hadapan membina negara Malaysia yang harmoni, maju dan makmur serta saling bekerjasama membangun kehidupan masyarakat agar sejahtera dan maju.

JIM disebut tapi bukan Jamaah Islah Malaysia - Pertemuan dgn Ust Zamihan

Dari Malaysiaharmoni

JIM disebut tapi bukan Jamaah Islah Malaysia

a

BANDAR BARU BANGI - Kontroversi yang timbul ekoran dakwaan bahawa Penolong Pengarah Pusat al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin mengaitkan beberapa tokoh agama, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan dengan fahaman Wahabi dan terorisme sedikit terlerai apabila enam wakil Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengadakan pertemuan dengan Zamihan di pejabatnya petang tadi.

"JIM ada disebut (dalam taklimat keselamatan Polis Diraja Malaysia mengenai ancaman Jemaah Islamiah (JI) di Institut Pengajian Tinggi) tetapi (ia merujuk kepada) Jemaah Islamiah Malaysia, bukan (Pertubuhan) Jamaah Islah Malaysia," jelas Zamihan.

Jemaah Islamiah Malaysia, menurutnya, adalah rangkaian JI yang beroperasi di Malaysia. Menurutnya lagi, dakwaan bahawa beliau mengaitkan JIM (Jamaah Islah Malaysia) dan Presiden PAS, Datuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Wahabi dan keganasan adalah tindakan pihak tertentu untuk melaga-lagakan beliau dengan ahli-ahli JIM, PAS dan sebagainya.

a

"Sekarang ini banyak pihak marah kepada saya; orang PAS marah, orang politik marah, orang agama berfikiran Wahabi marah dan NGO pun marah. Keadaannya seolah-olah empat lawan satu, dan saya tersepit," katanya.

Zamihan (gambar) kesal dengan tuduhan-tuduhan dusta yang dilemparkan kepadanya sedangkan beliau tidak menyebut pun nama-nama Datuk Seri Shahidan Kasim (bekas Menteri Besar Perlis), Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) dan Tuan Guru Abdul Hadi dalam taklimatnya.

"Apa hak saya untuk mengatakan Tok Guru Haji Hadi pengganas sedangkan keganasan itu isu keselamatan? Saya hanya bercakap (isu) pemikiran, (dan saya) memang tak sebut pun nama Tok Guru Haji Hadi, Shahidan Kasim atau Juanda," tegasnya lagi.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada menyebut nama Asri; itu pun atas tujuan menganalisis pemikiran beliau (Asri) yang banyak menimbulkan isu bidaah, sesat dan syirik dalam hal-hal furu' (cabang agama).

Menurut Zamihan lagi, beliau berani berdepan dengan mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengannya kerana taklimat beliau itu disaksikan oleh 140 orang daripada golongan intelek. Kalau ada yang 'tidak kena' dengan penyampaiannya, sudah pasti golongan ini dahulu yang akan menyanggahnya, kata beliau.

Taklimat yang disampaikan oleh Zamihan kepada ketua-ketua keselamatan dan Timbalan-timbalan Naib Cancelor universiti seluruh negara Isnin lalu adalah atas jemputan Timbalan Ketua Polis Negara dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Zamihan membuat pembentangan berkaitan 'Fahaman Ekstremis Agama dan Penyebarannya di IPT' dari sudut pemikiran, manakala pihak polis menyampaikannya dari sudut keselamatan.

aZamihan turut hairan bagaimana taklimat yang dikategorikan sulit dan tertutup itu boleh 'bocor' keluar sehingga disiarkan oleh pihak media. Sehubungan dengan perkara tersebut, beliau membuat laporan di balai polis Bandar Baru Bangi pada lewat petang tadi.

Beliau mengalu-alukan tindakan JIM yang sudi bertemu beliau untuk mendengar penerangan daripada mulut beliau sendiri. Wakil JIM tersebut termasuk beberapa ahli jawatankuasa pusatnya yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Muhammad Nicholas Sylvester Abdullah (gambar).

Zamihan mengakui beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan JIM malahan pernah beberapa kali bekerjasama dengan pertubuhan itu dan berbincang dengan presidennya, Zaid Kamaruddin sebelum ini. Beliau juga ada menjemput wakil JIM untuk membentangkan penyampaian berkenaan perbandingan antara agama pada tahun lepas.

Pada akhir pertemuan yang berlangsung dalam suasana ukhuwah itu, Zamihan menyatakan kesediaannya untuk terus bekerjasama dengan JIM dalam usaha-usaha dakwah. Beliau juga bersetuju untuk membuat kenyataan akhbar bersama bagi membuktikan nama Jamaah Islah Malaysia memang tidak disebut dalam taklimat keselamatan tertutup itu.

a

Pra-pelancaran buku 'Membongkar Kejahatan Israel' bersama aktivis Mavi Marmara Dr Ir Selamat Aliman - Timb. Pengarah PACE dan Peng. Per. A'bangsa JIM

Salam,

Pesta Buku Selangor 2010 sedang berlangsung sekarang di Kompleks PKNS Shah Alam sehingga 5 Julai 2010.

Kunjungi Booth "FREEDOM 4 PALESTINE" di B23, satu-satunya booth yang membuat jualan, pameran, tayangan video dan kutipan khusus untuk Tabung Palestin yang diuruskan oleh JIMedia & PACE.

Esok, Sabtu 3 Julai, tuan/puan dijemput menghadiri program "PRA-PELANCARAN BUKU MEMBONGKAR KEJAHATAN ISRAEL" oleh Ir Dr Selamat Aliman. Beliau juga akan berkongsi pengalaman bersama MAVI MARMARA. Seterusnya sesi Diskusi sedozen buku-buku dalam Siri Bebaskan Al-Aqsa yang telah diterbitkan oleh JIMedia sejak 2006 bersama dengan PM Dr Hafidzi Mohd Noor. Maklumat program seperti dalam poster di bawah.

Lusa, Ahad 4 Julai, Sesi menarik Diskusi Buku "SUAMI MEMIMPIN ISTERI MENGURUS" di tempat yang sama 2.00 - 3.00 petang bersama motivator kekeluargaan terkenal PAK UTIH!

Jom ramai-ramai ke Pesta Buku Selangor 2010 di Kompleks PKNS!


 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc