Tuesday, August 25, 2009
Setem Palestin sebeulm tahun 1948 - bukti kewujudan negara Palestin
Assalamualaikum,
Saya sejak kecil dan zaman sekolah adalah pengumpul setem yang serius. Baru-baru ini saya semak balik album-album stamp yang telah mengumpul debu kerana sudah lama tidak diselak. Setelah membelek-belek koleksi stamp yang berjumlah ribuan dari pelbagai negara dan zaman maka saya dapati ada di dalam koleksi saya setem-setem dari negara Palestin. Salah satu dari setem tersebut jelas bercop tahun 1939. Ini adalah bukti jelas bahawa walaupun berada dalam zaman mandat (penjajahan) British, negara tersebut adalah negara Palestin. Kini negara Palestin sudah lenyap dari peta dunia dan Israel ditonjolkan sebagai sebuah negara berdaulat yang merdeka. Sedangkan Israel tidak pernah wujud sebelum tahun 1948 dan ia berdiri secara tidak sah di atas negara Palestin yang dirampas pada tahun 1947 dan penaklukan ke atas Baitul Maqdis Timur, Tebing Barat dan Gaza pada tahun 1967.
Hari ini tidak ramai anak-anak yang berminat dengan hobi mengumpul setem. Namun saya akui, banyak yang saya pelajari dari hobi ini, ia menimbulkan minat terhadap sejarah dan membina kepekaan terhadap geografi dan politik. Melalui setem kita boleh melihat negara-negara bekas tanah jajahan British dan bagaimana ia berubah dengan peredaran zaman. Di dalam koleksi saya ada setem dari Tanganyika (gabungan Uganda, Tanzania dan Kenya). Juga ada setem dari United Arab Republic (Mesir dan Sudan). Ada setem dari Southern Rhodesia dan Northern Rhodesia yang sudah tidak wujud ataupun berubah kerana perubahan pada sempadan politik akibat penjajahan Barat dan juga percaturan kuasa-kuasa barat. Begitu juga kita akan dapati ada setem dari Palestin sehingga tahun 1948. Setem Israel pula hanya wujud selepas perang Arab-Israel tahun 1948.
Dr Hafidzi Mohd Noor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
How are you, Dr?
Semoga Allah sembuhkan Dr.
Salam,
alhamdulillah. jzkk atas doa semua. Semakin sehat, dan sedang merancang rawatan utk transplant
Post a Comment