Sunday, December 23, 2007

Sidang Akhbar PACE tentang Annapolis Conference di lapor dalam Harakah Daily





Kehadiran Malaysia dalam sidang damai Annapolis bagai mengiktiraf Israel - JIM
Roy Rasul Foto Wan Zahari Wan Salleh Fri Nov 30, 07 5:00:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Hrkh) - Kehadiran Malaysia bersama negara-negara Arab dan negara Islam lain dalam konferens Annapolis di Maryland Amerika Syarikat (AS) pada 27 November lalu bagi mencapai perdamaian di antara Israel dan rakyat Pelestin sebagai sesuatu yang amat malang. -->

Menurut Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace), Dr Hafidzi Mohd Noor, ini kerana kehadiran mereka ke persidangan yang ditaja AS itu memberi satu justifikasi dan kemenangan moral dan politik kepada negara zionis itu.
"Saya melihat kehadiran negara-negara Arab dan negara Islam lain termasuk Malaysia seolah-olah memberi pengitirafan kepada Israel.
"Sepatutnya apa yang mereka lakukan ialah mengena dan menghentikan desakan antarabangsa supaya AS dan sekutunya seperti Kesatuan Eropah dan Israel menghentikan semua sekatan ekonomi yang berlaku di Gaza sekarang," katanya dalam satu sidang akhbar Jawatankuasa Perhubungan Antarabangasa berkenaan Konferensi Annapolis di ibu Pejabat Jim, Taman Malawati, dekat sini, hari ini.
Sebaliknya beliau berkata, apa yang mengewakan pendirian negara-negara Islam menyokong konferens tersebut di mana akan mengukuh lagi kedudukan Israel.
Sementara itu, konferens tersebut dihadiri 50 negara yang disertai negara-negara Arab dan Islam dan Malaysia diwakili Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar.
Katanya, keabsahan konferens itu ialah paling tidaknya ia dipersoakan kerana apa yang dikatakan sebagai perwakilan Palestin tidak melambangkan suara dan aspirasi rakyat Palestin.
Malah kehadiran negara-negara Arab dan Islam akan merumitkan lagi kemelut yang dihadapi rakyat Palestin.
"Ini kerana secara tidak langsung mengesahkan pendudukan Israel dan pelanggaran berterusan Israel ke atas hak rakyat palestin," katanya.
Katanya, konferens tersebut bertujuan menguatkan cengakaman Israel ke atas wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur di samping mengenakan kepungan ke atas Gaza.
Sehubungan itu katanya PACE menyeru rakyat Malaysia megikuti hasil konferens tersebut kerana ia berkemungkinan membuka laluan kepada hubungan diplomatik dengan Israel di mana tiada peruntukkan bagi Malaysia.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Naib Presiden Jim, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Timbalan Pengerusi Jim Antarabangsa, Selamat Aliman dan beberapa exco.
Dalam sidang akhbar tersebut Zairulshahfuddin, berkata Visi Pace ditubuhkan oleh Jim Antarabangsa ialah untuk Pusat kecemerlangan dan penyelidikan demi pembebasan Palestin.
Misinya pula ialah menjakankan kajian dan penyelidikan serta penyebaran maklumat, menjalinkan hubungan strategik dengan pelbagai pihak dan menjana, mengumpul dan menyalurkan dana secara berkesan. - mns-->

Tiga Tahun dahulu - Tsunami 26 Disember 2004

Pemandangan di Lok Nga, Aceh. Bertukar padang jarak
padang tekukur. Sebelum dilanda tsunami ini ada
kawasan perumahan mewah tepi pantai

Ini adalah tingkat dua dari rumah dua tingkat yang terpisah dan hanyut di bawa air

Abg Qayyim meladeni anak-anak yatim darul Aitam 3 dalam misi kasih aceh 4 JIM-PKS

Anak-anak yatim Aceh Darul aitam 3 semasa berada di rumah kami sempena lawatan ke Malaysia tajaan JIM untuk tujuan kutipan tabung bantuan tsunami. (Defi, Desy, Wulan, Jannati, Susi, Cut Arma, Aton, Raudhah bersama Umi Zuraidah)

Anak angkat kami Fitria Wulan Sari. Ketika kejadian tsunami berusia 5 setengah tahun. Kini anakanda Wulan sudah berusia 8 tahun. Beliau kematian ayah dalam peristiwa tsunami. Dua kali datang ke Malaysia dan duduk di rumah untuk menjalani rawatan.

Peristiwa yang berlaku tiga tahun lalu masih segar dalam ingatan. Peristiwa tsunami yang membunuh hampir 230,000 nyawa sebahagian besarnya di Aceh telah menimbulkan keinsafan yang mendalam di dalam jiwa kami sekeluarga. Abi mengetuai misi Kasih Aceh JIM PKS 2 pada bulan Feb 2005 dan anakanda qayyim menyertai misi ke 4 pada bulan April. Peristiwa tsunami telah membuahkan ukhuwah yang kuat di antara kami (khususnya dari JIM) dengan saudara seagama di aceh melalui PKS (Partai Keadilan Sejahtera) dan KKIA (Komite Kemanusiaan Indonesia untuk Aceh - badan NGO yang ditubuhkan khas untuk membantu rakyat Aceh ekoran peristiwa tsunami). JIM telah menaja beberapa orang anak yatim di rumah Darul aitam 3. Lapan orang dari anak-anak ini pernah di bawa ke Malaysia. Salah seorang yang paling kecil Fitria Wulan Sari (ketika kejadian berusia 5 setengah tahun) pernah di bawa untuk menjalani rawatan sebanyak dua kali di Malaysia kerana masalah tonsil dan jangkitan telinga). Anakanda Fitria Wulan Sari kini kami anggap sebagai anak angkat kami di Aceh dan masih terngiang-ngiang lagi keletahnya ketika berada di rumah selama hampir tiga bulan. Semuga anakanda Wulan dan anak-anak Darul Aitam yang lain menjadi anak-anak yang soleh serta maju jaya dalam persekolahan sebagai jaminan hidup di masa hadapan.

Saturday, December 22, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1428H 2007M

Testing... testing~

Bergambar sekeluarga bersama Bibik Masitoh yang

banyak membantu keluarga kami,

Alhamdulillah

Abi dan Umi di pagi aidil Adha


Umi bersama anak buntatnya (Amin anak bongsu)


Odi dgn pose istimewa utk peminat



Alhamdulillah, tahun ini kami beraya di rumah aje. Ibadah Qurban abi buat dengan pacakage Qurban Luar negeri, umi pula ambil bahagian dalam qurban untuk mangsa banjir di Pahang. Semuga Allah terima ibadah kurban kami. Tahun depan kami buat resolusi kalau boleh anak-anak juga ambil bahagian. So masing-masing kena mula menyimpan...

Thursday, December 20, 2007

Sesi Penyelarasan Eidul Adha

malam raya kami adakan usrah keluarga. naqibnya abi sendiri, naqibahnya umi dan anak2 buah usrah..kami adik-beradik.

banyak yang abi sampaikan terutamanya penghayatan kita berkenaan pengorbanan. ramai yang melihat pengorbanan dari aspek material dan yang zahir, seperti berkorban wang ringgit, diri masa etc etc..namun, pengorbanan yang besar datang dari hati; mengorbankan kehendak dan juga perasaan demi meneruskan perjalanan dakwah, lebih2 lagi apabila berada dalam jamaah.

pengorbanan ini kena juga mendapat sokongan ahli keluarga. sepertimana kisah nabi Ibrahim dan anaknya Ismail, dimana nabi Ibrahim diwahyukan agar mengorbankan anaknya. tanpa persetujuan Ismail, bapanya takkan mungkin sanggup untuk melaksanakan perintah Allah, malahan ia juga mendapat restu Siti Hajar. ketika Siti Hajar ditinggalkan di makkah yang kering kontang, ditanya dahulu kepada nabi Ibrahim, "apakah ini perintah dari tuhanmu?". dengan rela Siti Hajar duduk di makkah yang tiada apa2 bersama anaknya yang masih kecil, Ismail.

dalam sesi penyelarasan, sesi ni lebih kepada sharing akan misi dan visi ahli2 usrah, agar naqib dan naqibahnya mampu memantau perkembangan anak buah usrah yang makin meningkat dewasa..antara quote yang menarik;

abi: "abi dan umi sentiasa membuka ruang perbincangan.."
umi: "umi naklah anak2 mampu untuk contohi abi..dari segi kerja luarnya, dalam melayan atok.."
qayyim (broQ): "its appropriate for children to obey and sacrifice their feelings for umi and abi.."
mawardi (Odi): "abi umi diperingkat penghujung remaja, dan kami anak2 baru mulakan zaman remaja..ayuh jadi remaja yang tidak gila.."(gila? haa, tu kene tanye mr.Odi untuk keterangan lanjut :) )
amin: "..bersyukur dilahirkan dalam keluarga (yang melibatkan diri dalam) jamaah.."

alhamduliLlah, sesi malam tuh kami tutup dengan doa rabitah..
"Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU,
bertemu untuk memenuhi perintah-Mu,
bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya,
dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini,
Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq,
Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam,
Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu,
Dan jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong"

orang sembelih lembu..tapi abi sembelih kek (kek hari lahir 13/12-yang ke 45)

biaselah, kek orang lain, orang lain yang beria2 tibai~

Tuesday, December 18, 2007

Bicara Agama Utusan Malaysia - 19 Disember 2007




Bicara Agama
Sidang Annapolis hina demokrasi Palestin
Oleh W. RAHIMAH DRAMAN

DR HAFDZI MOHD NOOR.
SANDIWARA rejim Zionis Yahudi Israel dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat ke atas Islam dan pribumi Palestin memasuki episod baru apabila Sidang Annapolis di Maryland berlangsung 27 November lalu.
Malah ia dilihat legasi paling ‘sentimental’ untuk ‘ketua polis dunia’, George W.Bush tinggalkan impak ‘putih’ menjelang berakhir tempoh kekuasaannya.
Kehadiran negara-negara Arab dan Islam termasuk Malaysia yang disifat ‘payung’ bagi umat Islam Arab terutama Palestin, ke dalam komuniti persidangan yang diwakili oleh 50 negara dunia itu turut memungkinkan pengiktirafan semula dunia Islam ke atas rejim Zions Yahudi Israel ke atas bumi Palestin.
Sikap dan pendirian pemimpin Arab dan Islam, termasuk Malaysia yang lantang menyuarakan serta memperjuang hak rakyat Palestin dan menolak kerakusan Zionis dan dasar Amerika Syarikat sebelum ini, hadir pada Sidang Annapolis dikatakan membuka laluan bagi pemimpin rejim Israel menukil jalinan ‘mesra’ dengan negara dan pimpinan yang memusuhinya selama ini.
“Yang pasti, Sidang Annapolis itu telah memperkukuhkan kedudukan, pengaruh serta imej kuasa Israel - Zionis Yahudi - di kalangan pemimpin-pemimpin dunia,” kata Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace) Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) Internasional, Dr. Hafidzi Mohd Noor.
Sidang tersebut kata beliau, langsung tidak melambangkan suara malah gagal mengutarakan aspirasi rakyat Palestin yang sebenar.
Ini kerana tegas Dr. Hafidzi, hampir seluruh rakyat Palestin yang di jarah rejim Zionis Yahudi Israel awal-awal lagi telah menolak idea persidangan tersebut.
“Rakyat Palestin terutama yang berada di wilayah yang diceroboh rejim Zionis Israel dan yang tinggal di kemah-kemah pelarian menolak sidang tajaan Amerika Syarikat kerana ia bukan untuk menjamin hak rakyat Palestin kembali berada dan memiliki negara sendiri dengan aman,” katanya.
Pace JIM Internasional yang memperjuangkan hak dan membela kebebasan rakyat Palestin di bumi mereka yang berdaulat kata Dr. Hafidzi, dengan tegas menolak penganjuran Sidang Annpolis itu.
Malah Pace sangat kecewa dan kesal dengan kehadiran wakil-wakil dari negara-negara Arab dan Islam termasuk Malaysia pada persidangan itu, katanya pada sidang berita di ibu pejabat JIM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kehadiran pemimpin negara-negara Arab dan Islam itu menurut Dr. Hafidzi, jelas memperlihatkan sikap tidak prihatin mereka terhadap rakyat Palestin yang terus ditekan melalui sekatan ekonomi dan kehidupan sosial.
Tidak mustahil persidangan Annapolis lebih sebagai usaha memulihkan kegagalan Perjanjian Oslo 1993 dan Perjanjian Damai 2003 melalui rancangan sulit Amerika-Israel, menjadi pembuka laluan bagi jalinan hubungan diplomatik negara-negara Arab dan Islam termasuk Malaysia dengan Israel di masa akan datang.
Sekali gus mengiktiraf kekejaman rejim Zionis Yahudi terhadap konsep penubuhan Israel Raya yang diimpikan Zionis Yahudi Israel, tambahnya.
Sambil menyifatkan persidangan itu tidak sah kerana Fatah yang mewakili Palestin pada Sidang Annapolis itu bukanlah kerajaan atau pertubuhan yang dipilih oleh rakyat negaranya.
Kata Dr. Hafidzi lagi, mengapa Hamas yang menang serta mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya Palestin (Januari 2006) dengan 74 dari 132 kerusi yang dipertandingkan tidak hadir, tetapi Fatah yang kalah teruk dengan hanya menang 45 kerusi hadir mewakili negara dan rakyat Palestin?
“Ini merupakan penghinaan kepada proses demokrasi kerana sebuah kerajaan yang dipilih secara sah dipinggirkan dalam menentukan masa depan negara dan rakyat Palestin,” katanya.
Sehubungan itu Pace JIM Internasional menyeru seluruh umat Islam agar mengukuhkan perpaduan dan sokongan padu bersama rakyat Palestin memperjuangkan hak mereka serta membebaskan Masjid Al-Aqsa, iaitu salah satu tempat dan masjid suci dalam Islam.
Pada sidang berita itu, Pace JIM Internasional turut melancarkan buku terbaru, Dalang di Palestin.. Hamas atau Israel tulisan Dr. Hafidzi sendiri.
Melalui buku itu katanya, beliau cuba menyelongkar dalang sebenar di sebalik kemelut Palestin secara terperinci berdasarkan fakta dan realiti.
“Kami mahu dan berharap umat Islam khususnya rakyat Malaysia berusaha mengambil tahu punca sebenar yang berlaku di Palestin agar terus bersama Pace JIM memperjuangkannya, demi agama dan maruah dan hak yang sebenar,” tambahnya.

Saturday, December 15, 2007

Kenangan Umi dan Abi bersama DERU JIM ke Kota Tinggi, Januari 2007

Eh Umi pun basuh pinggan jugak ke?

Umi dan rombongan dari JIM JB dan JIM Hulu Langat bersedia menerima arahan....


Umi naik bot tentera mengelilingi bandar Kota Tinggi yg ditenggelami air


Kenang-kenangan di jambatan Kota Tinggi selepas misi DERU selesai


Beberapa gambarfoto pengalaman kami membantu mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor pada Januari 2007 bersama-sama dengan misi bantuan banjir DERU JIM.

diposkan oleh, Umi Zuraidah

Ruangan Bicara Kalbu (Berita Harian 14 Disember 2007)

Bicara Kalbu: Dilema bekerja bersama majikan amal rasuah

Jawapan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor wanitajim0@yahoo.com

SAYA dimaklumkan seorang rakan sekerja bahawa majikan mengamalkan rasuah dan beberapa penyelewengan dalam urus niaganya. Daripada hasil wang itu digunakan untuk membayar gaji dan elaun pekerja. Saya rasa tidak sedap hati dan kurang selesa. Saya sudah melakukan sedikit pembacaan, merujuk beberapa buku agama, berbincang dengan kawan dan melakukan solat istikharah memohon petunjuk dan bantuan Allah. Namun hati saya sentiasa berdolak-balik dan rasa serba salah. Namun jauh di sudut hati, keputusannya lebih menjurus kepada berhenti kerja. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tiga perkara penting iaitu tidak mahu sumber rezeki yang haram atau syubahat, tidak mahu segala hajat tergantung atau ditolak Allah semata-mata kerana sumber rezeki yang haram atau syubahat serta tidak mahu segala apa yang ditimbulkan hasil pendapatan daripada yang haram dan syubahat. Saya yakin, tiada keberkatan di situ walaupun sejauh dan sebaik mana pun rancangan serta usaha saya. Dilema saya ialah sukar mendapat pekerjaan sekarang, perlu membayar hutang dan menyara ibu sedang sakit. Soalan saya, apakah hukum saya bekerja sementara mendapat pekerjaan lain atau berhenti kerana tahu sumber pendapatan daripada sumber meragukan?

Siswazah serba salah, Cheras, Kuala Lumpur

Jawapan

PERTAMA, saya mengucap syukur ke hadrat Allah atas sikap dimiliki saudari yang bertanya. Inilah ciri yang perlu ada pada seseorang muslim yang berusaha untuk mencari kehidupan halal dan diberkati Allah. Dalam dunia yang mementingkan kebendaan, orang seperti saudari adalah berita gembira yang melapangkan dada dan melegakan jiwa umat Islam yang resah dengan segala pelbagai sifat tidak amanah berleluasa serta menjadi amalan sebahagian ahli masyarakat. Berbalik kepada soalan dan kemusykilan saudari mengenai tindakan sebaiknya diambil supaya hasil pendapatan diterima jelas sumbernya dan tidak diragui, di samping tidak mengabaikan kebajikan diri sendiri dan tanggungan (termasuk ibu yang sedang menderita sakit).
Syeikh Dr Yusuf Qardhawi apabila beliau diajukan soalan hampir sama iaitu apa hukumnya berkerja dengan sebuah institusi kewangan yang berasaskan riba dan apakah pandangan Islam jika seseorang itu berhenti sedangkan untuk mencari pekerjaan ganti tidak mudah. Jawapan beliau ialah supaya si penanya terus bekerja di bank berkenaan dan hanya berhenti selepas dia memperoleh pekerjaan lain. Jawapan diberikan Dr Yusuf Qardhawi adalah berasaskan kepada fiqh awlawiyat atau keutamaan dalam beramal. Dalam keadaan dihadapi saudari, mencari sara hidup adalah kewajipan sedangkan melepaskan jawatan sedia ada dalam keadaan tiada sumber pendapatan lain boleh menimbulkan fitnah yang sukar ditangani. Tidak sedikit kesulitan yang timbul akibat kehilangan sumber pendapatan, apatah lagi jika sumber pendapatan itu juga digunakan untuk menampung ahli keluarga lain termasuk ibu sedang sakit seperti dalam kes saudari.
Saudari perlu kekal bekerja dengan majikan tersebut sehingga mendapat tawaran pekerjaan lain. Meninggalkan pekerjaan tanpa sumber rezeki lain, boleh menimbulkan pelbagai kesulitan pada masa depan. Lagipun saudari bukan secara sedar menerima untuk bekerja dengan majikan sedia ada dan tahu berlakunya amalan rasuah serta pecah amanah. Saudari hanya menyedari amalan tidak beretika dan melanggar hukum serta akhlak Islam selepas diambil bertugas untuk beberapa waktu. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah berusaha untuk mencari pekerjaan lain. Jika pasti saudari akan mendapat pekerjaan atau sumber pendapatan lain, boleh melepaskan jawatan yang ada. Dengan demikian tidak akan terputus perbelanjaan dan menjejaskan kesejahteraan ekonomi keluarga. Saudari berada di landasan yang betul. Percayalah, sikap ambil berat sumber pendapatan pasti akan diberi ganjaran oleh Allah dengan pekerjaan dan sumber rezeki lebih baik. Allah tidak pernah memberatkan hambanya. Ia juga adalah aspek penting dalam Islam. Islam agama rahmat yang tidak pernah meletakkan beban tidak tertanggung oleh penganutnya. Semoga saudari tenang dengan jawapan ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui dan kita memohon petunjuk daripada-Nya.


Jawapan diberikan Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr Hafidzi Mohd Noor dengan kerjasama wanita JIM di emel wanitajim0@yahoo.com

Johor dilanda banjir lagi - kenangan misi bantuan banjir (DERU JIM) anak-anak pada hari raya qurban 2006

Rajinnya Mawardi basuh pinggan....Eh GG pun ada lah.. (anak angkat Sarawak, pelajar Uniten)

Hai Abg Qayyim, posing sakan nampak...


Masam je Abg Qayyim, penat ke bungkus daging korban tu?


Ust Mahmood Kassim (sepupu anak-anak) sedang menyampaikan khutbah


Eh tak sangka, pandai juga Abg Qayyim bernasyid untuk menghiburkan mangsa banjir

Kini banjir melanda Johor sekali lagi. Semoga Allah berikan kesabaran yang tinggi dan mudahkan segala urusan mangsa banjir di Johor. Pada tahun sudah (2006), pasukan DERU JIM (Disaster Emergency Relief Unit) telah banyak membantu menyantuni mangsa banjir di beberapa tempat seperti Kota Tinggi, Muar dan Batu Pahat.

Alhamdulillah Abg Qayyim dan Mawardi telah berkesempatan meraikan sambutan Hari Raya Qurban tahun sudah bersama mangsa banjir di Kg Lenga, Muar, Johor. Ini merupakan satu proses pendidikan/tarbiah yang baik untuk mereka. Sama-sama merasakan kesusahan dan keperitan hidup orang-orang yang dilanda musibah. Mudah-mudahan ianya dapat membentuk keperibadian yang soleh.

Semoga Allah menerima segala amal dan pengorbanan mereka,
Ummi Zuraidah

Thursday, December 13, 2007

Penerusan Projek Buku Jejak Risalah Nusantara 2

Kulit depan buku Jejak Risalah di Nusantara 1

Projek Penulisan 'Jejak Risalah di Nusantara 2' ialah lanjutan dari siri 1 yang mengupas sejarah dakwah di nusantara dari zaman pra-islam hingga era pelayaran Cheng Ho. Di antara tajuk yang dikupas dalam buku ini ialah bagaimana dan bila Islam tersebar dalam usaha penulis untuk memperbetulkan beberapa tanggapan dangkal mengenai sejarah Islam di nusantara hasil penelitian sarjana barat (orientalis) yang ditugaskan memenuhi agenda penjajahan barat secara halus dan menggunakan pendekatan ilmiah. Penulis cuba untuk membawa pembaca menilai semula kesan Islam kepada jatidiri orang melayu terutama dari sudut spiritual, intelektual, kewibawaan dan kebudayaan. Penulis juga menegaskan untuk melihat kesan peninggalan Islam jangan dicari pada kesan-kesan runtuhan dan artifek tetapi lihatlah kepada cara hidup, budaya fikir bahkan sistem pemerintahan dan perundangan yang diwariskan kepada umat melayu nusantara. InsyaAllah buku yang kedua akan membawa pembaca menelusuri period yang paling getir yang pernah dilalui oleh umat Islam di nusantara iaitu jihad menentang gelombang penjajahan barat yang pertama iaitu Portugis dan Sepanyol. Melalui buku ini para pembaca akan dibawa menghayati jihad yang dipelopori oleh umat Islam di Melaka, Maluku, Brunei, Mindanao, Johor, Demak dan Sunda Kelapa (Jakarta), InsyaAllah. Mohon doa dari semua.

Untuk mendapatkan buku 'Jejak Risalah di Nusantara 1' sila hubungi

Sdr Wan Muhammad Wan Ibrahim, No tel ibu Pej JIM 03-41089669


Excursion ke Melaka untuk projek buku Jejak Risalah Nusantara 2

Sebuah lukisan yg terdapat di muzium sejarah Melaka
menggambarkan pertempuran di antara tentera Feringgi dan pahlawan melayu/Islam

Penulis berdiri dalam pintu gerbang A Famosa yang diberi nama
Santiago oleh Afonso D' Albuqueque

Anakanda Amin dgn pose istimewa 'cuba menawan A Famosa'

Senapang yang digunakan oleh askar Portugis di Melaka
(ehsan seorang penduduk tempatan yg menyerahkan kepada muzium Melaka)

Lantai A Famosa (Amin kata takda orang yang ambil gambar lantai - Abi jawab itulah bezanya ahli sejarah dengan pengunjung biasa)

Alhamdulillah, kami bertiga turun ke Melaka pada 11 hingga 12 Disember untuk melakukan excursion bagi melengkapkan buku Jejak Risalah Nusantara II yang sedang ditulis. Umi (Zuraidah) ada kerja rasmi TNB di Seri Warisan Resort, Air Keroh, Melaka. Kami (abi dan adek ambil peluang untuk ke Bandar Hilir untuk historical excursion kami. Objektif untuk merakamkan gambar-gambar dari lukisan mengenai serangan Portugis di Melaka yang terdapat di Muzium Melaka dapat dilaksanakan. Abi juga dapat membeli sebuah buku 'Pengkisahan Melaka 2003-2006' yang mengandungi beberapa maklumat penting terutama tentang De Eredia, penulis berbangsa Portugis yang hidup pada kurun ke 16 terutama tentang latarbelakang keluarganya. kalau nak tahu, nantikan buku 'Jejak Risalah Nusantara Jilid 2'

Tuesday, December 4, 2007


Sudah 21 tahun melayari rumahtangga. Alhamdulillah laut yang tenang dan bergelora telah ditempuh semua. Bahtera masih utuh dengan anak-anak kapalnya yang tetap setia. Mudah-mudahan ia terus belayar dengan penuh iltizam menuju pelabuhan akhirat yang menjanjikan kemenangan dan kebahgiaan hakiki.
Dunia ini hanya tempat persinggahan. "Ya Allah! Jadikanlah kami sebagai pelayar yang mengambil bekal yang secukupnya untuk menuju pelabuhan abadi. Apabila sauh dilabuhkan nanti kami boleh bernaung dan berteduh di bawah lembayungMu"

Cucu saudara kesayangan Tuk Cu

"Semuga cucunda kesayangan tuk cu besar manjadi muslimah sejati yang taat pada Allah dan RasulNya, yang menjaga aurat dan akhlak Islami. Sentiasa mendirikan solat dan menjadi kebanggaan ayah dan ibu serta keluarga semua"


Alya Bte Zahurul Haq panggil Tuk su dia 'Tuk Cu Lya'

Rombongan JIM menghadiri Forum al Quds di Istanbul, Turki pada 15 - 17 November 2007

Sedang menunggu bas untuk menghadiri forum

Bersama Pak Hiayat Nur Wahid, speaker Parlimen Indonesia yg turut menjadi pengucap utama. Bergambar di depan Masjid Sultan Ahmad yang dibina pada kurun ke 16M

Bersama delegasi dari Syria yang terdiri dari beberapa NGO yang terlibat dalam membantu rakyat Palestin

Bergambar di depan tempat di mana berlangsungnya forum al Quds

Suasana dalam dewan persidangan

Pada 15 - 17 November Dr Hafidzi telah berpeluang untuk mewakili JIM ke forum al Quds anjuran Al Quds Institute di Istanbul, Turki. Seramai 7 orang wakil dari JIM hadir persidangan ini. Perwakilan dari JIM diketuai oleh Presidennya sendiri Tn Hj Zaid Kamaruddin. Anggota rombongan JIM terdiri dari Ust Dr Ahmad Syeikh Farid, AJK JIM Pusat, Ir Hj Zairulsyafuddin, selaku Pengerusi JK JIM International, Ir Selamat Aliman, Timb Pengerusi dan Ketua JK berkaitan Palestin, Dr Hj Hafidzi Mohd Noor selaku Pengarah PACE, Dato' Mustapha Kamal Mohd Zaini, aktivis kemanusiaan TKM (Tabung Kemanusiaan Mindanao) dan Mujahid Hasanuddin (fellow PACE). Perwakilan dari Aman Palestin yang diketuai oleh Pengerusinya sendiri iaitu Ust Abdullah Zaik juga hadir. Forum al Quds ini telah dihadiri oleh lebih dari 5,000 perwakilan dari hampir 60 negara untuk menyatkan solidariti bersama rakyat Palestin dan menyokong perjuangan untuk memerdekakan tanah suci umat Islam dari penjajahan dan pencerobohan zionis. Forum ini membariskan pemimpin-pemimpin NGO dari seluruh dunia Islam. Wakil-wakil kerajaan negara-negara Islam turut memberi ucapan termasuk speaker DPR (Dewan Perwakilan Rakyat - Parlimen Indonesia) iaitu Pak Hidayat Nur Wahid. Forum telah menggariskan deklarasi Istanbul yang antara lain menegaskan pendirian umat Islam untuk tidak memberi sokongan kepada pelbagai usaha yang ditaja oleh US yang kononnya akan membawa perdamaian tetapi sebaliknya hanya memperkemas cengkaman rejim zionis Israel ke atas wilayah yang diduduiki di Palestin terutama Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa.

Mudah-mudahan kecintaan umat Islam ke atas tanah suci al Quds seperti yang dipamerkan dalam persidangan ini dihitung sebagai jihad di dalam perjuangan ke arah membebaskan masjid al Aqsa. Ameen Ya Rabb.

Monday, December 3, 2007

Sidang akhbar PACE dalam Berita Minggu 2 Dis 2007 ms 15



Sidang akhbar PACE membantah konferens Annapolis telah dilaporkan dalam Beita Minggu edisi 2 Disember 2007. Terima kasih kepada wartawan dari Berita Harian yang hadir membuat liputan.

'Kaji muslihat sidang damai Asia Barat'

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengkaji secara teliti hasil rundingan persidangan keamanan Asia Barat yang diadakan di Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan laluan dibuka kepada hubungan diplomatik dengan Israel. Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE), Dr Hafidzi Mohd Noor, berkata perkara itu perlu dielakkan kerana kelicikan rejim itu melalui Perjanjian Oslo 1993 menyebabkan 30 negara luar mula mengiktiraf negara itu. Katanya, Malaysia harus berpendirian tegas dan meneliti hasil rundingan secara terperinci bagi mengelakkan daripada mengiktiraf Israel kerana sejak dulu lagi tiada peruntukan bagi tujuan itu.
"Kami bimbang Israel yang terkenal dengan tipu helah akan menggunakan kesempatan persidangan itu untuk mengenakan pelbagai syarat merumitkan termasuk menjalin hubungan diplomasi. "Ini akan meletakkan keadaan beberapa negara terutama negara Islam kerana sudah menjadi dasar untuk tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Israel. "Bagaimanapun, jika tidak diterima, rundingan damai antara Palestin-Israel pasti akan terjejas," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sidang akhbar itu diadakan bagi mengulas persidangan keamanan Asia Barat yang ditaja AS dan disertai 44 negara bagi membincangkan penyediaan proses keamanan untuk merealisasikan Palestin sebagai sebuah negara merdeka. Melalui perundingan itu, dua pihak bertelagah iaitu Palestin-Israel bersetuju untuk memulakan semula rundingan bagi memeterai perjanjian damai menjelang akhir tahun depan. Rundingan pertama akan bermula pada 12 Disember dengan Presiden George W Bush yang akan menamatkan tugasnya dalam tempoh 14 bulan memberi komitmen penuh untuk mewujudkan negara Palestin merdeka. Sementara itu, mengulas rundingan semula yang bakal dijalankan, Dr Hafidzi berkata, pihaknya menyambut baik perkembangan baru itu, tetapi mahu supaya pihak lebih amanah menjadi orang tengah.
"Jika ia masih lagi diuruskan seperti dulu (tanpa orang lebih amanah), perkembangan positif diharapkan tidak akan dicapai. Malah, ia akan menjadi lebih buruk," katanya.

Majlis Perkahwinan Farhana Abd Fatah @ Ayu (anak saudara)

Pengantin bersama keluarga sebelah lelaki
Abi dan Umi bersama anak saudara, Mama (Rohaya Abu Bakar)
Pasukan kompang remaja mengiringi pengantin
Bapa (Abd Fatah Kornain) dan Ibu (Hafsah Yacob) serta keluarga berarak mengiringi pasangan pengantin di rumah pengantin lelaki

Majlis Perkahwinan anak saudara, Farhana Abd Fatah @ Ayu dengan Mohd Aidil telah berlangsung pada 1 Disember 2007 di Sri Saujana, Kota Tinggi dan di Felda Sg. Sayong, Kluang, Johor. Majlis telah dihadiri oleh ramai ahli keluarga termasuk dari Ipoh dan Parit Buntar, Perak. Kita mendoakan agar pasangan pengantin berbahagia sehingga ke anak cucu serta sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga perkahwinan ini juga mendatangkan keberkatan kepada keluarga kekanda Abdul Fatah.


Sunday, December 2, 2007

Sidang Akhbar PACE mengenai Annapolis Conference

Sidang akhbar sedang berlangsung

Dr Hafidzi sedangkan mengiklankan buku terkini beliau


Sidang akhbar PACE mengenai Annapolis Conference telah diadakan di ibu pejabat JIM pada hari Jumaat 30 November 2007. Ia merupakan sidang akhbar PACE bersama JIM Intl untuk menyatakan bantahan terhadap apa yang dikatakan sebagai sidang puncak perdamaian di antara Israel dan Palestin yang bermula pada 27 November. Ir Hj Zairulsyafuddin Zairul Abidin selaku Pengerusi JIM-ITNL (sessi 2005 - 2007) yang baru dipilih sebagai Naib Presiden dalam PPN 2007 yang baru berlepas di Kampus USM Transkerian telah mempengerusikan sidang akhbar tersebut. Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor selaku Pengarah PACE telah membacakan kenyataan akhbar yang turut dihadiri oleh Ir Hj Selamat Aliman sebagai senior fellow PACE dan beberapa orang penyelidik muda PACE iaitu Sdr Safwan Saparuddin, Sdr Mujahid Hasanuddin dan Sdri Nihlah. Sidang akhbar tersebut telah diatur oleh Pegawai Corporate Comm. Sdri Khadijah Azman. Wartawan yang hadir adalah dari Berita Harian, Utusan Malaysia, Akhbar Siasah dan Harakah. Sidang akhbar ini dilaporkan setakat ini dalam Berita Minggu, 2 Disember 2007 pada halaman 15 di bawah tajuk 'Kaji sidang damai Asia Barat'.

Thursday, November 29, 2007

kunjungan KRJ petaling jaya

sibuk2 tgk youtube


Semalam rumah menerima kunjungan cik wan (pak cik ridzwan) dan cik mi (cikgu azmi)..dua2nya hard core KRJ PJ.


Menariknya kunjungan depa nih pasal nak share info on tsunami..Sebab hujung minggu nih KRJ PJ ade buat program karnival remaja di kepong, so nak kongsikan peristiwa tsunami 26 dec 2004 bersama remaja di karnival nanti.

Baguslah macam tuh, ulang tahun peristiwa tsunami pon dah makin dekat..Moga kita semua diberi hidayah untuk menerima sebanyak2 pengajaran daripada malapetaka ini (tsunami 2004).

Selain tu, kami juga ada kongsikan modul2 menarik untuk dibawa dalam program2 KRJ PJ..so ade lah kongsi sikit modul buat perkataan pakai badan (fasi xrek dah master game ni), rumput yang hijau and lukis hadith..InsyaAllah KRJ PJ akan anjurkan program Kem Solat hujung minggu depan (8-9 dec) di Shah Alam..Boleh dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Cik Mi di email beliau: azmimusa@gmail.com ..Berminat?




broQ, Dr. Hafidzi, Cik Wan & Cik Mi

Tuesday, November 27, 2007

PENDIRIAN PACE TERHADAP CONFERENCE DI ANNAPOLIS

Ini adalah pendirian PACE yang baru sahaja dikeluarkan oleh abi selaku pengarahnya..insyaAllah, kalau semua mampu garap dan hayati bibik sejarah permulaan isu palestine ini dengan baik, takkan berlaku lagi penindasan terhadap rakyat palestine kerana kejahilan kita memahami situasi sebenar. SEPATUTNYA, TIADA LAGI RUNDINGAN DAMAI DENGAN ISRAEL! Rundingan yang patut membawa harapan, hanya sekadar penipuan yang berterusan

Press Statement on the Annapolis Conference
(PACE - Palestine Centre of Excellence)

The US brokered Annapolis conference here in Maryland has begun in earnest on the 27th November 2007, with the aim of establishing peace between Israel and the Palestinian people. Apart from the US and EU, the 50 nation conference is also being attended by Arab and muslim countries including Malaysia . Malaysia is being represented by her Foreign Minister, Dato' Seri Syed Hamid Albar.

The legitimacy of the Annapolis conference is at best questionable as the so called the Palestinian representative hardly reflects the voice and aspirations of the Palestinian people. Firstly, all Palestinians, in the occupied territories as well as those living in refugee camps and outside Palestine has rejected the idea of a peace conference when the whole objective is not to restore Palestinian rights of return and right to their homeland. Secondly, the Palestinians who are attending the conference has no mandate from the people, as the de facto representative, Hamas is absent. Hamas swept to victory in the Palestinian January 2006 legislative election, earning 74 out of 132 seats contested. Fatah, to which most of the delegates to the conference belonged or aligned to only won 45 seats. It would be a mockery to democracy when a legitimate and elected government is sidelined in a conference that decides the future of Palestine .

The presence of Arabs and muslim countries on the other hand will only exarcerbate the plight of the Palestinian people as indirectly it gives further legitimization to Israeli occupation and continuous violations of Palestinian rights. Israeli delegates have indicated that they will only agree to a broad conditions for peace and will not commit to specific demands by the Palestinians. The conference is therefore nothing more than reenacting the defunct Oslo Accord of 1993 and the failed Road-Map of 2003. In view of this futile exercise for peace, PACE register our stand as follows:

  1. Reject the Annapolis Conference as the objective is never towards restoring the rights of return of the Paletinian people and their rights to sovereignty. On the contrary the conference aim to tighten Israeli grip on the occupied territories i.e the West Bank and East Jerusalem as well as imposing a total blockade on Gaza .

  2. Regrets the presence of representatives of Arabs and muslim countries as their presence will give legitimacy to the conference and further erosion of Palestinian rights. Their presence is also a reflection of lack of analysis and grasp of the political maneuvering of the Zionist agenda.

  3. Perturb by the apathy of Arabs and muslim countries towards the Palestinian people which has been subjected to an almost two-year long complete economic blockade. They should have pushed for an international effort to uplift the US led economic boycott instead of becoming a party to a conference that would only exacerbate the situation.

  4. PACE call upon the Malaysian public to carefully monitor the outcome of the conference, as it may eventually open the way for diplomatic relations with Israel, where no such provisions are provided for with Malaysia, but that which have placed many Arab countries in a tight corner in the past, leading to recognition of Israel.

  5. PACE call upon muslims from all over the world to close ranks and stand by the rights of the Palestinian people in their legitimate struggle to liberate their homeland and the holy al Aqsa mosque.

Kuala Lumpur , Selasa 27 November 2007/17 Dzulqaedah 1428H

Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE ( Palestine Centre of Excellence)
Kuala Lumpur

Walaupun ini pendirian PACE, kita sepatutnya juga mempunyai pendirian yang sama~

Terbitan Terbaru Hasil Penulisan Dr. Hafidzi

Buku 'Dalang di Palestin - Hamas atau Israel?' adalah judul terkini yang diterbitkan oleh JIMedia dan PACE (Palestine Centre of Excellence) tulisan Dr Hafidzi Mohd Noor. Buku ini mengulas tentang perjuangan rakyat Palestin setelah kemenangan Hamas dalam pilihanraya legislatif pertama Palestin pada bulan Januari 2006 sehingga Oktober 2007.

Objektif buku ini ialah untuk membongkar propaganda jahat Amerika yang didalangi media zionis memburukkan perjuangan sah rakyat Palestin untuk membebaskan tanah air mereka. Ia juga mendedahkan dalang-dalang tajaan Israel yang bertopengkan rakyat Palestin untuk mengkhianati perjuangan suci ke arah pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid al Aqsa.

Penulis amat bertuah kerana Ustaz Zamri Zainal Abidin, pengacara radio IKIM dan penerbit program 'Dunia ku buku', IKIM.fm turut menyumbang kata-kata aluan untuk buku ini.


Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi
Sdr Wan Muhammad Wan Ibrahim
Lot 300 Tingkat Mezanin
Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-41053766
Faks: 03-41071754
e-mail: abu_itqan@yahoo.com

Monday, November 26, 2007

1st post

testing..testing..blog family hafidzi, zuraidah and anak2..woho
 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc