Seorang rakan FB meletakkan pada wall beliau. Ini adalah sedutan dari Forum kebebasan akademik bersama Prof Dr Aziz Bari di UPM pada 2 Nov. Ini hanyalah sedutan kecil dari tajuk yang lain iaitu kebebasan akademik. Banyak isu yang disentuh oleh Prof aziz bari dan saya. Objektif saya dan (Prof Aziz Bari juga menekankan ttg perkara ini) ialah untuk mahasiswa memperkasa minda dan kemahuan diri - tidak mudah terbelenggu dengan slogan-slogan dan sentimen-sentimen. Ia adalah kriteria penting ke arah melahirkan mahasiswa yang empowered dan berjiwa merdeka (semestinya di atas kerangka Islam). ia akan menjadi asset kepada negara.
Dr Hafidzi Mohd Noor
18 comments:
MasyaAllah, very powerful and deep Dr! Mabruuk!
Assalamualaikum.
Akhlak yg saudara tunjukkan dalam penyampaian sgt memalukan sy sbgai mahasiswa....
Kalau tak setuju, boleh. Tp tunjukkan akhlak yg baik. Kalau saya berada di hadapan anda ktk itu, pasti sy akan akan jd org yg paling benci dgn sikap yg anda tunjukkan. Sgt tak akedemik dan tidak professional.... Sentimen semata2...
Kalau ini cara yg saudara tunjukkan pd generasi muda, kbnyakkan drp mrk tidak akan bersama dgn anda sebab sikap mcm ni lama ke lamaan" tak valid dan tak relevant lagi bg kami org2 muda !! " anda silap apb berhadapan dgn kekuatan org2 muda dgn emosi dan paksaan pemikiran.
Wallahualam
Salam, Sometimes you need to utter such strong words & in a emotional way to convey the message. Well done Dr Hafidzi..
Salam, Sometimes you need to utter such strong words & in an enthusiastic way (not emotional) to convey the message.. Well done Dr Hafidzi
Assalamualaikum.
Sy minta maaf kalau terkasar bahasa dan menghormati prof hafidzi atas sumbangan beliau yg bnyak dalam dakwah dgn kesilapan beliau yg mungkin kt boleh kata "kecil".
The video speaks it self. En mohd kamal, there is no need any defender.... Apa yg dia ckp mungkin betul. Tp kalau tak bersetuju dgn pandangan org lain, tunjukkan lah akhlak yg murni. akhlak yg ditunjukkan tidak molek ditunjukkan pada
anak2 muda. Boleh jadi amal kt yg banyak sblum ini hilang seperti debu hanya kerana tidak menjaga adab berkata2. Kalau semua ulamak kt berbahasa dan berakhlak begini, lama kelamaan tidak ada siapa akn mendengar nasihat
mereka.
One more thing, kalau tak setuju pun, ingat slogan itu hanya ijtihad. I. Allah kt akan sama2 ke syurga kalau beramal dgn baik.
Kritik dgn semangat boleh. Tp jaga adab. Saya tak nampak langsung di mana enthutiastic yg ditunjukkan
Melainkan emosi dan kata2 yg x enak didengar.
Wassalam.
masing2 mmbw slogan blainan. tp ada beza ke amal mereka dgn amal kita? walaupun slogan blainan tp rasanya amal mereka sama je dgn amal kita.
Salam sdr HF, Pada hemat saya kalau slogan berlainan maka amal pun berbeza. Satu menyeru kpd perpaduan kaum Melayu lebih dahulu ttpi satu lagi menyeru kpd perpaduan ummah yg lebih besar..Dari segi sirah jelas Ar Rasul SAW tidak menyeru manusia atas nama perpaduan kaum Arab, walaupun baginda boleh berbuat demikian kerana kedudukan kaum Baginda yakni Arab Quraish yg dihormati oleh masy Arab ketika itu. Sebaliknya Baginda terus menyampaikan risalah berdasarkan aqidah dan persaudaraan Islam bagi membina kekuatan ummah.
elok tgk apa di sebalik slogan ni...rasa x adil kalau kita menilai dr namanya saja...kalau nak nilai jalan cerita pun, takkan kita tgk tajuk je terus komen kan?
http://www.youtube.com/watch?v=jZ6j51HX7Go&feature=channel_video_title
sy banyak mengikuti ceramah dr di n9.melalui penilaian sy, sy faham kenapa dr bertindak sedemikian. ianya bukan omongan semata-mata, tapi melalui sejarah yang telah berlaku dan akibatnya.sy pasti jikalau anda semua teliti hasil pembentangan dr, kita akan merasakan kritikalnya perihal ini.anyway ada hikmahnya benda ini berlaku.
bagi saya, tak perlu kita merendah-rendahkan amal seseorang..
itu hanya ijtihad. at least depa do something. sebagai mahasiswa, saya sendiri terkejut dengan video ini. please check the turth before condemming other people, insyaAllah.
kita sama-sama mahukan Islam itu bangun kan. masing-masing ada
gerak kerjanya sendiri.
cer tengok video yang hanafisarif link kan itu.
Allahu'alam
Salam Dr. Hafidzi,
Saya difahamkan Dr. ada buat permohonan maaf atas ketelanjuran kata dari video ni.
Jika benar, saya mohon jasa baik Dr. utk tidak lebih mengeruhkan keadaan, dan demi menjaga ukhuwah sesama badan dakwah, utk remove post ni. Juga minta org yg upload video ni ke youtube utk turut removekan.
Bukan paksaan hanya saranan.
Jzk.
Pernyataan maaf yang bagaimana?. Kalau kenyataan menghina dan memperlekeh slogan kumpulan lain tersebar luas melalui blog dan youtube, pernyataan maaf, saya kira juga perlu dibuat dengan cara yang sama.
Saudara HF, please don't judge a book by it's cover, especially about someone's amal...
there's plenty about others that you still do not know. Only Allah knows best.
Assalamu'alaikum w.r.h.,
Kehadapan Dr. Hafidzi...
Saya mungkin seorang yang kurang ilmu...tapi saya faham dan saya cuba utk mendalami apakah gagasan ini sebenarnya. Saya cuba utk berfikir di luar kotak. Insya'allah sentiasa mencuba hingga ke akhir hayat saya. Tak akan pernah jemu dan mencemuh walau sekalipun.
Ini adalah petikan dari kata-kata As-Syahid Imam Hasan al-Banna:
Sesebuah bangsa akan berhadapan dengan pelbagai masalah hingga mampu menggugat dan menggegar kewujudan serta keutuhannya kerana penyakit yang menular. Bangsa ini tidak akan mampu menahan segala asakan musuh. Jalan penyelesaiannya hanya melalui tiga cara: mengetahui punca penyakit, menjalankan rawatan ini hingga Allah mengizinkan dia menyembuhkan dan mencaai kejayaan.
Sebagai orang Melayu yang beragama Islam sepatutnya kita lebih berfikir secara mendalam, kritis, tidak cepat melenting dan cuba utk memahami.
Orang Melayu kita zaman dahulu memang hebat...tapi zaman sekarang apa dah jadi...dan kenapa pula tiba-tiba timbulnya gagasan MSIB?
Kenapa Dr? Sebab melalui pemahaman saya yang kerdil dan lemah ini, sesuatu bangsa itu hanya akan tinggi dan menjulang imejnya dengan adanya akidah yang kukuh, iman yang mantap.
Kita ini ibarat buih-buih di lautan yang mana akan hilang bila dipukul ombak. Kenapa perlu kata "persetan Melayu"???? Kalau "persetan Melayu", Dr. bangsa apa???
Bila sesuatu bangsa itu dalam masalah, apa yang akan menguatkan dirinya sendiri...mestilah kekuatan Imannya dan dalam masa yang sama dia pasti akan mencari sokongan dari bangsanya...
Sememangnya Islam akan terus berdaulat walau apa juapun keadaan sesuatu bangsa yang mendokonginya.
Sekiranya sesuatu bangsa itu berpaling dari Allah, Allah telah berjanji utk menggantikannya dengan suatu bangsa yang lebih hebat daripada bangsa sebelumnya.
Saya merupakan seorang daripada ribuan mahupun jutaan makhluk Allah yang tidak akan mudah terpengaruh dengan sesuatu yang datang dengan mudah. Tapi apakah ubatnya atau apakah yang menguatkan semangat seorang gadis Melayu Islam ini? mestilah kerana kekuatan hati dan akal dengan diiringi tawakkal kepada Allah.
Pemikiran setiap makhluk Allah dimuka bumi ini tidak akan dapat utk disatukan walau sekalipun. Setiap gagasan yang diwujudkan pasti ada alasannya yang tersendiri. Pasti pencetus asal gagasan ini telah dan sentiasa berfikir akan rasionalnya ideanya. Pasti dia amat perlukan sokongan dari seorang manusia yang mempunyai ketajaman akal fikiran.
Untuk melakukan sesuatu dakwah, kita pasti akan mendatangi orang yang paling dekat dengan kita dahulu. Pastinya orang itu adalah ahli keluarga kita dahulu, yang pastinya berbangsa Melayu. MSIB bukan mengenepikan dakwah atau pandangan golongan Cina Muslim atau India Muslim dan sebagainya. Dakwah ke atas mereka sentiasa berjalan. Tetapi siapa yang lebih faham masalah orang Melayu kalau bukan orang Melayu itu sendiri.
Sambungan kata-kata As-Syahid Imam Hasan al-Banna:
Apakah yng boleh diharapkan daripada bangsa yang memiliki segala faktor kelemahan, seperi dijajah, berpuak, mengamalkan riba, dikuasai syarikat asing, anti-agama, kepincangan sistem pendidikan dan perundangan, tidak bersemangat, tamak, bacul, pengecut dan kagum dgn musuh sendiri?
Mana-mana satu daripada penyakit ini sudah cukup utk membunuh sebuah bangsa...
Cuba Dr. dan sesiapa yang terlibat fikirkan situasi orang Melayu kita? Kita sendiripun tanpa disedari sentiasa mencari sokongan daripada bangsa kita sendiri seperti buka peluang perniagaan utk orang Melayu, berdakwah melalui buku tentang Melayu Islam...dan pelbagai lagi tindakan kita yang mana tanpa kita sedari akan dgn sendirinya memalukan kita disebabkan kata-kata kita.
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang MSIB, tetapi apa yang penting di sini ialah kita cuba utk memahami, bersikap terbuka dan sentiasa mencari jalan terbaik utk mengelakkan api permusuhan daripada tercetus. Ini adalah pesanan junjungan kita sendiri, Nabi Muhammad s.a.w dan As-Syahid Imam Hasan al-Banna.
haha, kemong la Dr.
Kalau tak setuju pun tak perlu berakhlak rendah.
Post a Comment