Saturday, March 20, 2010

Kenyataan akhbar Aqsa Syarif dalam BERNAMA news

Kenyataan akhbar Aqsa Syarif dalam BERNAMA - bahasa melayu

Dr Hafidzi Mohd Noor
ahli Lembaga Aqsa Syarif Bhd

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=483986

20 Mac, 2010 17:38 PM

Aqsa Syarif Minta Rakyat Malaysia Bantu Perjuangan Palestin

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Aqsa Syarif, pada Sabtu menggesa rakyat Malaysia memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang sedang berusaha melindungi kesucian Masjid al-Aqsa.

Pengerusinya Hasanudin Mohd Yunus berkata rakyat Malaysia mungkin tidak mampu melakukan seperti rakyat Palestin yang berusaha mempertahankan masjid tersebut dengan tubuh mereka, namun mereka mampu melakukannya dengan cara lain.

"Israel kini sedang membuktikan kepada dunia bahawa mereka nak merobohkan masjid itu dan inilah yang akan menimbulkan ketegangan rakyat Palestin," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata rakyat Malaysia boleh membantu perjuangan penduduk Palestin untuk mempertahankan masjid itu dengan memberi derma.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Aqsa Syarif di talian 013-7444428 atau melayari laman web www.AqsaSyarif.com.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=484020

March 20, 2010 19:14 PM

Aqsa Syarif Urges Malaysians To Donate To Palestinians

KUALA LUMPUR, March 20 (Bernama) -- Non- governmental organisation (NGO) Aqsa Syarif has urged Malaysians to donate to Palestinians who are defending the sanctity of Al-Aqsa Mosque.

Chairman Hasanudin Mohd Yunus said although Malaysians could not physically defend the mosque like the Palestinians, they could help by other means.

"Israel is trying to demolish the mosque without concrete reason. This has heightened tension among Palestinians who are defending the mosque with their bodies.

"The Israelis are burning the sentiments of Muslims all over the world as the mosque was Muslims' first direction for prayers," he said at a press conference on the building of a Jewish temple at the mosque site.

Hasanudin urged Malaysians to donate to Aqsa Syarif.

More information is available at its website www.AqsaSyarif.com or by calling 013 7444428.

--BERNAMA

Aqsa Syarif Press Statement: The current situation in Baitul Maqdis and Masjid al-Aqsa

AQSA SYARIF BERHAD

No. 18 Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

20th Mac 2010 / 4 R’akhir 1431

PRESS STATEMENT ON THE CURRENT SITUATION IN EAST JERUSALEM AND AT THE AL-AQSA MOSQUE

The tense situation in East Jerusalem and especially at the al-Aqsa mosque has raised a lot of concern among the international community and the muslim world in particular. The fiasco that has been going on for over a week escalated on 16th March, when Israeli police used exessive force injuring at least 49 Palestinians.

The Palestinian people and the muslims have no recourse but to rise in defense of the mosque in the wake of the inauguration of the Hurva temple in the vicinity of the mosque. It was a move clearly orchestrated to threaten the mosque and constitute part of the sinister attempt to undermine the mosque and make way for the construction of the Haikal, on the temple mount, the zionist jews have dreamt about. The inauguration of the temple on 15th March attended by no less than the Israeli Prime Minister, Benyamin Netanyahu, is seen as a spark that would trigger an explosion. In light of this provocative act, Khaled Mish'al, HAMAS spokeperson in Damascus call upon the Palestinian people to relaunch the intifadhah to safeguard the sacred mosque and the holy land. Israel’s decision of building the temple in an Arab residential area is anything but exploiting religious sentiment to further the Zionist agenda in strengthening their grip on Jerusalem.

This move is in tandem with Tel Aviv’s announcement to proceed with the Jewish settlement project of building an additional 1,600 apartment units in East Jerusalem. Eventhough Israel has agreed to cease settlement activities in the West Bank and East Jarusalem in all previous peace arrangements since the Oslo accord in 1991 up to the Annapolis Conference in 2007, however as has been anticipated, Israel will never honour their own words. It has been enshrined in the Constitution of the illegitimate state of Israel that the West Bank which they refer as ‘Judea’ and ‘Samaria’ is an integral part of Israel and that Jarusalem has been declared as the ‘eternal capital’ of Israel. Settlement activities on land expropriated from the Palestinians are part of the grand design to Judaiz the old city of Jarusalem. The presence of the Hurva temple is part of this sinister plan to have an exclusive control on Jerusalem by displacing the muslims and the Cristian Arabs from the city.

At this critical juncture, in light of the depressing moments as they unfold in Esat Jerusalem and at the al-Aqsa Mosque, AQSA SYARIF asserts the followings:-

1. AQSA SYARIF calls upon the leaders of muslim nations to voice their concern and state their stand on the Zionist provocation in the holy land of Jerusalem. Islamic countries must stand united and insist on the United Nations to convene an emergency meeting to discuss on punitive actions on Israel for trampling on the rights of the Palestinian people by stirring religious sentiments.

2. AQSA SYARIF calls upon the international community to coerce Israel to respect all the peace agreements with the Palestine National Authority in particular Israel’s commitment to cease settlement activities in the West Bank and East Jerusalem. Israel’s move to resume with the settlement activities would certainly lead to the collapse of the peace talks and the so called ‘Two state solution’.

3. AQSA SYARIF calls upon the US to stop shielding Israel which has shown an amazing track record of not complying with the UN resolutions regarding the inalienable rights of the Palestinian people. Israel’s blatant disregard of the rights of the Palestinian as guaranteed by the UN and enshrined in the 1948 Declaration of human rights has been encouraged by the US foreign policy that supports Israel despite of the latter’s flouting of international laws and gross abuses of human rights.

4. AQSA SYARIF calls upon the muslim nations not to be deceived by the sinister plan of the Zionist that hides behind the peace process to further their occupation agenda of Palestine and Jerusalem. AQSA SYARIF insist that the only viable option for the muslim nations is to stand firm with the Palestinian people by showing solidarity in their struggle to liberate Palestine from the Zionist occupation. The muslim nations has an obligation to assist the Palestinian people with material and moral support and to speak on their behalf in international forums.

5. AQSA SYARIF calls upon Malaysian citizens to shun products that has been known to support Israeli economy. We support the global call for BDS (Boycott, Divestment and Sanctions) on all products and companies in support of Israel advocated by civil societies and human rights groups all over the world.

6. AQSA SYARIF urges the muslims to protect the al-Aqsa Mosque, the third most sacred mosque in Islam, a duty not only reserved for the Palestinians but on all muslims where ever they are.

7. AQSA SYARIF commends the roles played by various NGOs that supports the Palestinian struggle and their steadfastness in promoting the awareness and solidarity campaign in the Palestinian cause. AQSA SYARIF will continue to work with all parties in raising the conscience of Malaysian citizens to contribute towards the Palestinian cause.

8. AQSA SYARIF pays tribute to the DYMM Yang Dipertuan Agung and stand firm with the Government of Malaysia that has never recognised the illegitimate state of Israel right from Independence and consistently opposes the Zionist occupation on Palestine

Ust. Hasanuddin bin Mohd Yunus

Chairman

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF is registered in Malaysia No. 729288P. AQSA SYARIF mission is to disperse information; soliciting funds and channeling humanitarian assistance; and networking with other organizations working on the Palestinian cause. Correspondence address: No. 18 Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 013-7444428; E.mail: admin@aqsasyarif.com;myhasanuddin@gmail.com ; Website: www.aqsasyarif.com.


Assoc Prof Dr Hafidzi Mohd Noor

Board Member

Aqsa Syarif Bhd


Kenyataan Akhbar Aqsa Syarif: Situasi Terkini di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa

Kenyataan Media AQSA SYARIF

19hb Mac 2010 bersamaan 3 Rabi’ulakhir 1431

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Situasi tegang di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa terutamanya menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan masyarakat antarabangsa dan umat Islam khususnya. Ketegangan yang sudah berlanjutan lebih dari seminggu semakin memuncak apabila pada 16hb Mac 2010, polis Israel bertindak ganas mencederakan lebih dari 49 rakyat Palestin yang cuba melindungi kesucian Masjid al-Aqsa.

Rakyat Palestin dan umat Islam tidak punya pilihan melainkan bangkit mempertahankan Masjid al-Aqsa ekoran tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia adalah satu tindakan yang jelas bertujuan untuk mengancam Masjid al-Aqsa dan sebahagian dari perancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan Haikal, tempat penyembahan Yahudi yang selama ini menjadi angan-angan mereka. Upacara perasmian kuil pada 15 Mac yang lalu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu adalah percikan api pertama yang akan mencetuskan ledakan besar. Ekoran dari tindakan provakasi ini, Khaled Mish'al tokoh dan jurucakap HAMAS di Damsyik menggesa supaya rakyat Palestin bangkit melancarkan intifadah demi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan Tanah Suci Baitul Maqdis. Tindakan Israel membangunkan tempat ibadat mereka di kawasan penduduk Arab yang beragama Islam dan Kristian adalah jelas menggunakan sentimen keagamaan untuk melanjutkan agenda jahat Zionis untuk menguasai Baitul Maqdis.

Perancangan ini adalah seiring dengan pengumuman Tel Aviv untuk meneruskan projek pembinaan penempatan haram Yahudi yang menempatkan tambahan 1,600 unit apartment di Baitul Maqdis timur. Meskipun Israel bersetuju untuk menghentikan projek penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur dalam semua perundingan damai yang dicapai bersama pihak berkuasa Palestin sejak dari Perjanjian Oslo 1993 sehinggalah Konferens Annapolis pada tahun 2007, namun seperti yang dijangka, Israel sama sekali tidak akan menghormati syarat-syarat rundingan damai tersebut. Sudah termaktub di dalam Perlembagaan negara haram Israel bahawa Tebing Barat yang mereka rujuk sebagai 'Judea' dan 'Samaria' adalah bahagian yang integral dari negara Israel dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diwartakan sebagai ibu negara Israel yang abadi. Pembinaan penempatan Yahudi di atas tanah-tanah rakyat Palestin yang mereka rampas adalah bertujuan untuk mengyahudikan Baitul Maqdis. Kehadiran kuil Hurva adalah pelengkap kepada cita-cita untuk menguasai Baitul Maqdis sepenuhnya dengan mengeluarkan rakyat Palestin yang beragama Islam dan Kristian.

Dalam saat-saat situasi cemas yang berlaku kini di Baitul Maqdis timur dan Masjid al-Aqsa maka AQSA SYARIF menegaskan berikut:-

1. AQSA SYARIF menggesa pemimpin-pemimpin negara Islam supaya bersuara dan menyatakan sikap dan pendirian terhadap provokasi Israel di tanah suci Baitul Maqdis. Negara-negara Islam wajib bersatu menggesa PBB supaya memanggil satu persidangan tergempar bagi mengambil tindakan ke atas Israel yang jelas mencabul hak rakyat Palestin dengan mengocak sentimen keagamaan.

2. AQSA SYARIF menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak Israel menghormati semua syarat-syarat perundingan damai yang telah dipersetujui dengan pihak berkuasa Palestin terutama persetujuan Israel untuk menghentikan projek pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur. Tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di sana pasti akan menggagalkan proses rundingan damai dan apa yang dikatakan sebagai penyelesaian dua negara.

3. AQSA SYARIF menggesa Amerika Syarikat supaya berhenti menyebelahi dan melindungi Israel yang telah sekian lama melanggar ketetapan PBB berkaitan hak rakyat Palestin. Pencabulan Israel ke atas hak-hak rakyat Palestin yang diperakui oleh piagam PBB dan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 adalah berpunca dari dasar luar Amerika yang mempertahankan semua tindakan regim Zionis itu meskipun ia bertentangan dengan prinsip undang-undang dan hak asasi.

4. AQSA SYARIF menyeru umat Islam supaya tidak terpedaya dengan perancangan jahat regim Zionis yang berselindung di sebalik proses rundingan damai untuk melanjutkan agenda pendudukan bumi Palestin dan Baitul Maqdis. AQSA SYARIF yakin bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang ampuh ialah dengan seluruh umat Islam berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dan menyatakan solidariti mereka terhadap perjuangan pembebasan bumi Palestin dari pendudukan Zionis. Umat Islam juga wajib membantu baik dari segi kewangan dan moral serta mempertahankan hak rakyat Palestin dalam forum-forum antarabangsa.

5. AQSA SYARIF menyeru semua rakyat Malaysia, khususnya umat Islam supaya tidak melanggan produk-produk yang dikenalpasti memberi sokongan kepada ekonomi Israel. Empat barangan yang jelas menyumbang kepada ekonomi Israel ialah McDonald, Coca-Cola, L'oreal dan Nestle. Umat Islam diseru supaya mengutamakan barangan tempatan dan hanya melanggan produk asing terutama dari Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Israel apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan terakhir. AQSA SYARIF mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menyambut kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanction - kempen memboikot, mengalihkan pelaburan dan sekatan) terhadap Israel yang giat diterajui oleh masyarakat madani (civil society) kumpulan hak asasi dan pertubuhan bukan kerajaan di peringkat global.

6. AQSA SYARIF juga menyeru umat Islam supaya membela Masjid al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Kewajipan melindungi masjid tersebut dan tanah suci Baitul Maqdis berada di atas pundak umat Islam seluruh dunia dan bukan menjadi tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata.

7. AQSA SYARIF mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh pelbagai NGO yang menyokong perjuangan rakyat Palestin dan konsisten di dalam menyemarakkan kempen solidariti bersama rakyat Palestin. AQSA SYARIF akan terus berganding bahu dengan semua pihak untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia agar menyumbang wang ringgit dan menghulurkan bantuan demi membela rakyat Palestin yang tertindas oleh kekejaman regim Zionis Israel.

8. AQSA SYARIF juga tidak lupa untuk merafaqkan sembah kepada DYMM Yang Dipertuan Agung dan menzahirkan sokongan kepada Kerajaan Malaysia yang tidak pernah mengiktiraf negara haram Israel sejak negara mencapai kemerdekaan dan konsisten di dalam menyanggah pendudukan regim zionis Israel ke atas bumi Palestin.

Sekian kenyataan AQSA SYARIF dan semoga rakyat Palestin terus teguh di dalam perjuangan mereka dan akhirnya kemenangan berpihak kepada pejuang-pejuang di jalan Allah swt.

Ust. Hasanuddin bin Mohd Yunus

Pengerusi AQSA SYARIF

AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan yang didaftarkan di Malaysia No. 729288P. Misi AQSA SYARIF adalah Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. AQSA SYARIF beribu pejabat di Kajang Selangor. No. Telefon: 013-7444428; E.mail: admin@aqsasyarif.com; myhasanuddin@gmail.com; Laman Web: www.aqsasyarif.com.

Prof Nadya Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga
Aqsa Syarif Bhd

Thursday, March 18, 2010

(Perubahan tempat) Pengumuman konsert LIFELINE 4 GAZA


MOHON KERJASAMA SEMUA UNTUK MENYEBARLUASKAN PERUBAHAN TERKINI INI.

PERUBAHAN TERKINI !!

Venue konsert telah ditukar ke DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN JALAN DUTA| Pihak penganjur terpaksa mengubah lokasi konsert ke dewan yang lebih besar kerana sambutan yang amat-amat menggalakan dari pelbagai peringkat umur. Dapatkan tiket melalui wakil-wakil kami di lokasi anda. 2000 tiket sahaja disediakan. DAPATKAN SEGERA!



KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege

DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI
LOKASI BERHAMPIRAN ANDA BERMULA 21 MAC 2010

TARIKH:
26 Mac 2010


LOKASI:
DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR, JALAN DUTA
(Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)

MASA:
7.00mlm hingga 11.30mlm

SPEACIAL APPEARANCE:
Shoutul Harokah http://www.shoutulharokah.com
MUADZ http://www.facebook .com/profile. php?id=104680325 7

INTRODUCING:
Kumpulan Daie

HARGA TIKET:
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00
(Tiket hanya untuk Derma kepada Palestin)

ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline4gaza.org
HALUAN Palestin http://haluanpalest in.haluan. org.my
HALUAN Siswa http://haluansiswa. haluan.org. my
Jamaah Islah Malaysia (JIM) http://www.jim. org.my
KARISMA-JIM http://www.karisma. jim.org.my
Pertubuhan Mawaddah Malaysia http://www.pertubuh anmawaddahmalays ia.blogspot. com
Palestine Centre for Excellence (PACE) http://www.pacemalaysia.net
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)
Viva Palestina Malaysia http://www.facebook.com/pages/Viva-Palestina-Malaysia/193531139517
Persatuan Aqsa Syarif & Gabungan NGO-NGO di Malaysia


TENTATIF
7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
9.00PM: Konsert Nasyid
11.45PM: Tamat


JUALAN TIKET
Hanya 2000 tiket sahaja disediakan.
Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
Adam Kadir | 013 404 4787
M.Zakiran | 019 939 0304

Petaling Jaya@UM
Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
Nu’man | 013 434 0685

Subang
Mus’ab | 012 954 7861

Kuala Lumpur@UTM KL
Fauzan | 019 566 0576
Abu Dzar | 013 356 8932

Gombak@UiAM
Syed Zulfaqar | 013 384 5475
Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

Kajang@Bangi@ Sepang@UKM@ UPM
Zamri | 013 779 5217
Abu Ubaidah | 013 628 4940

Pandan Indah
Hudzaifah | 019 987 4594

Negeri Sembilan
Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

Melaka
Khalid Al-Walid | 019 734 1984


SHAH ALAM
9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati
11.00pagi | Plaza Alam Centre

KL CENTRE
2.00petang

KLCC
4.30petang

atau dapatkan di kaunter tiket di pintu masuk
Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 26 Mac nanti


Sebarkan kepada rakan-rakan.
Semua dijemput hadir!



#Tiket VIP adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas tanpa kerusi
#Dewan adalah tanpa kerusi dan tiket adalah hanya utk masuk ke dewan sahaja sebagai sumbangan kepada Palestin
#Lelaki & Perempuan diasingkan
#Mohon share aktiviti ini di wall saudara/i. Copy link event ini kemudian post di mana-mana group atau page
#Bahan sebaran seperti poster, banner & flyer boleh minta pada urusetia di email lifeline4gazahs@ gmail.com

Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"

About Us

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza. We are working along with Free Gaza Movement who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Germany, Italy, Venezuella and many more.The fortilla is expected to depart Istanbul on 15th May 2010, comprising 20 ships and cargo boats to be laden with building supplies, generators, medical equipment and educational materials. They will sail through the Mediterranean Sea, carrying members of Parliament from countries around the world as well as high-profile journalists and human rights activists. Lets break the siege now, before it’s too late! For the Malaysian charter, the efforts are being carried out by collaborations of, among others, the following NGOs:

* HALUAN Palestin
* Palestine Centre for Excellence (PACE)
* Jamaah Islah Malaysia (JIM)
* Aqsa Syarif
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia
* Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)


http://www.lifeline 4gaza.org/
http://www.bernama. com/bernama/ v5/newsindex. php?id=476370
http://www.ihh. org.tr/13572/ en/
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249

Wednesday, March 17, 2010

Announcing the latest publication by JIMedia and PACE on the Palestine issue


Assalamualaikum,

The National Book Council of Malaysia and the Malaysian Book Industry Council will again organise the Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) in 2010. The 29th edition KLIBF will be held at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur from Friday, 19th March 2010 until Sunday, 28th March 2010.

JIMedia and PACE will be launching one of their latest publication in KLIBF 2010.

"Palestine - Oppression Unrivalled" is the latest book authored by Dr Hafidzi Mohd Noor (ed.) The Director of the Palestine Centre of Excellence (PACE). A book review session by the author is slotted on the 28th March from 1 - 2 pm.


Dr Hafidzi Mohd Noor

Siaran Akhbar PACE: Pelaburan Syarikat Coca-cola di Malaysia


Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.


PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)

Monday, March 15, 2010

PACE standpoint: Settlement activies in East Jerusalem and the inauguration of Jewish temple in the vicinity of al-Aqsa as-Shariff (16th March 2010)



Assalamualaikum

Recent developments in Baitul Maqdis (Jerusalem) has strengthened the international public opinion that peace through negotiations between Palestine and Israel is as elusive as ever. Tel Aviv behaviour cannot be construed as anything other than to frustrate the on-going peace talks with the Palestinian Authority. The ground breaking ceremony for the jewish settlement project that would provide an additional 1,600 housing units to the already burgeoning Jewish quarter in the occupied East Jerusalem has lead to a flare-up of protest and demonstrations. Even David Axelrod, top advisor to President Obama claimed the development as an affront and insult to the peace process, adding further difficulties to an already difficult situation, despite admitting that Israel is a strong ally of the US and 'the bonds run deep'.

The scenario turned for the worst by the inauguration of the Hover tempel (synagogue) barely 700 m from the al-Aqsa as-Syariif (The compund of the honorable al-Aqsa mosque). It was a calculated move by Tel Aviv to assert its claims on Jerusalem as the 'eternal capital' of Israel. Considering the recent clash between israeli police and Palestinians who rallied behind the call by Syeikh Raed Salah, .leader of the Islamic Movement of 1948 to safeguard al-Aqsa from desecration and wanton destruction by jewish extremist and the prohibition of persons under 50 years old to enter the mosque, this move is seen as triggering a spark, in the words of Khaled Mish'al, HAMAS head of political bereau to the already tensed situation.

In view of this critical situation, PACE Malaysia issues our stand as follows:

PACE Malaysia in solidarity with the Palestinian cause stand united with the Palestinian front in their call for international condemnation of the Israeli's blatant disregard of the preconditions to move the negotiations forward, as stipulated in countless agreement since Oslo in 1993.

PACE yet again assert our position in the so-called peace process, that it has been a futile exercise and will remain so as long as Israel continues to flout with international laws and ignores UN resolutions.

PACE strongly belief that as long as the US remain a strong ally of Israel and continues to provide financial handouts and military aid to Israel, the latter will insist on trampling on the Palestinian rights as a people and opt to remain indifferent to international public opinion.

PACE condemns the inauguration of the Hover temple in the vicinity of al-Aqsa mosque and the church of Sepulcher, in a predominantly Arab quarters, a provocative move to stir religious sentiments in the name of Zionist expansionism.

PACE calls on the leaders of the muslim nations to take ownership of safeguarding the al-Aqsa As-Sheriff and to pressure Tel Aviv in respecting the rights of the indigenious muslims and christians of Jerusalem to practice their religious rites without fear and hindrance. PACE considers the prevention of Palestinians from observing their prayers in al-Aqsa mosque is simply outrageous and an affront to freedom of religious expression.

PACE supports the Palestinian cause and calls for Israel to honour and respect the rights of the Palestinian people.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE Malaysia
(Palestine Centre of Excellence)
 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc