Wednesday, July 2, 2008

Bersama cucunda Fadua Izzati

Fadua menerima ciuman sayang dari ayahanda (Ijat)

Senyum bersama Nenek Ngah


Bergambar ramai bersama Nenek, nenek-nenek sedara, ibu, dan ibu-ibu sedara

Bersama Tuk Cu

Assalamualaikum,

Pada hari Sabtu malam ahad, 28 Jun, 2008. Kami berkumpul di rumah anakanda Wan Azizan/Fuza bersama kak Jun, Abg Hassan dan Kak Endon serta anak-anak mereka, Ijat bersama isteri, Rozi dan puteri mereka Fadua Izzati, Nana, Nani. Tak ketinggalan juga anakanda Dod dan Adib.

Kami nak ucap tahniah pada Nani kerana mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pengajian metrikulasi Sains/Islam dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah dalam Bidang 'Biological Sceinces'. Semuga tercapai cita-cita anakanda Nani.

Kami juga mengambil peluang bergambar dengan cucunda Fadua Izzati, puteri kesayangan ibu dan ayah (Ijat dan Rozi). Semuga cucunda Fadua menjadi anak yang solehah, kesyukuran ibu-bapa dan ummat ini. Ameen.

"Ya Tuhan Kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak-anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau. Dan tunjukkanlah kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi penyayang." - surah al-Baqarah 2:128)

"Ya Tuhan kami, berilah ampun bagiku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat). Surah Ibrahim 14:41)

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadiknalah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertaqwa." - Surah al Furqan, 25:74)

Tuk Cu, Nenek asu, Pak Long Qayyim, Pak Ngah Odi dan Pak su Amin

ps. Tuk Cu ada beli ole-ole untuk Fadua dari Medan. Tunggu ya!

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc