Subprime crises and the Palestinian blockade
Salam,
Allah's retribution sometimes work in mysterious ways. The subprimefinancial crises that leads to a meltdown of the free capitalisteconomy may serve as a succint reminder to this.
I have no intention of dismissing it as a sign of the wrath of theAllmighty for the arrogance of what has become of the US. But I cannot help relating this financial horde as the classic case of 'the chicken coming home to roost'.
Since mid 2006 the Palestinians has been collectively punished for the 'wrong' choice in exercising their democratic rights, enshrined even in the US constitution. They were treated like sub-humans and denied access to basic sustainence. With no sign of the economic blockade easing in 2008, they tightened the noose to the already strangulated population of Gaza. All entry points were sealed cutting off fuel, food and medical supplies. I wish there is a more fitting word to describe the zionist inhumane treatment of the Gazans. All this has been made possible by the American endorsement.
Therefore when the subprime crises hit America, I tend to view this as a divine retribution for the wrongs inflicted by the US to the citizens of the world, particularly the Palestinians. In a flinch,they lost trillions and are still reeling from the financial loss that is showing no signs of abatement. It could well be the beginning of the demise of the US as the sole superpower. Like i've said, God's retribution works in mysterious ways and when you least anticipated it. One may recall the downfall of the Soviet. Who would ever imagine the great Soviet empire went under as a result of a miscalculation of attacking a small nation so destitude and backward, I.e. Afghanistan.?But it happened. Sceptics may attribute it to the liberalization of the Russian economy, or the much publicised and celebrated Petroistika by Gorbachev . But nobody can deny that the military misadventure of the Soviet in the Afghan territory forced the former empire to dump her socialist-communist ideology and therefore lost her edge in the race for economic and political supremacy with her nemesis, the US.
Brace yourself for the inevitable. We could be seeing yet another empire crumbling before our own eyes. Indeed we are living through an era of change. Allah swt says in surah Ali-Imran verse 140 'Sungguh kami pergilirkan (kalah dan menang) di antara manusia"
Dr Hafidzi Mohd Noor
Wednesday, October 8, 2008
Subprime Crises and the Palestinian blockade - 'Chicken coming home to roost?"
Sunday, October 5, 2008
Perutusan Shawal 1429 PACE
Perutusan shawal PACE
Baitul Maqdis-kewajipan setiap muslim
Assalamualaikum wrt bth.
Syukur ke hadrat ilahi kerana telah memberi peluang dan kesempatan kepada kita bersama-sama dengan umat islam di seluruh pelusuk dunia menyahut dan menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan. Kita juga merafaqkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya ke atas kita bersama datangnya 1 shawal sebagai hadiah kemenangan bagi umat Islam yang berjaya menundukkan nafsunya di bulan Ramadhan demi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah.
Ujian kesabaran di bulan Ramadhan dan merayakan kemenangan 1 shawal adalah satu isyarat jelas bahawa hanya dengan berjuang dengan penuh keimanan dan kesabaran akan membuahkan kemenangan kepada umat Islam. Sebagaimana nafsu ditaklukkan dengan mujahadah begitulah juga hak dan muruah umat Islam dipertahan dengan mujahadah.
Bulan Ramadhan tahun ini sebagaimana tahun-tahun yang telah berlalu menyaksikan tanah suci umat Islam iaitu Baitul Maqdis terus dikepung dan dikuasai oleh penjajah zionis. Sejak 60 tahun bumi Palestin dirampas dan 41 tahun Baitul Maqdis diduduki tidak pernah melunturkan semangat dan kemahuan umat Islam untuk mengembalikannya kepada statusnya yang asal sebagaimana yang telah dijamin dalam ' al-ahdu Umar (konvensyen Umar) iaitu sebagai kota suci yang dijamin kesuciannya dan keamanannya terhadap tempat-tempat ibadahnya, syiar-syiar agama sam'iyat, keselamatan terhadap jiwa dan harta. Matlamat ini tidak akan tercapai melainkan dengan membebaskan Baitul Maqdis dari pendudukan zionis Israel. Inilah jaminan kepada keselamatan kepada umat Islam, umat kristian bahkan umat yahudi dari entiti Israel yang berdiri di atas sentimen perkauman yang sempit di atas ras bangsa yahudi semata-mata. Dasar apartheid dan agenda pengyahudian Baitul Maqdis dan Palextin adalah ancaman kepada kemanusiaan sejagat. Justeru seluruh dunia dan setiap negara yang menegakkan kemuliaan insan harus berganding bahu menolak bahaya ancaman Israel.
Semenjak tahun 1977 telah wujud usaha untuk mencipta perdamaian di Palestin dengan mengiktiraf Israel. Sesungguhnya usaha perdamaian ini bertolak dari premis yang pelik dan ganjil. Bagaimana dunia Islam dan negara-negara Arab mengiktiraf negara Israel yang didirikan di atas tanah dan wilayah yang dirampas? Pantaskah kita mengiktiraf sesuatu yang dirampas oleh orang lain dan yang di rampas itu pula hak kita? Ini adalah fenomena paling pelik zaman ini di mana pelbagai resolusi, konvensyen dan persidangan diadakan demi memperakui 'hak' Israel ke atas bumi Palestin yang dirampas. Kini dalam keadaan terdesak oleh kebangkitan umat Islam, mereka menawarkan pula 'land swap for peace' iaitu mengembalikan tanah yang mereka rampas untuk mendapat jaminan keamanan dalam lingkungan sempadan negara Israel yang diiktiraf. Dua persoalan besar berbangkit iaitu apakah tanah yang dirampas merupakan hak Israel sehingga digunakan untuk mengugut dan mengancam negara Arab. Persoalan kedua ialah di manakah batas negara Israel yang dituntut untuk dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan jiran-jiran negara Arabnya? Apakah negara yahudi yang diluluskan oleh Resolusi PBB 181? Atau sempadan yang diluluskan oleh Rhodes armistice 1949? Atau Israel pada tahun 1967, atau Israel selepas perjanjisn Camp David 1981? Atau selepas Israel berundur dari Lubnan pada tahun 2000? Atau Israel selepas perjanjian Oslo 1993? Atau Israel selepas pengunduran dari Gaza? Atau sempadan yang terbentuk dari tembok-tembok pemisah yang menyebabkan hampir 50% dari Tebing Barat berada di dalam 'wilayah' Israel yang diistihar di atas bumi Palestin yang dirampas selepas perang Arab-Israel yang pertama pada tahun 1948?
Malah persoalan yang lebih dasar tidak dijawab setiap kali negara-negara Arab dan Islam dipanggil untuk memeterai persidangan damai. Persoalan itu adalah status al haram as shariff (Masjid al Aqsa) dan kedudukan Baitul Maqdis timur (kota lama), status pelarian Palestin yang diusir dari tanah air mereka, status penempatan yahudi yang dibina di Baitul Maqdis timur dan Tebing barat. Setiap kali inisiatif damai yang ditaja dan di'broker' oleh AS menjadikan resolusi 242 (Israel mesti berundur dari wilayah yang diduduki pada tahun 1967), 338 (penegasan resolusi 242 selepas perang Oktober (Ramadhan) pada tahun 1973) dan 194 (hak pelarian untuk pulang atau mendapat pampasan yang setimpal yang diluluskan pada tahun 1949), namun tidak satupun resolusi ini terlaksana. Rakyat Palestin dan pemimpin yang mewakili mereka pula yang didesak untuk memperakui Israel, menjamin keselamatan dan kelansungannya. Sementara regim zionis meneruskan dasar 'ekspansionisme', embargo dan 'blockade' ke atas rakyat Palestin, mengembangkan pusat-pusat pemukiman yahudi dengan merampas tanah rakyat Palestin, merobohkan rumah mereka dan membatalkan kerakyatan rakyat Palestin!
Dalam pada itu pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam terus tunduk kepada tekanan dan telunjuk egosentrisme Amerika agar melindungi Israel dan menerima syarat-syarat 'perdamaian' yang menghinakan.
Namun kelemahan-kelemahan ini adalah penyakit yang menghinggapi umat Islam. Sebagaimana penyakit yang hinggap di atas batang tubuh umat akan sembuh, begitu juga penyakit kelemahan yang hinggap pada umat ini akan sembuh dan menghilang. Kelemahan akan diganti dengan kekuatan dan kemenangan. Sejarah membuktikan umat ini pernah dilanda kelemahan sehingga tanah suci Baitul Maqdis dijajah oleh tentera salib dan empayar Islam di asak oleh tentera tartar (monggol). Namun umat yang terlena dalam tidur yang panjang kembali membina kekuatan apabila berlaku proses pengislahan iman. Berundurlah tentera salibiah ke tanah asal mereka di Eropah dan berbondong-bondongnya tentera tartar masuk Islam ditangan umat Islam yang mereka kalahkan.
Umat Islam akan kembali membina kekuatan untuk mengalahkan yang batil, yang palsu dan yang tidak asli. Baitul Maqdis akan kembali kepada umat Islam. Petanda-petandanya semakin jelas dengan merudumnya Amerika sebagai kuasa unitunggal, kuasa militer, politik dan ekonomi,
kebangkitan kuasa-kuasa ekonomi baru seperti Cina yang akan membentuk keseimbangan kuasa yang baru, kebangkitan umat Islam sendiri dengan siri-siri kemenangan di Gaza, Selatan Lubnan dan kesepakatan negara-negara Islam yang semakin menyerlah.
Kami menyeru umat Islam agar teruskan azam dan memperhebat kempen kesedaran yang bertemakan 'Baitul Maqdis - kewajipan umat Islam'. Semuga shawal yang merupakan hari kemenangan ke atas umat Islam memperkuat tekad untuk mencipta kemenangan di atas bumi alQuds yang diberkati.
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
(Palestine Centre of Excellence)
Kuala Lumpur
4 syawal 1429 H

Subscribe to:
Posts (Atom)