Friday, February 13, 2009

Ziarah Cucu Baru di Muar

Ha ha sempat juga Tokcu bermanja dengan Fadwa yang dah semakin bijak nampaknya
Ultraman Tiga melayan anak-anak buah....


Tokcu dengan cucunda Sumayyah (buutuk tokcu) dan abang Ukasyah


Sempat bergambar di tebing Venice Muar



Talhah temankan nenek endon siang sayur



Tok Abu dengan cucunda kesayangan menggayakan baju Palestin

Pada 25 hb Januari, kami sekeluarga berkesempatan balik ke Muar untuk menziarahi cucu baru cik aton dan abang hasan, anakanda keempat huda dan ust mahmood. Alhamdulillah, cucu lelaki yang baru seminggu lahir diberi nama Ikrimah. Moga Ikrimah akan membesar dengan mewarisi perjuangan umi dan abinya.

Sempat juga kami mempromosi barangan jualan Palestin PACE/JIM yang dibawa bersama. Tengoklah gambar-gambar tu dari atok sampai ke cucunda bergambar dengan baju Bebaskan Palestin. Selepas minum petang, sempat juga abi buat strip-down TOPS (Training for Palestine Speakers) untuk Ustaz Mahmood yang akan berceramah di Kampung Lenga (kampung angkat JIM Muar, selepas dari peristiwa banjir besar di Johor pada awal 2008). Turut hadir Cikgu abdullah, YDP JIM Muar dan sdra Anuar dari JIM Muar.

Kami juga ingin ambil kesempatan ini untuk mendoakan buat abang hassan yang akan menjalani pembedahan tulang belakang pada 19 feb 2009 ini di HKL. Semoga semuanya berjalan lancar, dipermudahkan allah swt dan moga abang hassan akan kembali pulih seperti sedia kala dalamasa yang singkat.

Umi.

Tuesday, February 3, 2009

Malam Bersamamu Palestin di Masjid Bahagian Miri

Bersama Naib Presiden II Yayasan Amal Dato' Dr Hamdan Muhammad Khalid (merangkap EXCO negeri Kedah)

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dari PACE
sedang menyampaikan ceramah perdana Palestin


Bergambar ramai selepas program. Di tengah yang berbaju biru ialah Menteri Muda Datuk Ir Hj Daud Abdul Rahman, Menteri Muda di Pej Ketua Menteri Sarawak (Hal ehwal Islam)



Kaum ibu yang hadir

Mesjid Miri dibanjiri oleh lebih kurang 1,000 hadirin
Assalamualaikum,
Alhamdulillah pada 2 Feb 2009, saya telah diundang untuk menyampaikan ceramah perdana mengenai isu Palestin di Masjid Miri, Sarawak. Program yang dinamakan 'Malam Bersamamu Palestin ini adalah anjuran Yayasan Amal Sarawak dengan kerjasama Jab. Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri, Jawatankuasa bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Institiut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Tabung BaitulMal Sarawak Cawangan Miri, Masjid at-Taqwa Miri dan Badan-badan Islam. Pengarah Program ini ialah Sdr Mukhtar Suhaili dan ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Ir Hj Daud Bin Abdul Rahman. Naib Presiden II Yayasan Amal Malaysia, Dato' Dr Hamdan Muhammad Khalid yang baru pulang dari Gaza telah menceritakan pengalaman beliau menyertai misi bantuan perubatan/kemanusiaan di Gaza. Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah menyampaikan ceramah Perdana yang merupakan acara kemuncak pada malam itu.
Kutipan infaq yang dimulakan oleh YB Menteri Muda berjumlah lebih dari RM88,000 pada malam itu. Kutipan tersebut diserahkan kepada Mercy Malaysia, Yayasan Amal Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Pada sebelah petang sebelumnya kursus TOPS (Training of Palestinian) speakers telah diadakan di Perpustakaan Miri yang dihadiri oleh lebih kurang 40 orang peserta. Mereka adalah terdiri dari ahli-ahli JIM Miri, Yayasan amal Miri dan pelajar-pelajar IPT di sekitar Miri.
JZKK kepada akh Mukhtar Suhaili dari Yayasan amal yang memanjangkan undangan, ikhwah JIM seperti akh Azli, akh Amir dan sahabat-sahabat akh Amnoradhi dan lain-lain yang telah memberikan layanan yang sangat baik semasa bertandang di bumi Miri.
Semuga Allah berkati usaha ini. Ameen
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor





 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc