Tuesday, February 3, 2009

Malam Bersamamu Palestin di Masjid Bahagian Miri

Bersama Naib Presiden II Yayasan Amal Dato' Dr Hamdan Muhammad Khalid (merangkap EXCO negeri Kedah)

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dari PACE
sedang menyampaikan ceramah perdana Palestin


Bergambar ramai selepas program. Di tengah yang berbaju biru ialah Menteri Muda Datuk Ir Hj Daud Abdul Rahman, Menteri Muda di Pej Ketua Menteri Sarawak (Hal ehwal Islam)



Kaum ibu yang hadir

Mesjid Miri dibanjiri oleh lebih kurang 1,000 hadirin
Assalamualaikum,
Alhamdulillah pada 2 Feb 2009, saya telah diundang untuk menyampaikan ceramah perdana mengenai isu Palestin di Masjid Miri, Sarawak. Program yang dinamakan 'Malam Bersamamu Palestin ini adalah anjuran Yayasan Amal Sarawak dengan kerjasama Jab. Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri, Jawatankuasa bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Institiut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Tabung BaitulMal Sarawak Cawangan Miri, Masjid at-Taqwa Miri dan Badan-badan Islam. Pengarah Program ini ialah Sdr Mukhtar Suhaili dan ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Ir Hj Daud Bin Abdul Rahman. Naib Presiden II Yayasan Amal Malaysia, Dato' Dr Hamdan Muhammad Khalid yang baru pulang dari Gaza telah menceritakan pengalaman beliau menyertai misi bantuan perubatan/kemanusiaan di Gaza. Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah menyampaikan ceramah Perdana yang merupakan acara kemuncak pada malam itu.
Kutipan infaq yang dimulakan oleh YB Menteri Muda berjumlah lebih dari RM88,000 pada malam itu. Kutipan tersebut diserahkan kepada Mercy Malaysia, Yayasan Amal Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Pada sebelah petang sebelumnya kursus TOPS (Training of Palestinian) speakers telah diadakan di Perpustakaan Miri yang dihadiri oleh lebih kurang 40 orang peserta. Mereka adalah terdiri dari ahli-ahli JIM Miri, Yayasan amal Miri dan pelajar-pelajar IPT di sekitar Miri.
JZKK kepada akh Mukhtar Suhaili dari Yayasan amal yang memanjangkan undangan, ikhwah JIM seperti akh Azli, akh Amir dan sahabat-sahabat akh Amnoradhi dan lain-lain yang telah memberikan layanan yang sangat baik semasa bertandang di bumi Miri.
Semuga Allah berkati usaha ini. Ameen
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor





1 comments:

Muhtar Suhaili As-Sarawaki said...

Assalamualaikum Dr.;

Alhamdulillah dan terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat. Teruskan perjuangan!

Laporan dan gambar-gambar program: http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2009/02/02/program-bersamamu-palestin-di-miri-kutip-rm91180/

Wallahu a'lam.

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc