Tuesday, January 27, 2009

Save the Palestinians anjuran COMPLETE

Remaja yang turut mengedarkan risalah. Dengarnya mereka sampai masuk Mc Donalds dalam usaha mempromosi boikot McD

Keadaan di Bangsar Sports Complex yang penuh dengan pelbagai kaum dan generasi


Abi sedang berucap menyampaikan topik "Palestine from the Islamic Perspective"


Tun Dr Mahathir turut hadir berucap. Tun juga dilihat mengenakan button Bebaskan Palestin oleh JIM/PACE


Abi dengan beberapa orang pelajar yang berasal dari Palestin dan Syria
COMPLETE (Coalition of Malaysia NGOs Against Persecution of Palestine) telah mengadakan kempen "Save the Palestinians" pada hari Ahad, 18 January 2009. Walaupun baru ditubuhkan pada awal Januari 2009 selepas beberapa hari Gaza diserang, COMPLETE telah berjaya menyatukan tidak kurang dari 120 buah NGO Malaysia yang prihatin.
Abi dijemput menyampaikan satu topik bertajuk Palestine from the Islamic Perspective. Nampak kesungguhan Abi menelaah dan menyediakan bahan. Almaklumlah, audien kali ini sangat istimewa. Mereka terdiri dari seluruh lapisan masyarakat termasuk lah yang belum Islam. Peluang keemasan buat Abi untuk berdakwah tentang kesyumulan Islam dan betapa rahmatnya Islam lewat pengalaman sejarah bagaimana Syaidina Umar al Khattab mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai bandar suci yang membolehkan penganut agama Kristian dan Yahudi turut beribadah di kota suci ini.
Alhamdulillah, semoga Allah menerima amal ini sebagai sebahagian dari amal-amal soleh.
Yang tolong memandu,
Ummi, 27 Jan 09





0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc