Wednesday, July 28, 2010

Teks khutbah sempena Hari al-Quds (Negeri Selangor)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam al quran

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

9:71 "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah. Tuntutan ukhuwah di Dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorng itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan. Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Saudara-saudara kita di Gaza dan di Palestin sudah dizalimi dan dianiaya sejak lebih 60 tahun lalu. Bahkan sejak tahun 1948, 5 juta rakyat Palestin terpaksa meneruskan kehidupan di khemah-khemah pelarian baik di luar mahupun di dalam Negara Palestin yang terjajah. Mereka langsung tidak mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan dari Negara-negara Islam baik yang berjiran mahupun dari seluruh dunia Islam. Bahkan penderitaan mereka semakin getir sejak lebih tiga tahun yang lalu apabila Israel dengan penuh biadap menutup sempadan Gaza dan menyekat bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan air bersih.

Tindakan tidak berperikemanusiaan ini disokong oleh kuasa-kuasa besar Amerika, Kesatuan Eropah dan Rusia. Bahkan Bangsa-bangsa bersatu turut bersekongkol dengan kuasa-kuasa besar merestui tindakan penuh kezaliman yang tidak pernah disaksikan di dalam sejarah tamaddun kemanusiaan iaitu 1.5 juta rakyat Palestin dikepung di dalam penjara terbesar di dunia dan kemudian dibiarkan menderita kebuluran. Keadaan begitu genting sehingga ada di kalangan penduduk Gaza yang terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dan yang paling malang lagi saudara-saudara seagama yang jumlahnya mencecah 1.6 billion orang mengambil sikap acuh tak acuh atau tidak mengambil peduli tentang nasib saudaranya yang berada di ambang kematian. Negara-negara Islam yang merupakan Negara-negara pengeluar minyak yang kaya sanggup membiarkan umat Islam diperlakukan dengan biadap tanpa peri kemanusiaan oleh musuh-musuhnya. Bahkan lebih hina lagi apabila Mesir yang berjiran dengan Gaza tunduk kepada kehendak Isreal dan Amerika dan menutup sempadannya dengan Gaza. Bahkan sehingga saat ini pintu sempadan masih ditutup sehingga rakyat Gaza yang tercedera dalam serangan biadap Israel tidak dapat menyeberang untuk mendapatkan rawatan.

Kepekaan kita terhadap isu Palestin bukan sahaja berkaitan dengan penderitaan rakyat Palestin bahkan kepekaan kita didorong oleh suatu hakikat yang jauh lebih besar iaitu kedudukan Baitul Maqdis sebagai tanah suci dan Masjid al-Aqsa, masjid yang ketiga paling mulia dalam Islam kini sedang terkepung dan terjajah oleh musuh-musuh Zionis.

Pada 21 Ogos ini genaplah 41 tahun Masjid al-Aqsa dibakar iaitu pada tahun 1969. Tarikh tersebut telah diwartakan sebagai hari al-Aqsa oleh kerajaan Malaysia sebagai mengingatkan umat Islam khususnya bahawa isu Palestin adalah isu yang berkait langsung dengan masa depan Masjid al-Aqsa.

Hari al-Aqsa merujuk kepada peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa zionis Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.

Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini. Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa mempunyai makna yang cukup besar bagi umat Islam. Masjid al Aqsa mempunyai pelbagai kelebihan berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW. Bersembahyang di masjid al Aqsa menjanjikan pahala sehingga lima ratus kali lipat berbanding bersembahyang di tempat yang lain.

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani).

Masjid al Aqsa juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebagaimana yang dinyatakan berikut

Al-Hazimi mengemukakan satu riwayat daripada al-Barra' bin `Azib:

Daripada al-Barra' bin `Azib bahawa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila sampai di Madinah ialah menemui datuk neneknya dari kalangan Ansar dan baginda bersembahyang mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan

Rasulullah SAW juga menganjurkan agar umat Islam menziarahi masjid al Aqsa dan bersama dalam menguruskannya.

Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW "Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. "Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari

Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Sy Umar al Kahttab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melengkari masjid al Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setelah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom timur (Byzantium).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Khatib mengingatkan umat Islam supaya tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada suadara-saudaranya di Palestin demi mempertahankan Masjid al-Aqsa. Ini bersesuaian dengan anjuran Allah SWT agar umat Islam berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka. Firman Allah SWT dari surah as Saff

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)

“Wahai orang yang beriman. Sukakah kamu diberitahu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari seksa api neraka iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui

Semuga dengan kehadiran bulan Ramadhan yang bakal tiba dalam masa yang terdekat ini menjadikan kita istiqamah dan lebih beriltizam untuk berjuang demi pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

Disediakan oleh

Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence)

Merangkap ahli lembaga Pengarah Aqsa Syarif

20 Julai 2010

Tuesday, July 27, 2010

PACE viewpoints: Israel's relaxation on import ban is not aimed at relieving Gaza's economy

Assalamualaikum,

Recently Netanyahu announced that Israel will allow a number of goods into beseiged and blockaded Gaza. This announcement was made to pacify a growing condemnation by the international community following the Mavi Marmara tragedy. The world should not be taken in by such deceptive move to salvage Israel's destroyed reputation for their heinious crime towards humanity unfolded on the decks of the Freedom Flotilla. The tragedy however has brought to light the long standing sufferings of Palestinian people especially Gazans who has been systematically denied of the most basic human rights for sustainance and freedom.

Even as this article is written. Netanyahu is meeting up with President Obama to present a list of goods and merchandise to be taken off the list of restricted items into Gaza. This include among other things avocado.. Building materials of course will remain on the list as these will be used to construct bunkers and hideouts for rocket firing terrorist, or so they claim.

The reality is, relaxing import restriction will not do anything to alleviate the sufferings of Gazans if exports are not addressed. For instance if the import of threads and yarn is permitted than it may revive the textile industry in Gaza. However if the ban on exports remain, how would you market your product? More than 85% of products from Gaza were marketed to Israel and the West Bank. Even before the siege Gaza does not have a deep harbour for international trade, which left them with little choice but to channel their goods via Israel. From Israel, the goods may find its way to the rest of the world. The local market is out of the question as the diminishing buying power of the people means that they will only spend what ever little money they have to secure the basic necessities of food and medicine, which by the way is in limited supply.Now even if export restriction is relaxed, how would you operate your bussiness when your plant has been bombed out and there's no building materials to rebuild.

When Israel withdrew from Gaza in 2005, Palestinians were allowed to exports about 450 truckloads of goods. However for security excuses that volume were reduced to just around 70 trucks loads a day. Since the siege in 2007, only 300 truckloads of exports has been recorded to date. Comparing that with 450 truckloads a day during the pre-siege days, the volume of exports in truckloads worked out to be just 4 days over a period of three years!.

The network of tunnels that has been dug during the long occupation years since 1948 has proven to be a big relief to the Gazans. Despite of constant threats of bombardment by the zionist and closure of the tunnels by Egypt, the only arab country it borders, there are too many to monitor and to regulate. It is a valuable lifeline that continues to breath in life to the strip, despite of the debilitating siege. It has actually met the necessities of the people at the bare minimum, although highly critical items like medicine is still unavailable. HAMAS which is in control of Gaza became stronger financially by the existence of these tunnels. It becomes a source of revenue from the tax exacted on the goods brought in through these tunnels, filling up government coffers to run the administration of the strip and to serve the people. That explains how the officials in Gaza managed to deliver cash handouts to all the families affected by the Israel's brutal attack in late 2008 and early 2009.

So what was the real reason behind the near complete ban on exports and relaxation on imports by Israel? The issue is not food and bare necessities becuase these can be channeled albeit in low quantities through the 'illegal' tunnels. The aim here is to debilitate the economy. A full restriction on exports will curtail industrial and manufacturing activities which in turn will destroy the economy. In this way it will dampen HAMAS popularity and undermine its government. The siege is not primarily aimed at preventing weapons or materials to fabricate weapons to reach Gaza. The siege is aimed more at targeting HAMAS and facilitate a regime change. Israel is desperate for a partner that will give in to its agenda of occupation and land appropriation. They have been successful in ousting HAMAS from the West Bank by kidnapping and incarcerating her MPs and lawmakers, giving way for the docile FATAH to take over the government in an unconstituitional means. They hope to achieve the same objective in the Strip. However the parameters are not the same. With food and other items allowed into Gaza, 'the situation in Gaza will improve" according to Israel. The remarks by British foreign secretary, William Hague summed it up "Israel's long term interest lie in creating an environment where Gaza's economy can flourish". He said 'It was a step in the right direction". Well, his remarks are off the mark by several kilometres. It won't relieve Gaza's economy, but it could be 'a step in the right direction' i.e it will boost HAMAS popularity and legitimacy in the eyes of the Palestinians in Gaza.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE (Palestine Centre of Excellence)

Monday, July 26, 2010

PACE: Main Jewish Lobby group stranglehold on US policies in the middle east is slowly cracking.

Assalamualaikum,

PACE: Main Jewish Lobby group stranglehold on US policies in the middle east is slowly cracking.

It is common knowledge that AIPAC (American Israel Public Affairs Committee) has been the real policy maker of the US foreign affairs especially in the middle east. The main Jewish lobby group that represents Israeli interest and security is behind UN's failure to enforce every single Resolutions passed at the General Assembly and the every US move to veto resolutions adopted by the Security Council deemed not serving Israeli security or strategic interest.

However late last year (2009) the domineering role of AIPAC and its' instrument of intimidation is beginning to be questioned even by American jews. They no longer subscribe to the idea of vilifying the Arabs and entertain the idea of engaging them instead for a peaceful solution in the Middle East. Two young Jewish American founded the J-street in 2008, challenging the 'Israel - rigth or wrong' policy advocated by AIPAC and their supporters. They belief that Palestine has the right to exist, that Jarusalem should be a shared capital of israel and soveriegn Palestine and that HAMAS should be engaged and negotiated with for a genuine effort at peace. Such revolutionary ideas coming from a Jew, formerly alien to everyone surprisingly has found their supporters among the American public of the jewish descent. Towards the end of 2009, J-Street convened it's first national conference, attracted 1,500 delegates. It was attended by dignatories including members of the US Congress in their dozens as well as prominant diplomats. The conference was officiated by none other than Obama's National Security Council Advisor, General James Jones, who addressed the key-note speech, removing any doubts from sceptics that the gathering has recieved the presidential seal of approval. Much to the chagrin of Israel, her ambassador to the US was noticeably absent.

Such bold move by J-Street serves to challenge the notion championed by the hawkish AIPAC that the Palestinian is an enemy and that no peaceful solution can be achieved except at gunpoint. Now J-street is trying hard to drive home a message and bring the bigots to their senses that such an inclination will only bring perpetual sufferings not only to the Palestinians but more so to the Israelis. Therefore in the best interest of the Israelis, genuine moves at peace has to be executed and that should begin with duly recognizing the rights of the Palestinian people. Afterall those rights that has been trampled on by the zionist has been enshrined in the United Nation Charter.

This development may not bring an about turn in the US middle east policies. But it will certainly put AIPAC in discomfort whereby Israeli's heavy handedness and iron fist treatment of the Palestine will no longer be tolerated or ignored. It also means that Israel's blatant defiance of international laws will received harsh criticism from the Jewsih Community who may no longer subscribe to the idea of ill treatment and banishment of the Palestinians from their homeland. Now AIPAC no longer dominates the American political life and policies in the middle east for it now has a contender, a left leaning upstart organization that should not be taken lightly and dissmissed as an isolated dissenting voice that can be silenced easily. Now J-Street is strongly behind Obama's peace initiatives in the middle east. This include Obama's insistence for Israel to stop their settlement activities in East Jerusalem and the West Bank. In fact, one suspect that Obama's policy and strong views on the settlement activies could have stemmed from the assurance from J-Street.

PACE view this as the way forward in moderating the US biased policies in the middle east. The role of J-Street is instrumental in bringing about a genuine and workable peace solution to the longstanding Palestinian question. We may not see the end of AIPAC's suffocating stranglehold but it could be the start of the slow loosening of it's grip on the US middle east policies.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE
(Palestine Centre of Excellence)

Sunday, July 25, 2010

Seminar Islam @ Nusantara 31 Ogos 2010

Assalamualaikum,

Pengumuman dari FB

SEMINAR: ISLAM @ NUSANTARA

31 Ogos 2010 (Selasa) · 8:30am - 4:30pm
Auditorium B, Kuliyyah Engineering, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

Speaker: Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor (penulis buku bersiri "Jejak Risalah di Nusantara")

Antara tajuk utama yang akan dikupas oleh beliau:

1. Apa yang diwariskan Islam kepada Nusantara?
2. Siapa Snouck Hurgronje?
3. Sejarah Melaka dalam konteks yang global
4. Tok Janggut dan Khilafah Uthmaniyah
5. Ulama Nusantara di Tanjung Pengharapan (Afrika Selatan)

Dan lain-lain lagi....

Yuran: RM30.00 sahaja

Tempat terhad kepada 150 orang sahaja!

Bagi anda yang berminat, sila berikan nama penuh dan no. telefon ke alamat email - wanam.selfpride@gmail.com

Untuk pertanyaan, sila hubungi En. Wan Muhammad - 012-6615745

Sekian, terima kasih.

Maklumat lanjut dalam http://www.facebook.com/l/2be3cIoBHBDnelsrKXaOBlSEHiw;islamatnusantara.blogspot.com/

jzkk
Hafidzi MN

Snouck Hurgronje


Oleh Hafidzi Mohd Noor

Jauh sebelum Hurgronje mendapat kepercayaan untuk mengisi jawatan Advisor Kantoor Voor Inlandshe Zaken (Penasihat hal-hal rakyat pribumi), beliau telah lebih dahulu melawat ke Jeddah pada tahun 1884 selama lima bulan dan di Mekah selama tujuh bulan. Beliau mengunjungi Mekah di luar musim haji supaya dapat berinteraksi dengan ulama-ulama Mekah, meneliti bahan-bahan bacaan dan juga memerhatikan umat Islam Hindia Belanda yang ada di sana. Ternyata di Mekahlah terletaknya jantung kehidupan Islam yang sentiasa mengepam darah segar ke seluruh penduduk Islam di Hindia Belanda.

Atas pertanyaan bagaimana beliau boleh berada di Mekah yang hanya boleh dikunjungi oleh umat Islam, jawapannya ialah beliau mengisytiharkan dirinya beragama Islam dan memakai nama Abdul Ghafur al-Hulandi. Ada sumber yang menyebutkan beliau diislamkan oleh Abu Bakar Djajadiningrat yang bekerja di pejabat Konsulat Belanda di Jeddah. Malah ada yang mendakwa dia diislamkan oleh Qadi Jeddah setelah dia duduk bersama Abu Bakar. Hurgronje sendiri mendedahkan di dalam buku catatan hariannya bahawa beliau dikunjungi oleh Qadhi Jeddah, Ismail Agha bersama dua orang yang dikirim oleh Wali Jeddah. Dua hari berikutnya, Qadhi Jeddah kembali untuk menjemputnya masuk ke Mekah atas undangan Gabenor Hejaz. Adalah mustahil bagi Hurgronje memasuki Mekah bahkan atas undangan Gabenor Hejaz jika beliau bukan Muslim. Surat yang beliau terima daripada S. Aziz, orang Aljazair (Algeria) yang diasingkan oleh Perancis ke Mekah berbunyi, “Anda telah menyatakan diri Muslim dan para ulama Mekah menjadi saksi atas keislamanmu.”

Walaubagaimanapun sehingga kini Islam atau tidaknya Hurgronje menjadi perbahasan ahli-ahli sejarah. Ramai yang mempersoal kejujuran Hurgronje memeluk Islam dan mendakwa ia sebagai muslihat politik beliau semata-mata. Sesuatu yang jelas ialah beliau tidak menunjukkan keislamannya setelah kembali ke Belanda.

Apapun, pembawaannya berjaya meyakinkan ulama-ulama di Mekah sehingga beliau digelar ‘mufti Batavia’ (Jakarta pada zaman penjajahan Belanda) dan ‘Syeikhul Islam Djawa’. Malah, beliau sempat berkahwin dengan dua orang gadis tempatan, kedua-duanya merupakan anak penghulu. Gadis pertama bernama Sangkana, anak Raden Haji Muhammad Ta’ib, penghulu besar Ciamis. Setelah Sangkana meninggal dunia kerana keguguran, Hurgronje menikah lagi dengan Sadiyah, anak Kalipah Apo, yang bertugas di bawah H Hasan Mustapa ketika beliau menjawat sebagai Penghulu Besar di Bandung. Baik isteri, mentua mahupun Hasan Mustapa sendiri yakin bahawa Hurgronje adalah Muslim yang ikhlas. Kenyataannya, mana mungkin Hurgronje mengahwini anak tempatan jika beliau tidak ‘beragama Islam’.

Hurgronje memang mempunyai latar belakang akademik yang memungkinkan ia menjalankan tugas sebagai penasihat pemerintah Hindia Belanda. Bidang iktisasnya ialah teologi Islam dan Bahasa Arab, lulusan Universiti Leiden. Kunjungannya ke Mekah melengkapkan lagi pengetahuannya tentang Islam. Interaksi dengan umat Islam di sana memberi beliau kesempatan untuk membetulkan beberapa tanggapan pemerintah Belanda ke atas umat Islam. Di antaranya ialah jemaah haji yang datang ke Mekah tidak perlu dicurigai kerana mereka hanya menjalankan tuntutan ibadah ritual. Tindakan pemerintah yang cuba menghalang jemaah haji hanya akan menjadikan mereka lebih radikal kerana kebebasan beribadat perlu dipertahankan sebagai hak setiap individu. Hurgronje menjangkakan ibadah yang menjadi rutin umat Islam tidak perlu dihalang kerana logiknya ‘jika kita meletakkan harga yang tinggi ke atas sesuatu produk, justeru hanya meningkatkan permintaan ke atas produk tersebut’. Hurgronje menganggap umat Islam akan beransur-ansur meninggalkan agama mereka melalui proses evolusi yang natural.

(Sedutan buku Jejak Risalah di Nusantara Jilid 5 terbitan JIMedia)


Jom ke SEMINAR: ISLAM @ NUSANTARA pada 31 Ogos 2010. Maklumat lanjut di bahagian atas blog ini. Terima kasih.

Monday, July 19, 2010

Liputan bergambar Malam Amal Palestin 18 Julai 2010 di Balik Pulau, PP

Ucapan YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia (Daerah Barat Daya)

Tuan Hj. Abd. Latif B. Muhammad.

Ucapan Perasmian : YB Dato’ Mansor B. Othman

Timbalan Ketua Menteri 1 , Pulau Pinang.

Diantara hadirin yang hadir

Persembahan Nasyid SK Genting Balik Pulau (KUMPULAN IMTIAZ)

Hadirin sedang mendengar CERAMAH DR. HAFIZI

Lagu Palestin telah dipersembahkan oleh Kumpulan Unique

Barisan Jawatankuasa Penganjur dan dif-dif kehormat

Dr. Hafizi sedang menyampaikan CERAMAH PALESTIN.

Pertugas sedang menjalankan kutipan sumbangan untuk Palestin

Aktivis LL4G (Misi Kemanusian Kapal Mavi Marmara) DR.IR SELAMAT ALIMAN.

Sumbangan Kutipan RM 2200.00 telah disampaikan oleh Pengerusi Qaryah Masjid An-Nur (Tuan Hj. Jamaludin) kepada Wakil Pace Dr Hafidzi.

Dr HMN dalam ruangan Ilmuan Islam - Utusan Malaysia edisi Selasa 20 Julai 2010

Assalamualaikum
Rencana yang keluar dalam ruangan Ilmuan Islam sisipan MEGA , Utusan Malaysia edisi Selasa 20 Julai 2010
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif

PBB lemah dengan Israe
l

Protes gererasi muda Palestin terhadap kekejaman Israel tidak pernah luntur walau nyawa menjadi galang gantinya.


Israel terus berdegil tidak mahu membenarkan kapal bantuan kemanusiaan memasuki Gaza. Terbaru ancaman terhadap kapal bantuan Libya. Soalnya, sampai bila dunia harus 'patuh' terhadap pencabulan hak asasi manusia secara terang-terangan ini?

DR. HAFIDZI: Senario politik antarabangsa pada hari ini sudah banyak berubah. Meskipun kerajaan-kerajaan dan badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau yang mewakili umat Islam seperti Persidangan Negara-negara Islam (OIC) tidak dapat bersuara menentang kekejaman dan pelanggaran undang-undang oleh rejim Zionis Israel.

Namun tindakan yang diambil di peringkat antarabangsa kini lebih banyak diterajui oleh masyarakat madani (civil society) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kegagalan kerajaan-kerajaan untuk bertindak tidak menghalang NGO membentuk jalinan dan rangkaian antarabangsa yang kuat untuk mencabar Israel dan keangkuhannya.

Contoh terbaru yang dipamerkan oleh flotila antarabangsa yang bergerak di bawah inisiatif LL4G (Talian Hayat ke Gaza) dan juga Free Gaza Movement adalah bukti masyarakat madani dan rangkaian NGO akan menjadi penentu utama kepada hala tuju penyelesaian konflik di Palestin.

Sekatan dan kepungan ke atas Gaza sudah diuji dan diterobos sebanyak empat kali cubaan dengan tiga daripadanya berjaya menerobos masuk dan menyalurkan bantuan ke Gaza.

Israel boleh terus menunjukkan sikap angkuh dan biadapnya di hadapan masyarakat antarabangsa namun ia akan menerima natijah dan pukulan dari perbuatannya itu.

Buktinya apabila kapal Mavi Marmara diserang dan dirampas, beberapa negara Eropah mengambil langkah yang tidak pernah diduga iaitu memanggil pulang duta-dutanya dari Tel Aviv.

Di antara negara yang berbuat demikian adalah Kanada, Sepanyol dan Sweden. Ireland pula menutup pelabuhannya daripada kapal-kapal Israel untuk tempoh yang tertentu.

Semua ini berlaku kerana kerajaan-kerajaan tersebut mendapat tekanan yang cukup kuat dari rakyatnya sendiri untuk bertindak ke atas Israel.

Malah Israel terus menerima tekanan agar siasatan bebas dilakukan ke atas insiden serangan ke atas kapal Mavi Marmara. Usaha Israel untuk menyiasat sendiri tragedi ini ditolak oleh masyarakat antarabangsa.

Jelaslah perkembangan yang berlaku sejak peristiwa serangan ke atas kapal Mavi Marmara telah merubah senario dan faktor penentuan yang akan mencorakkan hala tuju dan perkembangan konflik di Palestin.

Kesimpulannya, masa untuk dunia 'tunduk' kepada kehendak Israel sudah berakhir. Polisi dan dasar luar akan ditentukan oleh kehendak dan pandangan umum masyarakat antarabangsa dan bukan lagi oleh kepentingan-kepentingan politik, ekonomi dan strategik sesebuah kerajaan yang memerintah.

Bahkan Presiden Barrack Obama juga terpaksa tunduk kepada pandangan umum rakyat Amerika Syarikat (AS) sehingga beliau membuat kenyataan 'Sekatan ke atas Gaza perlu dilihat semula'.

Kenyataan seumpama ini tidak pernah diungkapkan oleh Obama. Pastinya beliau juga tidak dapat tidak dan terpaksa tunduk kepada tekanan penduduk AS sendiri sebagai pemegang kuasa (stake holder) yang sebenar bagi negara Amerika Syarikat.

Mungkin Israel akan terus berdegil dan bersikap angkuh terhadap masyarakat antarabangsa. Tetapi persoalan yang perlu dijawab oleh Israel adalah sehingga bila?

Hubungan diplomatiknya dengan Turki juga sudah terjejas teruk. Prospek terjejasnya hubungan diplomatik dengan Turki bagi Israel adalah sesuatu yang sangat merugikan Israel terutama dari sudut ekonomi, politik dan keselamatan justeru Turki adalah sekutu kuatnya di Timur Tengah dalam mengimbangi ancaman negara-negara Arab di Asia Barat.

Kehebatan Bola Sepak Piala Dunia baru-baru ini, ternyata 'menenggelamkan' buat seketika kesengsaraan penduduk Palestin. Bagaimana respons terkini masyarakat Malaysia dalam isu kekejaman Israel ini?

DR. HAFIDZI: Isu Palestin adalah isu malar hijau (evergreen). Ia tidak mungkin ditenggelamkan oleh peristiwa-peristiwa lain apatah lagi isu-isu trivia seperti piala dunia dan seumpamanya.

Mungkin ketika masyarakat dilanda demam piala dunia mereka hilang fokus seketika namun isu Palestin terus diperkatakan oleh kalangan yang prihatin.

Sekali gus senario ini menuntut kepada usaha berlipat ganda untuk menekankan aspek kefahaman dan penghayatan terhadap isu Palestin di kalangan rakyat Malaysia.

Kesedaran mesti dilonjakkan daripada sekadar simpati dan kepekaan emosi kepada satu bentuk kefahaman tentang apakah isu sebenarnya yang melanda bumi Palestin.

Mungkin sebahagian masyarakat terkesan apabila melihat imej-imej yang menyayat hati yang dipaparkan oleh media massa terhadap penderitaan rakyat Palestin namun ia sekadar simpati yang tidak berpanjangan.

Ia sekadar lumrah insan yang akan luput apabila berlalunya masa. Namun apabila ia diiringi dengan kefahaman maka ia akan diterjemahkan dalam bentuk empati yang mendorong kepada seseorang untuk turut sama berjuang dalam kapasiti dan kemampuan masing-masing.

Dengan kesedaran yang jitu seseorang itu akan turut berkempen dan menyumbang wang ringgit untuk membela rakyat Palestin.

Meskipun beliau seorang yang tergolong sebagai peminat sukan bola sepak dan mengikuti perkembangan piala dunia dengan penuh minat namun iltizam beliau ke arah perjuangan rakyat Palestin tidak akan luntur dan akan diteruskan.

Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Denis J. Halliday, Ahad lalu berkata, PBB tidak berupaya selesai isu Palestin dan dakwa AS hanya boneka Israel. Jika demikian apakah masih ada harapan untuk kita melihat Palestin bebas daripada cengkaman zionis?

DR. HAFIDZI: Apabila Halliday membuat pernyataan terbuka seperti ini jelaslah bahawa PBB bukanlah saluran yang berkesan buat masa ini untuk menyelesaikan isu konflik Palestin Israel.

Oleh kerana AS didakwa oleh beliau sebagai boneka Israel maka jelaslah kedudukan PBB hanyalah bertindak sebagai 'rubber stamp' atau mengesahkan sahaja kehendak Israel dan menuruti telunjuk AS.

Beliau sendiri mengakui bahawa apa-apa resolusi yang diputuskan oleh Persidangan Agung PBB tidak mengikat atau tidak dapat dikuatkuasakan. Dalam erti kata lain mana-mana negara anggota boleh memilih untuk akur atau sebaliknya ke atas mana-mana resolusi yang diputuskan oleh Persidangan Agung.

Bahkan resolusi yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan sekalipun mengikat dan wajib dipatuhi oleh semua negara anggota, namun di sana ada lima anggota tetap iaitu AS, Russia, Britain, China dan Perancis yang masing-masing diberi kuasa veto membatalkan mana-mana resolusi yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan.

Jika 14 daripada 15 negara menyokong sesebuah resolusi tetapi AS menggunakan kuasa vetonya, maka resolusi tadi tetap akan ditolak dan tidak akan diterima.

Ringkasnya apa juga saluran yang digunakan melalui PBB tidak akan memihak kepada kepentingan rakyat Palestin, apatah lagi jika ia ditafsirkan sebagai menjejaskan kelangsungan negara Israel.

Justeru kita melihat resolusi PBB yang diterima pada tahun 1967 iaitu Resolusi PBB 242 yang memutuskan Israel harus kembali ke sempadan 1949 dan keluar dari Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur sehingga hari ini tidak diendahkan oleh Israel.

Berbalik kepada persoalan apakah ada harapan untuk melihat Palestin bebas daripada cengkaman Zionis sekiranya realitinya adalah seperti di atas.

Jawapan pada persoalan ini ialah harapan tetap ada. Bahkan harapan untuk melihat Palestin akhirnya bebas daripada pendudukan Israel terus hidup dalam jiwa dan sanubari rakyat Palestin.

Sebabnya, mereka sama sekali tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada PBB atau mana-mana pentas antarabangsa yang diterajui oleh kuasa-kuasa besar.

Bagi rakyat Palestin harapan mereka adalah kepada diri mereka sendiri. Mereka percaya dengan tekad yang kuat dan perjuangan yang bersungguh-sungguh akhirnya akan menarik sokongan masyarakat antarabangsa untuk mendukung perjuangan mereka.

Buktinya hari ini masyarakat antarabangsa termasuk dari AS dan Britain sudah mulai memihak kepada mereka. Perkembangan itu pastinya akan memberikan kesan kepada dasar luar negara masing-masing.

Semua negara termasuk AS tidak selamanya tunduk kepada kuasa lobi kelompok Yahudi seperti AIPAC yang dilihat menguasai politik AS.

Senario pada hari ini menunjukkan rakyat AS semakin sedar dan menentang kerjasama dan perlindungan yang diberi oleh AS ke atas Israel.

Mereka mulai bersuara dan membidas kerajaan AS yang menyalurkan bantuan kewangan dan ketenteraan kepada Israel sedangkan ekonomi AS sendiri terjejas teruk. Mereka sudah mula menerajui program boikot ke atas syarikat-syarikat yang melabur di Israel.

Perkembangan ini semuanya menunjukkan kepada kita akhirnya badan dunia PBB bahkan AS tidak selamanya dapat mempertahankan Israel dalam tindak-tanduknya.

Bulan depan kita akan sambut Ramadan. Di Malaysia, kita selalu bertanya nak makan apa untuk berbuka tetapi di Palestin barangkali waktu berbuka pun tiada makanan yang hendak dijamah. Apa langkah dan bantuan yang boleh disalurkan untuk rakyat Palestin dalam menghadapi keadaan ini?

DR. HAFIDZI: Kurang sebulan lagi kita akan dijengah oleh bulan Ramadan. Bulan Ramadan umat Islam diwajibkan berpuasa. Salah satu daripada hikmah berpuasa ialah untuk mempertajam rasa ukhuwah atau persaudaraan di dalam Islam.

Praktik berpuasa itu sendiri menjadikan umat Islam semakin peka dengan nasib dan penderitaan saudara-saudara seagama.

Secara tidak langsung ia mendidik umat Islam supaya lebih prihatin terhadap nasib dan penderitaan rakyat Palestin.

Mereka sudah dijajah sejak puluhan tahun dan keadaan kini semakin parah apabila dikenakan pula sekatan ekonomi dan kepungan. Ketiadaan makanan, ubat-ubatan dan bekalan air bersih sudah tentu menuntut kepada keprihatinan yang lebih tinggi dari umat Islam berbanding dahulu.

Pastinya Ramadan kali ini menjadi medan yang paling subur untuk umat Islam merancakkan sumbangan dan bantuan kepada umat islam. Apatah lagi ganjaran yang dijanjikan bagi sedekah dalam bulan Ramadan akan dilipatgandakan oleh Allah SWT.

Mengambil kira hakikat ini maka kempen untuk membantu rakyat Palestin harus dipacu dengan lebih rancak lagi di bulan Ramadan.

Namun umat Islam juga diperingatkan bahawa bukan sedekah sahaja yang perlu diperbanyak kepada rakyat Palestin, bahkan keyakinan dan keimanan terhadap janji kemenangan dari Allah SWT juga perlu dipertingkatkan. Ini kerana Ramadan juga adalah bulan kemenangan.

Pada bulan inilah (17 Ramadan) umat Islam memenangi perang Badar . Pada bulan Ramadan juga (20 Ramadan) berlakunya peristiwa pembukaan kota Mekah oleh Rasulullah SAW (Fathul Makkah).

Bahkan dalam konteks perjuangan Palestin, dalam bulan Ramadan juga umat Islam berjaya mengalahkan tentera Monggol dalam pertempuran Ain Jalut ketika bala tentera Monggol cuba untuk memasuki Baitul Maqdis.

Ringkasnya di samping menggalakkan umat Islam infak (mengeluarkan harta untuk membantu rakyat Palestin) program untuk mengajak umat Islam menghayati jihad di Palestin dan seterusnya menanamkan iman dan iltizam yang tinggi untuk terus berjuang di samping umat Islam di palestin perlu dipertingkatkan.

Apakah strategi seterusnya dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin selepas insiden flotila Rachel Corrie dan Mavi Marmara, Mei lalu?

DR. HAFIDZI: Strategi seterusnya dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin selepas insiden Mavi Marmara dan Rachel Corrie ialah seperti berikut.

Walaupun Freedom Flotilla dan Free Gaza Movement, masing-masing menerajui flotilla LL4G yang melibatkan kapal induk Mavi Marmara dan kapal Rachel Corrie dipintas oleh Israel dan muatannya dirampas, namun objektif lebih besar telah dicapai oleh kedua-dua usaha tersebut.

Mereka Berjaya membentuk pandangan umum masyarakat antarabangsa supaya mengutuk Israel dan terus mendesak Israel supaya menghentikan sekatan ekonomi dan kepungan ke atas Gaza.

Meskipun Israel berdegil dan mempertahankan tindakan tentera komandonya menyerang Mavi Marmara sehingga sembilan sukarelawan syahid, ia tidak boleh lagi mengambil sikap memekakkan telinga terhadap bantahan dan kutukan masyarakat antarabangsa.

Ekoran tragedi ini kita menyaksikan Israel semakin terdesak dan terpaksa mengeluarkan beberapa kenyataan untuk meredakan kemarahan dunia. Ini termasuklah mengumumkan siasatan akan dijalankan dan barangan yang dirampas akan diserahkan kepada rakyat Gaza.

Sama ada Israel benar-benar melaksanakan janji mereka itu adalah soal lain. Yang pasti Israel tidak boleh lagi bersikap acuh tak acuh terhadap desakan dunia.

Ini adalah satu petanda bahawa Israel tidak boleh meneruskan sekatan ke atas Gaza. Kerana usaha untuk menghantar bantuan ke Gaza tidak akan dihentikan.

Terkini satu lagi misi penghantaran bantuan kemanusiaan akan dilaksanakan sekitar bulan September 2010.

Tragedi Mavi Marmara tidak sedikitpun menjejaskan semangat dan kesepaduan masyarakat antarabangsa untuk terus membantu rakyat Gaza.

Berdasarkan senario ini, maka misi bantuan seperti LL4G tetapi dengan penyertaan lebih ramai sukarelawan, penglibatan lebih banyak negara dan bilangan kapal yang lebih besar perlu diteruskan.

Jika usaha ini dilaksanakan secara berterusan Israel akhirnya akan berdepan dengan satu-satunya pilihan iaitu menghentikan sekatan ekonomi dan menamatkan kepungan ke atas Gaza.

pelancaran tabung palestin di Masjid Sg Ara Pulau Pinang pada 17 Julai 2010

Ceramah dan melancarkan tabung

Bersama kumpulan nasyid UniQue (formerly U.N.I.C)

Bersama Ir Dr Selamat (relawan Mavi Marmara), SU TKM1 PP, dan Hj Zainuddin ahli Majlis PP)

Bersama Ust Yasir (rumah Darul Aitam Aceh Pagar Air - yang dulunya dihuni oleh anak-anak yatim Aceh tajaan JIM termasuklah anakanda Wulan) dan Hj Rashid Hasnon


assalamualaikum,

Dikongsikan gambar dan video clip persembahan nasyid UniQue (dulunya UNIC)


Forum Karnival Amal Palestin Hulu Selangor 3-4 julai 2010

Jamuan ramah mesra antara penal penceramah dgn penganjur

Bergambar kenangan

Anak-anakpun beli buku Palestin dan minta
penulis tanda tangan

Anak-anak edarkan fliers 'boycott produk sokong Israel

Abg Qayyim bergambar dgn Ust Zahazan - book signing buku beliau
himpunan kesah teladan

Tiga aktivis muda Palestin

Gerai Aqsa Syarif

Suasana gerai Karnival Amal Kuala Selangor

Akhi Khalil Khamis - tonggak di belakang
kejayaan karnival Amal Palestin

Forum 'We will not go down"
Assalamualaikum,

dikongsikan gambar dan videoclip. Forum ini membariskan FDr HMN dan Pn Norazian Anidin mewakili VPM (merangkap felo kanan PACE).



Adek ni cakap kalau makan makan McD boleh jadi jahat.. hah tu adek-adek.. jangan makan McD tau. nanti jadi jahat!

Thursday, July 15, 2010

Satu video clip - apabila tiba saatnya

Melekar kemenangan di ambang Ramadhan

Bagi sesiapa yang berada di P.Pinang

Monday, July 12, 2010

Sekolah Hidayah Johor (sek rangkaian IKRAM Malaysia) tawan pentas debat MUSLEH

Dari Malaysiaharmoni

SMI Hidayah Johor Bahru tawan pentas akhir debat MUSLEH

a

KUALA LUMPUR - Tahun ini ternyata manis buat Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIHJB) apabila pasukan debatnya berjaya menggegar gelanggang akhir Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH Kali Ke-2 Tahun 2010 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Meskipun sekadar menjadi naib juara dalam kategori Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, dewan di tingkat empat Hotel Putra Kuala Lumpur gamat dengan sorakan apabila SMIHJB diumumkan pemenang perlawanan akhir kategori Bahasa Melayu.

aSMIHJB yang dibarisi Ili Syazwani, Raihana Zakaria dan Nadiah Syahirah serta Mohd Hanif selaku pendebat simpanan menewaskan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Kelang yang diwakili Syed Fahmi, Muhd Firdaus, Haris Safwan serta Aifa Nadhirah. Bertindak sebagai 'Speaker Dewan' pula ialah Muhammad Talhah Ajmain (gambar kiri) dari Universiti Malaya, manakala Hasif Hishamuddin sebagai penjaga masa.

Debat ala Parlimen dengan usul "Dewan ini percaya kita perlu berkeras dengan Israel" menyaksikan barisan lima juri diketuai Pembantu Pengarah di Jabatan Komunikasi dan Pengembangan Pengucapan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Amirul Zaidi Che Ros memberikan kemenangan 5-0 kepada SMIHJB. SMIHJB bertindak selaku pembangkang yang menolak usul berkenaan.

aGelaran Pendebat Terbaik Bahasa Melayu bagaimanapun menjadi milik Muhd Firdaus (gambar kanan) yang berjaya menawan para juri dengan hujahannya yang kemas dan bernas terutama dalam sesi penggulungan.

Terdahulu, dalam kategori Bahasa Arab, KISAS mengatasi pasukan SMIHJB A dengan perbezaan markah hanya 7.1 peratus. Usul bertajuk "Campur tangan ahli anggota ASEAN dalam hal ehwal dalaman ahli satu keperluan" turut menobatkan wakil KISAS, Nur Farhanah sebagai pendebat terbaik.

Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, Sri Ayesha Islamic School (SAIC) Kajang membuktikan keunggulannya apabila menundukkan pencabarnya yang juga dari SMIHJB. Gelaran pendebat terbaik turut dimonopoli SAIC menerusi pesertanya, Nurkamalia.

Pendebat terbaik keseluruhan untuk kategori Bahasa Melayu jatuh kepada Husna Iskandar (SMI Al-Amin Bangi), manakala untuk kategori Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris masing-masing dirangkul oleh Anis Amirah Zakaria (KISAS) dan Adibah Bahiyah Awang (SMI Al-Amin Gombak).

aPengetua SMIHJB, Kamaliah Nordin (gambar kiri) yang ditemui melahirkan rasa syukur atas pencapaian wakil-wakil sekolahnya yang berjaya melangkah hingga ke peringkat akhir dalam ketiga-tiga kategori pada tahun ini.

"Debat memang menjadi niche atau fokus sekolah sejak 4-5 tahun lepas. Alhamdulillah, ia dimasukkan ke dalam perancangan strategik sekolah dan bolehlah saya katakan hasilnya mula kelihatan sekarang," ujar beliau apabila ditanya tentang rahsia kejayaan SMIHJB.

"Saya juga amat berbangga dengan kumpulan alumni pendebat sekolah yang begitu komited melatih serta mencurahkan pengalaman mereka sehingga melahirkan pendebat pelapis peringkat sekolah. Hasilnya, SMIHJB telah beberapa kali muncul johan dalam pertandingan yang disertai," tambahnya.

Beliau berharap arena debat dilihat sebagai unsur yang dapat membentuk sahsiah pelajar kerana ia bukan setakat melatih pelajar bercakap tetapi juga bersabar, gigih, tabah dan mengawal diri ketika berdebat. "Semua kualiti ini amat penting untuk du'at (pendakwah)," katanya.

Kejohanan tahun ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila disertai oleh beberapa buah sekolah berasrama penuh seperti KISAS, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya.

a aa

Kejohanan ini adalah anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Musleh Berhad (Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd), UIAM dan International Center for Educational Excellence Bhd (ICEE) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dan berlangsung dari 8 hingga 11 Julai 2010 di Hotel Putra, Jalan Tun Razak di sini. Acara perasmian penutupannya telah disempurnakan oleh Setiausaha Dewan Negara, Datuk Zamani Sulaiman.

Seramai 158 orang pelajar dari dalam dan luar negara membabitkan 40 buah pasukan debat telah mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan berkenaan. Kejohanan kali ini turut dimeriahkan dengan penyertaan dua buah pasukan debat dari negara jiran, Indonesia. Penyertaan dalam negara pula terdiri daripada pelajar-pelajar jaringan sekolah menengah rangkaian Musleh (14 buah) dan sekolah swasta yang lain iaitu Sekolah Menengah Islam ADNI, Sri Ayesha Islamic School Kajang dan International Islamic School Kota Damansara.

a

a

a

a

a

a

Foto-foto oleh M Nasim

Saturday, July 3, 2010

Sekitar pelancaran buku 'Membongkar Kejahatan Israel' di pesta buku Selangor 2010

pengunjung ke majlis pelancaran buku

ucapan dari Ir Dr Selamat Aliman - peserta LL4G di atas kapal Mavi Marmara

Majlis pra-pelancaran buku 'Membongkar kejahatan Israel'

Maskot Islami lengkap menutup aurat. Satu usaha
yang terpuji untuk mendidik anak-anak ttg kewajipan
menutup aurat dari kanak-kanak lagi

Dr Hafidzi Mohd Noor
pn Zuraidah Kornain

Pelukis @ kartunis abe di Booth 'Freedom for Palestine di PKNS Shah Alam sehingga isnin 5 Julai 2010

Salam,

Antara acara menarik di booth Freedom 4 Palestine PBS'10 Kompleks PKNS Shah Alam ialah melukis potrait bersama kartunis ABE. Potrait bermesejkan kempen F4P ini dilukis dalam masa +-5 minit oleh ABE dengan bayaran RM10 sahaja. Sebahagian daripada bayaran ini disumbangkan kepada tabung Palestin. Kunjungi booth F4P di B23!





Abu Syamil
 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc