السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian
Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :
وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Maksudnya :
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian.
Firman Allah Ta’ala:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ
“Telah berlaku kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia.” (QS. Ar-Rum: 41)
Hubungan langsung di antara maksiat dan kebinasaan berupa bencana alam samada gempa, ombak tsunami, letusan gunung berapi, tanah runtuh, banjir besar, ribut dan taufan dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT. Malangnya manusia sekular termasuklah di kalangan umat Islam yang sudah tidak berpandukan kepada petunjuk dan hidayah seringkali mengaitkan bencana dengan fenomena alam semata-mata. Mereka menggunakan fakta Sains untuk menerangkan kejadian gempa. Gempa itu dikatakan goncangan akibat dari tolakan dan desakan kepingan-kepingan tektonik yang desak mendesak di antara satu dengan lain. Akibat dari desakan dan tolakan ini maka satu plate tektonik akan menolak plate tektonik yang berlawanan dengannya. Akibatnya berlakulah gegaran. Jika epicentrenya terletak di dasar laut maka terbentuklah gelombang besar yang dikenali sebagai tsunami. Memang benar semua bencana bumi bolih diterangkan dengan penjelasan saintifik kerana semua kejadian di alam ini adalah menurut sunatullah. Namun pemikiran manusia tidak sampai kepada mencari jawapan kepada kenapa dunia ini bertindak sedemikian sehingga berlakunya kejadian seumpama gempa dan tsunami.
Dari Anas bin Malik, beliau mengatakan pada Qatadah, “Sungguh aku akan memberitahu kepada kamu satu hadis yang tidak pernah didengar orang-orang sesudahku. Kemudian Anas mengatakan,
إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا
“Di antara tanda-tanda hari kiamat adalah: sedikitnya ilmu dan tersebarnya kebodohan, minum arak dan merebaknya perzinaan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Abdullah bin Mas’ud, berkata, “Tidaklah muncul perzinaan di sebuah negeri, kecuali Allah mengumumkan kehancurannya.”
Abu Hurairah (RA) berkata, Nabi SAW bersabda: “tidak terjadi hari kiamat sehingga dihilangkannya ilmu, banyak gempa bumi, . . . .” (HR. Bukhari, no. 978).
Nabi SAW duduk-duduk bersama para sahabatnya, lalu baginda bersabda; “Sebelum terjadinya kiamat akan terjadi kematian-kematian yang mengerikan, dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun di mana berlakunya gempa bumi.” – dari Salamah bin Nufail RA (Musnad Imam Ahmad)
Ibnul Qayim RH dalam kitabnya Ad-Da’ Wa Ad-Dawa’ menyalin pelbagai riwayat tentang kejadian gempa dan perbuatan zina. Di antaranya seperti berikut:
Yang pertama,
Ibnu Abi Ad-Dunya RH meriwayatkan dari Anas bin Malik RA, bahwasanya beliau dan seorang lagi masuk menemui ‘Aisyah RA, lalu orang tersebut berkata: “Wahai Ummul Mukminin! Beritahukanlah kepada kami tentang gempa.” ‘Aisyah RA menjawab: “Apabila mereka telah memperbolehkan perzinahan, meminum khamer, memainkan alat musik, maka Allah SWT marah di langit-Nya dan berfirman kepada bumi: ‘Bergoncanglah atas mereka!’ Jika mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut (berhentilah), jika tidak, maka hancurkanlah mereka!” Orang tersebut berkata: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah itu adzab atas mereka?” Beliau menjawab: “Itu adalah peringatan dan rahmat bagi orang-orang beriman, dan hukuman, azab serta murka atas orang-orang kafir.”
Yang kedua
Imam Ahmad bin Hanbal RH meriwayatkan dari Shafiyyah RA, beliau berkata: “Bumi bergoncang di Madinah pada masa Umar RA, lalu beliau berkata: ‘Wahai manusia! Ada apa ini? Alangkah cepat penyimpanganmu! Kalau sekiranya bumi telah kembali seperti ini semula aku tidak akan tinggal bersamamu di sana.’”
Yang ketiga
Berkata Ka’ab RH, “Sesungguhnya terjadinya gempa bumi adalah apabila dilakukan kemaksiatan di atasnya, lalu bumipun bergetar takut apabila Allah SWT mengetahuinya.”
Riwayat-riwayat yang disebutkan Ibnul Qayim di atas diperkuat dengan hadis berikut:
Dari Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
يكون في آخر الأمة خسف ومسخ وقذف قالت قلت يا رسول الله أنهلك وفينا الصالحون قال نعم إذا ظهر الخبث
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, perubahan muka (menukar ciptaan Allah) dan kerusuhan.” Aisyah RA berkata, “saya bertanya, wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan binasa padahal di tengah-tengah kami masih ada orang-orang solih?” Baginda SAW menjawab, “ya, yaitu apabila telah tersebar keburukan.” (HR. Tirmidzi. Disahihkan Al-Albani dalam Shahih Jami’ al Shaghir 6/358 no. 8012)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Tidakkah apa yang berlaku sebelum ini menimbulkan keinsafan kepada manusia? Amat malanglah sekiranya manusia masih lagi mencari-cari alasan untuk tidak mahu mengambil iktibar. Cakap-cakap berupa negara kita berada di luar zon gempa, kita berada di luar lingkaran api Pasifik, kita berada di pelantar Sunda yang paling tohor di rantau ini dan paling stabil, sedang jiran-jiran kita di Sumatera dan Jawa berada di pertemuan dua kepingan tektonik yang sentiasa bergerak iaitu plate tektonik India dan Australia. Di selatan pulau Jawa pula terdapat jurang Jawa yang sangat dalam mencecah lebih 30,000 kaki dalamnya. Sebab itu Pulau Sumatera, Jawa, kepulauan Sunda Kecil sehingga Sulawesi dan Kepulauan Maluku terdapat lebih 500 gunung berapi aktif. Jangan lupa Gunung berapi Krakatoa di selat Sunda pernah meletup pada tahun 1883 dan membunuh tidak kurang dari 40,000 nyawa akibat tsunami yang tingginya mencecah 30m tingginya (melebihi 100 kaki) sedang tsunami yang berlaku di Jepun adalah pada ketinggian 10m (30 kaki). Danau Toba adalah bekas gunung berapi mega (caldera) yang pernah meletus 70,000 tahun lalu sehingga bumi dilitupi salji selama seribu tahun dan tidak ada hidupan yang dapat bertahan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Orang yang merasa selamat dari azab Allah adalah orang yang amat malang. Kita amat bimbang kemakmoran yang dikecapi oleh kita selama ini merupakan satu ujian dari Allah sehingga kita leka dan alpa. Di masa yang sama harta melimpah ruah dan manusia semakin tenggelam dalam maksiat dan keseronokan tanpa batas. Akhirnya apabila Allah menurunkan azabnya, kita langsung manjadi manusia yang berputus asa, Nauzubillahi minzalik.
Tidak ada sebab kini kita merasa selesa. Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan bilangan anak-anak zina yang didaftarkan dari tahun 2000 hingga 2008 mencecah 70,000 orang. Ini bermakna setiap 17 minit seorang anak dari perbuatan zina dilahirkan di Malaysia. Berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi yang diutarakan tadi, kita termasuk di kalangan mereka yang berisiko akan ditimpa oleh bala. Jangan sekali-kali merasa selesa kerana berada di luar zon gempa. Bumi ini milik Allah SWT yang bolih memerintahkan mana-mana bahagian bumi ini dengan kehendaknya.
Allah Ta’ala berfirman:
ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ
“Lalu Dia (Allah) berkata kepadanya (langit) dan kepada bumi, ‘datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa’. Keduanya menjawab, ‘kami datang dengan suka hati’.” (QS. Fushilat: 11).
Bumi tidak bergerak dan bergeseran sehingga terjadi musibah gempa kecuali dengan perintah dan izin dari Allah Ta’ala, penguasa alam semesta.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Dr hafidzi Mohd Noor
Unit Teks khutbah
JK Pembangunan Masyarakat
IKRAM Selangor
0 comments:
Post a Comment