Sunday, March 6, 2011

Daurah di Newgrange, Dublin 5 Mac 2011

Salah sebuah cathedral yang tersergam dalam perjalanan
menuju Newgrange. Ireland termasuk UK mempunyai
banyak cathedral seperti ini. Menunjukkan bahwa gereja
pada zaman dahulu adalah pusat kuasa di barat sehinggalah
berlakunya 'the separation of state and religion' justeru
church yang autokratik, menindas dan menolak pemikiran
empirikal - sehingga saintis yang menemui hakikat sains
seperti bukan bumi yang menjadi pusat solar sistem tetapi matahari
dianggap heretik dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh
gereja. Pemisahan agama dan negara inilah yang cuba diterap
oleh barat ketika menjajah umat Islam.

Lodging di mana daurah anjuran IKRAM Eire dijalankan

Sebahagian peserta ikhwah

Sebahagian peserta akhawat. Yang berucap ialah akh Ahmad Afiq Razif
kem komandan daurah

Menyampaikan tajuk 'aliran perosak akidah umat Islam'

Bergambai ramai sebelum bertolak ke airport Dublin

Bersama cucu saudara, Afiq Slim - pelajar perubatan tahun akhir
Royal College of Surgeons, Dublin

Assalamualaikum,

Alhamdulillah diberi izin oleh Allah SWT untuk mengisi program daurah bagi pelajar-pelajar Malaysia di Ireland (02) dan (01) di satu lodge kawasan peranginan di Newgrange, lebih kurang 30 minit memandu dari Dublin. Sampai di sana dalam jam 9.30 pagi dan mengisi daurah yang bertajuk aliran perosak (pemikiran dan ideologi yang menyelinap masuk mencacatkan aqidah umat Islam). Tujuan daurah ini disusun ialah untuk memelihara aqidah salimah yang merupakan aspek yang paling penting dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW 'Inilah jalanku yang lurus dan jangan kamu ikuti jalan-jalan yang lain'. Ketika Nabi saw menyebut ini, baginda melukis garis lurus di atas pasir dan kemudian membuat cabang-cabang di kiri dan kanan yang melencung dari jalan yang lurus itu. Jalan yang lurus itu adalah aqidah yang sejahtera, sedang jalan yang menyimpang itu adalah pelbagai ideologi dan produk pemikiran manusia yang bertujuan untuk memesong dan menyelewengkan umat Islam dari pegangan aqidah yang salimah (sejahtera). Daurakh ini turut di isi oleh Ust Mazrul yang kini sedang menuntut di UK. Beliau menyentuh tentang aqidah yang sejahtera itu sendiri.

Selesai mengisi daurah dan sesi sharing serta meninggalkan pesan-pesan, saya dan akh Abdul Azim (Presiden IKRAM UK Eire) menuju ke airport untuk mengambil flight ke Manchester dalam rangka meneruskan Palestine Tour di sana. Kami sampai sekitar pukul 3 petang dan memulangkan kereta sewa, kemudian dihantar dengan kenderaan agensi kereta sewa ke terminal 1, Airport Dublin. Flight berlepas sekitar jam 6.30 petang.. Di airport sempat bertemu dengan cucu saudara, Afiq Slim, pelajar perubatan tahun akhir di Royal College of Surgeon, Dublin. Keluarga berbangga kerana beliaulah yang insyaAllah merupakan doktor perubatan yang pertama dilahirkan dari keluarga besar arwah Datuk Kornain Hj Ramli dan Arwah Nenek Bahinah. Tahniah kepada anakanda Yati dan suami Slim kerana berjaya melahirkan anak-anak yang berjaya.

Semuga Allah menerima amal-amal kami.

Dr Hafidzi Mohd Noor

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc