’Penculikan’ tentera Israel dan hubungannya dengan serangan ke atas Gaza
Berita ‘penculikan’ ke atas seorang askar Israel pada 26 Jun 2006 mendapat liputan meluas media barat. Hampir kesemua media-media cetak dan ’on-line’ melaporkan peristiwa ini yang dianggap boleh mencetuskan ketegangan dan tindak balas dari pihak Israel.[1] Sebagaimana yang dijangkakan Israel benar-benar bertindak balas dengan melakukan serangan ketenteraan ke atas Gaza untuk membebaskan tenteranya yang di’culik’ itu.
Peristiwa ’penculikan’ ini adalah satu contoh klasik di mana mesin propaganda barat bekerja keras untuk memberikan satu gambaran yang negatif ke atas pejuang-pejuang Palestin khususnya HAMAS. Cara berita ini disiarkan; dan dengan diperbesar-besarkan pula, membuktikan betapa media barat telah tidak bersikap objektif dan melanggar asas etika kewartawanan. Buktinya ialah penangkapan ke atas pejuang Palestin oleh tentera Israel sehari sebelumnya hanya dilapurkan sebagai berita sampingan; malah banyak akhbar langsung tidak menyiarkannya.[2] Tiba-tiba apabila pejuang Palestin bertindak balas pada keesokkannya, seluruh dunia melaporkannya sebagai berita utama ’breaking news’.[3]
Jika bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada penahanan rakyat Palestin di media-media barat sebagai ’detain’ atau ’arrest’, bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada penahanan askar Israel pula ialah ’kidnapping’ atau ’abduction’.[4] Penggunaan istilah ini sahaja sudah menunjukkan bahawa media barat mempunyai agenda yang tidak jujur dalam melaporkan perkembangan di Palestin dan di timur tengah. Dengan menggunakan istilah ’penculikan’ mereka berusaha membentuk tanggapan masyarakat antarabangsa bahawa pejuang-pejuang Palestin tidak lebih dari gerombolan penjenayah. Penculikan hanya dilakukan oleh penjenayah dan tindakan mereka adalah jenayah yang perlu dibanteras dengan apa cara sekalipun. Sekurang-kurangnya pendapat umum akan bersimpati dan memihak kepada Israel dan seterusnya merestui apa jua tindak balas Israel untuk menyelamatkan tenteranya yang diculik. Beginilah propaganda kotor yang dicanai oleh pihak zionis. Mereka berjaya mengalih imej pengganas dan penjenayah itu dari pengganas yang sebebar kepada pejuang pembebasan Palestin. Media barat turut bersekongkol dengan menuding jari kepada pejuang Palestin tanpa sedikitpun menyentuh mengenai pencerobohan, pembunuhan dan ’penangkapan’ yang dilakukan oleh pihak Israel yang berlaku hampir saban hari ke atas rakyat palestin di Gaza yang mendorong kepada pejuang Palestin untuk bertindak balas.[5]
Istilah ’culik’ sendiri bukan sahaja mengelirukan bahkan tidak logik dan menasabah. Bagaimana mungkin seorang askar di ’culik’ oleh musuh-musuhnya. Seorang askar bersedia menghadapai sebarang risiko termasuklah kehilangan nyawa, dan menghadapai kemungkinan di tawan oleh pihak musuh. Seorang askar tidak mungkin diculik kerana penculikan hanya berlaku ke atas wanita, kanak-kanak dan orang awam dan bukan kepada seorang askar yang sedang berada di medan. Media barat menyembunyikan hakikat bahawa tentera Israel tersebut ’diculik’ ketika dia sedang berada dalam kereta kebalnya sewaktu serangan dilancarkan.[6]
Dalam mana-mana konflik dan peperangan biasanya identiti askar yang ditawan tidak didedahkan. Apa perlunya mendedahkan identiti askar yang ditawan kerana mengambil tawanan adalah merupakan satu amalan yang diterima dalam peperangan, bahkan satu tindakan yang sah mengikut Geneva convention sekalipun. Yang menariknya dalam kes tawanan ke atas askar Israel ini, identiti dan gambarnya terpampang di dada akhbar di seluruh dunia. Identitinya diketahui seperti nama, umur, pangkat, kampung asal, ibu-bapa dan latar belakang keluarganya. Seluruh dunia kini maklum bahawa askar yang ditawan itu bernama Ghilad Shalit, berusia 18 tahun dan berpangkat korporal[7]. Kesemua ini adalah konsisten dengan tuduhan media barat bahawa Ghilad Shalit adalah mangsa ’penculikan’ oleh penjenayah-penjenayah; dan bukan tertawan ketika sedang mejalankan operasi ketenteraan ke atas Gaza.
Ini satu lagi bukti bahawa media barat yang sentiasa memihak dan menjaga kepentingan Israel tidak akan mengamalkan pemberitaan beretika dan seimbang dalam melaporkan situasi di Palestin. Ketika dunia didedahkan dengan peristiwa penculikan askar Israel yang masih muda belia ini, terdapat ribuan rakyat Palestin yang merengkok di penjara-penjara di seluruh Israel kerana menjadi mangsa penahanan regim zionis. Satu sumber menganggarkan bilangan mereka sudah melebih 10,000 orang dengan ratusan tahanan terdiri dari wanita dan kanak-kanak yang berumur kurang dari 18 tahun[8]. Siapakah mereka ini?; di antara mereka ada yang telah dipenjarakan tanpa sebarang perbicaraan.[9] Mereka ini adalah mangsa-mangsa tanpa nama, tanpa identiti dan harus dilupakan oleh masyarakat antarabangsa ketika mereka ’cemas’ mengenangkan nasib yang bakal menimpa seorang askar Israel bernama Ghilad Shalit.
Apakah kesalahan mereka sehingga dipenjarakan tanpa sebarang pembelaan dan pengetahuan masyarakat antarabangsa berbanding ’penculikan’ Ghilad Shalit? Mereka dituduh oleh regim zionis sebagai pengganas dan terlibat dengan aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan Israel. Bagaimana pula dengan Ghilad Shalit yang di’culik’ dari kereta kebalnya? Tidakkah tentera Israel seperti Ghilad Shalit ini melakukan pelbagai serangan ganas ke atas penduduk Palestin sehingga meyebabkan kematian kepada lebih 150 orang hanya dalam tempoh dua bulan iaitu Jun dan Julai 2006?[10] Dalam bulan Jun sahaja sebanyak 11 insiden serangan tentera Israel berlaku dengan bilangan kematian seramai 31 orang dan mencederakan 97 yang lain.[11] Jika penduduk Palestin dituduh pengganas kerana mempertahankan diri, keluarga, tempat kediaman dan tanah air mereka dari regim zionis yang merampas tanah air dan mengusir mereka dari kampung halaman, bagaimana pula status tentera Israel yang melakukan pelbagai bentuk pencabulan, pelanggaran hak asasi dan serangan membuta tuli ke atas rakyat Palestin di kampung halaman mereka sendiri?
Justeru penahanan Ghilad Shalit memberi peluang yang cerah di pihakyat Palestin untuk mendapat perhatian dan pembelaan masyarakat antarabangsa. Memandangkan penahanan askar Israel tersebut mendapat liputan yang begitu meluas, kemungkinan ia boleh memaksa regim zionis bersetuju untuk membebaskan tahanan rakyat Palestin sebagai syarat pembebasannya. Harapan ini jelas tergambar pada wajah ibu-ibu dan keluarga rakyat Palestin yang keluar mengadakan demonstrasi di jalan-jalan dengan membawa gambar-gambar ahli keluarga yang ditahan di penjara Israel. Mereka merayu agar tentera Israel yang ditawan itu dijaga kebajikannya dan jangan diapa-apakan supaya boleh ditukar dengan anak-anak dan ahli keluarga mereka kelak. Namun seperti yang telah dijangka, reaksi regim Zionis amat konsisten dengan sikap mereka selama ini iaitu samasekali tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana tuntutan rakyat Palestin yang telah dinafikan hak mereka. Dengan angkuhnya mereka mengatakan bahawa tiada sebarang perundingan yang akan dilayani untuk pembebasan askarnya. Sebaliknya pejuang HAMAS diberi ultimatum untuk membebaskan askar tersebut atau menerima akibat yang tidak dapat dibayangkan (’The sky will fall on them’ – ’langit akan runtuh menimpa mereka’).[12]
Israel mengotakan ugutannya dengan melarkan serangan tentera besar-besaran ke atas penduduk Gaza. Justeru hanya untuk membebaskan seorang askar, sekolah, hospital, stesen jana kuasa, jalan, jambatan dan rumah-rumah penduduk dibedil. Jelas tindak balas yang tidak seimbang ini menunjukkan bahawa regim zionis tidak berminat dengan keselamatan seorang askarnya yang ’diculik’ sebaliknya merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan untuk melaksanakan satu program bumi hangus bagi melumpuh dan menggagalkan kerajaan HAMAS. Niat sebenarnya mereka terbongkar apabila mereka bertindak balas menahan ahli-ahli Parlimen dan menteri-menteri HAMAS kononnya juga dalam rangka untuk menyelesaikan kemelut penahanan seorang askarnya.[13] Perbuatan yang keji ini menunjukkan bahawa Israel bukan sahaja tidak menghargai nyawa rakyat Palestin malah langsung tidak menghormati hak rakyat Palestin dengan menahan pemimpin-pemimpinnya. Masyarakat antarabangsa turut mengecam tindakan biadap tersebut. Seorang ahli parlimen Ireland yang mewakili Sinn Fien, Aengus O Snodaigh menyifatkan regim Israel amat keji dan terkutuk ’abhorrent and despicable’ apabila merujuk kepada insiden pencukilan menteri-menteri kabinet dan ahli parlimen HAMAS oleh Israel.[14] Tidak ada undang-undang dan peraturan termasuk Piagam PBB dan Konvensyen Geneva yang boleh menghalalkan tindakan biadap regim zionis menahan pemimpin sebuah negara yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi. Apakah yang memberi kewajaran untuk regim zionis menahan pemimpin Kerajaan Palestin untuk membebaskan askarnya. Bukankah mereka sudah ditawarkan dengan package pertukaran tahanan yang merupakan amalan yang sah dalam mana-mana konflik di antara pihak yang bersengketa?
Peristiwa ’Penculikan’ ke atas askar Israel itu juga merupakan usaha tersusun media barat yang didalangi oleh zionis untuk menutup segala jenayah keji yang dilakukan ke atas penduduk Palestin terutamanya di Gaza dengan berdirinya kerajaan HAMAS. Oleh kerana sekatan ekonomi dengan menutup saluran wang ke Palestin dan usaha untuk mengadu domba HAMAS dan Fatah tidak berjaya menggagalkan Kerajaan HAMAS, maka regim melancarkan puluhan serangan-serangan provokasi ke atas penduduk Gaza. Boleh dikatakan saban hari berlaku serangan udara dan pembunuhan ke atas penduduk Gaza. Berita pembunuhan rambang tentera Israel ini langsung tidak mendapat liputan media. Kemuncaknya ialah serangan peluru berpandu Israel yang dilancarkan dari laut ke atas penduduk yang sedang berkelah di pantai Gaza pada 9 Jun 2006; membunuh 7 orang termasuk 3 orang kanak-kanak kecil dan mencederakan puluhan yang lain.[15] Israel mendakwa ia telah menembak ke sasaran pengganas. Media barat seperti yang diduga bukan bertindak mengutuk serangan ini dan semua serangan yang mengakibatkan kematian ke atas orang awam; sebaliknya melaporkan alasan yang dikemukakan oleh Israel iaitu bertindak balas ke atas serangan pejuang HAMAS.[16]
Inilah latarbelakang kepada peristiwa ’penculikan’ askar Israel yang kemudiannya mencetuskan operasi ketenteraan secara besar-besaran ke atas Gaza. Kesimpulannya ialah ia tidak dapat ditafsirkan selain dari usaha terdesak Israel untuk mengenakan tekanan kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza untuk menggulingkan kerajaan HAMAS.[1] Misi ini dilakukan oleh Brigad Izzadin al Qassam bersama Popular Resistance Committees dan kumpulan baru Islamic Army ke atas markas tentera Israel di kawasan sempadan Kerem Shalom di antara Israel dan Gaza. Tujuh komando Palestin menyusup masuk setelah menggali terowong sejauh 100 m dari Rafah. Dua orang askar Israel berjaya dibunuh, empat tercedera dan seorang berpangkat korporal Gilad Shalit ditawan. Serangan ini adalah merupakan tindak balas ke atas pencerobohan Israel sehari sebelumnya di mana dua orang adek-beradek, Mustafa dan Usama Muammar, kedua-duanya aktivis HAMAS diculik setelah memukul ayah mereka yang kemudiannya terpaksa dimasukkan ke hospital. Lihat Azzam Tamimi, HAMAS, Unwritten Chapters, Hurst & Company,
[2]Jonathan Cook mengulas akhbar British The Observer edisi 25 Jun 2006 hanya memperuntukkan satu perenggan yang agak tersembunyi dalam ruangan World in brief. Maan news agency. June 30, 2006. http://www.maannews.net/en/index.php
[3] Alan Johnston melaporkan dalam BBC World News, 10 am GMT, 25 Jun 2006 merujuk peristiwa itu dengan kenyataan ‘a major escalation in cross border tensions’ (meningkatkan ketegangan kawasan sempadan).
[4] Laporan dari Donald MacIntrye dari The Independent. ‘Corporal Gilad was kidnapped’-
[5] Bagi media barat, pengunduran Israel dari Gaza dengan sendirinya menjadikan penentangan pejuang Palestin sebagai tidak relevan. Sedangkan realitinya Gaza dikepung oleh Israel dan sempadan ditutup untuk menghalang kemasukan barangan, makanan dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh rakyat Palestin di Gaza. Ini tidak termasuk serangan udara dan darat yang dilancarkan oleh Israel ke dalam wilayah Gaza yang telah membunuh kira-kira 30 rakyat Palestin, mencederakan ratusan yang lain serta mengakibatkan trauma yang mendalam kepada kanak-kanak. Juga pencerobohan ke dalam wilayah Gaza yang dilakukan oleh pihak Israel sehari sebelum peristiwa penyusupan dan penangkapan tentera Israel di Kerem Shalom. Akhbar The Guardian melaporkan di dalam ruangan editorialnya seperti berikut "Confusion surrounds the precise motives of the gunmen from the Islamist group Hamas and two other armed organisations who captured the Israeli corporal and killed two other soldiers on Sunday. But it was clearly intended to provoke a reaction, as is the firing of rockets from
[6] Media barat dengan penuh sedar memilih istilah yang mengelirukan dan ini dilakukan secara konsisten apabila melaporkan konflik Palestin Israel. Sebagai contoh Jonathan Cook merujuk kepada peristiwa ’penangkapan’ Israel ke atas salah seorang tokoh HAMAS, Syeikh Muhammed Taha, pada tahun 2003 seperti yang dilaporkan oleh BBC on line, "Israeli troops have captured a founder member of the Islamic militant group Hamas during an incursion into the Gaza Strip." (Tentera Israel telah menahan seorang tokoh pemimpin militan HAMAS semasa melakukan penyusupan ke dalam wilayah Gaza). Menurut laporan yang sama penyusupan ini juga menyebabkan lapan rakyat Palestin menemui maut termasuk seorang ibu yang mengandung dan seorang kanak-kanak. 'Israel captures Hamas founder,' BBC online, 3 March 2003. Lihat Jonathan Cook, op. cit.
[7] Gambar Ghilad Shalit disiarkan oleh agensi berita Reutuers yang diperolehi dari keluarga beliau pada 3 Julai 2006. Akhbar The Star
[8] Sumber terkini meletakkan bilangan tahanan Palestin dari kalangan wanita seramai 95 orang dan tahanan di bawah umur 18 tahun seramai 313 orang, sebagaimana yang terdapat dalam laporan akhbar Haaretz edisi 18 Julai 2006. Laporan bertajuk Militants demand women, children in Israeli jails released in return for information on soldier oleh Gideon Alon, Amos Harel, Avi Issacharoff, and Aluf Benn, Haaretz Correspondents, Haaretz Service and Agencies
[9] Adalah dianggarkan kira-kira 750 rakyat Palestin ditahan tanpa selama beberapa tahun tanpa mendapat hak untuk dibicarakan. Mereka dikategorikan sebagai administrative detainess tahanan atas alasan pentadbiran. Di samping itu terdapat kira-kira 300 tahanan kanak-kanak, separuh darinya juga tidak pernah dibicarakan. Sumber Gideon Levy, Free them, now, The Palestine Times, Oktober, 2006, hlm. 7; adalah perkara biasa bagi Israel untuk menahan pemuda yang berumur di antara 15 hingga 45 tahun selama beberapa bulan atau tahun semata-mata untuk menjadikan keluarga Palestin kehilangan sumber pendapatan dan melemahkan produktiviti masyarakat, Sumber Editorial, Israel’s silent holocaust against the Palestinians, The Palestine Times, Mei, 2006, hlm. 16.
[10] laporan Amnesty International yang beribu pejabat di London menggesa PBB supaya melakukan penyiasatan ke atas serangan-serangan yang berlaku kepada kedua-dua pihak. Dalam laporannya, Amnesty International mendakwa Israel melepaskan sebanyak 6,000 tembakan meriam dan lebih 80 serangan udara semenjak akhir Mac, 2006. http://web.amnesty.org/library/Index/ENGMDE150492006. Juga laporan oleh Ramzy Baroud, Why is
[11] Siri-siri serangan ini disenaraikan oleh PCHR (Palestine Centre for Human Rights) seperti berikut: 1. Serangan udara di Gaza yang dilancarkan untuk menakut-nakutkan penduduk, menembak peluru berpandu di kawasan lapang, termasuk taman permainan dan terbang rendah di kawasan yang pedant dengan penduduk (1 – 7 Jun); 2. Bot-bot penyerang Israel membedil pantai Gaza dan mencederakan dua kanak-kanak Palestin yang sedang bermain di pantai (1 Jun); 3. Tentera Israel di sempadan menembak peluru meriam di bandar Jabalya, mencederakan dua kanak-kanak Palestin di rumah mereka, dan di perkampungan Um al Nasser, mencederakan seorang lelaki Palestin berusia 48 tahun (3 Jun); 4. Serangan peluru berpandu Israel ke atas sebuah kereta yang didakwa membawa pejuang Palestin, membunuh dua orang awam (5 Jun); 5. Tembakan meriam Israel ke arah tiga orang yang cuba memasuki Israel melalui pagar, membunuh dua orang dan mencederakan yang ke tiga, serpihan peluru membunuh seorang polis Palestin dan mencederakan seorang lagi, bersama empat orang awam termasuk dua orang kanak-kanak berusia lima dan 17 tahun serta seorang lelaki berusia 50 tahun (7 Jun); 6. Israel membedil orang ramai yang berihat pada hujung minggu di pantai Gaza, membunuh lapan orang awam termasuk tujuh dari satu keluarga, dan mencederakan 32 orang awam yang lain termasuk 13 kanak-kanak (9 Jun); 7. Tiga orang awam Palestin terbunuh apabila tentera Israel menembak sebuah kereta dengan peluru berpandu berdekatan Jabalya (9 Jun); 8. Serangan peluru berpandu Israel ke atas sebuah van yang didakwa dipandu oleh pejuang Palestin di lebuh raya Gaza membunuh 11 orang termasuk dua kanak-kanak dan dua orang paramedik, serta mencederakan 30 yang lain termasuk sebilangan kanak-kanak (13 Jun); 9. Tentera Israel menembak ke arah satu perarakan membawa jenazah ke timur Jabalya, mencederakan kanak-kanak berusia 15 tahun yang turut serta dalam perarakan tersebut (13 Jun); 10. Serangan peluru berpandu Israel ke atas pejuang Palestin tidak mengenai sasaran sebaliknya membunuh tiga kanak-kanak dan mencederakan 13 orang awam, termasuk tujuh kanak-kanak berusia dua, lima, lapan, sembilan, 11, 11 dan 16 (20 Jun); 11. Serangan peluru berpandu Israel tersasar dan mengenai sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga, membunuh seorang lelaki Palestin dan kakaknya yang sarat mengandung. Peluru berpandu tersebut mencederakan 11 yang lain termasuk tujuh kanak-kanak berusia dua, tiga, lima, tujuh, sembilan, 14 dan 14. Empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun turut tercedera berhampiran rumah tersebut (21 Jun). Sila rujuk laman web PCHR (http://www/pchrgaza.org/)
[12] Nidal
[13] Seramai 68 ahli parlimen, menteri dan pegawai kerajaan diculik oleh regim
[14] Kenyataan akhbar, Sinn Féin, 30 June 2006. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Aengus Snodaigh, wakil Sinn Fein dalam parlimen Ireland dan jurucakap parti untuk hal-ehwal antarabangsa dan hak asasi. Beliau menyifatkan
[15] Tujuh orang dari satu keluarga terbunuh iaitu Ali Isa Ghalya (Ketua keluarga), 49; Ra’issa Ghalya, 35;Haitham Ghalya, 1; Hanadi Ghalya, 2; Sabrin Ghalya, 4, Ilham Ghalya, 15 dan Alia Ghalya, 17. Lain-lain ahli keluarga yang mengalami kecederaan berat ialah Amani Ghalya, 22; Latifa,7 dan Hamdia Ghalya, 40.
[16] Kementerian Luar
0 comments:
Post a Comment