Lukis besar-besar sikit dek..
Trying to get a better larger view of such beautiful creations of Allah The Magnificent
The organizer - Taman Wetland, UPM & SignLab
One for the album
One of the winning group
Hati-hati dik.. nanti terlepas
Trying real hard to get their attention
rearing to go..
Serangga apa yang adek dapat tu..?
Patrolling in groups for insects..
Proud of their prized possessions..
Assalamualaikum,
Pada 6 April 2008, saya telah dijemput oleh Taman Wetland Putrajaya untuk mengendalikan sesi penerangan serangga untuk program Wetland Explorer - siri serangga yang merupakan sebahagian dari aktiviti dalam calender of events Putrajaya Wetlands. Peserta-peserta dalam program tersebut ialah anak-anak yang mengikuti program Signlab. Sign Lab adalah menyediakan program pendidikan Sains seperti yang dinyatakan di dalam objektif mereka 'The Sign Lab provides hands-on science education programs that focuses on guiding children in the discovery and awareness of Allau Ta'ala's creation'.
Lebih dari 30 orang kanak-kanak turut serta dari umur tadika sehingga tahun 4. Sebahagian dari mereka adalah dari Maahad Tahfiz. Dengan dibantu oleh En Saleh Osman, Pegawai Sains di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, UPM dan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus Entomologi Asas PLP 3104 seramai lima orang sebagai fasilitator, kami telah berusaha sebaik mungkin untuk menarik perhatian anak-anak supaya menghargai hidupan serangga yang merupakan sebahagian dari ciptaan Allah yang unik. Melalui pengalaman ini adalah diharapkan mereka teruja melihat kehebatan Allah yang telah mencipta pelbagai rupa bentuk serangga. Semuga mendatangkan kesan yang mendalam di dalam jiwa mereka yang masih suci untuk menghargai alam sekitar sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada Tuhan Maha Pencipta. Natijah darinya lahirlah seorang insan yang sedar akan tanggung jawabnya sebagai Khalifah yang diamanahkan untuk memelihara kesejahteraan alam sekitar yang dikongsi dengan pelbagai makhluk Tuhan yang lain.
Terima kasih kepada En Mohd Azwadi, bekas pelajar yang pernah mengikuti kursus PLP 3104 yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan program ini dengan anak-anak. Ia juga adalah satu pengalaman berharga yang dapat kami kongsikan bersama Signslab, yang dipimpin oleh Pn Hamidah Alonto, semuga usaha murni mereka untuk menanamkan kesedaran terhadap kehebatan Allah Pencipta alam ini pada peringkat anak-anak lagi akan membuahkan hasil yang lumayan di dunia dan di akhirat.
0 comments:
Post a Comment