9 april - atas urusan rasmi, umi ditugaskan untuk menyampaikan ceramah safety nya di pejabat TNB Kluang, Johor semalam. saya pula mendapat titah daripada yang berhormat untuk menjadi driver...
kami keluar rumah betul2 selepas subuh, umi yang pandu dulu..ingat nak terus ke johor tapi umi tak tahan nak bersarapan, sokami singgah di perhentian Pagoh kalau tak silap. selepas tu saya ganti jadi pemandu..alhamduliLlah, umi tak bising bawak sampai 135km/j.hehehe ^_^
sampai Kluang, hantar umi terus ke pejabat, 30minit awal dari masa ceramahnya, 9.00am. lepas hantar umi, saya ke kedai Cik M..mula2 bila salam ngan Cik M, die tak perasan, sebab tak pakai sunglass. Cik pulak tak kenal sebab dah botak + rambut sket..raya dulu botak licin.hohoho
lepas sarapan roti Pak Lah (roti canai tak de telur) sambil borak dengan member Cik M - ader yang pengarah FELCRA, dari BPR..bukan calang2 orang singgah Restoran Warisan~, mintak izin Cik M nak lepak kat rumah. sampai rumah, jumpe dengan nenek Aup, mula2 macam tertanya2 sape lah budak nih, tapi bile perkenalkan diri anak Zurai (panggilan umi di Seri Gading) baru lah ader chemistry sket. masuk2 terus ke loteng baru Cik M..smart..siap ader sauna lagi bilik belakang tuh. umi pon nak walaupun tangga die agak curam + kecik.
time tuh Aiel baru keluar rumah, kerja wiring streamyx..boboy masih tidur. penat katenye sebab keje jaga restoran shift malam.
umi habis talk dalam pukul 2ptg, lepas makan tengahari di Restoran Warisan, kami singgah di Ayer Hitam, ziarah Mak Long and Pak Long. rumah Ayer Hitam dah ader awning sekarang, hampir2 terlepas rumah tuh sebab tak perasan.
lepak2, Mak Long hidangkan maruku + air oren..yang kat rumah time tuh Abang Malik, Kak Ani and anak bongsu diorang Akil..tgh duduk2 tuh la Mak Long kongsi projek baru Pak Long, tangkap ikan kat tasik..sebelum kami balik, Pak Long siap tunjuk lagi motor baru yang die beli dalam rm1800.loaded pak cik nih~
on the way balik, umi pesan, kalu umi abi dah tak de and Pak Long Mak Long masih ade, berbaktilah kepada mereka..sebab waktu umi kecik dulu, dioranglah yang bela selain arwah atok Kornain dan arwah nenek Bahenah.ape yang Pak Long belikan untuk anak2 die, umi pon dapat jugak..
insyaAllah, ziarah pendek semalam akan terus mengukuhkan ikatan persaudaraan antara kita..ebih kukuh dari sekadar ikatan darah insyaAllah..sebab kita berkasih kerana mengharapkan redhaNya
*awning baru..tak sampai 10 hari siap
*apek2 yang datang beli hasil tangkapan 3 hari Pak Long..
*kolam ni lah Pak Long simpan ikan2 tuh sebelum dijual
*hidup kena terus..tua2 pun masih buat duit..yang muda cangak kat umah je buat pa?
*"pak cik kayo!" Pak Long dengan hasil penat jerihnya
*akil sibuk tolong atuk die letakkan paip (rumah ikan) balik ke dalam kolam
*"oi orang muda! berani meh la rempit kat air!" cabar Pak Long sambil menayangkan engin barunya kepada kami~
*dari kiri: Pak Long, Kak Ani, Abang Malik (menantu), umi (Zurai)
p/s:sorilah Cik M..tak der gambar kat Kluang..time tuh camera kat umi.^_^.next time laa yek
0 comments:
Post a Comment