Saturday, January 24, 2009

Dana 1 Juta untuk Gaza

Hadirin di kuliah Risalah Islam di Nusantara siri ketiga di Masjid Negeri Shah Alam

Tiga beranak bergambar di hadapan Hospital Serdang selepas
selesai Abi menjalani sesi dialysis sebelum menuju ke Dataran Shah Alam


Dalam keghairahan dan keprihatinan masyarakat membela nasib umat Islam Gaza daripada serangan biadap Israel, program "Dana 1 Juta untuk Gaza" telah diadakan pada 2 Januari 2008. Program ini telah dianjurkan oleh MBSA dengan kerjasama Muslim Care.
Abi telah diminta berpidato bersama dengan YB Khalid Samad. Iklan mengenai program ini sangat meluas, terutamanya melalui khidmat sistem pesanan ringkas dan email. Kawan-kawan di pejabat pun bertalu-talu menelefon bertanya, betulke Pakcik Hafidzi di Dataran Shah Alam malam ni?
Alhamdulillah Ummi, Abg Qayyim dan Odi janji nak berjumpa di Hospital Serdang untuk memberikan sokongan moral kepada Abi yang baru sahaja selesai dialysis. Ummi bawakan bekal sikit untuk Abi dan Odi yang akan menemankan Abi ke Shah Alam. Abg Qayyim pulak ada test malam hari Jumaat tu. Rupa-rupanya perjumpaan kami yang sekejap tu sangat Abi hargai dan menyintuh perasaannya. Ummi nampak mata Abi merah sambil memandu keluar dari Hospital dengan Odi di tempat duduk sebelah. Itu sahaja yang Ummi dapat berikan sebagai sokongan dan penghembus semangat buat Abi. Mudah-mudahan Abi dapat menyampaikan dengan baik dan tulus dari hatinya yang ikhlas.
Abi sampai di rumah kira-kira jam 1 pagi. Cepat-cepat Ummi pesan Abi untuk bersiap-siap tidor bagi menyambung satu lagi speaking engagement keesokan paginya 3 jan 2009. Kuliah subuh bulanan siri ketiga ini telah lama dijadualkan dengan tema "Risalah Islam di Nusantara" anjuran Masjid Negeri Shah Alam.
Untuk dua sesi yang lepas, Amin dan Odi telah berpeluang temankan Abi. Dua beradek ni kalau boleh tak nak miss kuliah di Masjid Shah Alam ni. Kenapa? Nasi Lemak dengan ayam berempah dia kaw kaw kata Amin..he he...Alhamdulillah untuk kali ini, Odi sekali lagi berpeluang menemankan Abi. Amin telah pergi merantau ke Johor mencari pengalaman hidup yang baru. Mudah-mudahan pengalaman baru Amin itu mampu membentuk keperibadian yang lebih baik dan cekal untuk masa depannya.
MasyaAllah hadirin semakin ramai yang mengikuti kuliah ini dari bulan ke sebulan. Kebanyakannya terdiri dari para pesara dan warga emas. Semoga kami juga mampu mengikuti jejak mereka ini yang positif dan sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah semasa usia tua nanti.
Aktiviti 2-3 Jan 2009 ini merupakan pembuka tirai untuk jadual yang lebih ketat bagi Abi. Semoga Allah berkati segala usaha ke arah perjuangan pembebasan Palestin dan semoga kita sentiasa berjalan di atas jalan orang-orang yang ikhlas.
Itu dulu, nak bersiap pula ke kenduri kahwin Iman, anak Dr Badrol dan Kak Norzu...
Ummi, 25 jan 2009


0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc