Friday, October 28, 2011

Kempen Boycott ke atas ALSTOM berjaya!! Alhamdulillah


Assalamualaikum,

Berita kejayaan kempen boikot ALSTOM berjaya membatalkan kontrak pembinaan perkhidmatan al-haramain railway di Mekah yang bernilai USD10 billion. Seruan untuk boikot ALSTOM ini adalah lantaran syarikat tersebut membina perkhimatan JLR (Jerusalem Light Rail) di Baitul Maqdis sebagai sebahagian dari agenda Israel untuk mengyahudikan Baitul maqdis. Program Boikot Global yang diterajui oleh BDS (Boycott, Sanction and Divestment) ke atas Israel ini membuktikan jika pengguna sebulat suara di dalam menyahut seruan boikot maka ekonomi bolih menjadi senjata yang ampuh untuk menundukkan Israel.

Membatalkan projek kemudahan pengangkutan di Tanah suci Mekah untuk menyelamatkan keluhuran tanah suci Baitul Maqdis. Ini adalah satu kejayaan di dalam memuliakan kedua-dua tanah suci umat Islam. Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis sama sekali tidak bolih dipisahkan.


PACE (Palestine Centre of Excellence - Malaysia) pernah mengeluarkan pendirian agar dua syarikat ALSTOM dan VEOLA di boikot kerana terlibat dalam agenda Israel untuk mengyahudikan Baitul Maqdis. Pendirian ini disediakan oleh Sdr Muhammad Tahir Ali (International Relations) PACE

Di perturunkan pendirian tersebut sekali lagi yang bertarikh 27 Jun 2009

1. PACE Calls on the Saudi Government to Revoke Alstom Contract in al-Haramain Rail Project

27th June 2009

PACE regards with utter consternation the apparent disregard and apathy of the Saudi government towards objections to the participation of the French company Alstom in the Haramain railway project linking the two holiest sites of Islam, Makkah and Madinah. While many groups have called upon the Saudi government to drop Alstom from the Al-Rajhi Alliance consortium awarded the lucrative 6.8 billion riyal contract, the Saudi government continues to violate its obligations under an Arab League resolution barring all member states from engaging companies involved in the construction of the Jerusalem Light Rail linking illegal Israeli settlements in the occupied Palestinian territory with the city of Jerusalem. Alstom is a 20% stakeholder in Citypass consortium that has been contracted by Israel to build the rail link.

PACE notes that across the world, while the divestment campaign directed at Alstom and other companies involved in human rights violations in the Palestinian occupied territory is gaining momentum and beginning to record victories in countries such as France and Sweden, the Saudi government even continues to expand its commercial links with other Alstom operating units. The state-owned Saudi Electricity Company is continuing to build a new 1200 MW steam power plant in Shoaiba with Alstom. PACE calls upon the Saudi government and corporations not to treat the suffering of the Palestinians with such contempt and exhibit greater leadership by showing solidarity with the global movement to hold international companies complicit in human rights violations to account.

PACE calls on all citizens to desist from involvement in projects involving Alstom and its partner companies such as Veolia in any capacity and to continue to pressure the Saudi government by writing directly to the authorities at their diplomatic representations worldwide, sign online petitions and write to local media as well as participate in boycott, divestment and sanctions action of Israel.

Lastly, PACE calls upon Muslim scholars to issue a religious edict on the participation of Alstom in the Haramain railway project.


Muhammad Tahir Ali

International Relations

PACE (Palestine Centre of Excellence)

Thursday, October 27, 2011

Cadangan Teks Khutbah Hari raya Aidil adha






Assalamualaikum wrt bth.
Allahu akbar 3x. Allahu akbar 3x. Allahu akbar 3x Walillahilhamd

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …


Hari ini adalah hari besar anugerah Allah SWT kepada umat Islam. Rasulullah SAW telah bersabda ketika menyaksikan kaum Aus dan Khazraj merayakan hari kebesaran mereka. Lalu Rasulullah SAW mengatakan bahawa Allah telah menganugerahkan kepada umat Islam dua hari kebesaran yang lebih baik iaitu Eid Adha dan Edi Fitri.

Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:

“Dari Anas bin Malik, Nabi datang ke Madinah dan melihat mereka merayakan dua hari kebesaran. Baginda bertanya, “Apakah dua hari ini? Mereka menjawab, “kami biasa merayakan dua hari ini pada zaman Jahiliyah. Rasulullah SAW bersabda “Allah telah menggantikannya dengan dua hari yang lebih baik: Eid-ul-Fitri dan Eid-ul-Adha.

Eid-ul-Adha mengambil sempena ‘udhiyah yang bermaksud qurban. Ia juga disebut sebagai yaum-un-Nahar (Hari di mana ibadah Qurban dilaksanakan)

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari:

“Dari al-Barra bin Azib: Aku mendengar Rasulullah SAW menyampaikan khutbah. Baginda bersabda, “Perkara pertama yang perlu dilakukan pada hari ini ialah mendirikan solat, dan selepas itu, kamu menyembelih haiwan qurban; dan sesiapa yang melakukan ini berjalan di atas sunnah ku”

Ibadah qurban bukan sahaja merupakan sunnah Nabi SAW bahkan sunnah Nabi terdahulu sejak dari Adam AS. Syariat ibadah qurban pertama kali diwajibkan kepada anak-anak Adam AS sebagai ujian kepada mereka. Seerah Nabi adam AS menunjukkan Habil telah Berjaya di dalam ujian ini sedang Qabil gagal dalam ujian tersebut. Syariat yang dilaksanakan pada hari ini adalah dikaitkan dengan peristiwa penyembelihan Nabi ismail AS boleh bapanya Khalilullah Nabi Ibrahim AS.

Ibadah qurban yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS membawa pengajaran yang cukup banyak kepada kita sebagai umat islam. Pertama ibadah qurban ini bukanlah merupakan satu ibadah yang berbentuk peribadi sifatnya kerana ia melibatkan dukungan seluruh institusi keluarga Ibrahim AS. Apabila Nabi Ibrahim AS bermimpi yang merupakan perentah Allah kepadanya untuk mengorbankan Ismail maka dia telah menanyakan pandangan isterinya Siti Hajar. Nabi Ibrahim bukan berhasrat untuk mendapat persetujuan isterinya terlebih dahulu sebelum melaksanakan perentah Allah SWT tetapi untuk menegaskan bahawa ini adalah perentah Allah yang tidak mungkin dibantah. Lalu dijawab oleh Siti Hajar sekiranya ia merupakan satu ketetapan Allah maka laksanakanlah. Ini juga jawapan yang diberikan oleh Siti Hajar ketika beliau ditinggalkan bersama Ismail yang masih bayi di bumi gersang Mekah.

Siti Hajar bertanya kepada Nabi Ibrahim AS, Mengapa tinggalkan aku di sini. Beliau melihat di sekeliling gurun yang kontang dan batu-batan keras di sekeliling tanpa ada tanda-tanda kehadiran manusia. Nabi Ibrahim AS sudah bulat hatinya, dia hanya mendiamkan diri, dan tidak ada sepatah perkataanpun yang harus keluar dari mulut baginda yang menandakan bantahan terhadap perentah Allah SWT. “Adakah ini satu perentah dari Allah?” Siti Hajar terus bertanya. Nabi Ibrahim tetap mendiamkan diri. Siti Hajar pasrah dan berkata ‘Kalau begitu Allah SWT akan memelihara kami”, beliau pasrah dan tunduk kepada Rabbul Jalil

Nabi Ibrahim AS juga bertanya kepada Nabi ismail tentang pandangannya. Jawapan yang diterima oleh Nabi Ibrahim AS cukup menyenangkan hatinya. Ini adalah bukti bahawa ibadah qurban adalah satu amal yang sepatutnya mendapat dokongan dan penglibatan setiap ahli keluarga yang serius untuk mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.

Sesungguhnya perentah qurban yang dijalankan oleh Nabi Ibrahim AS terhadap anak kesayangannya amat berat bagi seorang insan biasa. Sepanjang usianya Nabi Ibrahim AS berdoa agar dikurniakan seorang zuriat.

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِيمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا ٱلۡبَلَدَ ءَامِنً۬ا وَٱجۡنُبۡنِى وَبَنِىَّ أَن نَّعۡبُدَ ٱلۡأَصۡنَامَ (٣٥) رَبِّ إِنَّہُنَّ أَضۡلَلۡنَ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ‌ۖ فَمَن تَبِعَنِى فَإِنَّهُ ۥ مِنِّى‌ۖ وَمَنۡ عَصَانِى فَإِنَّكَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣٦) رَّبَّنَآ إِنِّىٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِى بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةً۬ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَہۡوِىٓ إِلَيۡہِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٲتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ (٣٧)

“Dan apabila Ibrahim berkata: Tuhanku! Jadikanlah negeri ini , negeri yang aman, dan jauhkanlah aku berserta anak cucuku agar tidak menyembah berhala. Wahai Tuhan, berhala-berhala itu telah menyesatkan banyak dari manusia. Siapa yang mengikutiku, maka orang itu termasuk golonganku, dan siapa yang mendurhakaiku, maka Engkau Maha Pengampun, maha Penyayang. Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur”

Surah Ibrahim: 35 – 37.

Riwayat mengatakan baginda hanya dikurniakan seorang putera ketika usianya sudah lanjut, mencecah 90 tahun.

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى وَهَبَ لِى عَلَى ٱلۡكِبَرِ إِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ‌ۚ إِنَّ رَبِّى لَسَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ (٣٩) رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠)

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku dihari tuaku Ismail dan Ishaq. Sungguh Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku”
Surah Ibrahim: 39 – 40

Apabila Ismail sudah berusia lebih kurang 10 tahun, sudah berputik kasih saying yang mendalam terhadap seorang anak remaja yang diharapkan akan meneruskan usaha tabligh dan dakwahnya, diperentahkan Allah pula untuk dikurbankan. Dan Nabi Ibrahim AS sebagai seorang manusia adalah seorang insan biasa yang tidak terkecuali dari rasa kasih, sedih dan pilu dengan apa yang dihadapinya. Tetapi sekali lagi perentah Allah mengatasi segala-galanya, maka semua perasaan itu harus dikorbankan demi membuktikan kasih-sayang tertinggi dan perentah tertinggi yang pasti dijunjung ialah perentah Allah SWT. Ini juga adalah pengajaran penting bagi kita umat Islam pada hari ini. Apabila datang perentah Allah, maka segala perkara adalah kecil dan pasti dilaksanakan bagaimana besar sekalipun rintangan yang dihadapi.

Pertarungan yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim AS belum berakhir. Dalam perjalanan untuk menjalankan perentah tersebut, baginda dihasut oleh Iblis laknatullah agar menimbangkan semula tindakannya. Tetapi setiap kali diseru Nabi Ibrahim AS melontarnya dengan batu. Tiga kali iblis dilontar dengan batu dan tidak sedikitpun Nabi Ibrahim AS goyah hati untuk meneruskan niatnya. Inilah yang diabadikan dalam manasik haji di dalam amalan melontar tiga jamrah. Ia adalah satu gambaran apabila seseorang hendak berqurban maka pasti syaitan akan menyelinap masuk dan membisikkan kata-kata pujuk rayu agar kita membatalkan niat untuk berkorban. Pengajarannya ialah ‘lempari’ bisikan itu dan membulatkan hati untuk melaksanakan perentah Allah tanpa sedikitpun merasa ragu.

Apabila sampai ke tempat penyembelihan maka Nabi Ibrahim AS telah menyembelih Nabi ismail AS. Diriwayatkan pisau telahpun mencecah batang leher Ismail AS dan sekonyong-konyong itu Allah menggantikannya dengan seekor qibas. Ini adalah hadiah bagi orang yang yakin dengan perentah Allah, yakin bahawa disebalik perentah Allah yang cukup berat itu tersimpan sebuah hikmah dan nikmat yang cukup besar. Keyakinan ini hanya dapat dirasai oleh orang yang bulat keimanannya kepada Allah SWT. Maka ibadah qurban yang kita lakukan pada hari ini adalah satu latihan untuk memupuk keimanan sejati dan keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah SWT. Ia adalah satu bentuk persediaan untuk melahirkan sifat komando, iaitu bersiap sedia untuk menjalankan perentah Allah dalam semua situasi. Apabila datang perentah Allah untuk infaq maka tanpa tangguh-tangguh lagi kita akan melaksanakannya.

۞ وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ (١٣٣) ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

“Bersegeralah kamu kepada keampunan Allah dan syurgaNya yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan”

Surah Ali Imran: 133 – 134.

ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Surah at-Taubah: 41

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

“Diwajibkan ke atas kamu qital (peperangan) meski kamu membencinya. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha tahu sedang kamu tidak mengetahi”

Surah al-Baqarah: 216

Bagaimana lagi kita hendak melaksanakan perentah Allah di atas jika di dalam diri belum terlatih sifat bersedia untuk berkorban harta dalam keadaan kesempitan, berkorban rasa rehat dan keselesaan untuk beramal ketika kita merasa berat, dan berperang dalam keadaan hati membencinya?


Para Jemaah yang dirahmati Allah.

Ibadah qurban yang bakal kita sempurnakan selepas solat eid adalah satu bentuk yang simbolik bahawa kita akan berikrar untuk berqurban demi meninggikan syariat Allah dan menjunjung perentah Allah dalam semua keadaan. Kerana itu ia merupakan sunat muaqaddah, sunat yang diberatkan. Bagi setengah mazahib ibadah qurban menjadi fardhu. Menurut Imam Abu Hanifah ibadah qurban difardhukan bagi mereka yang berkemampuan. Imam Malik turut sependapat dalam hal ini. Imam Syafii, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf dari mazahib Hanafi berpendapat ia adalah sunat muaqqad (sunat yang dituntut dan diberatkan). Perbezaan pendapat ini tidak seharusnya menjadi isu. Apapun pegangan kita, namun jangan lupa ia adalah satu sunnah yang sangat diutamakan oleh Rasulullah SAW. Sebagaimana sabda Nabi,

“barangsiapa melakukan itu (ibadah qurban) maka ia berada di atas sunnahku”


Marilah mulai tahun ini dan seterusnya kita membuat resolusi untuk memberi galakan kepada seluruh ahli keluarga supaya melakukan ibadah qurban dan memberikan perhatian yang cukup besar kea rah perlaksanaannya dalam keluarga. Latihlah anak-anak supaya menabung dan dapat melaksanakan ibadah qurban pada masa akan datang. Jika anak-anak kita sanggup menitipkan wang sakunya untuk membeli sebuah handphone yang mahal atau computer games maka tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh menabung untuk amal yang sangat besar maknanya ini untuk memupuk sifat cintakan agama Allah.

Hari ini tuntutan untuk umat Islam berkorban sangat besar. Dalam dunia tanpa sempadan, berqurban adalah sumber kekuatan umat ini dalam menghadapi pelbagai mehnah dan ujian Allah. Umat Islam diperangi oleh kuasa-kuasa besar, rakyat Palestin di Gaza dikepung hampir enam tahun lamanya. Tidak ada bekalan makanan yang dibenarkan masuk, begitu juga ubat-ubatan, air bersih dan bahanapi. Mereka diserang dengan penuh biadap oleh zionis Israel dan saat ini mereka hanya tinggal dalam khemah dalam suasana musim sejuk yang menggigit tulang kerana tidak ada bahan binaan yang dibenarkan masuk untuk membaik pulih rumah-rumah mereka telah musnah dibom oleh Israel. Umat islam di merata tempat di Somalia, di Uighur, Cina, di Myanmar, si Mindanao, di Iraq dan Afghanistan menderita peperangan dan kekurangan makanan kerana dasar kuasa-kuasa besar dan regim yang tunduk kepada tekanan musuh-musuh Islam. Begitu juga umat Islam yang miskin seperti di Kemboja, Vietnam, Sri Langka dan juga yang dilanda bencana alam seperti di Thailand juga wajar mendapat perhatian utama umat Islam di Malaysia dalam melaksanakan ibadah qurban.

Akhir sekali ibadah qurban ini adalah persediaan untuk melakukan qurban yang paling tinggi darjatnya iaitu berkorban jiwa raga demi mempertahankan Islam.

Tercatat di dalam seerah selepas peperangan Uhud, pasukan Nabi yang menderita kekalahan di mana 70 orang mujahid syahid di medan, mereka telah ditahan oleh seorang wanita yang bertanya tentang berita pertempuran. Lalu disampaikan berita sedih bahawa wanita itu sudah kehilangan suami, ayah dan anaknya di Uhud. Reaksi wanita ini ialah ‘Bagaimana keadaan rasululah SAW? Bila diberitakan sahabat Rasulullah terselamat kecuali luka sedikit maka wanita ini berkata ‘Segala perkara adalah kecil asalkan Rasulullah terpelihara.’ Apakah kita juga sanggup untuk mengungkap perkataan ini ‘semua perkara adalah kecil asalkan Islam terus teguh dan dakwah terpelihara’

Allah SWT berfirman dalam surah as-saff.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)


‘Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu kuberitahu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman dengan Allah dan hari akhir dan kamu berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu, itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui’

Surah as-Saff: 10 – 11

Allah SWT mendahulukan infaq atau qurban harta sebelum menyebut tentang qurban jiwa raga. Ia adalah satu isyarat jelas bahwa infaq atau korban harta adalah prasyarat untuk menyediakan diri memburu syahid pada jalan Allah, kemuncak ibadah qurban yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih.

HMN

Sunday, October 16, 2011

Akhirnya 1,072 rakyat Palestin dibebaskan - HAMAS membuktikan 'resolve' (tekad dgn prinsip) akan mengalahkan musuh Zionis



Assalamualaikum,

’Penculikan’ tentera Israel dan hubungannya dengan serangan ke atas Gaza

Berita ‘penculikan’ ke atas seorang askar Israel pada 26 Jun 2006 mendapat liputan meluas media barat. Hampir kesemua media-media cetak dan ’on-line’ melaporkan peristiwa ini yang dianggap boleh mencetuskan ketegangan dan tindak balas dari pihak Israel.[1] Sebagaimana yang dijangkakan Israel benar-benar bertindak balas dengan melakukan serangan ketenteraan ke atas Gaza untuk membebaskan tenteranya yang di’culik’ itu.

Peristiwa ’penculikan’ ini adalah satu contoh klasik di mana mesin propaganda barat bekerja keras untuk memberikan satu gambaran yang negatif ke atas pejuang-pejuang Palestin khususnya HAMAS. Cara berita ini disiarkan; dan dengan diperbesar-besarkan pula, membuktikan betapa media barat telah tidak bersikap objektif dan melanggar asas etika kewartawanan. Buktinya ialah penangkapan ke atas pejuang Palestin oleh tentera Israel sehari sebelumnya hanya dilapurkan sebagai berita sampingan; malah banyak akhbar langsung tidak menyiarkannya.[2] Tiba-tiba apabila pejuang Palestin bertindak balas pada keesokkannya, seluruh dunia melaporkannya sebagai berita utama ’breaking news’.[3]

Jika bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada penahanan rakyat Palestin di media-media barat sebagai ’detain’ atau ’arrest’, bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada penahanan askar Israel pula ialah ’kidnapping’ atau ’abduction’.[4] Penggunaan istilah ini sahaja sudah menunjukkan bahawa media barat mempunyai agenda yang tidak jujur dalam melaporkan perkembangan di Palestin dan di timur tengah. Dengan menggunakan istilah ’penculikan’ mereka berusaha membentuk tanggapan masyarakat antarabangsa bahawa pejuang-pejuang Palestin tidak lebih dari gerombolan penjenayah. Penculikan hanya dilakukan oleh penjenayah dan tindakan mereka adalah jenayah yang perlu dibanteras dengan apa cara sekalipun. Sekurang-kurangnya pendapat umum akan bersimpati dan memihak kepada Israel dan seterusnya merestui apa jua tindak balas Israel untuk menyelamatkan tenteranya yang diculik. Beginilah propaganda kotor yang dicanai oleh pihak zionis. Mereka berjaya mengalih imej pengganas dan penjenayah itu dari pengganas yang sebebar kepada pejuang pembebasan Palestin. Media barat turut bersekongkol dengan menuding jari kepada pejuang Palestin tanpa sedikitpun menyentuh mengenai pencerobohan, pembunuhan dan ’penangkapan’ yang dilakukan oleh pihak Israel yang berlaku hampir saban hari ke atas rakyat palestin di Gaza yang mendorong kepada pejuang Palestin untuk bertindak balas.[5]

Istilah ’culik’ sendiri bukan sahaja mengelirukan bahkan tidak logik dan menasabah. Bagaimana mungkin seorang askar di ’culik’ oleh musuh-musuhnya. Seorang askar bersedia menghadapai sebarang risiko termasuklah kehilangan nyawa, dan menghadapai kemungkinan di tawan oleh pihak musuh. Seorang askar tidak mungkin diculik kerana penculikan hanya berlaku ke atas wanita, kanak-kanak dan orang awam dan bukan kepada seorang askar yang sedang berada di medan. Media barat menyembunyikan hakikat bahawa tentera Israel tersebut ’diculik’ ketika dia sedang berada dalam kereta kebalnya sewaktu serangan dilancarkan.[6]

Dalam mana-mana konflik dan peperangan biasanya identiti askar yang ditawan tidak didedahkan. Apa perlunya mendedahkan identiti askar yang ditawan kerana mengambil tawanan adalah merupakan satu amalan yang diterima dalam peperangan, bahkan satu tindakan yang sah mengikut Geneva convention sekalipun. Yang menariknya dalam kes tawanan ke atas askar Israel ini, identiti dan gambarnya terpampang di dada akhbar di seluruh dunia. Identitinya diketahui seperti nama, umur, pangkat, kampung asal, ibu-bapa dan latar belakang keluarganya. Seluruh dunia kini maklum bahawa askar yang ditawan itu bernama Ghilad Shalit, berusia 18 tahun dan berpangkat korporal[7]. Kesemua ini adalah konsisten dengan tuduhan media barat bahawa Ghilad Shalit adalah mangsa ’penculikan’ oleh penjenayah-penjenayah; dan bukan tertawan ketika sedang mejalankan operasi ketenteraan ke atas Gaza.

Ini satu lagi bukti bahawa media barat yang sentiasa memihak dan menjaga kepentingan Israel tidak akan mengamalkan pemberitaan beretika dan seimbang dalam melaporkan situasi di Palestin. Ketika dunia didedahkan dengan peristiwa penculikan askar Israel yang masih muda belia ini, terdapat ribuan rakyat Palestin yang merengkok di penjara-penjara di seluruh Israel kerana menjadi mangsa penahanan regim zionis. Satu sumber menganggarkan bilangan mereka sudah melebih 10,000 orang dengan ratusan tahanan terdiri dari wanita dan kanak-kanak yang berumur kurang dari 18 tahun[8]. Siapakah mereka ini?; di antara mereka ada yang telah dipenjarakan tanpa sebarang perbicaraan.[9] Mereka ini adalah mangsa-mangsa tanpa nama, tanpa identiti dan harus dilupakan oleh masyarakat antarabangsa ketika mereka ’cemas’ mengenangkan nasib yang bakal menimpa seorang askar Israel bernama Ghilad Shalit.

Apakah kesalahan mereka sehingga dipenjarakan tanpa sebarang pembelaan dan pengetahuan masyarakat antarabangsa berbanding ’penculikan’ Ghilad Shalit? Mereka dituduh oleh regim zionis sebagai pengganas dan terlibat dengan aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan Israel. Bagaimana pula dengan Ghilad Shalit yang di’culik’ dari kereta kebalnya? Tidakkah tentera Israel seperti Ghilad Shalit ini melakukan pelbagai serangan ganas ke atas penduduk Palestin sehingga meyebabkan kematian kepada lebih 150 orang hanya dalam tempoh dua bulan iaitu Jun dan Julai 2006?[10] Dalam bulan Jun sahaja sebanyak 11 insiden serangan tentera Israel berlaku dengan bilangan kematian seramai 31 orang dan mencederakan 97 yang lain.[11] Jika penduduk Palestin dituduh pengganas kerana mempertahankan diri, keluarga, tempat kediaman dan tanah air mereka dari regim zionis yang merampas tanah air dan mengusir mereka dari kampung halaman, bagaimana pula status tentera Israel yang melakukan pelbagai bentuk pencabulan, pelanggaran hak asasi dan serangan membuta tuli ke atas rakyat Palestin di kampung halaman mereka sendiri?

Justeru penahanan Ghilad Shalit memberi peluang yang cerah di pihakyat Palestin untuk mendapat perhatian dan pembelaan masyarakat antarabangsa. Memandangkan penahanan askar Israel tersebut mendapat liputan yang begitu meluas, kemungkinan ia boleh memaksa regim zionis bersetuju untuk membebaskan tahanan rakyat Palestin sebagai syarat pembebasannya. Harapan ini jelas tergambar pada wajah ibu-ibu dan keluarga rakyat Palestin yang keluar mengadakan demonstrasi di jalan-jalan dengan membawa gambar-gambar ahli keluarga yang ditahan di penjara Israel. Mereka merayu agar tentera Israel yang ditawan itu dijaga kebajikannya dan jangan diapa-apakan supaya boleh ditukar dengan anak-anak dan ahli keluarga mereka kelak. Namun seperti yang telah dijangka, reaksi regim Zionis amat konsisten dengan sikap mereka selama ini iaitu samasekali tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana tuntutan rakyat Palestin yang telah dinafikan hak mereka. Dengan angkuhnya mereka mengatakan bahawa tiada sebarang perundingan yang akan dilayani untuk pembebasan askarnya. Sebaliknya pejuang HAMAS diberi ultimatum untuk membebaskan askar tersebut atau menerima akibat yang tidak dapat dibayangkan (’The sky will fall on them’ – ’langit akan runtuh menimpa mereka’).[12]

Israel mengotakan ugutannya dengan melarkan serangan tentera besar-besaran ke atas penduduk Gaza. Justeru hanya untuk membebaskan seorang askar, sekolah, hospital, stesen jana kuasa, jalan, jambatan dan rumah-rumah penduduk dibedil. Jelas tindak balas yang tidak seimbang ini menunjukkan bahawa regim zionis tidak berminat dengan keselamatan seorang askarnya yang ’diculik’ sebaliknya merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan untuk melaksanakan satu program bumi hangus bagi melumpuh dan menggagalkan kerajaan HAMAS. Niat sebenarnya mereka terbongkar apabila mereka bertindak balas menahan ahli-ahli Parlimen dan menteri-menteri HAMAS kononnya juga dalam rangka untuk menyelesaikan kemelut penahanan seorang askarnya.[13] Perbuatan yang keji ini menunjukkan bahawa Israel bukan sahaja tidak menghargai nyawa rakyat Palestin malah langsung tidak menghormati hak rakyat Palestin dengan menahan pemimpin-pemimpinnya. Masyarakat antarabangsa turut mengecam tindakan biadap tersebut. Seorang ahli parlimen Ireland yang mewakili Sinn Fien, Aengus O Snodaigh menyifatkan regim Israel amat keji dan terkutuk ’abhorrent and despicable’ apabila merujuk kepada insiden pencukilan menteri-menteri kabinet dan ahli parlimen HAMAS oleh Israel.[14] Tidak ada undang-undang dan peraturan termasuk Piagam PBB dan Konvensyen Geneva yang boleh menghalalkan tindakan biadap regim zionis menahan pemimpin sebuah negara yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi. Apakah yang memberi kewajaran untuk regim zionis menahan pemimpin Kerajaan Palestin untuk membebaskan askarnya. Bukankah mereka sudah ditawarkan dengan package pertukaran tahanan yang merupakan amalan yang sah dalam mana-mana konflik di antara pihak yang bersengketa?

Peristiwa ’Penculikan’ ke atas askar Israel itu juga merupakan usaha tersusun media barat yang didalangi oleh zionis untuk menutup segala jenayah keji yang dilakukan ke atas penduduk Palestin terutamanya di Gaza dengan berdirinya kerajaan HAMAS. Oleh kerana sekatan ekonomi dengan menutup saluran wang ke Palestin dan usaha untuk mengadu domba HAMAS dan Fatah tidak berjaya menggagalkan Kerajaan HAMAS, maka regim melancarkan puluhan serangan-serangan provokasi ke atas penduduk Gaza. Boleh dikatakan saban hari berlaku serangan udara dan pembunuhan ke atas penduduk Gaza. Berita pembunuhan rambang tentera Israel ini langsung tidak mendapat liputan media. Kemuncaknya ialah serangan peluru berpandu Israel yang dilancarkan dari laut ke atas penduduk yang sedang berkelah di pantai Gaza pada 9 Jun 2006; membunuh 7 orang termasuk 3 orang kanak-kanak kecil dan mencederakan puluhan yang lain.[15] Israel mendakwa ia telah menembak ke sasaran pengganas. Media barat seperti yang diduga bukan bertindak mengutuk serangan ini dan semua serangan yang mengakibatkan kematian ke atas orang awam; sebaliknya melaporkan alasan yang dikemukakan oleh Israel iaitu bertindak balas ke atas serangan pejuang HAMAS.[16]

Inilah latarbelakang kepada peristiwa ’penculikan’ askar Israel yang kemudiannya mencetuskan operasi ketenteraan secara besar-besaran ke atas Gaza. Kesimpulannya ialah ia tidak dapat ditafsirkan selain dari usaha terdesak Israel untuk mengenakan tekanan kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza untuk menggulingkan kerajaan HAMAS.

[1] Misi ini dilakukan oleh Brigad Izzadin al Qassam bersama Popular Resistance Committees dan kumpulan baru Islamic Army ke atas markas tentera Israel di kawasan sempadan Kerem Shalom di antara Israel dan Gaza. Tujuh komando Palestin menyusup masuk setelah menggali terowong sejauh 100 m dari Rafah. Dua orang askar Israel berjaya dibunuh, empat tercedera dan seorang berpangkat korporal Gilad Shalit ditawan. Serangan ini adalah merupakan tindak balas ke atas pencerobohan Israel sehari sebelumnya di mana dua orang adek-beradek, Mustafa dan Usama Muammar, kedua-duanya aktivis HAMAS diculik setelah memukul ayah mereka yang kemudiannya terpaksa dimasukkan ke hospital. Lihat Azzam Tamimi, HAMAS, Unwritten Chapters, Hurst & Company, London, 2007, hlm. 241.

[2]Jonathan Cook mengulas akhbar British The Observer edisi 25 Jun 2006 hanya memperuntukkan satu perenggan yang agak tersembunyi dalam ruangan World in brief. Maan news agency. June 30, 2006. http://www.maannews.net/en/index.php

[3] Alan Johnston melaporkan dalam BBC World News, 10 am GMT, 25 Jun 2006 merujuk peristiwa itu dengan kenyataan ‘a major escalation in cross border tensions’ (meningkatkan ketegangan kawasan sempadan).

[4] Laporan dari Donald MacIntrye dari The Independent. ‘Corporal Gilad was kidnapped’- Israel set for military raid over kidnapped soldier, The Independent, edisi 27 June 2006. Conal Urquhad merujuk askar Israel yang ditangkap sebagai hostage atau tebusan, Palestinian hunt for Israeli hostage (Rakyat Palestin diburu untuk membebaskan askar Israel yang menjadi tebusan); Guardian 26 June 2006. BBC on-line pula melaporkan ..’..believed him abducted and kidnapped’ (‘..mempercayai beliau dilarikan dan diculik’)

[5] Bagi media barat, pengunduran Israel dari Gaza dengan sendirinya menjadikan penentangan pejuang Palestin sebagai tidak relevan. Sedangkan realitinya Gaza dikepung oleh Israel dan sempadan ditutup untuk menghalang kemasukan barangan, makanan dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh rakyat Palestin di Gaza. Ini tidak termasuk serangan udara dan darat yang dilancarkan oleh Israel ke dalam wilayah Gaza yang telah membunuh kira-kira 30 rakyat Palestin, mencederakan ratusan yang lain serta mengakibatkan trauma yang mendalam kepada kanak-kanak. Juga pencerobohan ke dalam wilayah Gaza yang dilakukan oleh pihak Israel sehari sebelum peristiwa penyusupan dan penangkapan tentera Israel di Kerem Shalom. Akhbar The Guardian melaporkan di dalam ruangan editorialnya seperti berikut "Confusion surrounds the precise motives of the gunmen from the Islamist group Hamas and two other armed organisations who captured the Israeli corporal and killed two other soldiers on Sunday. But it was clearly intended to provoke a reaction, as is the firing of rockets from Gaza into Israel." (Kekeliruan timbul terhadap motif utama gerombolan bersenjata dari kumpulan Islamis HAMAS dan dua lagi pertubuhan bersenjata yang menahan seorang tentera Israel berpangkat koporal dan membunuh dua yang lain pada hari Ahad. Tetapi ia jelas berniat untuk membuat provokasi agar Israel bertindak balas, sebagaimana serangan roket dari Gaza ke dalam Israel). Storm Over Gaza, akhbar The Guardian, 26 June 2006.

[6] Media barat dengan penuh sedar memilih istilah yang mengelirukan dan ini dilakukan secara konsisten apabila melaporkan konflik Palestin Israel. Sebagai contoh Jonathan Cook merujuk kepada peristiwa ’penangkapan’ Israel ke atas salah seorang tokoh HAMAS, Syeikh Muhammed Taha, pada tahun 2003 seperti yang dilaporkan oleh BBC on line, "Israeli troops have captured a founder member of the Islamic militant group Hamas during an incursion into the Gaza Strip." (Tentera Israel telah menahan seorang tokoh pemimpin militan HAMAS semasa melakukan penyusupan ke dalam wilayah Gaza). Menurut laporan yang sama penyusupan ini juga menyebabkan lapan rakyat Palestin menemui maut termasuk seorang ibu yang mengandung dan seorang kanak-kanak. 'Israel captures Hamas founder,' BBC online, 3 March 2003. Lihat Jonathan Cook, op. cit.

[7] Gambar Ghilad Shalit disiarkan oleh agensi berita Reutuers yang diperolehi dari keluarga beliau pada 3 Julai 2006. Akhbar The Star Malaysia turut memuatkan gambar beliau dalam laporan World Updates oleh Nidal al Mughrabi, Isreal warns of ‘long war’ over captured soldier. Akhbar The Star, Malaysia, edisi 4 Julai, 2006

[8] Sumber terkini meletakkan bilangan tahanan Palestin dari kalangan wanita seramai 95 orang dan tahanan di bawah umur 18 tahun seramai 313 orang, sebagaimana yang terdapat dalam laporan akhbar Haaretz edisi 18 Julai 2006. Laporan bertajuk Militants demand women, children in Israeli jails released in return for information on soldier oleh Gideon Alon, Amos Harel, Avi Issacharoff, and Aluf Benn, Haaretz Correspondents, Haaretz Service and Agencies

[9] Adalah dianggarkan kira-kira 750 rakyat Palestin ditahan tanpa selama beberapa tahun tanpa mendapat hak untuk dibicarakan. Mereka dikategorikan sebagai administrative detainess tahanan atas alasan pentadbiran. Di samping itu terdapat kira-kira 300 tahanan kanak-kanak, separuh darinya juga tidak pernah dibicarakan. Sumber Gideon Levy, Free them, now, The Palestine Times, Oktober, 2006, hlm. 7; adalah perkara biasa bagi Israel untuk menahan pemuda yang berumur di antara 15 hingga 45 tahun selama beberapa bulan atau tahun semata-mata untuk menjadikan keluarga Palestin kehilangan sumber pendapatan dan melemahkan produktiviti masyarakat, Sumber Editorial, Israel’s silent holocaust against the Palestinians, The Palestine Times, Mei, 2006, hlm. 16.

[10] laporan Amnesty International yang beribu pejabat di London menggesa PBB supaya melakukan penyiasatan ke atas serangan-serangan yang berlaku kepada kedua-dua pihak. Dalam laporannya, Amnesty International mendakwa Israel melepaskan sebanyak 6,000 tembakan meriam dan lebih 80 serangan udara semenjak akhir Mac, 2006. http://web.amnesty.org/library/Index/ENGMDE150492006. Juga laporan oleh Ramzy Baroud, Why is Israel back in Gaza, The Palestine Times, Ogos 2006, hlm. 14.

[11] Siri-siri serangan ini disenaraikan oleh PCHR (Palestine Centre for Human Rights) seperti berikut: 1. Serangan udara di Gaza yang dilancarkan untuk menakut-nakutkan penduduk, menembak peluru berpandu di kawasan lapang, termasuk taman permainan dan terbang rendah di kawasan yang pedant dengan penduduk (1 – 7 Jun); 2. Bot-bot penyerang Israel membedil pantai Gaza dan mencederakan dua kanak-kanak Palestin yang sedang bermain di pantai (1 Jun); 3. Tentera Israel di sempadan menembak peluru meriam di bandar Jabalya, mencederakan dua kanak-kanak Palestin di rumah mereka, dan di perkampungan Um al Nasser, mencederakan seorang lelaki Palestin berusia 48 tahun (3 Jun); 4. Serangan peluru berpandu Israel ke atas sebuah kereta yang didakwa membawa pejuang Palestin, membunuh dua orang awam (5 Jun); 5. Tembakan meriam Israel ke arah tiga orang yang cuba memasuki Israel melalui pagar, membunuh dua orang dan mencederakan yang ke tiga, serpihan peluru membunuh seorang polis Palestin dan mencederakan seorang lagi, bersama empat orang awam termasuk dua orang kanak-kanak berusia lima dan 17 tahun serta seorang lelaki berusia 50 tahun (7 Jun); 6. Israel membedil orang ramai yang berihat pada hujung minggu di pantai Gaza, membunuh lapan orang awam termasuk tujuh dari satu keluarga, dan mencederakan 32 orang awam yang lain termasuk 13 kanak-kanak (9 Jun); 7. Tiga orang awam Palestin terbunuh apabila tentera Israel menembak sebuah kereta dengan peluru berpandu berdekatan Jabalya (9 Jun); 8. Serangan peluru berpandu Israel ke atas sebuah van yang didakwa dipandu oleh pejuang Palestin di lebuh raya Gaza membunuh 11 orang termasuk dua kanak-kanak dan dua orang paramedik, serta mencederakan 30 yang lain termasuk sebilangan kanak-kanak (13 Jun); 9. Tentera Israel menembak ke arah satu perarakan membawa jenazah ke timur Jabalya, mencederakan kanak-kanak berusia 15 tahun yang turut serta dalam perarakan tersebut (13 Jun); 10. Serangan peluru berpandu Israel ke atas pejuang Palestin tidak mengenai sasaran sebaliknya membunuh tiga kanak-kanak dan mencederakan 13 orang awam, termasuk tujuh kanak-kanak berusia dua, lima, lapan, sembilan, 11, 11 dan 16 (20 Jun); 11. Serangan peluru berpandu Israel tersasar dan mengenai sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga, membunuh seorang lelaki Palestin dan kakaknya yang sarat mengandung. Peluru berpandu tersebut mencederakan 11 yang lain termasuk tujuh kanak-kanak berusia dua, tiga, lima, tujuh, sembilan, 14 dan 14. Empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun turut tercedera berhampiran rumah tersebut (21 Jun). Sila rujuk laman web PCHR (http://www/pchrgaza.org/)

[12] Nidal Mughrabi, Israel warns of long war over captured soldier, The Star Malaysia, 4 Julai 2006. Kenyataan ‘The sky will fall on them’ diungkap oleh menteri dalam negeri Israel, Roni Bar-On kepada radio Israel.

[13] Seramai 68 ahli parlimen, menteri dan pegawai kerajaan diculik oleh regim Israel ekoran dari penangkapan askar Israel, Gilad Shalit. Di antara mereka ialah Profesor Abdul Aziz Duweik, speaker parlimen, Timbalan Perdana Menteri, Nasseruddin al Sha’er dan Timbalan speaker Mahmoud al Ramahi, Sumber Deal Not Imminent, The Palestine Times, September 2006, hlm. 3; Mereka yang ditahan sebahagian besar ditahan dalam solitary confinement (bersendirian) di penjara Ramle di barat daya Baitul Maqdis. Salah seorang darinya Syeikh Nayef Rajoub, Menteri Waqaf dan Hal ehwal Islam ditahan di penjara Askalan yang paling ditakuti kerana penyeksaan dan penderaan yang dikenakan ke atas tahanan. Sumber, Israel keeps up genocidal campaign in Gaza, Palestine Affairs, The Palestine Times. Ogos 2006, hlm. 5.

[14] Kenyataan akhbar, Sinn Féin, 30 June 2006. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Aengus Snodaigh, wakil Sinn Fein dalam parlimen Ireland dan jurucakap parti untuk hal-ehwal antarabangsa dan hak asasi. Beliau menyifatkan Israel "one of the most abhorrent and despicable regimes on the planet." (“di antara regim yang paling keji dan terkutuk di planet bumi”). Mengulas mengenai penculikan ke atas 25 ahli parlimen HAMAS yang dipilih melalui proses demokrasi, beliau membayangkan Israel seperti berikut; "the true nature of Israel's commitment to not so democratic principles" (”Sifat sebenar komitmen Israel kepada prinsip-prinsip yang tidak demokratik”)

[15] Tujuh orang dari satu keluarga terbunuh iaitu Ali Isa Ghalya (Ketua keluarga), 49; Ra’issa Ghalya, 35;Haitham Ghalya, 1; Hanadi Ghalya, 2; Sabrin Ghalya, 4, Ilham Ghalya, 15 dan Alia Ghalya, 17. Lain-lain ahli keluarga yang mengalami kecederaan berat ialah Amani Ghalya, 22; Latifa,7 dan Hamdia Ghalya, 40.

[16] Kementerian Luar Israel mengeluarkan kenyataan ini “Israel does not target innocents, yet must fight terrorists who willingly shield themselves behind their own population in their ongoing campaign to kill and maim Israeli civilians.” (Israel tidak mensasarkan orang awam, tetapi mesti memerangi pengganas yang secara sedar berlindung di belakang penduduk mereka sendiri dalam melaksanakan kempen untuk membunuh dan mencederakan rakyat Israel” Mike Whitney, Massacre on a beach in Gaza, The Palestine Times, July 2006, hlm. 8. Dalam sebuah siasatan dalaman yang dijalankan oleh IDF (Israeli Defense Force), tentera Israel menafikan kematian di pantai Gaza adalah berpunca dari tembakan meriam Israel. Sebaliknya mereka mendakwa letupan itu adalah berpunca dari periuk api yang ditanam oleh HAMAS di pantai. Bagaimanapun Human Rights Watch mengesahkan bahawa letupan tersebut adalah berpunca dari tembakan meriam Israel berdasarkan kepada bukti yang diperolehi; ini termasuklah serpihan peluru meriam 155 mm yang ditemui di tempat kejadian serta bentuk dan saiz lubang dari kesan letupan yang terbentuk. Sarah Leah Whitson, pengarah Middle East dan Africa Division di Human Rights Watch mengatakan “There has been much speculation about the cause of the beach killings, but the evidence we have gathered strongly suggests Israeli artillery fire was to blame.” (“Terdapat banyak spekulasi mengenai punca kepada pembunuhan di pantai (Gaza), tetapi bahan bukti yang terkumpul adalah dipercayai tembakan meriam Israel yang patut dipersalahkan.”. HRW calls on Israel to investigate Gaza beach killings, The Palestine Times, July 2006, hlm. 3. Siasatan dalaman oleh tentera Israel terhadap mana-mana insiden pembunuhan ke atas rakyat Palestin jarang mendedahkan fakta sebenar atau mendakwa mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Rujuk laporan 2005 Human Rights Watch report, ”Promoting impunity: The Israeli Military Failure to Investigate Wrongdoing.” laman web http://hrw.org/reports/2005/

Wednesday, October 12, 2011

Bukti kenapa mesti boikot McD? disertakan fakta dan rujukannya


Assalamualaikum,

ramai rakyat Malaysia bertanya jika McDonald sokong dan bantu Israel apa buktinya. Maka disini sertakan senarai bukti bersama rujukannya. Untuk keterangan lanjut bolih pergi ke

URL: http://www.inminds.com/boycott-mcdonalds.html


RESEARCH FINDINGS :

McDonald's is the largest and best-known global food service retailer with more than 30,000 restaurants in 121 countries.[8]

McDonalds chairman and CEO Jack M. Greenberg is an honorary director of the American-Israel Chamber of Commerce and Industry, Inc., of Metropolitan Chicago.[9]

According to the Chicago Jewish Community Online (website of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago), McDonalds Corporation whose global headquarters is based just outside Chicago is a major corporate partner of the Jewish United Fund and Jewish Federation.[1].

Through its Israel Commission, the Jewish United Fund "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel"[2].

The Jewish United Fund runs "Fun-filled Summer Family Missions to Israel" (the next one is on Aug 19 2002) where families get to "visit an army base and meet with Israeli soldiers" and "visit our sister city, Kiryat Gat and see the important work we are doing there"[3]. Kiryat Gat, you may be aware from the Boycott Intel Campaign, is built on stolen Palestinian land - the lands of the villages of Iraq Al Manshiya and Al-Faluja whose residents were ethnically cleansed in 1949 in contravention of International Law[6]. Through its "Partnership to Israel" programme, the Jewish United Fund provides $1.3 million annually[5] to help the development of Kiryat Gat and to promote further illegal settlement there.

In the Jewish United Funds outreach program they pay for Christian leaders and American high school kids to visit Israel and be fed zionist lies.[4]

McDonalds entered the Israeli market in 1993 and now has 80 resturants across Israel, providing employment to some 3000 Israelis.[7]

ADDITIONAL INFO & REFs :

[1]

Chicago Jewish Community Online
(website of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago)
http://www.juf.org/cent/partners.asp

After the successful take up of the boycott around the world, companies are for the first time shy to show their support for the zionist state. As a result this page which lists the corporate partners was quickly taken off.. Luckily we managed saved a copy (below).

Notice that the partners list is split in to three tiers. Presumably the largest contributors are in the first tier with their names in a large type. Mcdonald's is third on this tier with Sara Lee fourth. Other partners include several newspapers, banks and finance companies.

[2]

http://www.juf.org/jewish_identity/ji_connect_home.asp

THE ISRAEL CONNECTION

The Jewish United Fund/Jewish Federation of Metropolitan Chicago maintain strong ties to Israel in a variety of ways.

The Partnership 2000 Program forges business, professional, and personal links; Israel Experience Programs for teens and young adults provide education and enrichment opportunities; and JUF Missions offer families, singles, and others a wide variety of travel options; the Israel Commission of the Jewish Community Relations Council of the Jewish United Fund enables the organized Jewish community to maintain its interest in Israel-related issues.

http://www.juf.org/services_resources/sr_jcrc_israelcom.asp

THE ISRAEL COMMISSION

"The Israel Commission serves as a forum for the organized Jewish community to promote understanding of Israel and Middle East developments, most recently including those connected with the peace process; works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel; plays a leadership role in organizing and planning the annual community-wide Yom Ha'Atzmaut celebration; and helps promote Israeli cultural events in the metropolitan area."

[3]

http://www.juf.org/mission/
http://www.juf.org/mission/mission.asp?id=9

Summer Family Mission to Israel
August 19-23, 2002

Led by Missy & Allan Malmed

...Walk in the steps of your ancestors and view the amazing excavations at the Southern Wall ... Stop at Mt. Hertzel where Yitzak Rabin is buried ... Visit our sister city, Kiryat Gat and see the important work we are doing there ... Visit an army base and meet with Israeli soldiers ... Learn the important history of the Golan Heights ...

[4]

http://www.juf.org/services_resources/sr_jcrc_outreach.asp

OUTREACH TO THE GENERAL COMMUNITY

CHRISTIAN LEADERSHIP MISSION TO ISRAEL

In past years leaders from a broad spectrum of Christian faith communities have been invited to participate in a week-long seminar in Israel, coordinated by the Jewish Community Relations Council of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago and the American Jewish Committee, and jointly sponsored by the Jewish Federation of Metropolitan Chicago and the American Jewish Committee.

SPEAKERS

If your group is interested in having a speaker address the topics of Israel, Israel's role in the Middle East, Jerusalem, or the peace process, contact...

HIGH SCHOOL AND COMMUNITY OUTREACH

The Israel Youth Delegation is an official joint project of Israel's Ministry for Foreign Affairs and the Ministry of Education. The purpose of the project is to make American high school students aware of Israel ...

[5]

http://www.juf.org/jewish_identity/ji_connect_p2000.asp

PARTNERSHIP 2000: OUR LINK TO ISRAEL

In Chicago, the Jewish United Fund/Jewish Federation is twinned with the Lachish region, comprising the city of Kiryat Gat and the rural areas of Lachish and Shafir. Through this partnership, $1.3 million from the Jewish United Fund is allocated annually for projects that promote the region's development...

[6]

For full information on Kiryat Gat please see the article on Intel already facing possible legal problems for building its chip plant in Kiryat Gat :

[7]

http://www.mcdonalds.com/countries/israel/

McDonald's Israel opened its first restaurant in October 1993, in Ramat-Gan (a suburb of Tel Aviv). Today, McDonald's Israel operates more than 80 restaurants across Israel.

McDonald's Israel Benefits the Israeli Economy

McDonald's Israel proudly sources over 80% of its ingredients locally, including 100% kosher beef patties, potatoes, lettuce, buns, and milkshake mix. McDonald's Israel employs 3000 Israelis.


It should be noted, in its favour, that when in 1999 an international campaign forced Burger King to withdraw its name from a restaurant that had been built in the illegal Israeli settlement of Maale Adumim, the general manager of McDonald's Israel, Omri Padan, said that he will never open a branch on the occupied territories.

[8]

http://www.mcdonalds.com/corporate/index.html

[9]

http://www.mcdonalds.com/corporate/info/exec_bios/greenberg/index.html

[10]

http://www.mcdonalds.com/countries/saudiarabia/index.html

The oppressing arches of McDonalds can be seen in most Muslim countries. In Saudi Arabia there are 71 branches including two in in the Holy City of Makkah. Prince Misha'al Bin Khalid Bin Fahad Al Faisal Al Saud is McDonalds licencee in the kingdom.

URL: http://www.inminds.com/boycott-mcdonalds.html

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc