Thursday, March 31, 2011

Cdgn Teks khutbah - Bahaya Ghibah dan Buhtan

Assalamualaikum,

Dikongsikan cdgn teks khutbah yang disediakan oleh unit teks khutbah IKRAM Selangor. Di antara rujukan teks khutbah ini ialah pandangan Dr Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) terhadap isu fitnah yang berleluasa diperkatakan oleh media dan masyarakat hari ini.

Teks khutbah ini akan disampaikan di Surau Jumaat al-Kauthar, Bdr Baru Bangi, Selangor;
insyaAllah hari ini Jumaat 1 April 2011

Dr Hafidzi Mohd Noor
JK Pembangunan Masyarakat
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Selangor
--------------------------------------------------------------------------------


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian
Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :

وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬‌ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ


Maksudnya :

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian.

Firman Allah Ta’ala:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

“Telah berlaku kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia.” (QS. Ar-Rum: 41)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."

(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hari ini umat Islam dihidangkan dengan berita-berita yang mengaibkan peribadi seseorang. Ia terpampang di dada-dada akhbar dan dijadikan berita muka hadapan. Umat Islam pula secara terbuka membicarakan berita-berita yang mengaibkan itu tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan mendatangkan dosa yang besar dan kemurkaan Allah SWT. Hadis yang dibacakan dengan jelas menegaskan bahawa yang menjadi soal bukan samada berita yang dihebah dan dihebohkan itu benar ataupun tidak. Peringatan penting dari hadis itu ialah perbuatan menghebah dan menyebarkan berita yang menjatuhkan maruah dan mengaibkan seseorang adalah dosa besar meskipun ianya benar. Kalaulah berita benar sekalipun sudah dihukum berdoasa apatah lagi jika berita yang dihebahkan itu cerita bohong maka dosanya jauh lebih besar lagi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kita diberi amaran yang sangat keras dari Allah SWT tentang membicarakan sesuatu yang tidak ada kepastian sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."

(Riwayat Muslim)

Firman Allah dalam Surah al-hujerat

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".

Al-Hujurat 12

Inilah perkara asas dalam agama kita yang perlu diperhatikan dengan serius kerana perbuatan mendedahkan keaiban seseorang sangat besar kesannya di dalam masyarakat. Ia bolih menjejaskan nama baik dan maruah diri dan keluarganya, menimbulkan tanggapan negatif, menghilangkan kepercayaan bahkan mencetuskan permusuhan dan huru hara. Kita diharamkan mendedahkan keaiban seseorang meskipun ia benar. Bagaimana pula jika yang disebarkan itu fitnah atau ‘buhtan’ yaitu cerita bohong…

Daripada Abdullah bin ’Amar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam yang sebenarnya ialah orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya dan orang yang sebenarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”. Ini adalah lafaz Imam Bukhari. Dalam riwayat Imam Muslim perawi (Abdullah bin ‘Amar) r.a. berkata: “Sesungguhnya ada seorang bertanya Nabi s.a.w. katanya: “Orang Islam manakah yang lebih baik”? Nabi s.a.w. menjawab: “Orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kita bukan sahaja dilarang menghebahkan keaiban seseorang bahkan mencari-cari kesalahan seseorang yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi juga dilarang. Dari satu riwayat yang mahsyur 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Imam al-Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’ dalam bab Hisbah menyatakan suruhan Amar Makruf hanya berlaku apabila ia ditinggalkan secara terang-terangan dan nahi mungkar hanya berlaku apabila maksiat nyata dilakukan secara terang-terangan. Ini bererti umat Islam diharamkan dari mengintip dan mencari kesalahan seseorang, sedangkan dia sendiri melakukannya secara sembunyi kerana tidak mahu aibnya diketahui masyarakat.

Sabda Rasulullah SAW

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Lantaran itu Prof Dr yusuf Qardhawi mengatakan tidak ada peruntukan undang-undang bagi menjatuhkan hukuman ke atas orang yang melakukan maksiat secara bersembunyi

Al-Qardhawi: Min fiq ad-daulah fil Islam

Kata Dr Yusuf Al-Qardhawi

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Perkara ini semakin serius apabila ia melibatkan qazaf iaitu menuduh seseorang melakukan jinayah zina tanpa mengemukakan empat orang saksi dan tidak melalui proses atau saluran undang-undang.

َٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَـٰنِينَ جَلۡدَةً۬ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَہَـٰدَةً أَبَدً۬ا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tindakan mendedahkan aib peribadi adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah. Namun Islam adalah agama yang memelihara kemaslahatan umum dan tidak akan melindungi perbuatan zalim yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Jika perbuatan itu melibatkan kezaliman ke atas seseorang seperti jenayah pembunuhan, rogol, rompak dan sebagainya maka maka menjadi kewajipan untuk perbuatan ini didedahkan supaya orang yang dizalimi mendapat pembelaan dan orang lain terpelihara dari menjadi mangsa seterusnya.

Firman Allah SWT.

لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

إِن تُبۡدُواْ خَيۡرًا أَوۡ تُخۡفُوهُ أَوۡ تَعۡفُواْ عَن سُوٓءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّ۬ا قَدِيرًا

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sunday, March 27, 2011

Video rakaman Forum Perdana Ehwal Islam

Assalamualaikum



dikongsikan forum perdana ehwal Islam - Palestine is a global issue

Dr Hafidzi Mohd Noor

Wednesday, March 16, 2011

Wacana Teori Kebangkitan Islam di Malaysia: Sempena Revolusi Timur Tengah


Assalamualaikum,

Dikongsikan satu wacana berkaitan kebangkitan rakyat Timur Tengah dan pelajaran yang bolih diraih oleh gerakan Islam.

Dr hafidzi Mohd Noor
Anggota Dewan Perwakilan Nasional
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam - Palestine:A global issue (17 Mac 2011 Khamis 10 mlm di TV1

Assalamualaikum,

rakaman Forum Perdana Ehwal Islam pertama dalam bahasa Inggeris , yg bertajuk Palestine: A Global Issue akan disiarkan pada hari Khamis 17/3/2011 , pukul 10 malam di TV1. Forum tersebut adalah yang dirakam di UTP pada bulan Februari yang lalu, dan dipengerusikan oleh Ustaz Erfino Johari dengan 2 ahli panel iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif

Cdgn Teks Khutbah - Kejadian gempa dan tsunami

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian
Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :


وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬‌ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Maksudnya :

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian.
Firman Allah Ta’ala:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

“Telah berlaku kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia.” (QS. Ar-Rum: 41)

Hubungan langsung di antara maksiat dan kebinasaan berupa bencana alam samada gempa, ombak tsunami, letusan gunung berapi, tanah runtuh, banjir besar, ribut dan taufan dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT. Malangnya manusia sekular termasuklah di kalangan umat Islam yang sudah tidak berpandukan kepada petunjuk dan hidayah seringkali mengaitkan bencana dengan fenomena alam semata-mata. Mereka menggunakan fakta Sains untuk menerangkan kejadian gempa. Gempa itu dikatakan goncangan akibat dari tolakan dan desakan kepingan-kepingan tektonik yang desak mendesak di antara satu dengan lain. Akibat dari desakan dan tolakan ini maka satu plate tektonik akan menolak plate tektonik yang berlawanan dengannya. Akibatnya berlakulah gegaran. Jika epicentrenya terletak di dasar laut maka terbentuklah gelombang besar yang dikenali sebagai tsunami. Memang benar semua bencana bumi bolih diterangkan dengan penjelasan saintifik kerana semua kejadian di alam ini adalah menurut sunatullah. Namun pemikiran manusia tidak sampai kepada mencari jawapan kepada kenapa dunia ini bertindak sedemikian sehingga berlakunya kejadian seumpama gempa dan tsunami.

Dari Anas bin Malik, beliau mengatakan pada Qatadah, “Sungguh aku akan memberitahu kepada kamu satu hadis yang tidak pernah didengar orang-orang sesudahku. Kemudian Anas mengatakan,

إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا

“Di antara tanda-tanda hari kiamat adalah: sedikitnya ilmu dan tersebarnya kebodohan, minum arak dan merebaknya perzinaan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Mas’ud, berkata, “Tidaklah muncul perzinaan di sebuah negeri, kecuali Allah mengumumkan kehancurannya.”

Abu Hurairah (RA) berkata, Nabi SAW bersabda: “tidak terjadi hari kiamat sehingga dihilangkannya ilmu, banyak gempa bumi, . . . .” (HR. Bukhari, no. 978).

Nabi SAW duduk-duduk bersama para sahabatnya, lalu baginda bersabda; “Sebelum terjadinya kiamat akan terjadi kematian-kematian yang mengerikan, dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun di mana berlakunya gempa bumi.” – dari Salamah bin Nufail RA (Musnad Imam Ahmad)

Ibnul Qayim RH dalam kitabnya Ad-Da’ Wa Ad-Dawa’ menyalin pelbagai riwayat tentang kejadian gempa dan perbuatan zina. Di antaranya seperti berikut:

Yang pertama,

Ibnu Abi Ad-Dunya RH meriwayatkan dari Anas bin Malik RA, bahwasanya beliau dan seorang lagi masuk menemui ‘Aisyah RA, lalu orang tersebut berkata: “Wahai Ummul Mukminin! Beritahukanlah kepada kami tentang gempa.” ‘Aisyah RA menjawab: “Apabila mereka telah memperbolehkan perzinahan, meminum khamer, memainkan alat musik, maka Allah SWT marah di langit-Nya dan berfirman kepada bumi: ‘Bergoncanglah atas mereka!’ Jika mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut (berhentilah), jika tidak, maka hancurkanlah mereka!” Orang tersebut berkata: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah itu adzab atas mereka?” Beliau menjawab: “Itu adalah peringatan dan rahmat bagi orang-orang beriman, dan hukuman, azab serta murka atas orang-orang kafir.”

Yang kedua

Imam Ahmad bin Hanbal RH meriwayatkan dari Shafiyyah RA, beliau berkata: “Bumi bergoncang di Madinah pada masa Umar RA, lalu beliau berkata: ‘Wahai manusia! Ada apa ini? Alangkah cepat penyimpanganmu! Kalau sekiranya bumi telah kembali seperti ini semula aku tidak akan tinggal bersamamu di sana.’”

Yang ketiga

Berkata Ka’ab RH, “Sesungguhnya terjadinya gempa bumi adalah apabila dilakukan kemaksiatan di atasnya, lalu bumipun bergetar takut apabila Allah SWT mengetahuinya.”

Riwayat-riwayat yang disebutkan Ibnul Qayim di atas diperkuat dengan hadis berikut:

Dari Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

يكون في آخر الأمة خسف ومسخ وقذف قالت قلت يا رسول الله أنهلك وفينا الصالحون قال نعم إذا ظهر الخبث

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, perubahan muka (menukar ciptaan Allah) dan kerusuhan.” Aisyah RA berkata, “saya bertanya, wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan binasa padahal di tengah-tengah kami masih ada orang-orang solih?” Baginda SAW menjawab, “ya, yaitu apabila telah tersebar keburukan.” (HR. Tirmidzi. Disahihkan Al-Albani dalam Shahih Jami’ al Shaghir 6/358 no. 8012)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Tidakkah apa yang berlaku sebelum ini menimbulkan keinsafan kepada manusia? Amat malanglah sekiranya manusia masih lagi mencari-cari alasan untuk tidak mahu mengambil iktibar. Cakap-cakap berupa negara kita berada di luar zon gempa, kita berada di luar lingkaran api Pasifik, kita berada di pelantar Sunda yang paling tohor di rantau ini dan paling stabil, sedang jiran-jiran kita di Sumatera dan Jawa berada di pertemuan dua kepingan tektonik yang sentiasa bergerak iaitu plate tektonik India dan Australia. Di selatan pulau Jawa pula terdapat jurang Jawa yang sangat dalam mencecah lebih 30,000 kaki dalamnya. Sebab itu Pulau Sumatera, Jawa, kepulauan Sunda Kecil sehingga Sulawesi dan Kepulauan Maluku terdapat lebih 500 gunung berapi aktif. Jangan lupa Gunung berapi Krakatoa di selat Sunda pernah meletup pada tahun 1883 dan membunuh tidak kurang dari 40,000 nyawa akibat tsunami yang tingginya mencecah 30m tingginya (melebihi 100 kaki) sedang tsunami yang berlaku di Jepun adalah pada ketinggian 10m (30 kaki). Danau Toba adalah bekas gunung berapi mega (caldera) yang pernah meletus 70,000 tahun lalu sehingga bumi dilitupi salji selama seribu tahun dan tidak ada hidupan yang dapat bertahan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Orang yang merasa selamat dari azab Allah adalah orang yang amat malang. Kita amat bimbang kemakmoran yang dikecapi oleh kita selama ini merupakan satu ujian dari Allah sehingga kita leka dan alpa. Di masa yang sama harta melimpah ruah dan manusia semakin tenggelam dalam maksiat dan keseronokan tanpa batas. Akhirnya apabila Allah menurunkan azabnya, kita langsung manjadi manusia yang berputus asa, Nauzubillahi minzalik.

Tidak ada sebab kini kita merasa selesa. Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan bilangan anak-anak zina yang didaftarkan dari tahun 2000 hingga 2008 mencecah 70,000 orang. Ini bermakna setiap 17 minit seorang anak dari perbuatan zina dilahirkan di Malaysia. Berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi yang diutarakan tadi, kita termasuk di kalangan mereka yang berisiko akan ditimpa oleh bala. Jangan sekali-kali merasa selesa kerana berada di luar zon gempa. Bumi ini milik Allah SWT yang bolih memerintahkan mana-mana bahagian bumi ini dengan kehendaknya.

Allah Ta’ala berfirman:

ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ

“Lalu Dia (Allah) berkata kepadanya (langit) dan kepada bumi, ‘datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa’. Keduanya menjawab, ‘kami datang dengan suka hati’.” (QS. Fushilat: 11).

Bumi tidak bergerak dan bergeseran sehingga terjadi musibah gempa kecuali dengan perintah dan izin dari Allah Ta’ala, penguasa alam semesta.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Dr hafidzi Mohd Noor

Unit Teks khutbah

JK Pembangunan Masyarakat

IKRAM Selangor

Monday, March 14, 2011

Program 120 minit untuk Palestin - anjuran Aqsa Syarif Hulu Langat dgn kerjasama mahasiswa IKRAM UKM dan JAKMA - Kelab Jab. Dakwah dan Kepimpinan, UKM

Ceramah 120 minit bersama Palestin

Palestin adalah wilayah integral Khilafah Uthmaniah
(1517 - 1917)

Perancangan imperialis barat dan pendukung Assobiyah Arab
akhirnya memecahkan umat ini kepada negara-negara bangsa
yang terpecah belah

Masjid al-Aqsa kini berada di antara wilayah Palestin yang terjajah (1948)
dan Tebing barat yang dijajah (1967) yang kini berada di belakang tembok
pemisah (aparthied) Israel

Suasana dewan

Lagi suasana dalam dewan
(sebahagian besar hadirin adalah pelajar Fak.
Pengajian Islam)

Poster dan pameran
(Tahniah aqsa syarif Hulu Langat)

Gerai jualan dan promosi Aqsa Syarif

Bersama pihak penganjur (Aqsa Syarif Hulu Langat
dan AJK mahasiswa FPI UKM)

Bersama dua orang aktivis JAKMA, mahasiswa
Jab Dakwah, FPI

Assamualaikum,

Syukur ke hadirat Allah SWT pada 14 Mac 2011 dari jam 8 - 11.30 malam telah berlangsung program 120 minit untuk Palestin. Program ini adalah anjuran Aqsa Syarif Daerah Hulu Langat dgn kerjasama Mahasiswa IKRAM UKM dan Kelab Jab. Dakwah dan Kepimpinan (JAKMA), FPI, UKM. Penaung kepada program ini adalah Prof Madya Dr Amir Hussin Mohd Noor, Timb. dekan HEP Fak Pengajian Islam. JZKK atas kehadiarn beliau merasmikan dan memberi kata-kata aluan dan ucapan suntikan semangat kepada mahasiswa yang hadir untuk memperjuangankan isu Palestin. Beliau juga memaklumkan bahawa JAKMA adalah kelab mahasiswa yang dinobatkan sebagai persatuan pelajar paling aktif di UKM untuk tiga tahun berturut-turut. Syabas diucapkan kepada JAKMA serta inisiatif menjalin kerjasama dengan Aqsa Syarif dan Mahasiswa IKRAM UKM bagi mengenengahkan isu yang amat penting ini bagi umat Islam.

Saya memulakan ceramah 120 minit ini dengan menyentuh latarbelakang sejarah kepada penubuhan negara haram israel sejak dari perjanjian rahsia Sykes-Picot 1916, kekalahan benteng terakhir khilafah utsmaniah di Beersheba dan Damsyik dalam perang dunia pertama. deklarasi balfour, pemecahan bilad-us-syams kepada kawasan yang diletakkan di bawah pengarug Britis, pengaruh Peranchis, taklukan British, taklukan Peranchis dan mandat British. Wilayah Mandat British ini kemudian dipecahkan kepada Palestin dan transjordan. Transjordan pula dipisahkan dari Iraq dalam pecahan wilayah yang hanya dilakar dengan garisan lurus. demikianlah bagaimana dunia Islam dibahagi-bahagikan tanpa sebarang kewajaran berdasarkan ciri-ciri fizikal samada bentuk muka bumi seperti banjaran gunung, laluan sungai atau persetujuan penduduk setempat. akhirnya umat Islam terpecah kepada beberapa unit negara bangsa yang hanya dipisahkan oleh garisan lurus (Mesir dgn Sudan, dgn Libya, dgn Algeria, dgn Chad, Niger dan Mauritania). Semuanya telah dirancang agar pecah kesatuan umat islam dan wala' beralih dari Allah dan rasul kepada Assobiyah (kecenderungan bangsa yg juga diwujudkan oleh penjajah). Dengan wujudnya situasi ini barulah negara israel diletakkan di tengah-tengah dunia Arab yang telah dikebirikan sehingga tidak punya sebarang kekuatan untuk membela tanah sucinya yang terjajah.

Semuga program ini akan menyemarakkan lagi semangat juang mahasiswa IKRAM dan aktivis JAKMA demi pembebasan al-Aqsa. syabas diucapkan kepada Aqsa Syarif Hulu langat.

Dr Hafidzi Mohd Noor

Saturday, March 12, 2011

infaq dari Malaysia utk surau yang dikendalikan oleh pelajar Malaysia di Korea

Penyerahan sumbangan ahli-ahli Pertubuhan IKRAM
Malaysia kepada wakil AMIR Korea (Asyraf Mohd Radzi) bagi
tujuan mengurus dan memakmurkan sebuah surau
yang digunakan oleh pelajar Malaysia yang
menuntut di sebuah Universiti di Seoul, Korea

Sempat bergambar bersama pelajar Malaysia
yang menuntut di Korea dan Jepun
di surau yang dimaksudkan
(Surau al-Amin)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai menyerahkan infaq dari sahabat-sahabat untuk pengurusan surau di Seoul, Korea yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sana. Jumlah yang berjaya dikumpulkan ialah RM4,800 dan diserahkan dalam penyerahan rengkas kepada akh Asyraf Mohd Radzi di Bdr Baru Bangi baru-baru ini. Surau ini yang diuruskan oleh Pertubuhan pelajar AMIR Korea amat penting bagi pelajar-pelajar mendirikan solat jamaah di sana. Semuga Allah merahmati usaha-usaha gigih yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di sana demi menegakkan syariat Allah dan syiar Islam di bumi Korea.

Dr Hafidzi Mohd Noor

Wednesday, March 9, 2011

Palestine week - Sheffied (last leg of the Palestine Tour UK Eire)

Bersama akh Azam (mas'ul IKRAM Manchester) dan akh Rashdan (jzkk kerana
tumpang bilik beliau 2 malam semasa di manchester. Keduanya adalah
pelajar PhD dalam bidang Aerospace engineering (asset penting negara
dan umat Islam) ketika menghantar saya di Piccadily station, Manchester
menuju Sheffield

Sesi perkongsian dgn penggerak IKRAM Sheffiled
di Sheffield islamic Centre



Cenderahati untuk kak Zu (zaujah) dari akhawat
IKRAM UK Eire. Disampaikan oleh akh Rusly (mas'ul
IKRAM Sheffield)

Akh Yusuf menyampaikan talk tentang MKP (Misi
Kasih Palestin) dan projek bantuan
di khemah pelarian Lebanon

talk on Palestine - The victim potrayed as the villian'

Suasana dalam dewan Student centre, Univ of Sheffield


Cenderahati dari MKP

Bergambar ramai bersama warga pelajar Malaysia
di sheffield selepas Palestine talk
"The victim potrayed as the villian"


Bergambar kenangan bersama akh Yusuf (MKP Sheffield) di samping East Midland train
yang akan dinaiki menuju kota London

Di temani akh Yusuf dan akh Lukman di train station sheffield
menuju London
Bersama Presiden Pertubuhan IKRAM UK Eire di Airport Heathrow, London
JZKK pada akh Azim yang hadiahkan beg beliau utk isi
coklat yang beratnya 7.5 kg! lalu beliau pun pulang ke london dan
Cardiff dgn beg plastic aje...
Selamat tinggal bumi Inggeris buat masa ini.
kalau ada 'sumur di ladang bolih daku menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang bolih kita bertemu lagi
mengecap kemanisan ukhuwah dalam iman dan amal"
Dari bumi Inggeris, perjanjian Balfour di tanda tangani pada tahun 1917 setelah tewasnya khilafah uthmaniyah di Beersheba (palestin) dan Damsyik (Syria). Bibit penaklukan dan penjarahan ke atas bumi Palestin oleh zionis Israel dilancarkan dari House of Commons, London. dari sini juga perjuangan untuk membebaskan bumi palestin terus disemarakkan oleh pencinta al-Aqsa.

Assalamualaikum,

Tepat jam 2 ptg waktu Malaysia, pesawat Etihad mendarat di lapangan terbang KLIA. JZKK kepada semua ikhwah dan akhawat UK Eire yang telah menerima kedatangan saya dengan sambutan yang amat mengharukan. Jika adalah orang yang paling banyak belajar dari pengalaman sengkat ini. maka sayalah orangnya. Saya belajar tentang kecekalan, komitmen dan kesungguhan yang menakjubkan di kalangan ikhwah akhawat dan warga Malaysia yang gigih membela masjid al-Aqsa dan bumi Palestin yang terjajah. Semuga Allah merahmati kehidupan mereka dan kita semua di jalan juang yang masih panjang dan getir ini.

Semuga bertemu di lain pentas dan kesempatan, di manapun di bumi Allah ini. ameen ya Rabb

Akhukum fillah
Dr hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
Ali Lembagan pemegang Amanah Aqsa Syarif

Program al-Quds week di IIUM (8 - 11 March 2011)




AL-QUDS WEEK 2011
Organized by: IIUM Mosque
8th-11th March 2011



Assalamualaikum. InsyaAllah IIUM Mosque in collaboration with Volunteers of IIUM Mosque(VIM), Quranic Youth Club(QYC), Ma'ruf Club(MC), Jamiyyatu Khadamatil Quran(JKQ), Journalism Club(JC), Karisma Club(KC) will be organizing the following programmes:



1. Stall & Exhibition
Venue: ITD FOYER (BRO) & MOSQUE FOYER LVL1 (SIS)
Date: 8th - 11th March 2011

2. Opening Ceremony
Date: TUE 8/3/2011
Time: 8.30pm-11.30pm
Venue: MAIN HALL CAC

2.1 Talk
Title: Palestine Issues? What can we do in Malaysia?
By: Assoc. Prof Dr. Belghit Mohamed (Lecturer of Islamic Civilization,
Department of General Studies, IIUM)

3. Video Show (Wayang Pacak)
Date: WED 9/3/2011
Time: 8.45pm – 11.50am
Title: Salahuddin Al- Ayubi Generation
Venue: IIUM MAIN STAIRCASE

4. Iftar & Grand Qiyyam
Date: THUR/FRI 10-11/3/2011
Tazkirah: Assoc.Prof. Dr. Jamal Bashier Badi (Director International Student Division, IIUM)
Time: 6.30pm - 7.00am
Venue: IIUM MOSQUE

5. Forum
Date: THUR 10/3/2011
Time: 8.45pm - 11.59pm
Venue: Main Auditorium
Title: “The Experience with The Real Victim of Mavi Marvara Attack”
Speaker:

1. Tuan Haji Noorazman B Haji Mohd Samsuddin
-Chairman of Haluan Palestine
2. Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
-Director of Palestine Centre of Excellence(PACE)

6. Open Speech
Date: FRI 11/3/2011
Time: After Jummat Prayer
Venue: IIUM MOSQUE

7. Closing Ceremony
Date: FRI 11/3/2011
Time: 9.00pm - 11.45pm
Venue: MAIN HALL CAC
Performance:
  • Izzatuna (Indonesia)
  • Harmony Band Malaysia
Pub & Pro Al-Quds Week 2011

--------------------------------------------------------------------
Helmi 013-2026586
Nadia 019-4236039

Sunday, March 6, 2011

Palestine Tour - Manchester 6 March 2011

Sesi MKP (Misi Kasih Palestin UK Eire)

Talk Palestine tour

Hadirin - bukan shj pelajar Manchester tetapi juga dari
Birmingham, Leeds, Warrick, Lancaster dll. Bahkan ada
yang datang dari Bournemouth - sangat jauh (lebih jauh#dari Southampton)
untuk meninjau peluang menyertai aktiviti IKRAM UK Eire

Sesi sharing bersama Presiden IKRAM UK Eire (Sdr Abdul Azim - kanan)
dan Sdr Azam (Pengerusi IKRAM Northwest di Manchester)

Bergambar ramai selepas talk Palestine

Sebahagian ikhwah penggerak IKRAM di Manchester

Sebahagian akhawat penggerak IKRAM UK Eire

Sempat juga ke Old Trafford - home of MUFC

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, siri Palestine tour yang disusun di Manchester anjuran IKRAM UK Eire bersama MKP dengan kerjasama PACE dan Aqsa Syarif telah berjaya disempurnakan, insyaAllah. semuga Allah redha dengan amal-amal ini.

Dikongsikan gambar-gambar dan suasana sesi sharing bersama ahli-ahli IKRAM UK selepas talk Palestine.

Dr Hafidzi Mohd Noor
PACE & Aqsa Syarif

Daurah di Newgrange, Dublin 5 Mac 2011

Salah sebuah cathedral yang tersergam dalam perjalanan
menuju Newgrange. Ireland termasuk UK mempunyai
banyak cathedral seperti ini. Menunjukkan bahwa gereja
pada zaman dahulu adalah pusat kuasa di barat sehinggalah
berlakunya 'the separation of state and religion' justeru
church yang autokratik, menindas dan menolak pemikiran
empirikal - sehingga saintis yang menemui hakikat sains
seperti bukan bumi yang menjadi pusat solar sistem tetapi matahari
dianggap heretik dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh
gereja. Pemisahan agama dan negara inilah yang cuba diterap
oleh barat ketika menjajah umat Islam.

Lodging di mana daurah anjuran IKRAM Eire dijalankan

Sebahagian peserta ikhwah

Sebahagian peserta akhawat. Yang berucap ialah akh Ahmad Afiq Razif
kem komandan daurah

Menyampaikan tajuk 'aliran perosak akidah umat Islam'

Bergambai ramai sebelum bertolak ke airport Dublin

Bersama cucu saudara, Afiq Slim - pelajar perubatan tahun akhir
Royal College of Surgeons, Dublin

Assalamualaikum,

Alhamdulillah diberi izin oleh Allah SWT untuk mengisi program daurah bagi pelajar-pelajar Malaysia di Ireland (02) dan (01) di satu lodge kawasan peranginan di Newgrange, lebih kurang 30 minit memandu dari Dublin. Sampai di sana dalam jam 9.30 pagi dan mengisi daurah yang bertajuk aliran perosak (pemikiran dan ideologi yang menyelinap masuk mencacatkan aqidah umat Islam). Tujuan daurah ini disusun ialah untuk memelihara aqidah salimah yang merupakan aspek yang paling penting dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW 'Inilah jalanku yang lurus dan jangan kamu ikuti jalan-jalan yang lain'. Ketika Nabi saw menyebut ini, baginda melukis garis lurus di atas pasir dan kemudian membuat cabang-cabang di kiri dan kanan yang melencung dari jalan yang lurus itu. Jalan yang lurus itu adalah aqidah yang sejahtera, sedang jalan yang menyimpang itu adalah pelbagai ideologi dan produk pemikiran manusia yang bertujuan untuk memesong dan menyelewengkan umat Islam dari pegangan aqidah yang salimah (sejahtera). Daurakh ini turut di isi oleh Ust Mazrul yang kini sedang menuntut di UK. Beliau menyentuh tentang aqidah yang sejahtera itu sendiri.

Selesai mengisi daurah dan sesi sharing serta meninggalkan pesan-pesan, saya dan akh Abdul Azim (Presiden IKRAM UK Eire) menuju ke airport untuk mengambil flight ke Manchester dalam rangka meneruskan Palestine Tour di sana. Kami sampai sekitar pukul 3 petang dan memulangkan kereta sewa, kemudian dihantar dengan kenderaan agensi kereta sewa ke terminal 1, Airport Dublin. Flight berlepas sekitar jam 6.30 petang.. Di airport sempat bertemu dengan cucu saudara, Afiq Slim, pelajar perubatan tahun akhir di Royal College of Surgeon, Dublin. Keluarga berbangga kerana beliaulah yang insyaAllah merupakan doktor perubatan yang pertama dilahirkan dari keluarga besar arwah Datuk Kornain Hj Ramli dan Arwah Nenek Bahinah. Tahniah kepada anakanda Yati dan suami Slim kerana berjaya melahirkan anak-anak yang berjaya.

Semuga Allah menerima amal-amal kami.

Dr Hafidzi Mohd Noor
 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc