Thursday, December 2, 2010

Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu - siri 2

Assalamualaikum,

Adek-adek dan anak-anak ku.

Sekali lagi aku nak bawa satu lagi pengajaran dari sejarah orang melayu dan hubungannya dengan Islam.

Orang melayu bukanlah satu bangsa yang besar dalam sejarah. Dia bangsa yang kerdil sehingga datangnya Islam. Dunia melayu diapit oleh dua tamaddun hebat dan tua iaitu tamaddun Hind (India) di sebelah barat dan tamaddun Sin (Cina) disebelah timur.

Kedua-dua tamaddun gergasi ini telah berusia ribuan tahun ketika bangsa melayu hidup dalam kelompok-kelompok suku kaum yang terpisah. Kehidupan mereka serba mudah dan rengkas. Mereka tidak punya sistem pemerintahan yang 'elaborate'. Kepala kampung atau desa hanyalah seorang penghulu atau tuk bathin atau sesiapa sahaja yang 'ditua'kan.

Sistem pemerintahan orang melayu yang tersusun dan bersistem hanya terbit kira-kira 600 tahun yang lalu apabila seorang ketua berpangkat penghulu di sebuah kampung nelayan bernama Parameswara diangkat menjadi Sultan.

Sudah menjadi peraturan pada zaman itu kedaulatan sesebuah negeri hanyalah dengan pengiktirafan sebuah kuasa luar yang kuat dan berpengaruh. Persoalannya di sini siapakah kuasa luar yang kuat dan berpengaruh itu yang telah mengiktiraf kedaulatan Melaka. Kedaulatan ini kemudiannya diiktiraf pula oleh daerah-daerah persisiran pantai di Selat Melaka seperti Siak, Rokan, Kampar dan Inderagiri sehingga Melaka menjadi sebuah negeri yang makmur dan mula menunjukkan attribut sebagai sebuah empayar.

Melaka pertama kalinya terlepas dari cengkaman Siam yang menuntut Melaka supaya saban waktu menghantar wakil mengadap Raja Ayuthaya mempersembahkan ufti berupa bunga emas. Bagaimana transformasi ini boleh berlaku - dari sebuah kampung nelayan kepada sebuah negara berdaulat dan bermaruah.

Transformasi ini dicetuskan oleh sebuah kuasa besar dunia yang berpusat di Tanah Besar Asia iaitu Cina yang meletakkan dirinya sebagai 'The Middle Kingdom' yang bertanggungjawab untuk mendatangkan kemakmuran kepada dunia luar. Delegasi-delegasi dikirim ke sebarang laut di bawah pimpinan seorang wira laut yang tidak asing lagi iaitu Admiral Zheng He atau 'Cheng Ho' (sebutan orang melayu). Zheng He adalah seorang muslim berasal dari Yunnan (wilayah Cina Selatan) dari keturunan Han (yang beragama Islam). Admiral Muhammad Zheng He telah datang mengunjungi Melaka dan menyampaikan pesan Maharaja Yung Le dari Dinasti Ming yang hebat itu. Parameswara dijemput ke kota terlarang (the forbidden city - Beijing pada hari ini) untuk mengadap Maharaja Yung Le untuk diberi beberapa darjah dan lambang-lambang kebesaran selayaknya kepada seorang pemimpin bagi sebuah negara yang berdaulat.

Tuk Penghulu Parameswara di angkat menjadi Sultan dan dianugerahkan darjah kebesaran, diberikan payung berwarna kuning (sehingga warna kuning menjadi warna diraja), di samping pelbagai hadiah. Maharaja Yung Le juga mengirim 400 orang tukang bangunan untuk membantu Melaka membina masjid-masjid menurut rekaan seni bina Cina.

Wahai adek-adek dan anak-anakku.

Bangsa melayu menjadi gah dengan Islam dan lambang-lambang kebesaran orang melayu adalah anugerah bangsa Cina yang lebih dahulu memeluk Islam.

Hari ini kita disibukkan untuk mengembalikan sentimen ke'bangsa'an bangsa melayu kita. Sedangkan siapalah melayu kalau tidak ditopang oleh kekuasaan Empayar Cina yang peneraju-poeneraju adalah umat Islam. Bukan sahaja Zheng He seorang muslim, bahkan sudah ada tanda-tanda sejarah yang menunjukkan Maharaja Yung Le juga besar kemungkinan beragama Islam. Yang pasti permaisuri beliau Empress Ma sudah jelas seorang muslimah.

Sekali lagi jangan terpedaya dengan seruan-seruan berbaur assobiyah atas alasan ini hanya 'wasilah' untuk mendaulatkan Islam.....!!!

Ditilik dari sejarah kita mewarisi Islam dari dua jurusan iaitu jurusan barat dari Tanah Arab dan Benua kecil India dan dari jurusan timur iaitu Tanah Besar Cina. Pada saat Rasulullah SAW masih hidup sudah ada umat Islam di kalangan bangsa Cina sejauh GuangZhao (Canton) dan Nanjing.

Kalau kita disebukkan dengan penonjolan assobiyah melayu maka kita akan kembali bertolak ke belakang. Sedarlah kehebatan bangsa melayu adalah kerana dinobatkan oleh bangsa lain yang lebih dahulu merasai nikmat Islam iaitu Bangsa Cina dan India.

Bukankah lebih baik kita mengembalikan kegemilangan Islam dengan meninggalkan karat-karat Jahiliyah yang ingin dibangkitkan oleh golongan yang keliru?

Bukankah lebih baik jika kita habiskan tenaga dan fikiran kita untuk kembalikan mengislahkan orang melayu, Cina, India bahkan manusia seluruhnya di sekeliling kita tanpa mengira siapakah bangsa dan keturunan mereka. Jika ini kita lakukan maka semua orang akan terbela sebagaimana terbelanya masyarakat melayu Melaka di tangan seorang yang berbangsa Cina.

Sesungguhnya adek-adek dan anak-anak ku tidak ada satu tanaddun Islam pun di dalam sejarah yang dibina di atas kebangsaan Arab atau ketuanan Arab.

Semua tamaddun Islam bermula dari Madinahnya sehingga Dimasq, Baghdad, Andalus, Istanbul, Kaherah dan Baitul Maqdis dibina di atas kedaulatan Islam.

Siapakah Salman al-Farisi? Siapakah Shuhaib ar-Rumi,. siapakah Bilal dari Habsyah? Siapakah Salahuddin al-Ayubbi? Bahkan siapakah ulama-ulama perawi hadis yang tersohor, Imam Bukhari, Abu Daud, An-Nasaa', Ibnu Majah? Kita akan insaf bahawa mereka ini semua berbangsa muslim yang menenggelamkan semua identiti bangsa kelahiran masing-masing.

'Kami adalah bangsa yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Barangsiapa mencari selain darinya, maka tidak akan menambah padanya selain kehinaan.'

Dr Hafidzi Mohd Noor

Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu - siri 1

Assalamualaikum,

Siri rencana 'Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu' ini telah lama saya tulis. Kini saya masukkan dalam blog ini untuk pencerahan dan pemahaman para pengunjung.

Dr Hafidzi Mohd Noor
-------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,

Kini kita berhadapan dengan polemik lama dalam bentuk baru.

Ideologi ciptaan manusia kembali menguji keaslian Islam.

Umat Islam tidak akan pernah sunyi dari asakan-asakan ideologi ciptaan manusia. Untuk menjadikan ideologi itu lebih menarik maka dicari jalan untuk mencari keserasian dengan Islam. Lalu diberikan alasan-alasan bahawa ideologi ini hanya dijadikan sebagai wasilah atau jalan untuk mendaulatkan Islam.

Ideologi assobiyah atau kaumiyah bukanlah suatu yang baru. Ia telah wujud sejak wujudnya kabilah dan keluarga (clan) dalam masyarakat manusia. Semula Allah SWT jadikan manusia dalam kabilah-kabilah dengan hanya satu tujuan dan tidak ada tujuan selainnya iaitu 'supaya mereka berkenal-kenalan' Dan yang paling baik di kalangan manusia tanpa mengira dari kabilah mana ia datang ialah mereka yang paling bertakwa. Nabi saw berpesan 'Kamu semua berasal dari Adam dan Adam adalah dari tanah.'

Mari kita menoleh kebelakang pada sejarah yang tidaklah begitu lama berlalu. Kira-kira 100 tahun yang lalu, terbitlah satu kebangkitan yang diraikan oleh ramai manusia sebagai harapan baru iaitu Revolusi Bolshevik di Rusia pada tahun 1917. Revolusi ini adalah lambang kemenangan golongan proletariat (buruh) ke atas golongan bourguisiea (bangsawan dan pemodal). Ideologi Sosialis-Komunis yang mnecetuskan kebangkitan rakyat ini turut memutikkan harapan ke atas negara-negara yang terjajah dan tertindas.

Di kalangan umat Islam timbul satu kecenderungan baru dengan menafsirkan penjajahan yang mereka deritai adalah 'Kemuncak kepada Kapitalisme' (atau kezaliman dan penindasan kaum pemodal). Malah ada di kalangan umat Islam yang bergelar ulama mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana telah mengutus seorang yang bernama Karl Marx untuk menunjukkan jalan kepada umat Islam. Melaluinya umat Islam diperkasakan untuk mendapat keadilan sosial yang sekian lama dinafikan oleh penjajah barat dan golongan aristokrat pribumi yang bersekongkol dengan mereka.

Kita mungkin tidak percaya dan sukar untuk menerima. Tetapi ada di kalangan pesantren dan sekolah merangkul ideologi komunis secara borong dan memulau guru-guru mereka. Ini dialami sendiri oleh Hj rasul (Syeikh Abdul Karim Amrullah - ayah kepada buya HAMKA di Sumatera Barat). Bukan sahaja dipulau oleh anak-anak murid dan guru-guru pengajian yang lain bahkan beliau dituduh pula sebagai alat penjajah kerana tidak bersedia untuk mendukong ideologi komunis. Sakeng kuatnya pengaruh komunis sehingga HAMKA pada umur remajanya terikut-ikut mendendangkan lagu komunis 1 Mei. Dia diperingatkan oleh ayah beliau 'Wa'ang jangan ikut Komunis. Zahirnya menyokong agama, bathinnya merusak agama!.

Quran ditafsir mengikut aliran pemikiran komunis. Dicari titik-titik persamaan ideologi Komunis dengan hujah-hujah keadilan Islam. dalam saat yang begitu kacau dan keliru, hanya ulama yang benar-benar faham apa itu Islam sahaja yang terselamat dari racun ideologi Komunis yang cuba diserapkan dalam fikrah Islam yang murni. Doktrin 'Akidah yang salimah' yang dipertahankan selama ini lebur di tangan ulama-ulama yang gagal memahami apakah tujuan akhir dari ideologi anti Tuhan dan anti agama ini.

HAMKA mengulas 'Seorang muslim yang sempurna tidak mungkin menjadi komunis yang tulen. Seorang komunis yang masih menjalankan ajaran Islam bermakna Komunisnya belum matang. Dia perlu memilih salah satu - Islam atau Komunis. Tidak boleh kedua-duanya'

Hj Rasul cuba dipengaruhi oleh penjajah Belanda supaya mempertahankan pemerentah kolonial sebagai pilihan yang lebih baik dari komunis. Hj Rasul diminta menggunakan pengaruh untuk menolak ideologi komunis dengan kebaikan sistem pentadbiran Belanda. Jawab beliau dengan tegas 'CUKUP DENGAN ISLAM SAHAJA'

Akhirnya semua orang tahu apakah bencana yang berlaku di belakang hari. Ideologi komunis terus subur ditopang oleh 'ulama-ulama' berpengaruh. pada tahun 1960'an ia menjadi ideologi kebangsaan Indonesia apabila komunis disenyawakan dengan Islam dalam gagasan NASAKOM (Nasionalis. Agama, Komunis). Tragedi yang terbit dari gagasan ini amat dahsyat apabila hampir 2 juta umat Islam disembelih saat bertukarnya order lama kepada order baru yang dicetuskan oleh tragedi berdarah lubang buaya.

Kalau ideologi Komunis yang jelas anti tuhan dan anti agama itupun dirangkul oleh umat Islam, inikan pula ideologi Assobiyah melayu...
Jangan terjebak dengan ideologi mungkar ini sebagai mana begitu ramai ulama terjebak dengan 'palu arit' (tukul dan sabit - lambang komunis).

Marilah adek-adek dan anak-anak ku, kembalilah kepada Islam yang murni. Jangan kau terpedaya dengan cakap-cakap muluk 'ulama-ulama' yang cuba menanam pengaruh supaya terus dianggap relevan - setelah mereka terpinggir dari arus perdana perjuangan Islam yang mendukong fikrah yang murni.

Jika engkau diajak mendukung ideologi Assobiyah walaupun berselindung disebalik wasilah semata katakan kepada mereka 'CUKUP DENGAN ISLAM SAHAJA! Tak perlu ditambah prefix dan suffix ataupun ditambah ramuan-ramuan ideologi ciptaan manusia'
Dr hafidzi Mohd Noor

Monday, November 29, 2010

PACE Maal Hijrah Message

PACE Maal-Hijrah Message – Sixty-five Years of Struggle and Going Strong (Lessons from the events that paved the way to the creation of the illegitimate state of Israel)

The birth of the illegitimate state of Israel on Palestine was in the year 1367 Hijri, corresponding to Gregorian calendar 1948. Next tuesday, 7th December 2010, ushers in the new Islamic calendar year, 1432 Hijri. Sixty-four years on, Palestine is still under occupation with no signs of letting up by the Zionist usurpers. Perhaps, it suits the occasion of Ma’al Hijrah to revisit the events of 1948 as the tragedy unfolded and engulfed the whole region in a bitter struggle right up to this day.

In the run-up to the 15th May 1948 deadline for the withdrawal of the British, the Jewish National Council has made the preparation to establish an independent Jewish state in Palestine. Meanwhile, British troops gradually withdrew from Palestinian villages paving the way for Jewish armed gangs to take over. Haifa was occupied by the Jewish thugs on the 22nd of April. They drove out the Palestinian inhabitants. They also took over Baitul Maqdis and drove the Muslims out at gunpoint. The Arabs and the Muslim world responded by holding huge rallies in protest. The mounting pressure has lead Iraq, Syria, Lebanon and the Arab League to deploy troops to take over from the departing British army. Meanwhile, the French was supplying heavy military equipments to the Haganah, giving them more firepower to harass the Palestinians and instill fear in them. At this point, almost 200,000 inhabitants have evacuated their homeland for fear of their safety and loved ones.

Running battles were fought between the ill-equipped Arab army and the more organized Jewish armed groups. Jaffa was relieved by the Egyptian army but was quickly rerouted and the city fell for the second time. By May 14th, the day the British officially left Palestine, the Jordanian army moved in and attacked some of the Jewish settlements forcing them to surrender. In retrospect, if the Arab army was more coordinated in their attack and more determined, the Zionist dreams of seeing the birth of the Jewish state of Israel could have been dashed. However, as the British left on May 14th, Ben Gurion did not wait until the 15th to proclaim the birth of Israel. Eleven minutes later, President Harry S. Truman declared the recognition of Israel on behalf of the United States of America. It was a clear indication that American support for Israel has been planned well in advance. They are just waiting for the official announcement from the Zionist.

The pull out of the British on May 15th set the Arab army in full motion. Iraqi, Syrian and Egyptian, Lebanese and Jordanian army agreed to deploy their forces to central Palestine. Egyptian army had set Ashkalon as their objective while the Jordanian was deployed to relief Baitul Maqdis and Ramallah. But they have done something that was counterproductive to the struggle. For some unknown reason, the Arab armies disarmed all Arab resistance groups including the guerilla organization headed by the grand mufti, Al-Haj Amin Husayni, the Salvation army and the Arab High Commission which had represented the Palestinians all those years in their struggle against the Jewish usurpers. As a result, their strength was reduced to just 24,000 official troops facing a 70,000 strong Jewish soldiers. The Haganah which was supplied by the British was no match for the Arab army. Although 82% of Palestine was still under their control, but as soon as the British garrison left, the Jewish forces took over. One after another, towns and villages inevitably fell into the Jewish hands. At this critical moment, Arab armed volunteer groups especially from al-Ikhwan Muslimun (the Muslim brotherhood) enlisted and moved to the borders. The Muslim brotherhood of Syria under the leadership of Al-Ustaz Mustafa As-Sibai launched their attack from Syria. The Muslim brotherhood of the Iraq under As-Syeikh Muhammad Mahmud Aswaf enlisted 15,000 volunteers from Iraq to fight in Palestine. The Iraqi government put one condition for Muslim brotherhood to fight i.e. they have to join the Salvation army of Al-Haj Amin Husayni. However, once agreement was reached between the two parties, the Salvation army was disbanded by the Arab army. One Syeikh, Abdul Latif Abu Qurah nonetheless succeeded in crossing the river Jordan into Palestine and encamped in Baitul Maqdis. The Egyptian government which has been very repressive on the Muslim brotherhood had to yield to the people of Egypt to allow the Ikhwan army under the leadership of Syeikh Ahmad Abdul Aziz, and trained by Mahmud Labib to cross into Palestine via Gaza. It should be mentioned also that there were 250 volunteers from Bosnia who joined in the jihad to liberate Palestine. These volunteer groups (the mujahidin) fought gallantly in the battlefields and caused a scathing defeat on the Zionist army on many fronts. The Palestinian themselves rallied around the ‘Al-Qassan’ group and fought with great fervor alongside the volunteer Ikhwan army.

On the 19th May, the Jewish army entered and seized the Old Jerusalem (Old city) but found them besieged by the Jordanian Army and Ikhwan from Jordan. Around 100,000 Jewish fighting men were trapped in the city. The UN Security council wasted no time to save the situation and forced the Arab countries to accept a ceasefire term that delivered the Jewish army from certain capitulation. The ceasefire was implemented and the Arab army withdrawn leaving behind the volunteers to keep up the fight with the Jewish army in the city. At this juncture, the Arabs have scored a series of blow to the Jews. The Egyptian army has routed the Jewish forces in Beersheba, Gaza and part of Nejev. The Iraqi army has retaken Jenin and the Jordanian army has liberated Jericho (Ariha) and the western sector of the Old City. They were encamped near Lydda and Ramallah and poised to take the entire city.

Perhaps these words from the British General Glubb Pasha, Commander of the Jordanian army is worth contemplating “If the Arabs had allowed their forces to finish the job and continue fighting on 15th May, they would probably have annihilated the emerging state of Israel.” Instead they observed the ceasefire imposed by the Western powers who certainly harbor great interest in seeing the birth of Israel. There was lull for four weeks while negotiations last until 11th June. Meanwhile the Jews took advantage of the situation by building up their reserves and enlisted Jewish army from Europe. Weapons were also brought in from the US. Shipments of weapons were delivered from Europe. The negotiations failed as both sides rejected them and hostilities resumed on the 9th June. The Arabs were surprised when they face a much stronger Jewish army equipped with heavy guns and military aircrafts. Obviously, the brief period of calm were optimally used by the Jews to amass and stockpile their arsenal. They clearly had the upper hand and swiftly relieved the 100,000 Jewish army besieged at Baitul Maqdis.

The Palestinians in their bid to preserve their homeland refused to recognize Israel. Al-Haj Amin Husayni was declared the leader of all of the Palestinians. The Arab regimes, however, refused to recognize the government of Al-Haj Amin Husaini forced him to leave Gaza. The threat came from none other than King Farouq of Egypt, who served the interest of the British in Egypt. At this point, the Palestinians were left to fend for themselves. They were strafed by fighters flown by pilots from Europe who were paid 5,000 pounds per month. The superior firepower of the Jewish army led to the loss of Palestinian land inch by inch. Out of 585 villages, 478 were destroyed by the Jewish thugs. Thirty-four massacres were committed on defenseless Palestinians especially women and children. More than 500,000 Palestinians fleed from their homes. The UN Security council again imposed a truce when everything has been lost. The volunteer fighters were ordered home and they were immediately arrested at the borders. On February 11, 1949, As-Syeikh Hassan Al-Banna, the supreme leader (mursyid-ul-am) the founder of al-Ikhwan Muslimin was assassinated and scores of its members were incarcerated.

On 24th February 1949, Egypt and Israel agreed to a ceasefire. Syria followed suit on 23rd March and Jordan on 4th April. Israel officially became a member of the United Nations and gain recognition from the whole world. Thus the state of Israel was established on the weakness, indecisiveness and betrayal of the Arab regimes.

The events of 1948 certainly served many lessons for the Muslim ummah. As we usher in the new Hijri year, we must ponder on this important part of our history. Let us take stock and be prepared in a struggle that’s beginning to turn in our favour. Israel is now on the defensive. They are retreating and losing grounds to ever achieve their utopic ‘Greater Israel’. Let us not waver in our quest to liberate our Holy Land. Let us be steadfast in defending our principles and not to be swayed by the empty promises of the Zionist who are now cornered and a spent force. . There is a good chance that we’ll see the end of Israel in our lifetime, InsyaAllah.

Dr. Hafidzi Mohd Noor

Director

PACE (Palestine Centre of Excellence)

1 Muharram 1432 Hijriah

Cadangan Teks khutbah sempena Maal Hijrah 1432 - PACE

Cadangan Teks khutbah sempena Ma'al Hijrah 1432.

Assalamualaikum wrt bth.

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang masih berbaki di alam yang fana ini. Selang beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun baru hijrah 1432.

Khatib mengambil ruang khutbah ini untuk mengajak umat Islam merenung satu perjuangan agung yang telah berlangsung sejak seabad yang lalu.

Khatib memilih untuk mengulas isu ini kerana rata-rata umat Islam seolah-olah lupa dengan penderitaan yang masih ditanggung oleh umat Islam di Gaza. Serangan besar-besaran telah dihentikan pada akhir Januari 2009 namun dengan berhentinya serangan tersebut ia tidak membawa apa-apa harapan kepada rakyat Gaza. Mereka terus dikepung, terus dikenakan sekatan ekonomi, terus dihalang dari mendapat bekalan makanan, ubat-ubatan, bekalan air bersih, bahan binaan dan bahan bakar. Kedudukan mereka tidak pernah berubah sejak empat tahun yang lalu apabila Israel menutup sempadan keluar-masuk dan laluan laut dan udara. Yang lebih memilukan ialah Negara umat Islam yang berjiran dengan Gaza iaitu Mesir turut tunduk kepada tekanan Israel dan menutup satu-satunya laluan ke Mesir dipintu masuk Rafah. Bahkan sewaktu rakyat Gaza yang tercedera cuba untuk mendapatkan rawatan di Mesir, mereka telah dihalang dari memasuki sempadan sehingga ada yang meninggal kerana menunggu beberapa hari di pintu masuk. Bukan sahaja penduduk Gaza tidak dibenarkan menyeberang masuk bahkan bantuan perubatan yang datang dari seluruh dunia juga tidak dibenarkan masuk untuk menghantar doktor, ubat-ubatan dan peralatan untuk rawatan. Sesungguhnya dunia belum pernah menyaksikan kezaliman yang begitu menyolok mata yang dilakukan oleh umat islam sendiri ke atas saudara-saudara seagama mereka.

Berbanding dengan pendirian Mesir dan regim-regim Negara Arab yang bersekongkol dengan Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat kita lihat beberapa inisitif yang diambil oleh warga dunia yang begitu prihatin dan sanggup meletakkan nyawa mereka dalam bahaya untuk membantu rakyat Gaza atas dasar kemanusiaan yang tulus. Kita menyaksikan bagaimana lebih dari 700 orang di mana di kalangan mereka terdapat seratus lebih sukarelawan bukan Islam berganding bahu menyabung nyawa untuk menghantar bekalan kepada penduduk Gaza melalui jalan laut. Kita mengikuti peristiwa cemas apabila kapal Mavi Marmara yang mereka naiki diserang oleh Israel sehingga 9 orang dari mereka menemui syahid. Alhamdulillah umat Islam dari negara kita seramai 10 orang yang berada di atas kapal turut merasai medan jihad fizikal, satu anugerah yang cukup besar bagi mereka. Usaha ini kemudiannya disusuli pula dengan konvoi darat yang disertai oleh lebih dari seratus kenderaan yang berjaya memasuki Gaza pada bulan Oktober yang lepas. Sekali lagi umat Islam di negara ini turut serta. Seramai 12 orang sukarelawan berjaya membawa masuk 6 buah ambulan dengan peralatan perubatan ke Gaza. Semuga Allah memberi sebesar-besar ganjaran kepada rakan-rakan kita yang mengambil bahagian dalam misi-misi kemanusiaan yang lalu dan yang akan terus dianjurkan sehinggalah bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa dikembalikan ke pangkuan umat Islam.

Kita juga menyaksikan betapa prihatinnya masyarakat antaranbangsa yang bertungkus lumus untuk membela rakyat Palestin. Richard Goldstone, seorang berbangsa Yahudi telah mengumpulkan semua bukti-bukti sehingga berjaya mengemukakan satu dakwaan jenayah perang ke atas Israel. Laporan ini dibentangkan di PBB dan disokong oleh majority negera anggota. Seperti yang diduga AS dan sekutu-sekutunya telah mengutuk laporan Goldstone. Pada awal tahun ini mahkamah Britain telah mendakwa Tzipi Livi, mantan Menteri Luar Israel sebagai penjenayah perang dan dikeluarkan waran tangkap kepada beliau. Meskipun atas desakan Israel, Perdana Menteri Gordon Brown memohon maaf dan berjanji untuk menukar prosedur undang-undang Britain, namum mahkamah telah mengambil satu tindakan yang berani dan berdasarkan prinsip perundangan yang saksama.

Di kalangan rakyat US yang prihatin, usaha sedang dilipat gandakan untuk memboikot barangan yang dibuktikan telah menyumbang kepada ekonomi Isreal. Mereka berjaya menggagalkan Motorola dari mendapat kontrak perniagaan kerana tekanan dari NGO US. Motorola adalah syarikat yang membekalkan fuse yang digunakan untuk meledakkan bom yang digunakan oleh Israel. Mereka juga giat menekan Caterpillar, syarikat pengeluar traktor supaya tidak digunakan di Isreal untuk merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin di Tebing Barat. Beberapa barangan pengguna yang popular seperti McDonald, Coca Cola, Loreal dan Nestle juga menjadi sasaran sebahagian besar dari masyarakat antarabangsa untuk diboikot kerana sokongan syarikat-syarikat ini kepada Israel.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Marilah kita bandingkan kepekaan masyarakat antarabangsa yang bukan beragama Islam tetapi amat prihatin atas nasib saudara-saudara seagama kita di Palestin. Bagaimana pula dengan sikap dan pendirian umat Islam sendiri. Kita melihat umat Islam sendiri kadang-kadang tidak menunjukkan kepekaan langsung terhadap isu ini. Walhal yang menjadi perhitungan bukan sekadar sebidang tanah atau sebuah Negara asing, tetapi sebuah bumi suci di mana terletaknya tanah suci umat islam yang ketiga dan Masjid al-Aqsa yang menjadi destinasi Isra’ Rasulullah SAW.

Al-Israa` ayat 1-4:

سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنه هو السميع البصير

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Apakah jiwa umat Islam sudah mati sehingga mereka tidak merasakan apa-apa? Apakah mereka tidak menghayati hadis Rasulullah SAW yang bermaksud

Dari shahabat Abu Sa’id Al Khudri, bahwa Rasulullah bersabda:


يَسْتَطِعْ لَمْ وَإِنْ بِيَدِهِ فَلْيُغَيِّرْهُ مُنْكَرًا مِنْكُمْ رَأَى مَنْ
الإِيْمَانِ أَضْعَفُ وَذالكَ فَبِقَلْبِهِ يَسْتَطِعْ لَمْ وَإِنْ فَبِلِسَانِهِ


“Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaknya dia mengingkarinya dengan tangan. Bila ia tidak mampu maka cegahlah dengan lisannya. Bila ia tidak mampu maka cegahlah dengan hatinya, yang demikian ini selemah-lemahnya iman.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Apakah umat Islam yang merasakan dirinya lemah tidak sanggup meninggalkan beberapa produk cuma yang telah dikenalpasti tanpa ragu-ragu telah membantu Israel. Dalam kemewahan dan keselesaan yanhg melimpah-ruah ini umat Islam di Malaysia masih tidak sanggup untuk menggantikannya dengan banyak produk yang lain. Sedarkah kita di saat kita tidur nyenyak dalam rumah-rumah kita yang selesa dan lapang, saudara kita di Palestin kini berlindung dalam khemah-khemah dalam kedinginan musim sejuk kerana rumah mereka telah dibom oleh Israel? Sedarkah kita, ketika anak-anak kita bergembira menikmati makanan segera McDonald, anak-anak kita di Gaza mengalami kekurangan zat makanan? Apakah jawapan yang pantas kita berikan di hadapan Allah SWT nanti? Di manakah kita hendak letak pengertian hadis ‘Sesungguhnya umat Islam itu ibarat satu tubuh, jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.? Apakah kita masih beriman dengan ayat ‘Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara’?

Surah al-Hujurat ayat 10

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠)

Apakah yang akan kita jawab di dalam pusara nanti apabila Malaikat menanyakan soalan ‘Siapakah saudara-saudara kamu’? Apakah jawapan yang akan kita berikan? Apakah kita sanggup menjawab ‘seluruh umat islam saudara-saudara kita’ sedang ketika hidup di dunia kita tidak pernah memikirkan tentang mereka, bahkan kita khianati mereka dan kita bantu musuh-musuh kita memusnahkan kehidupan mereka dan membunuh mereka.” Walhal apa yang sepatutnya kita lakukan ialah berjihad bersungguh-sungguh untuk membela umat Islam.

وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٲنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَـٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّ۬ا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا


“Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “”Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!”

(Al-Nisaa` : 75)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Di saat kita menyambut Ma'al hijrah dengan pelbagai cita-cita dan harapan untuk melakukan perubahan dalam hidup kita supaya hidup lebih makmur, bahagia, selesa, penuh dengan pelbagai nikmat, Ingatlah kehidupan yang sebenar ialah apabila kita meletakkan agenda Islam sebagai azam utama kita dalam hidup. Orang yang benar-benar merasai kenikmatan hidup ialah mereka yang berazam untuk berjuang pada jalan Allah. Orang yang benar-benar memenuhi matlamat hidup ialah mereka yang meninggikan kalimah Allah di muka bumi. Orang-orang yang benar-benar hidup ialah mereka yang memperjuangkan al-haq dan kebenaran. Orang-orang yang hidup dalam ertikata sebenar ialah mereka yang berjihad pada jalan Allah sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan sedemikian.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Marilah kita ajak diri kita, keluarga dan anak-anak kita untuk menghayati perjuangan umat Islam pada hari ini dalam pelbagai lapangan dan medan. Jika kita melihat Islam pada hari ini yang sedang diasak dari segenap penjuru baik dari segi akidahnya, dari segi akhlaknya, dari segi undang-undangnya, dari segi kedudukan Islam itu sendiri di Negara kita maka kita akan insaf bahawa tidak ada waktu untuk kita leka dengan pelbagai hiburan dan perkara lagha yang lain. Hari ini umat Islam terus dibuai dengan pelbagai pengisian yang tidak memberi sebarang faedah kepada pembangunan ilmu dan tamaddun. Seolah-olah rancangan reality TV yang pelbagai itu tidak mencukupi sehingga diadakan pula reality show untuk kanak-kanak (idola kecil) untuk mencungkil bakat-bakat penghibur dan artis dari peringkat kanak-kanak lagi. Yang lebih malang ialah ibu-bapa turut sama memberi dorongan kepada anak-anak mereka. Jelaslah musuh-musuh Islam sedang giat menyusun agenda untuk menghancurkan generasi muda dan masa depan Islam. Mereka sedang berusaha gigih agar sensitivity umat islam terus terhakis sehingga mereka tidak punya jatidiri dan pendirian lagi. Mereka dilatih supaya bergaul bebas lelaki perempuan, meleburkan semua batas-batas pergaulan, melanggar semua batas-batas akhlak sehingga tidak dapat dibezakan lagi di antara umat Islam dan bukan Islam dari sudut pakaiannya, dari sudut pergaulan dan dari sudut akhlaknya. Dalam keadaan sedemikian maka sudah pasti generasi akan datang bukan sahaja akan luntur keperibadian atau syakhsiah islam mereka bahkan mereka tidak lagi mengaitkan diri mereka dengan Islam dan apa yang diperjuangkan islam. Akhirnya mereka tidak bisa melihat apa hubungan mereka dengan umat Islam dan terputuslah mereka dari perjuangan umat Islam sejagat.

Marilah kita renung firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah “dan apakah engkau hadir ketika Yaakub didatangi tanda-tanda kematian. Dia memanggil anak-anaknya dan bertanya kepada mereka “Siapakah yang akan engkau sembah sepeninggalanku. Jawab anak-anak Yaakub ‘Kami akan sembah Tuhannya Ibrahim, tuhannya Ismail, Tuhanya Ishaq, iaitu Tuhan yang satu, dan kami akan tetap muslim.”

Surah al-Baqarah ayat 133

أَمۡ كُنتُمۡ شُہَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِى قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَـٰهَكَ وَإِلَـٰهَ ءَابَآٮِٕكَ إِبۡرَٲهِـۧمَ وَإِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ إِلَـٰهً۬ا وَٲحِدً۬ا وَنَحۡنُ لَهُ ۥ مُسۡلِمُونَ (١٣٣)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

Teks khutbah disediakan oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah PACE

Palestine Centre of Excellence

Perutusan Ma'al Hijrah 1432 - PACE

Perutusan Maal Hijrah PACE (1432H)

PACE mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya. Sebagaimana sudah menjadi tradisi setiap menjelang tahun baru maka setiap orang akan menanam azam untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, PACE mengajak seluruh umat Islam untuk memberi perhatian kepada umat Islam di tanah suci Al-Quds yang kini sedang menghadapi penindasan dan penjajahan. Di saat kita meletakkan sasaran untuk meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang yang diceburi dan memperbaiki taraf hidup, saudara-saudara kita berhadapan dengan persoalan bagaimana untuk meneruskan kehidupan itu sendiri dalam keadaan dinafikan hak mereka yang paling asas sebagai manusia. Mereka disekat dari mendapat bekalan makanan, air bersih untuk minuman, ubat-ubatan dan bahan bakar. Mereka juga tiada jaminan keselamatan tempat tinggal kerana bila-bila masa sahaja tanah mereka akan dirampas, mereka dihalau keluar dan rumah mereka dirobohkan. Bahkan nyawa mereka sentiasa berada dalam keadaan bahaya akibat terdedah kepada serangan Israel yang boleh dilancarkan tanpa amaran dan secara tiba-tiba.

Inilah senario yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di saat kita menyambut Maal Hijrah. Bagi mereka tahun baru hijrah hanya menjanjikan satu kepastian iaitu perjuangan untuk pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa pasti diteruskan. Itulah azam yang tertanam kukuh di dalam setiap umat Palestin. Cita-cita untuk melihat tanah suci al-Quds kembali ke pangkuan umat Islam tidak pernah luput dari ingatan mereka. Bahkan inilah azam yang tidak pernah luntur dalam diri para pejuang sejak 65 tahun yang lalu. Semangat jihad yang terus membara disanubari mereka menjadi obor yang menerangi seluruh dunia Islam dan menyuntik kekuatan meski berhadapan dengan pelbagai pengkhianatan dan pembelotan dari kalangan pemimpin-pemimpin Negara Islam yang berkepentingan yang bersekongkol dengan pihak musuh. Jika diamati, setiap orang akan merasa insaf bagaimana mungkin sebuah umat yang diperangi oleh kuasa tentera yang ke empat terbesar di dunia dan mendapat sokongan padu dari kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dapat bertahan puluhan tahun lamanya. Bahkan Bangsa-bangsa bersatu yang sering memihak kepada kepentingan zionis kerana didalangi oleh Amerika dan sekutu-sekutunya sering gagal membela kepentingan dan hak rakyat Palestin. Apakah rahsia kekuatan mereka sehingga mereka tidak berganjak langsung dari prinsip perjuangan meskipun diasak dengan begitu hebat oleh Zionis, Negara kuasa besar bahkan regim-regim Negara Arab yang menjadi boneka kepada kepentingan Amerika.

Semua ini menuntut umat Islam di Malaysia untuk mengambil inspirasi dari satu perjuangan yang amat menakjubkan. Apakah yang mendorong satu umat yang tidak punya kekuatan tentera dan senjata untuk berhadapan dengan Israel yang mendapat bantuan hampir tiga billion USD setahun dalam bentuk pelbagai senjata terkini. Bahkan mereka bukan sahaja berhadapan dengan jet pejuang, kereta kebal, peluru berpandu, bom pintar, pesawat ‘predator’ kawalan jauh, tetapi mereka turut dihujani dengan bom fosforus putih yang diharamkan. Kemusnahan kepada nyawa, harta benda dan tempat tinggal tidak dapat dibayangkan. Tetapi semua ini hanya meningkatkan semangat juang dan menyemarakkan lagi jihad di bumi Palestin. Pastinya umat yang berjuang di atas dasar jihad yang benar tidak akan dapat ditundukkan oleh mana-mana kekuatan di bumi ini. Meskipun seluruh dunia menalakan senjatanya kepada umat yang sedemikian, mereka tidak akan mampu menumpaskan satu umat yang kekuatannya datang langsung dari Allah SWT.

Hari ini di saat rakyat Gaza sedang bergelut dengan persoalan hidup dan mati, para pejuang menyibukkan diri mereka dengan mempersiapakan generasi akan datang. Lima puluh peratus anak-anak Gaza berhadapan dengan masalah kurang zat makanan. Sebahagian besar dari mereka tidak dapat meneruskan persekolahan. Bukan sahaja bangunan sekolah sudah ranap menyembah bumi, bahkan kertas dan alat tulis juga tidak dapat dibekalkan akibat sekatan Israel dan penutupan sempadan Gaza dengan dunia luar. Namun dalam serba kekurangan dan kedaifan ini, mereka tidak pernah putus pergantungan dengan Allah SWT. Mereka tetap meletakkan harapan penuh yakin bahawa masa depan Palestin sudah dijamin di dalam Islam. Oleh itu salah satu agenda yang penting yang diberikan perhatian penuh para pejuang ialah membina generasi pelapis. Mereka ditarbiyah dengan al-Quran. Mereka ditarbiyah untuk menjadi para hufaz dan membawa al-Quran di dalam dada-dada mereka. Pada musim panas yang lalu mereka Berjaya menghasilkan 30,000 para hufaz cilik dari kalangan anak-anak lelaki dan perempuan. Sebahagian dari mereka bergelar hufaz hanya dalam tempoh tiga bulan atau lebih pendek dari itu. Program melahirkan generasi Rabbani ini akan menjamin kelangsungan jihad untuk mempertahankan tanah suci dan Masjid al-Aqsa. Dengan nukleus para rijal yang mempunyai kualiti tarbiyah imaniah ini, benteng-benteng pertahanan umat di bumi al-Quds akan terus dijamin terpelihara dari pencerobohan dan pengkhianatan golongan yang cuba mengkhianati perjuangan ini.

PACE mengajak umat Islam untuk mengimbau perjuangan umat Islam di Palestin sempena Maal Hijrah. Apakah kaitan peristiwa Hijrah Nabi SAW dengan perjuangan yang ditempa oleh umat Islam zaman ini terutama di Tanah Suci Al-Quds. Apakah hubungkait peristiwa besar di dalam perjuangan Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu dengan kesinambungan perjuangan umat Islam pada hari ini. Pastinya peristiwa Hijrah bukan hanya satu peninggalan sejarah tetapi satu panduan yang terus relevan sepanjang zaman. Perjuangan Nabi SAW adalah kemuncak segala perjuangan di antara hak dan batil, di antara kebenaran dan kepalsuan. Allah SWT telah menjadikan resam perjuangan yang batil sentiasa berada di pihak yang kuat dari sudut zahir dan luarannya. Semua itu menjadi ujian kepada orang-orang yang beriman agar mereka tidak silau dan goyah melihat kekayaan dan kekuatan pendukong-pendukong kezaliman. Nabi SAW berhadapan dengan penindasan dan penyeksaan golongan penguasa Quraish selama 13 tahun menerajui perjuangan menegakkan kalimah Allah dan kebenaran di bumi Mekah. Mereka merupakan golongan minoriti yang sentiasa diasak oleh pemuka-pemuka Quraish yang berkuasa, berpengaruh dan kaya-raya. Golongan inilah yang memegang tampuk kekuasaan dan tidak pernah henti-henti menyakiti Rasulullah SAW dan orang-orang yang beriman. Sebahagian mereka syahid di tangan penguasa-penguasa ini dan apa yang mampu dilakukan oleh Rasulullah SAW hanyalah menyuruh para sahabatnya bersabar. Apabila semua penyeksaan dan penindasan ini tidak berjaya melemahkan keimanan maka mereka telah mengambil satu pendekatan di luar batas-batas persaudaraan bahkan di luar batas kemanusiaan. Umat Islam diboikot dan dikepung selama tiga tahun lamanya. Mereka tidak dibenarkan menghubungi dan menyambung silatur rahim meskipun dengan ahli keluarga yang terdekat. Bekalan makanan disekat sehingga ada umat Islam yang meninggal dunia akibat kebuluran. Bahkan Saidatina Khadijah RA dikatakan meninggal akibat kesan dari kekurangan makanan. Namun umat Islam tetap bertahan dan tidak sekali-kali menggadaikan keimanan mereka hanya untuk mengalas perut yang pedih menahan lapar. Mereka tetap bertahan meskipun anak-anak merintih pada waktu malam menahan lapar. Tangisan yang memilukan pada waktu malam telah mendorong orang-orang Quraish yang masih punya hati untuk membekalkan makanan secara sembunyi-sembunyi supaya tidak diketahui orang lain. Allah SWT telah menguji Rasulullah SAW sehingga kemuncak dan kemudian memberi kelegaan kepada umat Islam dengan campur tangan Allah SWT sendiri. Berakhirnya boikot rupa-rupanya menjanjikan dugaan yang lebih berat kepada Rasulullah SAW. Kematian dua orang yang paling disayangi dan yang paling kuat menyokong dan melindungi Rasulullah SaW iaitu isteri dan bapa saudaranya, Abu Talib sudah tentu meninggalkan kesan yang amat besar pada jiwa Rasulullah SAW. Dalam keadaan menanggung sedih itu Rasulullah SAW tidak berputus asa dan tetap menjalankan amanat dakwah yang dipikulkan ke atas dirinya. Kunjungannya ke Taif bukan disambut dengan baik bahkan dilempari dengan batu sehingga menanggung luka yang berat. Pada saat sedemikianlah Allah SWT memperjalankan Nabi dalam satu peristiwa yang menakjubkan iaitu Isra’ dan Mikraj. Perjalanan ke Masjid al-Aqsa dan kemudian ke Sidratul Muntaha adalah langkah pertama ke arah kemenangan yang bakal datang. Kembalinya Rasulullah SAW disusuli dengan siri-siri pertemuan dengan penduduk Yathrib. Rasulullah Saw dinanti-nantikan oleh penduduk Yathrib dan diangkat sebagai pemimpin di Madinah. Peristiwa hijrah adalah kunci kepada kemenangan ini.

Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin pada hari ini, peristiwa hijrah adalah satu jaminan dari Allah SWT bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada pejuang kebenaran. Kekuatan fizikal dan sokongan antarabangsa yang dinikmati oleh Israel tidak akan melindungi regim haram itu dari kemusnahan. Sebagaimana kepungan dan boikot ke atas Rasulullah SAW gagal maka begitu juga sekatan ekonomi dan kepungan ke atas Gaza akan gagal dengan kuasa Allah SWT. Sebagaimana komplot dan persekongkolan golongan yahudi dan munafiq di Madinah begitu juga persekongkolan regim-regim Arab bersama zionis untuk menekan gerakan Hamas dan gerakan Islam di Palestin akan menemui kegagalan. Golongan Ahzab moden yang diterajui oleh Amerika Syarikat akan gagal sebagaimana gagalnya golongan Ahzab dalam peperangan Khandak. Keyakinan yang bulat inilah yang terus memercikkan api kebangkitan rakyat Palestin. Kini persoalannya ialah apakah peranan umat Islam sejagat? Apakah kita hanya sekadar menonton dan member ulasan-ulasan yang kadangkala terpisah dari realiti sebenar. Ramai umat Islam di luar sana merasa sangsi dengan janji Allah SWT. Mereka bukan sahaja mengambil sikap tidak peduli dengan apa yang menimpa tanah suci al Quds bahkan tergamak mencemuh para pejuang dengan kata-kata nista dan penghinaan. Sebabnya ialah umat Islam tidak kembali kepada persoalan dasar iaitu melihat perjuangan yang berlaku ini dalam konteks Al-Quran dan sunnah. Mereka mengukur kekuatan musuh dengan penilaian kebendaan lalu membuat kesimpulan bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah usaha yang sia-sia. Kami menyeru seluruh umat Islam supaya kembalilah kepada Allah dan Rasulnya dalam menilai perjuangan umat Islam di Palestin. Kemenangan sebenarnya telah ditetapkan oelh Allah SWT bagi hamba-hambanya yang berjihad dengan ikhlas dan penuh keimanan. Sebagaimana yang disebut lewat hadis-hadis sahih Rasulullah SAW bahawa umat ini akan terus berjuang sehingga Allah member kemenangan mutlak kepada mereka. Apabila ditanya oleh sahabat di manakah mereka itu, dijawab oleh Rasulullah SAW, mereka itu berada di Baitul Maqdis. Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW member jaminan bahawa pengkhianatan golongan yang berkhianat tidak akan memudaratkan mereka. Mereka akan tetap menjadi golongan yang menang. Golongan ini disebut oleh Rasulullah berjuang di pintu-pintu Dimasq (Damsyik) dan pitu-pintu al-Quds (Baitul Maqdis).

Sempena Maal Hijrah 1432 ini PACE menyeru seluruh umat Islam supaya meletakkan satu azam untuk bersama di dalam jihad mempertahankan tanah suci. Umat Islam diseru memperuntukkan sebahagian dari penghasilan mereka untuk perjuangan pembebesan al-Quds. Barangsiapa yang memberi bekal kepada para mujahidin maka dia juga adalah mujahidin. Dengan hadis Nabi SAW ini, PACE mengakhiri perutusan Maal Hijrah ini dengan harapan agar seluruh umat Islam bersama berganding bahu berjuang dengan segala daya dan upaya untuk menyokong jihad di bumi Palestin.

Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah

PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin)

1 Muharram 1432H

Friday, November 26, 2010

jaulah ke bumi Urdun siri 7 - Maqam Syuhrabil bin Abdullah

Menuju Masjid Syarhabil banyak kelihatan kebun 'purtukal'
(limau)

Latarbelakang sahabat yang bernama Syurhabil bin Abdullah RA

Ruang solat dalam masjid Syarhabil - Alhamdulillah
sempat solat sunat 2 raka'at di sini
(Setiap tempat sujud di muka bumi akan menjadi saksi
di hadapan Allah SWT - semuga ia menjadi saksi
untuk kami)


Ruang yang tenang

Bergambar di samping maqam Syurhabil bin Abdullah RA

Assalamualaikum,

Maqam ketiga yang sempat kami ziarahi ialah maqam seorang sahabat yang bernama Syurhabil bin Abdullah RA. Meskipun sahabat ini jarang disebut namanya, bahkan mungkin ramai yang pertama kali mendengarnya, namun sumbangan beliau tidak kurang besarnya kepada dakwah dan jihad. Ini juga memberi isyarat akan kurangnya perhatian yang kita berikan kepada manusia-manusia hebat yang bernama sahabat Rasulullah SAW, sedangkan mereka ini adalah ibarat bintang-bintang di langit - sekiranya kita mengambil salah seorang dari mereka sebagai panduan maka kita akan terpelihara dari fitnah dan kesesatan. Lantaran itu sangat penting bagi umat Islam membetulkan kompas mereka. Persoalan siapakah yang wajar dijadikan idola dan inspirasi dalam hidup muslim adalah persoalan besar. Tidak hairanlah media menyogokkan pelbagai ikon terutama dalam bidang hiburan dan sukan supaya umat Islam hilang arah dan dapat dipalingkan dari mengambil Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda sebagai qudwah (contoh) dan uswah.

Dalam perjalanan kami ke maqam Syurhabil kami disambut oleh kebun-kebun sayur dan kebun citrus (limau). Masjid Syurhabil terletak agak jauh ke dalam dari simpang jalan besar. Keadaannya yang sunyi memberi ketenangan jiwa kepada pengunjung-pengunjung.

Ziarah ke maqam ini memberi peluang kepada kami mengenali seorang lagi sahabat yang jumlahnya ribuan itu. Beliau menerima dakwah Rasulullah SAW semasa di Mekah lagi. Beliau adalah salah seorang dari 10 orang yang diamanahkan untuk menulis al-Quran.

Beliau juga adalah salah komandan tentera muslimin dalam siri-siri peperangan dengan empayar Byzantin di buni Syams. Terlibat dalam peperangan Yarmouk bersama Abu Ubaydah Amer al-Jarrah di bawah kepimpinan Khalid Ibn Walid RA. Beliau meninggal dunia akibat penyakit taun pada waktu yang sama meninggal dunianya Abu Ubaydah Amer Al-Jarrah.

Dalam ziarah kami ke tiga maqam sahabat ada sesuatu yang perlu di catat di sini. Maqam-maqam sahabat terpelihara dari amalan-amalan syirik dan khurafat masyarakat setempat. Ini amat berbeza dengan maqam-maqam ulama yang terdapat di nusantara dan mungkin di tempat-tempat lain. Di nusantara termasuk di Malaysia, maqam-maqam ulama serang kali dihiasi dengan kain kuning dan dilitupi dengan langit-langit. Lebih menyedihkan lagi ada setengah-setengah tempat menjadi kunjungan mereka yang 'membayar nazar' dan mengadakan upacara-upacara 'sedeqah', dan untuk memohon doa. Bukan sahaja maqam mereka dipuja dan dikeramatkan, bahkan riwayat hidup mereka turut di keramatkan sehingga bercampur di antara fakta dan khayal. Ulama-ulama wali songo adalah contoh yang ketara. Ibarat kata Al-Marhum Buya HAMKA, 'kehidupan para ulama sudah dibungkus dengan kain kuning'. Mereka digambarkan sebagai manusia-manusia sakti dan punya kelebihan-kelebihan luar biasa yang mencarek adat. Justeru menjadi kewajipan umat Islam supaya meninggalkan amalan-amalan yang jelas bertentangan dengan syarak seumpama memohon kepada kubur-kubur ulama dan 'keramat'.

Jika diukur dari sudut keimanan dan ketaqwaan siapakah yang dapat mengatasi hatta menyamai keimanan dan ketaqwaan Rasulullah SAW dan para sahabat. Sebahagian dari mereka dijanjikan masuk syurga ketika mereka masih hidup, salah seorang dari mereka ialah Abu Ubaydah Amer al-Jarrah. Lalu jika ulama-ulama dikeramatkan kerana kehebatan mereka, para sahabat lebih wajar di'keramat'kan. Namun ia bukan dari Islam dan sebenarnya merupakan sisa-sisa kepercayaan nenek-moyang sebelum kedatangan Islam iaitu 'ancestor worship' atau pemujaan 'ruh leluhur dan orang-orang penting spt Syaman (tukan ubat)'.

Ziarah kami ke maqam sahabat mengingatkan kami bahawa Islam amat memelihara kemurnian tauhid. Justeru ada larangan membina bangunan pada kubur dan maqam. Namun pada peribadi-peribadi penting seperti Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama-ulama ia adalah warisan penting Islam. Ia mengikat umat kepada sejarah sebenar mereka. Maka maqam-maqam mereka dipelihara dengan baik, dan diletakkan teduhan padanya seumpama masjid supaya bolih diziarahi oleh umat sepanjang zaman bagi mereka meraih iktibar, memupuk semangat juang terutama di zaman di mana iman dan keyakinan semakin luntur.

Hafidzi/Zuraidah

Thursday, November 25, 2010

jaulah ke bumi Urdun siri 6 - Maqam Abu Ubaydah Amir Ar-Jarrah

Masjid di mana letaknya maqam Abu Ubaydah Amer Al-Jarrah




Ruang legar di tengah perkarangan masjid

Pokok limau (Purtukal) menghiasi perkarangan masjid
Juga terdapat banyak pokok selasih

Bergambar ramai di depan maqam


Kenangan di dekat Maqam Abu Ubaydah Amer Al-Jarrah

Assalamualaikum

Seorang sahabat lagi yang maqam nya kami sempat ziarahi dengan izin Allah SWT ialah Abu Ubaydah Amir Ar-Jarrah RA. Jika hendak ditulis kehebatan sahabat ini pastilah ruang yang terhad ini tidak akan mungkin mencukupi. Bahkan ruangan yang rengkas ini menzalimi sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada umat ini.

Sebesar sumbangannya begitulah juga besarnya ujian Allah terhadap beliau. Pengalaman beliau yang pasti menghantui sesiapa jua yang berhadapan dengan keadaan tersebut ialah semasa perang Badar. Abu Ubaidah Amer Al-Jarrah terpaksa melarikan diri dari seorang musuh yang sentiasa mengejarnya. Walaupun beliau cuba untuk mengelak namun lelaki itu terus memburu dan memburu sehingga Abu Ubaydah terperangkap dan tidak dapat mengelak. Dengan hati yang rawan Abu Ubaydah lalu menetak pedang ditangannya sehingga mengenai kepala lelaki tersebut. Musuh itu terkulai dan tamatlah riwayatnya disitu juga. Orang yang mati di tangan Abu Ubaydah ialah ayahnya sendiri - Amer al-Jarrah. Abu Ubaydah tidak akan mungkin membunuh ayahnya. Tetapi ayahnya tetap memburu beliau. maka yang dibunuh oleh Abu Ubaydah ialah kekufuran yang menjelma dalam batang tubuh ayahnya yang kafir dan musyrik kepada Allah.


لَّا تَجِدُ قَوۡمً۬ا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَتَبَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ۬ مِّنۡهُ‌ۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۚ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱللَّهِ‌ۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Al-Mujadila
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. / (22)


Itulah sahabat yang maqamnya sempat kami ziarahi dalam jaulah kami di bumi Urdun...

Siapa jua yang menyintai Rasulullah SAW, ambillah sedikit ruang untuk mengenali sahabat besar ini dengan lebih dekat lagi. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Carilah ruang waktu dalam sela-sela masa ditengah urusan hidup yang sentiasa menyibukkan kita untuk membaca hayat sahabat. Mereka bukan orang-orang besar yang disanjung kerana harta, kedudukan dan pangkatnya. Mereka adalah orang-orang hebat yang mewakili fitrah insan yang mendapat sentuhan tarbiyah langsung dari rasulullah SAW dan mendapat celupan (sibghah) Allah SWT.

Ketika Abu Bakar RA menerima dakwah Rasulullah SAW. Pada keesokannya beliau bawa bersama 4 orang lagi menemui Rasulullah SAW mengucap syahadah dan menyatakan kesaksian terhadap Allah sebagai Rabb dan Ilah dan Rasulullah SAW sebagai hamba dan rasulNya. Salah seorang dari mereka ialah Abu Ubaidah Amer Al-Jarrah. Beliau bersama Abu Bakar dan Utsman bin Affan adalah tiga sahabat yang paling unggul dari sudut tingginya hemah dan keperibadian yang lembut.

Rasulullah SAW pernah menyebut beliau sebagai 'Aminul ummah' - orang kepercayaan umat ini. Inilah alasan yang digunakan oleh Umar al-Khattab untuk memberi bai'ah kepada Abu Ubaydah selepas wafatnya Rasulullah SAW dan seterusnya mengangkat beliau sebagai khalifah pengganti Rasulullah SAW. Sebaliknya Abu Ubaydah menolak dan memberi bai'ah kepada Abu Bakar As-siddiq dengan ujarnya apakah aku wajar menerima amanah itu sedang Abu Baqar adalah orang yang menggantikan Rasulullah SAW sebagai imam saat baginda gering?

Dalam satu insiden datanglah beberapa orang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang satu perbalahan yang perlu dileraikan. Rasulullah SAW berjanji untuk menghantar seseorang yang amanah dan adil untuk memutuskan perkara mereka. Apabila datang waktu solat Umar hadir dengan harapan orang yang dimaksudkan itu ialah beliau. Selesai memberi salam Rasulullah SAW lalu menoleh ke kiri dan ke kanan, meskipun Umar mendongak untuk mencuri perhatian Nabi, tetapi justeru Abu Ubaydah yang dicari oleh Rasulullah SAW, 'orang kepercayaan umat ini"

Abu Ubaydah dengan hikmah dan hemahnya tidak menghalang beliau untuk terjun ke medan tempur sebagai seorang rijal yang tangkas. Bahkan Abu Ubaydah mengambil posisi pemimpin dalam banyak pertempuran dengan Kerajaan Rum Byzantin. Beliaulah di antara komandan yang terlibat dalam perang Yarmouk yang dahsyat itu. Bahkan beliaulah yang dilantik sebagai komander di Syria.

Sewaktu bumi Syam dilanda wabak taun, Abu Ubaydah dipanggil oleh Umar al-Khattab untuk kembali ke Madinah. Surat Umar dijawab oleh Abu Ubaydah, apakah engkau menyuruh aku lari dari taqdir dan meninggalkan tentera muslimin di perbatasan. (menjauhkan diri dari kawasan yang dilanda wabak taun). Umar yang merasa tersentak dengan jawapan ini akur dengan keputusan Abu Ubaydah dan berkata 'kalau lah bukan Abu Ubaydah yang memberi jawapan pastilah aku akan katakan 'larilah dari satu taqdir Allah kepada satu taqdir Allah yang lain". Se olah-olah Umar terbaca bahawa sudah tiba saat akan perginya Abu Ubaydah, beliau bertanya kepada sahabat 'apakah Abu Ubaydah sudah meninggal dunia?' Maka dijawab oleh sahabat 'waktunya sudah terhampir'. Tidak lama selepas itu berangkatlah beliau menemui Tuhannya dengan penyakit taun sebagai musababnya pada tahun 640M.

Nabi SAW bersabda 'berilah salam kepada mereka (para sahabat) kerana sesungguhnya jiwaku di dalam tangan Tuhanku - Sesiapa yang memberi salam kepada mereka, pasti mereka akan menjawabnya..

Hati ini menangis mengenangnya jauh dan kotor nya hati ini berbanding manusia-manusia hebat bernama sahabat. Apakah mungkin kita menemui mereka di tempat-tempat rehat mereka di syurga Jannatun Naim. Aku teringin mendengar sendiri dari mulut-mulut mereka ketika mereka berjuang di medan dakwah, di medan jihad, di medan qital di samping Rasulullah SAW.. Dari tempat yang jauhpun jadilah, walaupun hanya mendengar suara mereka pun jadilah...kerana tempat aku hanya layak di barisan belakang... beruntungnya aku jika aku dapat berada di barisan belakang itu, jadilah Ya Allah.. jadilah Ya Allah...

Asal engkau jangan campak aku ke neraka MU.. Ya Rabbana Faghfirlana Zunubana Wakaffir Anna Sayyia tina watawafana Ma'al Abrar

Hafidzi/Zuraidah
 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc