Saturday, January 26, 2008

Ceramah Bersama mu Palestin di USM Kubang Kerian

Abi (Dr Hafidzi Mohd Noor) akan berada di Kelantan dari 29 hingga 31 January untuk mengisi beberapa undangan berceramah oleh USM dan JIM Kelantan berkaitan isu Palestin. Berikut ialah iklan yang diwar-warkan oleh penganjur dari USM. semuga dipermudah dan diberkati Allah segala usaha untuk membantu rakyat Palestin yang dizalimi ekoran sekatan bekalan bahan api ke Gaza kini

Dr Hafidzi Mohd Noor

Title : Program Sempena Minggu Penghayatan Islam ke-10
Date : 01/9/2008
News : Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sukacita dimaklumkan Sempena dengan Minggu Penghayatan Islam ke 10 akan diadakan beberapa program khusus bagi mengutip dana dan memberi pendedahan mengenai suasana di Palestin hari ini. Antara program yang akan diadakan adalah seperti berikut:

1) Solat Hajat dan Ceramah
Tarikh : 22 Januari 2008 (Selasa)
Masa : Selepas Solat MAghrib
Tempat : Masjid Kampus Kesihatan

2) Larian Amal UntukMu Palestin
Tarikh : 26 Januari 2008 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat Pendaftaran : Padang Kompleks Sukan
tempat Larian : Trek Jogging
Yuran RM 5 (akan disalurkan kepada Tabung Aman Palestin)
500 peserta pertama yang mendaftar dan membuat penbayaran akan mendapat sehelai T-Shirt

3) Malam Untukmu Palestin
Tarikh : 29 Januari 2008 (Selasa)
Masa : 8.00 -11.30 malam
Tempat : Dewan Nurani
Aktiviti:
1) Ceramah bertajuk Suara Hati Palestin oleh Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengarah PACE-Palestine Centre of Excellence)

Penulis Buku:
Berdamai Dengan Israel Berapa Harganya dan Israel:
Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya.

2) Persembahan Nasyid
3) Penyerahan Dana Kutipan Untukmu Palestin kepada Aman PalestinSemua warga kampus dijemput hadir bagi menunjukkan keprihatinan dan sokongan umat Islam kepada rakyat Pelestin.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Islam di sambungan 3288/4910
Sekian, terima kasih

Amira abd. Sattar
Pusat ISlam
Universiti Sains Malaysia - kampus perubatan Kubang Kerian

Pandangan Pengarah PACE (PM Dr Hafidzi MN) disorot oleh akhbar Utusan Malaysia 26 Januari 2008 - Derita Gaza angkara Israel

Derita Gaza angkara Israel
Oleh: MOHD. KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)
DALAM mana-mana sejarah peradaban di dunia, belum pernah berlaku peristiwa di mana sebuah masyarakat dinafikan hak-hak kemanusiaan mereka dengan dikepung dan dihalang daripada berhubung dengan masyarakat antarabangsa.
Lalu apabila seramai 1.5 juta orang rakyat Palestin di Genting Gaza yang hari ini memasuki hari kelapan dikepung oleh rejim Zionis di bumi sendiri, sudah tidak ada lagi piawaian kekejaman yang boleh dinilai daripada tindakan Israel itu.
Konflik terbaru di wilayah Palestin yang disifatkan oleh masyarakat antarabangsa sebagai satu malapetaka kemanusiaan itu sebaliknya dilakukan oleh Israel semudah sekelip mata.
Dengan sokongan Amerika Syarikat (AS), kepungan yang menyaksikan bekalan harian terutamanya makanan dan bahan bakar ke Genting Gaza terputus sama sekali langsung tidak mengambil kira soal keselamatan rakyat Palestin yang sudah sedia tertindas.
Beberapa hari selepas penutupan laluan itu, seluruh Bandar Gaza bergelap selepas loji jana kuasa tunggal yang membekalkan 30 peratus keperluan elektrik kepada penduduk gagal beroperasi.
Krisis kemanusiaanTragedi itu mengheret Genting Gaza kepada krisis kemanusiaan yang lebih meruncing apabila perkhidmatan awam terutamanya hospital dan keperluan asas lain lumpuh sama sekali.
Genting Gaza dipisahkan dengan masyarakat antarabangsa menerusi lima laluan keluar-masuk utama atau juga dirujuk sebagai blok pemisah yang bersempadan dengan negara luar termasuk Mesir dan Israel.
Antaranya ialah laluan Karni yang merupakan pintu masuk utama kepada barangan perdagangan serta aktiviti eksport-import ke Genting Gaza yang pernah beberapa kali ditutup termasuk pada 2006.
Laluan Kerem Shalom, Erez dan Sufa pula merupakan sempadan yang agak tegang dan ditutup sepenuhnya oleh Israel ekoran ancaman serangan roket oleh pejuang Palestin dari Tebing Barat.
Rafah yang bersempadan dengan Mesir pula merupakan satu-satunya laluan bagi penduduk Gaza untuk ke luar negara selepas Israel mengharamkan wilayah Yahudi lain sebagai transit kecuali dalam situasi luar biasa.
Laluan ini juga sering kali ditutup selama beberapa bulan dalam tempoh setahun termasuk penutupan sepenuhnya yang mencetuskan krisis ketika ini sebelum diletupkan oleh pejuang Palestin, tiga hari lalu.
Kesemua sempadan ini juga pernah mencatatkan peristiwa ditutup laluannya oleh Israel yang mengisytiharkan Genting Gaza sebagai entiti musuh pada tahun lalu.
Hanya barangan makanan dan ubat-ubatan daripada bantuan yang diuruskan oleh Agensi Bantuan Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWRA) sahaja dibenarkan melalui kawasan ini bertujuan menyalurkan bantuan ke kem-kem pelarian Palestin di Genting Gaza seperti di Jabaliya, Khan Younis dan Rafah.
Melihat kepada perkembangan yang berlaku di Genting Gaza ketika ini, Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata, apa yang paling dibimbangi adalah kemungkinan rakyat Palestin kembali terkepung sepenuhnya dalam masa terdekat.
Keadaan itu bukanlah sesuatu yang mustahil melihat kepada tekanan yang dikenakan Israel ke atas Mesir supaya menutup satu-satunya laluan yang digunakan oleh rakyat Palestin ketika ini iaitu di Rafah.
Laluan di pesisir laut itu terbuka selepas pejuang Palestin memusnahkan tembok sempadan iaitu langkah dramatik dalam membantah tindakan kejam Tel Aviv.
Bagaimanapun jelas Hafidzi, laluan di Rafah yang menyaksikan kira-kira 700,000 penduduk Gaza menyeberanginya kini sukar dipertahankan oleh Mesir yang terikat dengan perjanjian Kem David 1978 dengan Israel.
Perjanjian itu memperuntukkan Mesir untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blok kawasan yang memisahkan negara itu dengan Genting Gaza termasuk soal keselamatan dan pencerobohan rakyat Palestin.
Apatah lagi Israel dalam memberi tekanan kepada Mesir untuk menutup segera laluan Rafah itu turut meniup anasir jahat terhadap kemungkinan penyeludupan senjata oleh pejuang Hamas yang kononnya bakal meningkatkan lagi keganasan di rantau ini.
''Semestinya dalam situasi sekarang, pertimbangan kerajaan Mesir bukan lagi kepada soal kebajikan rakyat Palestin sebaliknya keperluan untuk patuh kepada perjanjian Kem David.
Apatah lagi, perjanjian itu ketika dimeterai dulu juga langsung tidak mengambil kira mengenai nasib rakyat Palestin dan ini menambah kepada kemungkinan rakyat Palestin tidak lagi boleh menggunakan laluan Rafah dalam masa terdekat," katanya kepada Utusan Malaysia.
Apa yang paling dikesalkan tambah Hafidzi, adalah sikap berdiam diri negara-negara Arab dalam menyatakan pendirian mereka mengenai krisis di Genting Gaza ketika ini apatah lagi untuk menghulurkan bantuan.
KomitmenSikap negara-negara itu walaupun bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun semakin ketara selepas lawatan Presiden AS, George W. Bush ke rantau Asia Barat awal bulan ini.
Bush yang dalam lawatannya turut membawa agenda tersendiri dilihat sangat berjaya mengikat komitmen negara-negara Arab supaya menyokong dasar luar White House terutamanya dalam krisis Israel-Palestin yang secara jelas memberi keuntungan kepada rejim Zionis.
Suara negara-negara Arab juga terikat kejap selepas menjadi komuniti dalam persidangan Annapolis di Maryland, AS, 27 November lalu yang tidak menyebelahi rakyat Palestin sebaliknya memungkinkan pengiktirafan semula dunia Islam kepada Yahudi ke atas bumi Palestin.
Apa yang diharapkan sebagai langkah penyelesaian segera daripada krisis kemanusiaan di Genting Gaza ini menurut Hafidzi, adalah tindakan tegas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya meluluskan resolusi mendesak Israel menamatkan sekatan sepenuhnya.
Ini kerana sekatan itu secara jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan Persidangan Geneva termasuk Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 dan Israel sewajarnya dikenakan tindakan tegas akibat pencabulan itu.
Namun, mengimpikan tindakan ke atas Israel tidak ubah ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba apatah lagi dalam keadaan PBB sendiri tertakluk kepada tindakan AS.
''Justeru dalam keadaan ini, masyarakat antarabangsa pastinya sangat mengharapkan AS terutamanya Bush melihat kesengsaraan rakyat Gaza dengan penuh sifat kemanusiaan seterusnya mendesak Israel membuka semula pintu sempadan," katanya

Sunday, January 13, 2008

Lagi gambar KBM yg disertai nana

Peserta KBM berteman Quran di sepanjang perjalanan. Begitulah sepatutnya Al- Quran menjadi panduan sepanjang hayat

Peserta perempuan membawa 'batu' sebagai beban. begitulah ibarat dosa yang kita bawa sepanjang jalan. Nak tahu beratnya kena tanya Nana

Solat di lapangan. Nak tahu nikmat dan syahdunya kena tanya Nana. Lebih baik lagi kalau daftar program KBM. Macamana nak daftar Nana?

Nana Cik Aton dalam program KBM


Nana (panggilan timangan) anak Kak Hendon/Abg Abu Hassan hadir dlm program KBM (Keindahan Bersama Mu dengan aksi menariknya
Program Keindahan Bersama Mu anjuran JIM Johor bersama IPT

Di bawah dilaporkan seperti berikut (dari salah seorang pengendali program - kiriman akh Mokri Sabran)

Pgm yang pada asalnya telah di batalkan kerana bilangan peserta yang hanya 20 lebih sahaja. Namun dengan usaha semua pihak yg bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk menjayakan pgm ini,,akhirnya seramai 99 orang nama dapat dikumpul.Dan lebih kurang 90 orang yg mengikuti pgm ini. Terima kasih Ya Allah atas bantuanMU menggerakkan hati-hati mereka untuk menghadiri pgm ini.

Ana percaya dan yakin serta mendoakan dengan usaha-usaha antum selama ini termasuk salah satunya KBM ini, FIDAK 2015 bukan lagi satu impian malah ia bakal menjadi satu kenyataan. FIDAK 2015 sesuatu yang luar biasa namun tidak mustahil dengan usaha yang luar biasa jugak ia akan berlaku. Ana perhatikan semasa Pak Lang tanya, ” Siapa yang selepas ini nak jadi fasi KRJ ?” ada yang angkat tangan. Lepas tu Pak Lang tanya pulak ” Siapa yang nak ajak kawan dia datang pgm ni pulak ?” . Ana terkejut sebab lebih ramai yang angkat tangan. Selalu bila di tanya siapa nak jadi fasi majoriti semua angkat tangan..tapi kali ni majoriti nak jadi Soleh Wa Musleh dan agen perubahan di kampus . Alhamdulillah. Bayangkan 90 org yg datang ni akan ajak lagi 90 orang lagi malahan mungkin lebih..

Setelah selesai ana membaca kesemua maklumbalas dari peserta..apa yang ana boleh simpulkan..hampir 95 % penulisan di mulakan dengan kata-kata seumpama ini ” Saya bersyukur kepada Allah kerana saya dipilih olehNYA untuk berada dalam pgm ni ”. Kesemuanya juga dapat merasai apa yang kita nak kongsikan bersama mereka. Keindahan hubungan dengan Allah, dengan Rasulullah, dengan ibubapa, dengan sahabat . Ukhuwah yg cukup indah turut di rasai mereka.Semuanya memberi kesan di hati dengan pengakuan yg mereka katakan mereka telah ikhlaskan hati untuk mengikuti pgm ini. Insaf dan nak buat perubahan. Malahan nak ajak kawan2 dan adik beradik turut berubah.

Begitu juga dengan para peserta yang selama ini jadi fasi KRJ pgmkan orang lain, bila diri sendiri jadi peserta mereka lebih menghayati dan memberi kesan yg mendalam dalam diri mereka. Ada yg dah 2 kali dan ada tu yg dah 4 kali ikut..namun ia tidak mejemukan malahan sentiasa mengharapkan pgm ini berterusan. Kerana sesunguhnya itulah fitrah kehidupan manusia yang sentiasa perlu diingatkan. Seperti yang kita semua sedia maklum, apa yg disampaikan dalam KBM bukanlah sesuatu yang baru tapi ia lebih kepada perkongsian dan penegasan semula ilmu-ilmu dan kefahaman asas sebagai Umat Muhammad yg kadangkala kita lalai malah kita tertipu dengan kita sangka perkara asas ini kita dah beres..namun bila kita cari dan kita gali banyak lagi yg kita tak selesai

Selain itu ramai juga yang mendoakan kita semua para pengendali KRJ , fasi pgm dan penganjur pgm serta semua peserta agar di beri kekuatan untuk terus menjalankan amanah Rasulullah sebagai kalifah Allah meneruskan dakwah ini.

Di bawah ini adalah beberapa maklumbalas yg ana pilih untuk dikongsikan bersama antum. Beberapa cadangan penambahbaikan pgm akan KRJ ambil kira untuk pgm-pgm akan datang.


pertama kali ikut pgm ni memang sangat janggal di hati saya. Turun dari bas dan dijemput masuk dalam rumah, saya sungguh terkejut dan malu melihat wanita – wanita yang begitu sopan di depan saya. Al-Maklumlah saya ni tak menepati ciri-ciri wanita solehah. Namun segala yang berlaku ada 1001 @ lebih ada hikmah. Saya cukup bangga dapat di pimpin oleh fasi yang memahami saya.

Pgm ini memberi kekuatan kepada saya bhw apb duduk dlm 1 jamaah, saling ingat mengingatkan tentang peranan sebagai hamba Allah adalah amat perlu. Krn kalau kita berseorangan kita tidak akan kuat . Begitu juga dalam berdakwah. Perbaiki hati dan amalan basic sebagai hamba Allah dan melangkah ke hadapan agar dakwah dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.

Sebelum menghadiri pgm ini saya amat sukar mengalirkan air mata walaupun di paksa. Tetapi sehari berada dalam pgm ini air mata saya keluar tanpa dapat dihentikan. Walaupun saya cuba kuatkan hati, namun ia mengalir juga. Air mata ini bukanlah sesuatu yang dipaksa, maka saya yakin ia adalah keikhlasan.Perasan yg ikhlas hasil daripada pgm ini. Saya harap perasaan ini kekal dan saya mampu mengekalkannya dan berusaha untuk berubah.

Sepanjang pgm ini saya nampak sesuatu yang tak ada di pgm lain. Pgm ni lain dari yg lain. Pengisiaannya terlalu banyak manfaat, mengingatkan saya yg sering terlupa dan lalai.

Pgm ini telah menunjukan saya bhw saya tidak keseorangan dlm mencari keberkatan Allah, krn selama ini jarang sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang mengingatkan saya tentang keberkatan dan keikhlasan dalam beribadah.

Minta pgm ini diteruskan, dan kalau boleh maklumkan kpd saya & peserta yg lain sebab saya nak ajak rakan yang lain menyertai program ini.

My first letter to my mom & my dad adalah dr pgm ini I’c harap mak & ayah baca dan doakan saya. Pengendalian yang teratur, santai dan padat. Pemdek kata MANTAP KRJ JOHOR. ALLAH with all of us.

Saya ada 2 org adik yg bermasalah dan saya harap sangat dapat menghantar adik saya untuk menghadiri pgm yg seperti ini. Saya mahu mereka merasa apa yg saya rasa.

Selama ini ana jadi faci tapi teringin sgt nak jadi peserta, Alhamdulillah kali ini Allah makbulkan. Terasa indahnya dakwah ini, jika segalanya dilakukan keranaNya.Terasa indah berada di Taman Syurga Allah nie. Betapa dakwah ini cantik dan ada pelbagai cara. Bukan senang menitiskan air mata serta menyentuh hati seseorang. Semuanya harus dijalankan dengan ikhlas keranaNya. Ana rasa sgt bersyukur Allah pilih ana untuk bersama antum semua. Apabila bersama antum, hati akan mengenang Allah, hati akan beristigfar pohon kemaafan dan hati akan merenung diri kembali. Jom kita usaha lagi mekarkan dakwah di Malaysia . Jom kita cari redhaNya. Jom kita cari syahid.

Fantastik ! Mantap sungguh. Ana harap program KBM dapat terus dilaksanakan di Universiti2 utk membuka hati2 kami yg ketagih kasih sayang dan nikmat Iman & Islam yg sebenar.

Kami sangat berharap pgm ini dapat dibesarkan lagi skopnya terutama di peringkat IPT. Ini dapat melahirkan siswa dan siswi yang berilmu, beragama dan tawadhuk kepada tuhan dan ibubapa. Kpd pihak kerajaan, kami berharap agar pihak kerajaan menyokong pgm ini dan dapat memberikan sumbangan material dan sokongan dari segi penyaluran dana dan lain-lain. Kami cadangkan agar pgm ini dapat dijadikan modul wajib utk IPT.

Program ini benar2 membentuk jati diri kehidupan seorang pelajar IPT ke arah remaja yang Soleh Wa Musleh. Bagi merealisasikan FIDAK 2015, ana mencadangkan pgm ini di teruskan di setiap semester . Walaupun ana pernah menjadi fasi KRJ, tapi bila ana jadi peserta kali ini banyak pengetahuan, input baik dan keinsafan dalam diri timbul. Ana harap this is the way of my life with Islam. Allahuakhabar !.

Ist time dengar ttng pgm ni saya memang beriya2 nak pergi. Memang berniat kerana Allah, saya tekad walaupun tanpa teman2 rapat. Ini pertama kali saya berseorangan, saya memang tekad sebab saya tahu satu-satunya cara dan jawapan yg saya nak selama ini ada dlm pgm ini. Banyak pengajaran saya perolehi. Erti sebenar cinta Allah. Hidup kita sentiasa berpegang kpd Al-Quran. Saya amat berterima kasih kepada semua yg menganjurkan pgm ini dan saya harap pgm ini akan berterusan bagi membantu orang seperti saya. Alhamdulillah mungkin inilah petunjuk yang Allah berikan kepada saya. Semoga saya istiqamah dengan Iman saya akan sentiasa Yazid dari hari ke hari..InsyaAllah.

Lagi sekali ana ucapkan TAHNIAH kepada semua yg menjayakan pgm ini. Buat penggerak-penggerak KARISMA teruskan usaha antum untuk terus membantu hati-hati yang antum telah gerakkan utk hadir pgm KBM ini dan mereka pula dengan penuh kesungguhan mengikuti pgm ini dengan jayanya sehingga memberi kesan yg mendalam dalam hati mereka dengan PGM-PGM FOLLOW UP yang terancang. Jangan tunggu lama-lama nanti dia jadi sejuk..sementara masih panas ni teruskan lagi usaha antum. Sesungguhnya kerja kita memang lebih banyak dari masa dan rehat yang kita ada. I.Allah dengan usaha dan doa kita sama-sama Menyerlah Jauh dari Yang Biasa-biasa dalam pelbagai aspek.

Terima kasih YA ALLAH atas segalanya..kami hanya merancang dan berusaha dengan apa yang kami mampu. Namun sesunguhnya Engkaulah penentu segalanya dan Engkaulah pemilik hati-hati mereka dan segala apa yang kami ada. KepadaMU lah kami berserah.

Umi Zuraidah masuk paper - program iftar JIM Hulu Langat


Umi Zuraidah masuk paper Sinar Harian


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah program Iftar Keluarga JIM Daerah Hulu Langat telah dijalankan pada 1 Muharram 1429. Program pertama untuk tahun 2008 ini diisi juga dengan solat hajat, tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Rujhan dan pemasyhuran AJK baru beserta taqwim 2008.

Dalam kekecohan menyusun juadah berbuka (pot luck dari setiap kumpulan usrah), kami menerima tetamu Wartawan dari Akhbar Sinar Harian, Cik Sarinah Bt Mat Kassim. Dia mohon untuk menemubual SU pada masa tu juga. Selepas berbuka ala kadar, saya dan akh Kamarul Halim Sakhrani, SU JIMDHL pun duduk di satu sudut sedia utk ditemubual. Kami pun maklumkan tentang JIM, objektif program hari tu dan ativititi yang dirancang untuk setahun. Beliau sangat impressed dengan kehadiran serta ukhuwwah yang ditunjukkan (ye le juadah berbuka pun ala kadar aje, nasi goreng, bihun, buah dan kuih semacam dua). Bila kami terangkan ttg taqwim, dia sangat berminat untuk buat liputan program PAKSI yang mana Wanita JIMDHL masuk ke penjara Kajang seminggu sekali. InsyaAllah kami akan hubungi beliau untuk program yang terdekat ini. OK kan boss PAKSI, K. Faridah? K.Arfah?
InsyaAllah program Iftar Keluarga JIMDHL ini juga akan disiarkan di Akhbar Sinar Harian page 33 (katanya liputan untuk kawasan Bangi, Semenyih, Kajang dan sekitarnya). Lupa pulak nak tanya bila agaknya nak keluar? Haa kena lah rajin-rajin beli Sinar Harian...

JZKK kepada Tn Hj Zairul yang memberikan peluang networking ini. JZKK kepada semua keluarga JIMDHL yang datang menjayakan program. Moga-moga iftar bulan hadapan, lebih ramai lagi yg dapat hadir.

Untuk melihat gambar-gambar dan laporan tidak rasmi silalah lawati http://www.lambaian-islah.blogspot.com/

tolong lapor,
Zuraidah Kornain
KW JIMDHL

Thursday, January 10, 2008

IFTAR JAMIE' JIM DHL 2008

JIM Daerah Hulu Langat buat iftar (buka puasa) keluarga..baru jerk balik nih, terus post blog..taknak bertangguh, bertangguh tuh keje syaitan~

program around 7pm, tapi ader dah yang datang seawal 6pm sebab nak buat preparation juadah berbuka. yang saya perasanlah; keluarga pakcik Badrul (isteri and anak2 - fatah especially) and keluarga pakcik Kamarul Halim (isteri and anak2 yang menghangatkan suasana petang tuh)..yang lain tuh tak ingat plak..jgn kecik hati ya!

macam biasa, dkt nak maghrib tuh baru ramai sket pakcik makcik..and mestilah banyak makanan yang diorang bawak. azan maghrib tadi dilaungkan pakcik AKAD dengan penuh semangat. yang puasa tuh berbukalah, tak ketinggalan juga mereka yang 'berlakon' buka puasa.hehe :D

lepas ringan2, kami solat maghrib dulu. sebelum tuh ader sorang wartawan dari akhbar Harian Sinar buat interview dengan ketua wanita JIM DHL (pn. zuraidah kornain-umi) and SU (pakcik Kamarul Halim). siap bongkar takwim baru JIM DHL tadi...

after solat, kami melantak..then solat isya', solat hajat and tazkeerah ringkas maal hijrah oleh ust Rujhan (timb YDP JIM DHL + AJK pembangunan remaja). seterusnya pembentangan takwim JIM DHL 2008 oleh pakcik Kamarul Halim.
akhir sekali, pembentangan product HPA+isu halal haram dalam makanan kita..erm..syok dengar sampai tak ambik gambar time nih.

alhamduliLlah, program berahir dengan baik. insyaAllah, takwim JIM DHL boleh terlaksana jika bak kata akhi Kamarul Halim "semua beri sokongan dalam menjayakannya".

nih pulak pesanan khas buat saper2 yang tertinggal set tupperware yang best, atau lupe nak bawak balik..boleh lah datang jenguk2 tupperware tuh at rumah kami yer..banyak sangat yang umi bawak balik. bawak datang satu jer~

waktu keluarga aktivis JIM DHL mula datang

akhi AKAD melaungkan azan maghrib..lantang! camtuh ah baru macho

l umi l wartawan Sinar l akh Kamarul Halim l

nih time melantak..akhi zubair, faisal and asrul dah kenyang sedut sipu
t

ramai..memang ramai..buat eje dakwah pon kene ramai gak ya!

anak2 akhi Kamarul Halim..penyeri suasana petang tuh sebab depa datang awal

bro Najib, akh Rafiq (nih bukan bintang DAIRI RAFIK TV3 ye) and adiknya, Syafiq

hasil gabungan tenaga orang muda dan orang 'berumur lebih sket'..mcm mana tak habis
hidangan?

makcik2 and anak2..baik yang didodoikan and yang mendodoikan, semua bakal menggoncangkan dunia..paling minimum pun kesannya terasa kat DHL nih ;)

Wednesday, January 2, 2008

Pandangan Pengarah PACE disorot dalam akhbar Utusan Malaysia 3 Januari 2008

AS berdolak-dalik kembalikan hak Palestin
Oleh: MOHD. KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)
SEDIKIT nikmat kemakmuran yang diharapkan dunia di bumi Palestin sekali lagi gugur satu persatu apabila perjanjian damai berakhir dengan kegagalan, 25 Disember lalu.
Seperti yang diduga, keengganan Israel memberi komitmen bagi menghentikan semua aktiviti penempatan berhampiran Baitulmaqdis yang ditetapkan dalam pelan damai menambah kesukaran rundingan tajaan Amerika Syarikat (AS) dan yang pertama dalam tempoh tujuh tahun itu.
Di pihak Palestin pula, Israel mendakwa masih dihujani bedilan mortar dan peluru yang dilancarkan pejuang dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza – sesuatu yang amat bertentangan dengan syarat kepada pembentukan negara Palestin.
Namun bagi penganalisis, biar apa pun punca yang dibentangkan, rundingan damai yang dibuka semula sewaktu persidangan di Annapolis, Maryland, AS sebulan sebelumnya itu awal-awal lagi sudah menunjukkan tanda-tanda kegagalan.
Ini kerana seperti kata Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor, pelan damai Annapolis itu bukan bertujuan mencari penyelesaian muktamad kepada isu Palestin apatah lagi ia membelakangkan isu-isu pokok yang menjadi punca pertikaian kedua pihak di meja rundingan.
Isu tersebut termasuk hak pelarian Palestin untuk pulang, kedudukan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin, kedudukan penempatan-penempatan haram Yahudi di wilayah yang diduduki dan isu sempadan dan kedaulatan negara Palestin.
``Malah, Israel juga sudah menetapkan pendirian bahawa mereka tidak sama sekali akan tunduk kepada kesemua tuntutan tersebut, sama seperti mereka memandang rendah kepada sekian banyak resolusi PBB yang ditetapkan sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia.
Sebagai contoh menurut Hafidzi, PBB telah menerima ketetapan atau Resolusi 194 (III) pada 1949 yang mana mensyaratkan Israel membenarkan pelarian Palestin untuk pulang ke kediaman asal mereka dalam tempoh terdekat.
Begitu juga ketetapan PBB pada tahun 1967 iaitu Resolusi 242 sebaik sahaja Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat, Gaza, Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan dalam perang enam hari.
Kesemua tuntutan asas itu diperakui secara khusus pada tahun 1970 apabila ketetapan 2628 (XXV) diterima di mana PBB memperakui hak rakyat Palestin yang telah dirampas (sama ada tempat tinggal, wilayah, kedaulatan dan kebebasan) adalah unsur utama untuk mencapai keamanan yang tulen dan berkekalan di Asia Barat.
Hak itu ditegaskan sekali lagi pada tahun 1971, 1972 dan 1974 yang mempertahankan hak rakyat Palestin ke arah pemerintahan sendiri, hak untuk mendapat kemerdekaan dan kedaulatan serta hak mutlak untuk pulang ke kampung halaman.
``Ini menunjukkan bahawa apa yang diperjuangkan oleh rakyat Palestin adalah sah dan sama sekali tidak bercanggah dengan piagam dan semua ketetapan PBB berkaitan Palestin.
"Dalam erti kata yang lain, satu-satunya jalan untuk menamatkan konflik Asia Barat ialah dengan Israel mengembalikan hak rakyat Palestin sepenuhnya," jelas Hafidzi.
Persoalannya apakah Israel bersedia untuk melakukannya? Realiti yang terdapat di wilayah Palestin yang diduduki menunjukkan bahawa Israel telah memutuskan mereka tidak akan memperakui serta menghormati tuntutan rakyat Palestin.
Tambah Hafidzi, walaupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda pada 2004 memutuskan bahawa tembok tersebut melanggar hak asasi rakyat Palestin dan wajib diruntuhkan, Israel tetap meneruskan projek pembinaan tembok yang panjangnya kini sudah menjangkau 800 kilometer dari utara ke selatan Tebing Barat.
Seperti mana Perjanjian Oslo yang dimeterai pada 1993 dan Pelan Damai yang dirangka 10 tahun selepasnya, rundingan damai Annapolis biarpun dicanang sebagai satu usaha mengembalikan keamanan di Palestin sebenarnya tidak lebih satu sandiwara Israel untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka juga sebenarnya mahukan sebuah rundingan berdiplomasi.
Sedangkan hakikatnya, Israel mengetahui bahawa hanya pengembalian hak rakyat Palestin sahaja mampu menyelesaikan segala sengketa – satu perkara yang tidak mungkin akan dipersetujui oleh mereka.
Menurut Hafidzi, tuntutan rakyat Palestin pula seperti yang diperjuangkan oleh Hamas jika diperhalusi, tidak pernah mencabar apa yang diputuskan oleh PBB termasuk tidak pernah menuntut Israel berundur dari seluruh wilayah Palestin yang diduduki secara tidak sah pada tahun 1948.
Sebaliknya, cukup bagi Israel memenuhi resolusi PBB dan berundur dari wilayah yang didudukinya pada tahun 1967 iaitu sekitar 23 peratus sahaja dari wilayah Palestin yang asal, satu jaminan kepada gencatan senjata yang panjang daripada Hamas.
Namun apa yang turut membimbangkan dunia, pergolakan dalaman di Palestin sendiri iaitu ketidaksepakatan di antara Hamas dan Fatah, menambah kepada laluan genting sebuah kedamaian di rantau ini.
Hamas, sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat apabila memenangi pilihan raya legislatif pada Januari 2006 tetapi disingkirkan pula oleh Mahmud Abbas, membuka campur tangan AS dalam rundingan damai Annapolis ini.
``Bagi Israel, rundingan ini hanya satu permainan licik untuk meneruskan agenda pendudukan berterusan ke atas Baitulmaqdis dan wilayah Palestin. Dengan penyertaan negara-negara Arab buat pertama kalinya dalam rundingan seumpama ini, Israel telah memenangi kemenangan moral untuk sekian kalinya selepas Oslo dan Pelan Damai," ujarnya.
 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc