Saturday, February 23, 2008

tumpang ye abi - module DDi KRJ DHL

khas buat fasi2 KRJ DHL..nih module yang ana dah siapkan untuk DDi (Duduk Dalam iman) esok (24hb 2008) di alamin bangi. mintak baca dan persiapkan diri. jzkk.

Point penting SAYA MESTILAH MUSLIM DI SUDUT AQIDAH
‘apa ertinya saya menganut islam..’

Makna aqidah
Bahasa: ikatan, simpulan yang kukuh
Lughah: ikatan yang mnyimpulkan perhubungan hamba dengan Allah, kepercayaan yang tersimpul dalam hati

Hasilnya: daripada kepercayaan yang kukuh menghasilkan tindakan daripada asas kefahaman yang terbentuk

AqIdah yang benar mestilah selari dengan Kitabullah dan Sunnah RasuluLlah. Beriman dengan apa yang diimani golongan sahabat, salaf dan golongan soleh yang diperakui keimanan mereka.
Eg: kisah bilal bin rabah, syeikh Mustafa masyhur..

Point penting guide line:
1. beriman pencipta alam berkuasa dan tidak memerlukan pertolongan sesiapa.
2. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia
3. mengetahui bahawa matlamat kejadian manusia adalah memberi ketaatan penuh kepada Allah
4. ganjaran bagi yang taat ialah surga dan neraka bagi yang derhaka
5. kita melakukan kebaikan dan keburukan dengan pilihan dan kehendak hati sendiri
6. tidak menyekutukan Allah (syirik)
7. ingat Allah sentiasa
8. menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta
9. bertawakkal kepadaNya
10. sentiasa memperbanyakkan istighfar

arahan untuk games:

TAARUF RINGKAS
1. buat bulatan besar banin/banat
2. beri salam, jabat tangan dengan senyuman
3. nama panggilan sahaja
4. peluk
5. sebut ‘kita bersahabat kerana Allah..’
6. pindah ke orang seterusnya sampai habis

BADANKU, BADANMU JUA

Part 1
1. anda diminta untuk memegang bahagian anggota badan yang disebut oleh fasi semasa muzik dihentikan.
2. setiap kali arahan, anda diminta untuk memegang anggota orang yang berbeza
3. peserta tidak dibenarkan melepaskan sentuhan selagi musik tidak dimainkan semula

p/s: fasi dibenarkan untuk mengelirukan peserta – sebut siku, tapi fasi pegang dahi

Part 2
1. anda diminta menyentuh anggota badan sahabat lain yang disebut dengan menggunakan anggota yang disebut.
2. fasi: “contohnya, bila saya sebut perut dan telinga, adik-adik kene sama ada sentuh perut sahabat lain menggunakan telinga, ATAU, bagi sahabat lain sentuh perut anda menggunakan telinganya…faham?”
3. setiap arahan, peserta diminta untuk mencari pasangan baru
4. peserta tidak dibenarkan untuk melepaskan sentuhan selagi musik tidak dimainkan semula.

Part 3 (pertandingan)
1. cari pasangan
2. arahan sama seperti part 2, Cuma tidak bertukar pasangan
3. siapa salah, duduk, ‘the last couple standing, menang’

arahan semasa musik dihentikan:
part1 :tangan, kepala, lutut, perut, ketiak
part 2:telinga-telinga, kepala-bahu, dahi-pipi, dagu-perut, punggung-punggung, lutut-ketiak, leher-leher

PULAU KERTAS

1. satu kumpulan dapat satu helai surat khabar
2. arahan: tsunami; berlaku hakisan, lipat surat khabar kepada dua..buat tiga kali
3. arahan: gempa bumi; gambung antara pulau. last sekali
4. pastikan semua ahli kumpulan memijak kertas, atau berada diatas kertas dan tidak memijak lantai
5. mungkin fasi boleh lontarkan cadangan untuk 'berkorban'

THINKING GAME

1. minimum peserta satu kumpulan 8 orang. Pastikan genap. Jika ganjil, yang baki seorang boleh bekerjasama untuk membincangkan penyelesaiannya.
2. asingkan kepada dua, 1-label merah, 2-label biru
3. merah sebelah kanan, biru sebelah kiri
4. arahan: fikirkan cara untuk menukarkan kedudukan merah ke kiri dan biru ke kanan.
hanya dibenarkan melangkau seorang sahaja, dan orang itu bukanlah daripada warna yang sama.

NASYID TEMA KRJ DHL

Bingkai kehidupan

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc