Friday, April 17, 2009

Tahniah SMI Hira' - Ekspo Dunia Islam yg unik dan 'eye opener'

Bersama ibu-bapa yg mengunjungi EDI - Hj Mohd Esa dan Hjh Kak Endok
Kami bincang tentang Admiral Muhammad Cheng Ho dan apa yang bakal menimpa penakluk Portugis jika Cina tidak menutup pintunya pd pertengahan kurun ke 15M
Bersama Dr Wan Abdul Rahman dan Dr Jamalullail yang turut merakamkan
rasa teruja dengan hasil tangan anak-anak SMI Hira' dalam menjayakan EDI dengan tema 'Islam di Nusantara.'

Menurun tanda tangan pada buku Jejak Risalah di Nusantara I. Naskhah yg dibawa tidak banyak. Habis dibeli pengunjung dalam waktu yang sengkat


Anak-anak pelajar merakamkan wawancara tentang Islam di nusantara dan ditayangkan semasa berlangsungnya EDI. Siap dengan subtitle lagi untuk highlight point yg disampaikan oleh Dr Hafidzi MN

Anak-anak pelajar Hira' bertanya tentang Cut Nyak' Dien. Siapa beliau ini? Nantikan buku Jejak Risalah di Nusantara Jilid V. Manuskrip sudah siap.. alhamdulillah. Sedang mencari tokoh untuk merakam kata sambutan

Peta penyebaran dakwah Islam di nusantara

Model 'surau' yang asalnya berhala melayu beragama Hindu. Gigihnya para du'at menyampaikan dakwah sehingga 'surau' mengalami transformasi kepada 'musolla' atau tempat solat. Tahniah dengan kreativiti anak-anak membina model 'surau' zaman jahiliyah

Perjanjian Tordasiellas 1494. Dunia dibahagi dua di antara Portugis dan Sepanyol. Apa yg berlaku pada tahun 1492? 1511? Apa kaitan dengan Tordasillas? Ini kena tanya pelajar Hira'

Jenayah Vasco da Gama dan Albuqueque didedahkan. Ada disebut dalam buku sejarah?

Melaka terjajah dan kesan penjajahan pada hari ini

Anak-anak pelajar bertanya tentang Conquestidores. Siapa mereka ini? Apa objektif mereka? Sebagai perbandingan lihat Brazil dan lihat Malaysia. Apa yg berbeza? kenapa Nusantara tidak transform seperti Amerika Selatan? Anak-anak di Hira' ada jawapannya

Siapa mereka ini? Laksamana Kamala Hayati? Tok ku Paloh? Muhammad Cheng Ho?.. Apa hubungannya Mat Kilau dan Tok ku Paloh? EDI membuka laluan untuk mencari jawapan kepada persoalan ini. Mengenali mereka dan menghayati apa yang mereka perjuang boleh membina jati diri umat Islam. Tak percaya? Tanyakan pada pelajar-pelajar Hira'


Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Allah sempena ihtifal SMI Hira' pada 12 April 2009, pelajar-pelajar SMI Hira' Kelang telah menjayakan Ekspo Dunia Islam dengan satu tema yang menarik dan lain dari yang lain iaitu 'Islam di nusantara'. Saya ingin menggunakan ruang ini untuk mengucapkan JZKK kepada pengetua, Ust Muhaimin, Ust Najmuddin dan guru pembimbing Ustazah Aishah yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memberi sedikit panduan kepada para pelajar dalam mengolah EDI tersebut. Tahniah kpd para pelajar semua di atas kreativiti dan kesungguhan yang begitu menyerlah di dalam mengenengahkan satu ekspo yang membuat ibu-bapa dan pengunjung merasa begitu teruja. Rata-rata tinjaun rambang yang saya buat, mendapati pengunjung menilai ekspo ini sebagai membuka mata terhadap realiti sejarah umat Islam di nusantara.
Semuga ini menjadi permulaan yang baik untuk membongkar 'harta karun' sejarah kita yang masih tertanam dan tertimbus oleh akibat penjajahan dan penaklukan minda 'ghazwah-ul-fikr' yang masih berterusan sehingga hari ini.
Dr Hafidzi Mohd Noor
pencinta sejarah umat

2 comments:

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

masyaAllah!

mabruk Pakcik Hafidzi dan pelajar2 sekolah Hira'. Seronok rasanya kalau dapat pergi tengok expo macam ni sebab memang ramai yg tak tahu tentang keistimewaan Nusantara.

Bahkan kadang2 ana bawa buku pakcik ke usrah utk kupas beberapa tajuk utk anak2 usrah ni merasai kehabatan tokoh2 nusantara dan kesan dakwah yg berlaku berhampiran dengan kita.

Semoga 1 hari nanti akan ada expo yg lebih besar atau mungkin expo2 yg boleh dibawa ke tempat lain juga insyaAllah!

teruskan usaha semua!

Wassalam

Abdullah Xuais said...

sekarang ni budak hira' sibuk topik mindanao pulak

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc