Monday, April 12, 2010

« Bersama Dr Hafidzi di Masjid SAKW Padang Balang

Pameran Palestin menarik minat remaja

Peta Palestin menjadi tumpuan jemaah

Serahan sumbangan RM296.40 daripada pihak masjid

Serahan buku "Tip Urus Kelab Remaja Masjid" kepada pihak masjid

Tabung sumbangan "Bersamamu Palestin" diedarkan pada akhir ceramah


Dr Hafidzi menyeru jemaah MSAKW bersama-sama merasai barakah Baitul Maqdis
April 11th, 2010 | Author: wmzukri

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengarah PACE
Padang Balang, 9 April 2010 - Pengarah PACE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dalam ceramahnya mengajak jemaah Masjid Saidina Ali KW bersama-sama dalam perjuangan membebaskan Baitul Maqdis supaya sama-sama mendapat keberkatan yang melimpah daripada bumi penuh barakah itu.

Di dalam al-Quran, Baitul Maqdis dinyatakan sebagai bumi Barakah sebanyak lima kali dalam empat surah iaitu al-Anbiya ayat 71 dan ayat 81, Saba’ ayat 18, al-A’raf ayat 137 dan al-Isra’ ayat 1. Beliau juga menekankan bahawa bumi Palestin hanya dapat dibebaskan melalui Jihad, bukannya melalui meja rundingan atau perjanjian damai.

Di samping ceramah, JIM Batu dan PACE juga mengadakan pameran Palestin, jualan buku-buku dalam Siri Bebaskan Al-Aqsa dan kutipan sumbangan. Jumlah sumbangan yang diterima ialah sebanyak RM296.40. Pada akhir majlis, JIM Batu juga telah menyerahkan buku “Tip Urus Kelab Remaja Masjid” kepada pihak Masjid SAKW yang diterima sendiri oleh pengerusinya Tuan Haji Zainal Abidin Maas.


Di laporkan oleh Wan Mohd Zukri Che Mat Zain
AJK JIM Daerah Batu
JIMedia

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc