Thursday, April 15, 2010

Hayat Gaza sasar RM10 juta

l
Hayat Gaza sasar RM10 juta

KUALA LUMPUR – Konvoi talian hayat Gaza (Lifeline4Gaza) keempat yang akan diadakan pertengahan Mei depan merupakan konvoi terbesar setakat ini dengan sasaran kutipan RM10 juta melibatkan 20 kapal dan 10,000 penyertaan.

Pengerusi Biro Haluan Palestin (Haluan), Noorazman Mohd Shamsuddin berkata, konvoi yang diketuai pertubuhan bulan kerajaan (NGO) antarabangsa Turki, Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Releif (IHH) ini akan melalui sekatan rejim Zionis Israel untuk menghantar bantuan keperluan asas seperti makanan, minuman, perubatan dan bahan binaan.

Menurutnya, konvoi akan merentasi Laut Mediterranean di Istanbul, Cyprus dan terus ke Gaza melalui jalan laut dengan kerjasama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mempunyai hubungan diplomatik melalui Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel.

“Untuk menjayakan bantuan kemanusiaan ini, IHH yang mewakili NGO di Turki dan Eropah melantik Haluan di bawah Biro Haluan Palestin untuk mewakili NGO di Malaysia sebagai penyelaras bagi semua sumbangan di Malaysia dan Brunei.

“Justeru, Haluan menyeru kepada semua institusi, organisasi, syarikat dan individu yang prihatin supaya menyokong kempen ini dengan menganjurkan sebarang aktiviti yang dapat menyumbang kepada rakyat Palestin seperti solat hajat, derma, majlis amal, ceramah mahupun forum penerangan permasalahan Palestin khususnya di Gaza sekarang,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Projek Lifeline4Gaza di Hotel Putra Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama, Pengerusi Haluan, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman yang merasmikan majlis dan beberapa wakil NGO seluruh Malaysia yang turut bekerjasama menjayakan misi kemanusiaan ini.

Noorazman berkata, projek ini menyasarkan kutipan RM10 juta bagi membiayai pembelian kapal, kargo dan barangan keperluan yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa keganasan di Gaza.

NGO yang terlibat adalah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Palestinian Center of Excellence (Pace), Aqsa Syarif Berhad, Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan lain-lain serta beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pelajaran, Persatuan Mahasiswa dan beberapa IPTA dan IPTS di negara ini.

“Setakat hari ini, iaitu selepas dua minggu kempen Lifeline4Gaza ini diadakan, kita berjaya mengumpul sebanyak RM59,000 dan berharap jumlah itu akan terus bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencapai jumlah sasaran.

“Haluan turut mengalu-alukan VVIP, Aktivis, Diplomat, Ahli Politik, Selebriti mahupun individu menyertai konvoi ini untuk melihat sendiri mangsa keganasan Israel,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Berhad atas nama ‘Tabung Palestin Haluan’ di nombor 5644 9020 8528.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HaluanketuaikonvoikeGaza/Article/index_html

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc