Thursday, May 27, 2010

Flotilla akan berlepas - saksikan Sidang akhbar

Watch live streaming video from insaniyardim at livestream.com


Assalamualaikum.

Setelah tertangguh selama 2 hari, insyaAllah konvoi sembilan buah kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza akan berlepas pada jam 5 petang waktu tempatan (jam 10 malam waktu Kuala Lumpur) dari ini, Khamis 27 Mei . Pengumuman ini telah disampaikan oleh penganjur utama, (IHH) kepada semua wakil-wakil NGO yang kini sedang siap-sedia menunggu arahan daripada kepimpinan konvoi.

Sukarelawan-sukarelawan daripada lebih 30 buah negara kini sedang berkampung di Stadium Bolakeranjang Kepez Arena, Antalya sementara menunggu arahan untuk berlepas dengan menaiki kapal Mavi Marmara. Pelayaran mereka yang sepatutnya bermula jam 5 pagi Ahad lalu (25 Mei) tertangguh kerana kapal-kapal dari Greece tidak dapat tiba seperti yang dijadualkan.

Walaupun terpaksa menunggu, peserta dan urusetia konvoi masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti, terutama sekali untuk tugasan media. Bagi peserta-peserta lain, mereka tetap memanfaat masa dengan untuk berkenalan dan bertukar-tukar pengalaman, bersukan dan mengikuti majlis-majlis ilmu. Malam tadi, Dr Akram Saleh iaitu salah seorang pembantu Syeikh Yusuf Qardhawi yang akan bersama-sama mengikuti konvoi ini, memberikan taushiyah sejurus selepas solat maghrib berjamaah.

Semakin ramai peserta memenuhi Kepez Arena kerana kapal-kapal dari Sweden dan Greece kini sudah tiba di sini. Namun sebahagian besar peserta dari kedua negara itu tidur di dalam kapal. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemimpin kapal “Ship to Gaza” daripada Sweeden dan Greece, Mattias Gardell dan Dimitris Plionis, turut bersama-sama makan malam di Kepez Arena.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak empat buah kapal telah berlepas dari pelabuhan di Greece dengan membawa lebih 120 orang peserta konvoi. Mereka dijangka akan bergabung dengan kapal-kapal daripada Turki, Ireland dan England sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.

Keseluruhannya, lebih daripada 10 ribu tan bahan bantuan akan dihantar ke Gaza. Usaha ini melibatkan penyertaan seramai lebih 750 orang sukarelawan dari lebih 50 buah negara, termasuklah tokoh-tokoh politik dan selebriti. [Mohd Nizam/LL4G]

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc