Monday, June 21, 2010

sempena pelancaran IKRAM - Satu perkongsian perjalanan hidup

Makan tengah hari di Islamic Centre, Madison, Wisconsin (1981)
Di tengah itu ialah Ismail Hashim (arwah). Beliaulah yang telah membawa
saya melangkah di jalan dakwah. Pertama kali mengikuti usrah sebaik tiba di sana
ketika berusia 19 tahun. Sejak dari itu saya tidak lagi memandang ke belakang.
Muga Allah menempatkan arwah Ismail Hashim di tempat yang paling
baik di sisiNYA. Ameen. Aku juga tidak akan melupakan Zahari (baju belang)
yang menjadi tempat mengadu masalah kerana beliau pelajar lulusan ITM (pelajar senior).
Jika sdr Zahari terbaca blog ini hubungilah saya untuk menyegarkan kembali
silaturrahim yang sudah lama tidak berhunung (ya.. hampir 30 tahun lalu)
Bersama Sdr Azlan bergambar di sebelah rumah kami
di South Orchard Road. Beliau antara sahabat menjadi
teman program dakwah hujung minggu di region 4 (Wisconsin,
Northern Illinois, Minnesota)

Bersama sdr Zaini memereksa kenderaan sebelum
bertolak balik dari Konvensyen MISG (1982) di Columbus
Ohio. Di konvensyen inilah Sdr Anwar Ibrahim dijemput
untuk memberi ucapan. Sempat aku dakap pak syeikh kita.

Bersama sahabat-sahabat seperjuangan pulang dari Konvensyen
MISG di Houston, Texas. Di sebelah kanan saya ialah Sdr Abdul Rahman
Syukur (arwah - meninggal kira-kira 2 tahun lalu). Bersama sdr Radzwan
dan Azlan.

Di hadapan Islamic Centre, Madison. Di sinilah kami dibesarkan
di jalan dakwah.

Bersama pelajar junior menziarahi pelajar Malaysia di Knox
College, Illinois. Kami (bersama Abd Rahman, Rosman dan
Wan Izzuddin) bersama dgn 4 orang pelajar junior
menaiki Chevrolet Impala (dibeli dgn harga USD700). Inilah
kuda perang kami meredah lebuh raya I-90, I-80, I-85 dll
merentas benua Amerika
Program mana ni? tak ingat dah. tapi bersama (kini Dato Dr) Hassan Ali, no 2 dari kiri
Sdr Kamaruddin Nordin (naqib no 2), sebelah beliau Aisharuddin (IKRAM Perlis).
Bro dari Sudan, Dr Hassan el-Nagar (antara mentor kami)
Bersama teman-teman dari Indianapolis.

Dalam satu mukhayyam dgn shbt dari Dekalb.
Nampak Syed Zakaria? (JIM/IKRAM
Ampang Jaya)

Assalamualaikum,

Ketika menghadiri majlis pelancaran IKRAM, apabila lagu tema IKRAM berkumandang. pada lirik 'puluhan tahun membina dakwah', air mata jatuh menitis. Semua peristiwa yang dilalui sejak hari-hari pertama berada di jalan dakwah menerpa satu demi satu. Bila ditanya isteri, beliau juga merasakan apa yang dirasai oleh saya. Maka saya paparkan gambar-gambar kenang-kenang di jalan dakwah dalam beberapa siri.

Bersambung dgn pengalaman kak zu pula selepas ini. Kebetulan sehari selepas pelancaran IKRAM, kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 24 (21 Jun 1986)

Hafidzi Mohd Noor
Zuraidah Kornain

2 comments:

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

subhanallah..macam jauh je zaman antara kami dengan mak ayah nih bila tengok gambar2 nostalgia mcm ni walaupun takde dalam gambar2 ni.

rasa begitu bertuah sebab sehingga ke hari ini masih boleh melihat pakcik makcik yg dahulunya menjalani proses yg sedang kami jalani sekarang. semoga kami juga akan thabat seperti pakcik makcik & mak ayah kami juga..

ameen ya Rabb~

. said...

salam,
post ni sgt memberi motivasi esp utk saya yg sdg belajar di bumi US (tennessee jg..:))

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc